"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cara Ringkas Solat Sunat Hajat.

Assalamualaikum.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

WAKTU MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT
Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam,/ separuh malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat

Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah ( cara paling ringkas) ialah :

Lafaz niat solat sunat hajat:
صَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

  • Baca doa iftitah
  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Kafirun 1 kali
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

Pada Rakaat Kedua

  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Ikhlas
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
  • Membaca Tahiyat Akhir
  • Memberi Salam

Berdoa selepas memberi salam:
Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, dijauhkan dari maksiat dll.

Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar. Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yg dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain


FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

  • Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah swt
  • Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah swt Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
  • Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang
  • Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah swt
  • Tidak putus asa dengan takdir Allah swt
  • Dimakbulkan Allah swt doa yang dipohon (InshaAllah)

Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja (tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya).

Hajat juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam ( boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat.

Semoga bermanfaat dan rajin diamalkan.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...