"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bengkel Babywearing (Gendong Bayi) 101

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas, kami tiga beranak diizinkan hadir menuntut ilmu menggendong bayi di Bengkel Babywearing 101 anjuran Selat Tebrau Babywearers. Banyak sangat ilmu berkaitan kaedah menggendong bayi secara selamat yang kami dapat kutip sepanjang program berlangsung.

Program bermula jam 8 pagi. Kebetulan diadakan di UTM, alma mater saya, kami pula bermalam di Skudai. Jadi kami tak tergesa-gesa pergi. Dewan tempat bengkel berlangsung sangat luas dan selesa. Ada ruang untuk kanak-kanak menonton movie dan mewarna, ada juga ruang untuk ibu-ibu menyusukan anak.

Paling best ada booth-booth jualan dengan diskaun khas untuk peserta bengkel.



Acara pertama ialah ceramah tentang kebaikan menggendong bayi. Maaflah saya tak sempat nak tengok nama penceramah sebab sibuk layan Kautsar teruja ramai kawan. Penceramah adalah pensyarah Sains Sukan di Fakulti Pendidikan UTM yang dah banyak menerbitkan jurnal dan kertas kerja berkaitan kebaikan menggendong bayi kepada ibu dan anak.

Seterusnya adalah taklimat khas oleh En. Steven, wakil daripada IzziKlik iaitu pengedar sah baby carrier jenama Ergo di Malaysia. Taklimat En. Steven berkaitan macam mana nak bezakan Ergo tiruan (Fergo) dengan Ergo asli. IzziKlik ni satu-satunya pengedar sah Ergo di Malaysia tau, jadi kalau nak beli produk Ergo lebih baik rujuk dengan IzziKlik kat mana boleh dapatkan. Sebab baru-barunya ada pelanggan yang beli Fergo pada harga RM500 lebih di Expo Mom & Baby JB. Yang murah dah tentu fake, yang mahal belum tentu original.

Sesi ketiga adalah ceramah tentang kaedah babywearing yang selamat oleh Dr Nyazirah Wahab, doktor pakar radiologi Hospital Sultanah Aminah merangkap Presiden Selat Tebrau Babywearers. Barulah jelas kenapa kita sebagai ibu bapa WAJIB ELAK crotch-carrier. Crotch-carrier memang murah, kat kedai ada yang cuma RM60 lebih. Berbanding ergonomik baby carrier yang selamat untuk bayi harganya RM300 lebih. Ibu bapa tolong faham, ada sebab harga baby carrier yang baik tu mahal. Materialnya selamat untuk bayi, malah bayi berada dalam keadaan selesa dan selamat jika digunakan dengan kaedah yang betul.

Selesai ceramah adalah sesi latihan dalam kumpulan. Kami tiga beranak dalam Kumpulan 5, En Qusyairi satu-satunya kumbang dalam group kami. Mula-mula kami di beri masa 90 minit untuk belajar dan mahirkan diri dengan Soft-Structured Carrier (SSC) dan Ring Sling. Bagi kami berdua, SSC bukan asing sebab kami dah gunakan JumpSac Orbit seawal Kautsar berusia 4 bulan lagi. Tapi yang lebih best sebab kami dapat cuba pelbagai jenis SSC daripada jenama lain. Ada banyak jenama SSC di pasaran Malaysia antaranya TULA, Ergo, Pognae, SnuggBaby, Onya, CuddleMe, Manduca, Tugeda, KinderPack dan Boba. Kami tak dapat cuba banyak sebab Kautsar sejak dapat kaki memang taknak digendong. Lagi pun Kautsar mengantuk sangat waktu tu. Hehe.

Ring-sling mudah nak guna. Tapi entah kenapa, saya tak berapa berminat. Mungkin sebab gendong sebelah bahu je. Ring sling ni menggendong bayi dalam kain yang dijahit dengan ring (gegelung cincin). Ala-ala orang indonesia selalu bawa budak dalam kain batik. Kalau pakai batik yang tak berjahit tu kita panggil ribozo (ikat, bukan jahit). Menggendong dengan ring sling cuma guna sebelah bahu, jadi ibu bapa kena pilih bahu yang mana yang selesa. Saya memang tak minat gendong sebelah bahu sebab tak lama je mesti rasa berat sebelah. Ada kaedah pakai ring sling, kalau salah pakai akan menyebabkan sakit belakang.

Belajar buat high back carry.
Lepas break tengahari, sesi latihan dalam kumpulan yang kedua pula. Kali ini untuk belajar dan berlatih gunakan Mei Tai dan Wrap. Wrap adalah kain khas untuk menggendong bayi. Cuma sehelai kain panjang, macam shawl tapi lagi besar. Orang dengan susuk macam saya sesuai guna wrap saiz 5 (4.2 meter). Macam En Qusyairi boleh guna saiz 5 atau 6 (4.5 meter). Saya berkenan sangat dengan wrap Garisol, warnanya sangat cantik, kainnya sangat sedap dan sangat selesa untuk bayi. Ada banyak jenama wrap, antara yang affordable ialah JumpSac, BebeSachi, Deisu, Lenny Lamb. Jenama affordable ni biasanya daripada material 100% cotton.

Selain tu ada wrap yang lebih mahal dan boleh cecah lebih RM1000, seperti Pavo. Wrap mahal ni daripada material campuran sutera dan cotton. Ada juga wrap daripada material campuran linen dan cotton. Jenama wrap lain yang kami sempat usha hari tu ialah NatiBaby, Garisol, JumpSac, Deisu. Wrap ni yang paling best dan menambat hati saya. Sebab kalau pakai wrap, selesa sangat-sangat. Betul-betul ibu body ibu dan bayi. Tak ada istilah wrap tak sesuai, kecuali kalau salah pakai.

Mei Tai pulak. Mei Tai ni macam wrap, ikat-ikat keliling badan. Tapi kelebihannya ada body panel macam SSC. Lebih senang nak ikatlah berbanding wrap. Jenama yang dicadangkan BebeSachi. Kat bawah ni gambar En Qusyairi menggendong Kautsar dengan Mei Tai jenama apatah, harganya RM1200. Menangis mak dengar harganya. Nak berpeluh pun takut. Haha. 


Sepanjang bengkel memang meriah dengan kanak-kanak dan bayi. Seronok sangat Kautsar main. Tak banyak gambar yang kami tangkap. Biasalah, saya kalau dah khusyuk memang tak ingat nak bergambar. Saya bukan gila gambar pun. Hihi.


Selain tu ada banyak cabutan bertuah. Kautsar menang satu Angel Backpack dan sepasang tshirt dan seluar. Saya yang paling seronok sebab dapat voucher RM50 untuk nursing wear oleh FeedMilk dan voucher 15% off untuk beli baby carrier di FabMom. Selain tu kami berjaya borong 5 set cloth diaper untuk Kautsar pada harga RM16 setiap satu. Murah sangat! Dan cenderahati yang kami bawa balik termasuklah dua set penjagaan gigi untuk Kautsar, buku nota Fakulti Pendidikan UTM dan lebih penting lagi booklet berisi maklumat menggendong bayi. Dan kami juga dah booking sehelai wrap Lenny Lamb. Tunggu hari je sampai. Tak sabar!


Ibubapa yang berminat nak babywear anak masing-masing, saya nasihatkan joinlah mana-mana group babywearing yang bertauliah. Yang berada di sekitar Johor boleh join Selat Tebrau Babywearers. Yang lain boleh join Malaysia Babywearing. Best sebab diorang ni terlatih, dapat sijil untuk ajar gendong bayi. Selain tu diorang selalu jual beli wrap preloved pada harga affordable. Best beli yang preloved sebab dah broken in. Lembut sangat. Selesa!

Ok, terpanjang lebar la pulak kan. Sampai sini dulu. Malam ni nak tidur mimpi Garisol wrap :)

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...