"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Review: Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club

Assalamualaikum.

Baru-baru ni kami diberi kelapangan wang dan masa untuk bawa Kautsar ke Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club, Nusajaya. Tak plan sangat pun, tiba-tiba terfikir nak ke sana.

Saya ada google-google sebelum pergi tu, tapi tak dapat banyak maklumat yang membantu. Jadi saya rasa baik saya kongsi review ni supaya dapat bantu ibubapa lain yg berniat nak bawa anak ke sana.
Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Puteri Harbour Malaysia.

Kalau dari arah utara, boleh ke sana melalui Lima Kedai menghala ke Gelang Patah. Tapi jangan terus sampai ke Gelang Patah, belok kiri kat satu simpang tiga traffic light masuk jalan besar menuju Kota Iskandar dan Nusajaya. Tapi jalan situ agak sempit dan ada bahagian yang ada construction tak siap-siap. Motor dan lori pun banyak.

Selain tu, boleh lalu Jalan Skudai sampai lepas Danga Bay. Nanti ada flyover menuju je Nusajaya dan Kota Iskandar. Nanti jumpa Legoland dulu, kemudian Giant Nusajaya. Kemudian baru jumpa Puteri Harbour di kawasan Kota Iskandar. Jalan ni luas dan lapang macam highway.

Bagi yang tak biasa ke Kota Iskandar, saya cadangkan guna GPS / Waze.

Bersebelahan dengan Puteri Harbour ada bangunan Trader's Hotel bercantum dengan The Red Cube. Hello Kitty Town terletak dalam bangunan Red Cube ni berhampiran Sushi King, Kenny Rogers, Lat's Place, Starbuck, Toys R Us etc.

Hello Kitty Town & The Little Big Club ni sebenarnya taman tema dan playground setinggi 4 tingkat. Aras ground adalah cafe dan kaunter tiket. Hello Kitty Town terletak di Aras 1. The Little Big Club pula terletak di Aras 2 dan 3.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Ada dua pilihan tiket bagi warganegara Malaysia (pemegang MyKad):
RM55/pax untuk entri ke Hello Kitty Town sahaja, atau
RM85/pax untuk entri ke Hello Kitty Town dan The Little Big Club
*Nota: kanak-kanak bawah 3 tahun atau 90 cm tinggi masuk percuma.

Kami pilih untuk masuk dua-dua taman tema. Ada program istimewa seperti musical sing-along, Meet & Greet dll pada waktu tertentu. Pastikan anda semak jadual program di Kaunter Khidmat Pelanggan bersebelahan Kaunter Tiket sebelum masuk.


HELLO KITTY TOWN
Taman tema ni sesuai untuk kanak-kanak perempuan 3 tahun ke atas, yang dah boleh dengar arahan, atau yang boleh berdikari. Tempatnya kecil je, tapi banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak-anak.

Ready for action! Kautsar blur baru bangun tidur sebenarnya. Hihi.
Ada beberapa bilik aktiviti. Antaranya Cookies Making, Jewellery Making, Costume Studio. Boleh masuk Kitty House untuk ambil gambar, ala-ala rumah Hello Kitty la ada dapur, walk-in wardrobe, bilik mandi, bilik tidur. Selain tu boleh selesaikan task mudah di Black Wonder untuk selamatkan Hello Kitty dan Daniel yang diculik. Tak susah pun, lepas selesaikan nanti dapat sijil. Selain tu boleh main TeaCup yang pusing-pusing tu. Dan ada satu playground untuk kanak-kanak 90 cm ke atas. Namanya Friendship Land. Kami tak masuk sebab Kautsar tak cukup tinggi. Dalam tu ada personnel yang akan supervise anak-anak kita bermain.

Kami datang hari Sabtu, jam 12 lebih tengahari waktu cuti sekolah. Jadi agak ramai orang dalam tu dan bising sikit. Tapi masih ok, masih boleh main dan berseronok.

Sampai-sampai kami terus beratur untuk main TeaCup. Sebab line TeaCup tu yang paling pendek. Saiz TeaCup tu kecil je, kami masuk berdua pangku Kautsar, berlaga lutut. Hihi. Kena pula saya ni jenis kaki panjang, memang sempit. Demi anak, masuk jugak la.

Lepas TeaCup, kami masuk bergambar di Kitty House. Cantik sangat dalam tu, sesuai la untuk budak-budak perempuan. Lepas keluar dari Kitty House tu ada sesi Meet&Greet dengan Kitty dan Daniel, jadi kami ambil gambar dulu. Dalam taman ni ada jurugambar yang ambil gambar kita, nanti kita boleh beli. Nanti saya cerita pakej gambar ye.

Kitty House: Kat ruang tamu
Kitty House: Kat wardrobe
Lepas Meet&Greet, kami rehat sekejap, makan dan minum di Cinnamonroll Cafe. Harga agak mahal, biasalah kan. 1 cucuk mini donut RM4.50. Cookies pun RM4.50 satu tapi besar dan manis, makan tak habis. 

Jewellery Making: time ni Kautsar tengah bersemangat!
Kemudian kami ke Jewellery Making. Dalam ni kita akan diberi 1 utas rantai dan 1 pendant setiap seorang. Masukkan pendant dalam rantai, siap. Senang je kan? Tapi untuk kanak-kanak, lama jugak nak siap. Haha. Rantai tu kita boleh bawa balik, dah termasuk dalam harga tiket. Kami tak ke Cookies Making sebab Kautsar belum sesuai nak uli-uli doh. Nanti comot. 

Last sekali kami masuk Black Wonder. Mula-mula tu ibu dan abah blur jugak apa benda task yang kena buat. Mana nak cari klu. Lepas tu ibu semangat selesaikan task, abah sibuk ambil gambar, Kautsar pula ralit main lari jalan pusing dalam tu. Hasil usaha ibu, kitorang dapat sijil sebab berjaya selesaikan task. Haha.

Sebelum keluar tu sempat juga tengok My Melody Sing-Along, tapi bila habis tu nak peluk-peluk dengan Hello Kitty dan Daniel Kautsar takut pula. Haha.

Black Wonder: Sebelum mula task
Black Wonder: Dalam Fashion House kot.

My Melody Sing-Along: Ralit sangat Kautsar nyanyi.

THE LITTLE BIG CLUB
Dah puas pusing Hello Kitty Town, kita ke The Little Big Club pula. Berbanding Hello Kitty Town yang ala-ala taman tema, The Little Big Club ni lebih kepada Playground bertema. Ada 2 tingkat, memang puas main. Temanya Barney, Thomas & Friends, Bob The Builder, Pingu, Angelina Ballerina. Itu je kot.

Mula-mula kami duduk rehat dulu sambil tengok Sing-Along Thomas & Friends. Berjoget-joget Kautsar bila part nyanyi-nyanyi. Sambil tu Kautsar main kat tempat Barney. Bila dengar lagu The Wheels on The Bus terus Kautsar berhenti main dan melompat-lompat joget. Lagu kegemaran Kautsar tu selain Head, Shoulders, Knees and Toes dan Baa Baa Black Sheep.


Lepas main kat Barney, masuk rumah Pingu. Rumah Pingu ni macam pusat hiburan keluarga, ada Air Hockey, gravity bowling etc. Tak sesuai untuk Kautsar jadi kami terus keluar dan main kat playground.

Depan Pingu Igloo

Dalam Pingu Igloo
Playground aras 2 tu besar, macam maze. Sesat-sesat ibu abah Kautsar main dalam tu. Abah paling semangat, terselit-selit bawa Kautsar main dalam playground saiz budak-budak (bayyangkan abah Kautsar yang saiz montel tu main kat sana). Gigih sangat abah bawa Kautsar naik gelongsor, kemudian lepaskan Kautsar menggelongsor. Soalnya, abah kena turun gelongsor juga lepas tu. Satu-satunya baby tua yang main gelongsor kat situ. Haha.




Main kat playground tu je dah lama. Lepas tu main susun-susun tetris pula. Kautsar sangat kental angkat blok-blok tetris tu walaupun terhuyung-hayang. Sekejap je main susun tetris, lepas tu terus ke aras 3.

Susun tetris
Kat aras 3 ada banyak permainan berunsurkan rides. Kautsar dengan abah naik Bertie The Bus, Windmill. Itu je sebab dah letih sangat masa tu. Kautsar pun dah mengantuk. Selain dua tu, ada Thomas Train Ride, Bumper & Diesel Car, Helitour Ride, Crane Drop Ride, dan beberapa lagi yang saya tak ingat. Ada Sodor playground juga, tapi kami tak main sebab penat. Kat aras 3 ni ada cafe yang jual makanan berat. Tapi harga saya tak pasti sebab saya tak makan pun kat sini. Kami plan nak makan di Lat's Place nanti.

Bertie The Bus

Windmill
Helitour
Sebelum balik kami sempat cukupkan gambar untuk ambil pakej gambar bernilai RM150:
  • 4 gambar saiz 5R
  • 1 gambar saiz 8R
  • 1 magnet
  • 1 keychain
Pakej lain yang saya ingat:
  • RM35/ pcs untuk gambar saiz 5R
  • RM100 untuk 4 gambar saiz 5R
  • RM50/pcs untuk gambar jigsaw puzzle
  • RM200/pcs untuk gambar canvas
Secara ringkas, kami yang bawa anak kecil seusia Kautsar ni pun ambil masa 4 jam dalam dua-dua taman ni. Kalau bawa anak umur 3-12 tahun elok la datang awal sikit. Kami tak plan jadi datang waktu cuti sekolah, memang agak ramai. Tapi seronok meriah. Kalau datang weekdays lebih aman inshaAllah, saya dah tanya dengan adik yang kerja situ. Hehe.

Saya rasa puas hati la dengan Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Walaupun harga tiket agak mahal, tapi pada kami berbaloi. Untuk lain kali, kami lebih berminat nak ke The Little Big Club saja. Hello Kitty Town boleh pergi bila Kautsar dah besar sikit.

Review untuk Lat's Place inshaAllah akan datang ye. 


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...