"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Selamat tinggal 2014.

Assalamualaikum.

Lama saya tak post di sini. Bagi ruang untuk habiskan masa bersama keluarga dan anak sempena cuti sekolah (macam la anak dah sekolah hehe).

Alhamdulillah tahun 2014 bakal melabuhkan tirai hari ini. Banyak perjalanan suka duka sepanjang tahun ini. Tapi saya tak nak kongsi cerita 2014 saya. Bukan kedekut, tapi saya ni jenis tak simpan dalam hati. Yang lepas tu seronok ke sedih ke marah ke, lepas la. Saya jenis cepat melupakan. Hihi.

InshaAllah esok tahun baru 2015.

Tahun 2015 ini cabaran baru buat kami suami isteri. Macam-macam pembaharuan akan berlaku. Macam-macam kelainan dalam keluarga kami. Rutin akan berubah hampir 100%. Tanggungjawab bertambah dengan anak semakin membesar, tanggungan pun semakin banyak. Dah takde-takde lain, sejak seminggu dua ni kucing jalanan kat depan rumah dah rajin lepak rumah kami pulak. Jadi inshaAllah kos jagaan beliau akan dimasukkan dalam belanjawan 2015. Alhamdulillah.

Saya percaya rezeki jaminan daripada Allah swt kepada hamba-Nya yang berusaha dan yang redha dengan ketentuan-Nya. Hamba yang berserah kepada-Nya. Jadi selagi mana saya yakin dan tawakkal kepada Allah swt, tentulah Allah swt akan jaga saya dan keluarga kami. InshaAllah.

Tahun 2015 akan menjadi tahun yang gemilang buat kami sekeluarga. Bukan dalam bisnes saja, tapi dalam kekeluargaan, kebahagiaan dan kehidupan menyeluruh. Amin.

Buat semua pembaca, pelanggan dan kawan-kawan yang sama-sama berada di blog humble kami ini, terima kasih untuk sokongan anda. Yang offline juga, terima kasih selalu bersama kami.

Nantikan berita gembira sempena 2015. Yakin. Tahun 2015 adalah tahun cemerlang yang bakal merubah segalanya tentang kami :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kautsar Kamaliah: 1 Tahun 5 Bulan.

Assalamualaikum.

Khalifah kecil kami dah cecah 1 tahunn 5 bulan. Kejap tak kejap. Rasa tak puas gomol budak kecil yang makin besar dan berat tu.

Daripada bayi tough yang kuat sengih tak ada gigi, sekarang bercakap tak berhenti. Walaupun tak faham butir, ibu layankan juga macam berbual dengan orang dewasa.

Sekejap anak ibu dah besar.

Kautsar lahir petang Sabtu yang cerah, dengan berat 3.55 kg. Semangat sangat, tulang-tulangnya keras, senang ibu nak belajar dukung dan uruskan bayi baru lahir. Ibu suka bayi sihat. Memang ibu target berat anak ibu 3.3 kg sekurangnya. Kalau tak sampai 3 kg, ibu rasa tak cukup sihat je anak ibu. Hehe.

Sepanjang menyusu badan sepenuhnya dari lahir hingga usia 6 bulan, Kautsar jarang sakit. Cuma pernah kena ruam teruk di muka dan telinga. Doktor pakar kanak-kanak yang merawat Kautsar bagi ubat yang mengandungi mild steroid. Sapu sekali dua terus baik. Pada ibu, tak salah sapu ubat dengan steroid asalkan tak berlebihan. Yelah, kalau kita sebagai ibu bapa dah buat yang terbaik, dah cerap keringkan muka anak, bilas dengan air bersih tapi ruam masih tak hilang, takkan nak biar anak terus dengan ruam, kan?

Sejak umur 6 bulan hingga 1 tahun, ibu bagi Kautsar makan masakan ibu. Setiap hari ibu tak pernah gagal bangun pagi untuk masakkan makanan Kautsar. Walaupun boleh buat makanan beku, tapi ibu tak buat. Ibu bagi makanan segar untuk Kautsar.

Alhamdulillah anak ibu tak ada masalah selera makan.

Waktu Kautsar usia 11 bulan lebih, ibu tak sihat. Bila ibu tak sihat, susu ibu susut teruk. Kautsar terpaksa campur susu formula. Sejak itu Kautsar kerap demam dan selsema. Lagi sekali, pada saya, susu formula tak salah asalkan ibu dah berusaha yang terbaik untuk teruskan penyusuan susu ibu. Tapi kalau bukan rezeki, takkan nak biar anak lapar susu kan?

Demam selsema Kautsar berterusan on-off sampai usia 1 tahun 3 bulan. Sedihnya hati kita sebagai mak bila lihat anak tak sihat. Masa Kautsar 1 tahun 3 bulan, Kautsar kena pakej demam, selsema, batuk dan HFMD. Saya ada kongsi cerita itu di entri ini. Sejak itu saya bagi Kautsar minum Meal Shake setiap malam sebelum tidur. Alhamdulillah, sejak tu cuma sekali Kautsar sakit. Penyakit HFMD yang Kautsar kena pun tak tinggalkan satu parut pun.

Selera makan Kautsar sangat cemerlang. Berat naik cantik. Tidur lena.

Kautsar mula berjalan pada usia 1 tahun 1 bulan. Sebelum usia 1 tahun Kautsar ada menapak sikit, tapi Kaustar tak suka berlatih berjalan. Jalan dua-tiga tapak, Kautsar akan duduk. Sampai usia 1 tahun 1 bulan, tiba-tiba Kautsar terus jalan laju dan lancar. Alhamdulillah.

Sekarang pada usia 1 tahun 5 bulan, Kautsar dah pandai nak bercakap. Dah pandai panggil abahnya. Sebut "atuk", "nenek", "Mamat", "susu" dan lain-lain. Pandai buat bunyi dan gaya lion, elephant, tiger, horse. Pandai menyanyi. Pandai menyanyi sambil buat gaya mengikut lagu.

Sedangkan kami suami isteri tak pernah beria mengajar anak kami apa-apa, kami cuma bergembira menyanyi sama-sama, enjoy setiap apa yang kami lakukan.

Gigi pun dah banyak. Gigi depan dah tumbuh atas bawah ada 8 batang. Geraham 4 batang dah tumbuh. Sekarang gigi taring tengah dalam proses untuk tumbuh. Dah keluar puncaknya, tapi belum habis tumbuh lagi.


Kautsar Kamaliah.
Semoga jadi anak solehah, syurga dunia ibu dan abah.
Jalan kepada redha Allah swt kepada kami ibu dan abah Kautsar Kamaliah.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Hamil dan Menyusukan Anak: Selamat ke Tak?

Assalamualaikum.


Persoalan hamil dan menyusukan anak selalu timbul. Saya sendiri berminat dengan isu ini, mana tahu rezeki saya hamil anak kedua sambil menyusukan Kautsar. Jadi beberapa kali ketika follow up dengan pakar O&G di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, saya ada bertanyakan tentang perkara ini.

Selain pendapat Dr. Noor Aini, saya ada buat banyak bacaan di blog pakar-pakar O&G terkemuka negara. Ini kesimpulan yang saya dapat:

Menyusukan bayi ketika hamil adalah SELAMAT, secara umumnya. Ibu cuma perlu pastikan:
  • Ibu mengamalkan pemakanan sihat dan lengkap dengan nutrisi untuk ibu, bayi dalam kandungan dan anak yang disusukan.
  • Pastikan ibu banyak minum air. 
Ibu yang berisiko menyusukan anak ketika hamil:
  • Pernah mengalami keguguran
  • Pernah mengalami komplikasi ketika hamil
  • Ibu yang lemah badan, kerap sakit, atau alahan teruk 
Tempoh penyusuan paling berisiko:
  • Ketika 3 bulan pertama kelahiran. Penyusuan susu badan menyebabkan kecutan rahim, jadi sepanjang tempoh 3 bulan pertama hamil, pengecutan yang kuat bagi ibu yang ada masalah rahim lemah boleh menyebabkan keguguran. 
Tanda-tanda bahaya yang perlu diawasi:
  • Kontraksi
  • Pendarahan (spotting/bleeding)

Saya harap ibu-ibu dapatkan nasihat pakar sebelum meneruskan penyusuan ketika hamil. Pastikan doktor maklum keadaan ibu yang masih menyusukan anak walaupun hamil. Hentikan penyusuan jika perlu; TOLONG utamakan keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Semoga bermanfaat.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

7 Sebab Sukar Hamil.

Assalamualaikum.

Ramai pasangan moden yang berkahwin tapi lambat dikurniakan cahaya mata. Malah begitu ramai pasangan di luar sana yang belum dikurniakan anak walaupun telah bertahun-tahun berumahtangga. Tanpa kita sedar, teknologi canggih serba moden boleh mempengaruhi kesuburan suami dan isteri. Malah, kepercayaan karut yang tidak berasaskan sains kesihatan turut merendahkan risiko tidaksubur di kalangan pasangan suami isteri.

Gambar ihsan Google
7 Kesilapan Sukar Hamil

1. Pelincir yang Salah
Tahukah anda menggunakan pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil? Semua gel pelincir boleh rosakkan sperma. Cara terbaik untuk baiki hubungan, tingkatkan pelincir semulajadi anda. Lakukan lebih banyak foreplay sebelum memulakan seks. Seterusnya lebih banyak pelincir semulajadi terhasil untuk bantu sperma terus hidup.

2. Simpanan sperma.
Ada pasangan silap tanggapan bahawa dengan mengelakkan hubungan seks dalam masa sebulan dapat menjimatkan sperma. Ini adalah silap besar! Memang benar, jika simpan sperma, anda mungkin lebih banyak waktu diperlukan. Tetapi kebanyakan sperma sudah lemah dan lembap serta tidak mampu senyawakan telur wanita. Untuk hamil, sperma yang segar diperlukan.

3. Vitamin C.
Sangat bagus untuk tingkatkan kesuburan. Ia boleh memperbaiki cecair serviks. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Tanpanya sperma tak mampu hidup lebih lama. Namun jangan ambil berlebihan sebab dikhuatiri akan  menyebabkan kekeringan serviks pula. Dinasihatkan ambil tidak lebih 1000mg vitamin C setiap hari.

4. Tekanan. 
Bila ada yang bertanya dan mengatakan “relaks la” ini sebenarnya akan menambah lagi tekanan. Lakukanlah terapi ketawa daripada paksa diri untuk bertenang. Tekanan boleh menyebabkan penghasilan ovumdan sperma yang tidak berkualiti.

5. Makanan. 
Wanita yang hamil tahu apa makanan yang patut dijauhi, tetapi wanita yang sedang cuba untuk hamil tidak tahu hal ini. Contohnya, jauhkan ikan yang mengandungi merkuri yang sangat tinggi namun jangan elak semua ikan kerana ada ikan yang yang kaya dengan protein, vitamin D dan asid lemak Omega-3 yang bagus.

6. Minuman berkafein.
Ada kajian mengatakan secawan kopi sehari sudah cukup memgurangkan peluang sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh 12 bulan. Jadi, pengemar kopi sila ambil perhatian ya.

7. Ubat-ubatan yang mesti dijauhi orang lelaki.
Ada ubat-ubatan yang biasa diambil oleh lelaki seperti ubat rawat ulser, masalah gastrik juga ubat tekanan darah tinggi ada kesan buruk pada pengeluaran sperma juga kesuburan. Amalkan vitamin lebih baik, contohnya zinc complex, C dan E yang mengandungi selenium.

[Sumber]

Tips: Petua Hamil Tanpa Stretchmark.

Assalamualaikum.

Nak kongsi pengalaman saya hamilkan Kautsar dulu. Masa mula-mula tau saya hamil, perkara paling saya takut sekali ialah STRETCH MARKS. Mana taknya, waktu tu kakak saya baru je lahirkan anak sulung. Stretch mark kat badan dia, ya ampun, MENAKUTKAN!


Saya buat bacaan tentang stretch mark, antara faktanya stretch marks ni menurun ikut genetik kita. Maksudnya kalau mak-mak kita dulu hamil penuh stretch marks, kemungkinan besar kita pun akan ada stretch marks bila hamil.

Lagi la menakutkan! Sebab mak saya dulu memang banyak sangat stretch marks. Kakak-kakak saya pun semua penuh stretch marks dari pusat sampai ke paha. Dari punggung sampai ke betis. Sampaikan akak bidan yang datang jaga kakak saya berpantang pun terkejut. Sepanjang 15 tahun pengalaman dia jaga wanita bersalin, ini kes stretch marks paling teruk dia pernah jumpa.

Stretch marks ni berlaku sebab kulit merekah bila perut semakin membesar. Disebabkan kulit tak dapat mengembang secepat kadar perut kita membesar, maka kapilari darah di kulit akan pecah disebabkan tegangan kulit yang keterlaluan. Kapilari yang pecah tu yang menyebabkan tanda merah-merah, kadang-kadang jadi warna biru ungu atau hitam dan menyebabkan gatal.

Jangan garu tau! Lagi garu lagi teruk nanti jadinya.

Ahamdulillah sepanjang hamilkan Kautsar, saya tak ada stretch marks langsung. Kat perut tak ada, paha, lengan, punggung, betis pun tak ada. Padahal saya tak pernah sapu apa-apa krim, losyen atau minyak (ada beli tapi tak sapu hehe).

Petua saya: ESP Shaklee. Saya cuma amalkan minum ESP Shaklee sehari 3 kali. Sarapan pagi, minum petang dan minum malam. Sampai minggu ke-38 masih tak ada stretch marks, saya gembira sangat. Hingga saat bersalin pun tak ada stretch marks. Alhamdulillah.

Satu lagi yang saya perasan, bila amalkan ESP masa hamil ni, kulit jadi bbersinar glowing. Pori pun mengecil. Saya memang jenis kulit kombinasi, susah dijaga dan sangat sensitif. Waktu hamil, perubahan hormon menyebabkan kulit jadi kering dan kusam. Lepas amalkan ESP kulit jadi normal malah lebih cerah dan sekata tonanya.

Untuk bakal ibu bertuah macam saya, tak perlu banyak penjagaan ketika hamil untuk elakkan stretch marks. Bagi yang berpotensi untuk ada stretch marks, saya share sikit petua elakkan stretch marks:

  • Amalkan sapu krim/losyen/minyak anti stretch marks sebaik saja tau sedang hamil. Sapu 2 kali sehari selepas mandi.
  • Banyakkan makan sayur-sayuran hijau supaya kulit mudah meregang.
  • Jangan garu kalau gatal. Sebaiknya gosok secara perlahan atau sapukan krim.
  • Banyakkan minum air masak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Berminat nak dapatkan Set Hamil Shaklee, boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma dan harga istimewa.

Semoga bermanfaat :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kebaikan Vita E Complex Shaklee

Assalamualaikum.

Vitamin-E adalah sejenis antioksidan kuat yang larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat, serta meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan imunisasi.

Berdasarkan penemuan salah satu kajian yang dilakukan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 didapati bahawa manfaat vitamin E yang diambil dalam jangka panjang sangat membantu dalam mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan perokok. Sementara itu hasil kajian lain juga menunjukkan bahawa vitamin ini dapat melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer. Vitamin E telah terbukti memiliki efek pencegahan bagi sekitar 80 jenis penyakit.

Hasil kajian yang dilakukan dilakukan di Tufts University, USA menunjukkan bahawa mengamalkan vitamin E terbukti efektif meningkatkan fungsi daya tahan tubuh.

Vitamin E merupakan satu jenis antioksidan yang sangat penting untuk pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, memperbaiki jaringan, dan sangat berguna dalam perawatan “premenstrual syndrome” serta penyakit fibrocystic payudara. Vitamin E memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh cedera, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Selain itu, manfaat Vitamin E juga terbukti dalam meningkatkan produksi air mani lelaki. Ia juga mempertahankan kesihatan saraf dan otot dan pada masa yang sama memperkuat dinding kapilari. Vitamin E meningkatkan kesihatan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang bisa dijangkiti bayi pramatang.


Rangkuman Manfaat Vitamin E


  • Terbukti efektif meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, meminimumkan risiko kanser dan penyakit jantung koroner.
  • Terbukti efektif sebagai Antioksidan. Semua vitamin E adalah antioksidan dan terlibat dalam banyak proses tubuh dan beroperasi sebagai antioksidan semulajadi yang membantu melindungi struktur sel yang penting terutama membran sel dari kerosakan akibat radikal bebas. Dalam melaksanakan fungsinya sebagai antioksidan dalam tubuh, vitamin E bekerja dengan cara mencari, bereaksi dan merosakkan rantai reaksi radikal bebas Y. Dalam reaksi tersebut, vitamin E sendiri diubah menjadi radikal. Namun radikal ini akan segera beregenerasi menjadi vitamin aktif melalui proses biokimia yang melibatkan senyawa lain.
  • Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh jaringan tubuh dari kerosakan. Selain boleh melindungi dari akibat kelebihan vitamin A dan melindungi vitamin A dari rosak, vitamin ini juga bisa melindungi dari kesan pelbagai jenis ubat, bahan kimia, dan logam yang menyokong pembentukan radikal bebas.
  • Memiliki peranan yang sangat penting dalam menjaga, meningkatkan kekenyalan dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan awal, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar ultraviolet, serta mempercepat proses penyembuhan luka.



Vita-E Complex Shaklee Untuk Keperluan Vitamin E

Formula Vita E Complex Shaklee merupakan salah satu herbal terbaik dari Shaklee yang semakin menyempurnakan manfaat vitamin E. Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah kerana ia merupakan vitamin E terlengkap di pasaran saat ini yang dibuat dari grape seed oil organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E.

Gambar ihsan Google
Vita-E Complex Shaklee mengandung tambahan Selenium semulajadi dan ekstrak grapeseed untuk meningkatkan penyerapan vitamin E ke dalam tubuh. Jadi Vita-E Complex Shaklee bukan sekadar suplemen vitamen E tetapi juga membantu mempercepat penyerapannya ke dalam tubuh kita sehingga memberikan hasil lebih cepat dan lebih maksimum.

Untuk menghasilkan 400IU vitamin E, seseorang harus makan 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g almond. Mampukah anda memakan dalam jumlah di atas setiap hari? Tentu saja tidak. Disitulah letaknya keistimewaan Vita-E Complex Shaklee, cukup mengambil 1 kapsul Vita-E Complex setara dengan memakan seperti jumlah di atas, kerana setiap 1 kapsul produk ini mengandung 400 IU sumber vitamin E alami dan 10 mcg Selenium untuk mendukung keberkesanan manfaat vitamin E


Pelbagai Manfaat Vita-E Complex Shaklee


  • Sebagai antioksidan yang kuat untuk mencegah penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular.
  • Mencegah Penyakit jantung
  • Menurunkan tekanan darah
  • Meningkatkan produksi air mani untuk kesuburan lelaki
  • Anti penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari dapat memperlambat penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu mengembalikan tekstur kulit dan tona muka
  • Merangsang rambut menjadi lebih sehat dan mencegah keguguran rambut
  • Memperbaiki parut, bengkak dan rosak kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
  • Mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh mengjangkit pada bayi pramatang.
  • Mencegah keguguran
  • Mengurangi risiko kanser prostat di kalangan perokok
  • Memperbaiki arthritis dan memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer
  • Meningkatkan kesihata saraf dan otot dan pada masa yang sama memperkuat dinding kapilari
  • Memperbaiki peredaran darah dan jaringan
  • Membantu mengurangkan kesan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic payudara
  • Merawat buasir, vericose vein dan sakit sendi
  • Meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Memelihara pembekuan darah yang normal untuk penyembuhan luka yang cepat
  • Mencegah penyakit katarak, dll.
  • Meningkatkan kemampuan seksual dengan memberikan oksigen yang lebih.


Jadi apalagi yang anda tunggu, kesihatan memang mahal, tetapi jauh lebih mahal lagi kalau anda tidak sihat!

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Dapat Anak Dengan Set Kesuburan Shaklee.

Assalamualaikum.

Anak atau zuriat, adalah keinginan suami isteri bila berkahwin. Tapi bila sudah beberapa tahun kahwin, Allah duga masih belum diberi zuriat. Masih ada jalan. Bukan 'dead end' atau jalan mati. Set Kesuburan Shaklee adalah salah satu ikhtiar.

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?

  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.


Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?
Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"



Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan.

Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).

Vita C
Memiliki kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Banyakkan istigfar dan bersedekah. Kerana ini yang diajar Rasulullah ketika ada lelaki memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri mendapatkan anak. Tak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki. Dan Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. Percaya pada Allah. Insyaallah, pasti anak yang dinanti akan tiba didukungan kalian.

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi khas set yang bersesuaian. Juga harga yang mampu milik ditawarkan.

[Sumber]



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Penyakit Spina Bifida Pada Bayi Baru Lahir.

Assalamualaikum.


Apakah Spina Bifida?

Spina Bifida adalah kecacatan kelahiran yang boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Spina Bifida bermaksud "tulang belakang terbelah." Spina Bifida berlaku semasa bayi di dalam rahim dan tulang belakang tidak bercantum sepenuhnya. Setiap hari, kira-kira lapan bayi yang dilahirkan di Amerika Syarikat mempunyai Spina Bifida atau kecacatan kelahiran otak dan tulang belakang yang hampir sama.

Apa yang menyebabkan Spina Bifida?
Tidak ada yang pasti. Para saintis percaya bahawa faktor genetik dan persekitaran bertindak bersama-sama untuk menyebabkan keadaan ini.

Jenis-jenis Spina Bifida

  1. Occult Spinal Dysraphism (OSD): Bayi dengan kecacatan ini mempunyai lesung pipit di bahagian bawah belakang mereka. 
  2. Spina Bifida Occulta: Ia sering dipanggil "Spina Bifida tersembunyi" kerana kira-kira 15 peratus daripada orang yang sihat mempunyainya dalam keadaan tidak sedar. 
  3. Meningocele: Meningocele menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang terkeluar melalui tulang belakang.
  4. Myelomeningocele (Meningomyelocele): juga dikenali sebagai Spina Bifida Cystica. Merupakan jenis spina bifida yang paling teruk, aa berlaku apabila bahagian saraf tunjang dan saraf datang melalui bahagian terbuka tulang belakang. 


Bagaimanakah Spina Bifida Dirawat?
Seorang kanak-kanak dengan Meningomyelocele biasanya dikendalikan di dalam tempoh dua hingga tiga hari lepas lahir. Ini menghalang jangkitan dan membantu menyelamatkan saraf tunjang daripada kerosakan yang lebih.

Seorang kanak-kanak dengan Meningocele biasanya dirawat dengan pembedahan, selalunya kanak-kanak itu tidak lumpuh. Kebanyakan kanak-kanak dengan keadaan ini membesar secara normal, tetapi mereka perlu diperiksa oleh doktor kerana mereka boleh mempunyai masalah serius yang lain.

Kanak-kanak dengan OSD harus dirawat oleh pakar bedah. Kebanyakan pakar berpendapat pembedahan perlu dilakukan awaak untuk menjaga saraf dan otak daripada menjadi lebih rosak.

Spina Bifida Occulta biasanya tidak perlu dirawat. '

Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah Spina Bifida?
Wanita yang ingin hamil perlu mengambil asid folik sebelum dan dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Persatuan Spina Bifida Amerika Syarikat mencadangkan wanita untuk mengambil vitamin dengan 400 mcg (0.4 mg) asid folik setiap hari pada sepanjang masa mereka berpotensi untuk hamil.

Wanita yang mempunyai anak atau adik-beradik dengan Spina Bifida, pernah mempunyai kehamilan terjejas atau menghidap Spina Bifida perlu mengambil 4000 mcg (4.0 mg) asid folik untuk satu hingga tiga bulan sebelum dan dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

Apakah asid folik?
Asid folik adalah vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk berkembang dan menjadi sihat. Ia didapati dalam banyak makanan, tetapi bentuk buatan manusia atau sintetik dalam pil sebenarnya lebih baik diserap oleh badan kita.

Apakah keadaan yang berkaitan dengan Spina Bifida?
Kanak-kanak dan orang dewasa muda dengan Spina Bifida boleh mempunyai masalah mental dan sosial. Mereka juga boleh mempunyai masalah berjalan, alahan getah, obesiti, kerosakan kulit, gangguan gastrousus, kurang upaya, kemurungan, tendonitis dan isu-isu seksual.

Apa wujud batasan fizikal?
Penghidap Spina Bifida mesti belajar bagaimana untuk bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan, dengan menggunakan peralatan seperti tongkat, pendakap atau kerusi roda. Doktor, jururawat, guru-guru dan ibu bapa perlu tahu apa yang kanak-kanak yang boleh dan tidak boleh lakukan untuk berdikari, bermain dengan anak-anak yang tidak orang kurang upaya dan untuk menjaga dirinya sendiri.

Bolehkah Spina Bifida dikesan sebelum kelahiran?
Ya. Terdapat tiga ujian *.

  1. Ujian darah dalam 16 hingga minggu ke-18 kehamilan. Ini dikenali sebagai alpha-fetoprotein (ujian saringan AFP). Ujian ini adalah lebih tinggi pada kira-kira 75-80% daripada wanita yang mempunyai janin dengan Spina Bifida.
  2. Satu ultrasound janin. Ini juga dipanggil sonogram dan boleh menunjukkan tanda-tanda Spina Bifida seperti tulang belakang yang terbuka.
  3. Ujian di mana sejumlah kecil cecair dari rahim itu diambil melalui jarum nipis. Ini dipanggil amniosentesis ibu dan boleh digunakan untuk melihat tahap protein.

* Ibu bapa perlu tahu bahawa tidak ada ujian perubatan adalah sempurna, dan ujian ini tidak selalu betul.

Bolehkah kanak-kanak Spina Bifida membesar secara normal?
Ya. Dengan rawatan, kanak-kanak Spina Bifida boleh menjalani kehidupan yang normal. Kebanyakan pesakit spina bifida boleh bersekolah dan bersukan seperti biasa. Dengan kemajuan perubatan, kira-kira 90 peratus daripada bayi yang lahir dengan Spina Bifida kini hidup sehingga dewasa, kira-kira 80 peratus mempunyai kecerdasan yang normal dan kira-kira 75 peratus bermain sukan dan melakukan aktiviti lain.

Bagaimanakah Spina Bifida diuruskan?
Oleh sebab jenis dan tahap penyakit ini berbeza bagi individu berlainan, setiap pesakit menghadapi cabaran yang berbeza dan mungkin memerlukan rawatan yang berbeza. Cara terbaik untuk menguruskan Spina Bifida adalah dengan pendekatan pasukan. Ahli-ahli pasukan mungkin termasuk pakar bedah neuro, pakar urologi, orthopedists, ahli terapi fizikal dan pekerjaan, orthotists, ahli psikologi dan pekerja sosial perubatan.

Maklumat ini tidak mengandungi nasihat perubatan untuk mana-mana individu. Seperti kes-kes tertentu mungkin berbeza-beza dari maklumat umum dibentangkan di sini, Spina Bifida Association menasihati pembaca untuk berunding berkelayakan perubatan atau lain-lain profesional secara individu.

Gregory S. Liptak, MD, MPH

[Sumber]

SET HAMIL SHAKLEE MENGHALANG BERLAKUNYA SPINA BIFIDA


Set Hamil Shaklee lengkap dengan 400mcg asid folik, kalsium magnesium untuk perkembangan tulang bayi, omega untuk perkembangan sendi dan otak bayi. Memberi ibu tenaga dan nutrisi lengkap sepanjang kehamilan. Tidak meloyakan. Mudah ditelan.

Berminat boleh hubungi kami.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Set Kulit Cantik: Jimat RM700 dalam 6 Bulan!

Assalamualaikum.
Saya nak cerita sikit macam mana peminat Vita C Sustained Release jimat hingga RM700 dalam masa 6 bulan.
Senang je. Jom tengok kira-kira harga dan khasiat Vita C SR.
1 tablet Vita C SR = 7 biji Oren
Sebotol Vita C SR (180 tablet) = 1260 biji Oren
Sebiji Oren = RM0.70
Sebotol Vita C SR (RM92.50) = 1260 biji Oren (RM882)
Jimat: RM789.50 !!

Berminat nak dapatkan Vita C SR pada harga super istimewa boleh hubungi kami cepat-cepat. Bulan ni je!



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Promo Tiga Kali Ganda: Collagen Powder Beli 3 Percuma 1.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur sangat. Bulan ni bukan promo biasa. Bukan promo berganda. Tapi Promo Tiga Kali Ganda!

Terbaru kami dapat SMS daripada Shaklee maklumkan tentang Promosi Collagen Powder Beli 3 Percuma 1.

Allah Allah. Jimat sangat!
Kalau promo biasa jimat bertingkat, kali ni jimat bertingkat-tingkat!

InshaAllah dengan belian 3 kotak Collagen Powder bulan ni daripada kami, anda dapat:
> Percuma 1 kotak Collagen Powder bernilai RM298
> Percuma membership Shaklee seumur hidup bernilai RM65
> Cash back RM35

Gabungkan dgn promosi Vita C SR + Vita E Complex, boleh jadikan promo Collagen Powder sebagai platform untuk KULIT CANTIK MENAWAN DALAM 1 BULAN!
Boleh jadikan sebagai KICK START BISNES SHAKLEE ANDA!

Hubungi kami untuk order dan registration :)

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Saat Kelahiran Khalifah Kecil Kautsar Kamaliah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah khalifah kecil kami dah hampir berusia setahun lima bulan. Sekejap je rasa dah besar anak kami. Hari ni saya ibu terdetik nak cerita semua tentang Kautsar. Entah kenapa, sentimental pula rasa hari ni. Hihi.


Ibu dan abah menanti 7 bulan untuk hamilkan Kautsar. Walaupun 7 bulan tu pada orang lain mungkin sekejap, pada kami cukup lama. Tapi perancangan Allah swt memang terbaik, 7 bulan adalah waktu secukupnya untuk kami suami isteri saling berkenalan dengan lebih rapat sebelum menyandang tanggungjawab sebagai ibubapa. Maklumlah, kami cuma sempat berkenalan selama 7 bulan sebelum berkahwin.

Saat ibu syak ibu hamil, abah tak ada. Ibu bertugas di pusat bandar seminggu, abah pula di kampung bercuti. Setiap masa abah telefon ibu tanya, dah datang haid ke belum. Setiap kali juga ibu kata belum. Tamat je tugas ibu waktu tu, abah jemput ibu untuk bawa ibu bercuti. Waktu itulah ibu dan abah tau Kautsar ada dalam rahim ibu.

Ibu dan abah sama-sama menangis dalam bilik air, sambil berpelukan. Abah pegang ujian kehamilan ibu tak lepas-lepas :)

Alhamdulillah pengalaman hamilkan Kautsar mudah dan sangat seronok. Biasalah letih-letih badan pada awalnya, tapi kemudian ibu sangat bertenaga. Ibu bersemangat. Kautsar khalifah kecil ibu dan abah yang sangat baik, sangat memudahkan ibu dan abah. Tak pernah buat ibu sakit atau tak selesa. Berat badan ibu naik cantik, hb sentiasa normal, gula tak ada masalah. Semuanya mudah sepanjang hamilkan Kautsar. Dan abah kata, ibu cantik sangat sepanjang hamil :D

Waktu itu ramadhan ketiga. Balik kerja awal, ibu dan abah ke Carrefour beli barang dapur untuk masak berbuka. Ibu masak lauk daging lemak cili padi hari tu. Waktu tengah cuci pinggan lepas buka, keluar tanda bersalin. Darah dan lendir mengalir banyak, macam drama. Abah cepat-cepat solat maghrib, terus bawa ibu ke Hospital Pakar Puteri, JB.

Sampai di hospital, nurse kata bukaan baru 1 cm. Ibu balik rumah Cik Eza, tidur dan rehat. Esok inshaAllah ibu dan abah akan jumpa Kautsar.

Malam tu mula jam 3 pagi, ibu dah rasa contraction sikit. Jam 5 pagi ibu dah tak boleh tidur sebab gementar, bukan sebab sakit. Dari jam 5 pagi ibu pusing satu rumah, jalan tak berhenti semoga jalan cepat buka. Tak sabar nak jumpa anak ibu.

Lebih kurang jam 9 pagi ibu terus ke hospital sekali lagi. Nurse kata bukaan baru 1.5 cm. Lambat buka. Jumpa Doktor Laila lebih kurang jam 10-11 pagi, doktor seluk untuk stretchkan jalan. Sakit, memang sakit. Rasa macam kena sula. Hehe. Lepas tu darah turun melimpah. Ibu takut tengok darah banyak-banyak, haha. Lepas doktor seluk, ibu terus ke labour room untuk masukkan ubat buka jalan.

Nurse masukkan ubat jam 11:30 pagi. Jam 1 tengahari ibu dah rasa sakit. Kadang sakit sikit, kadang sakit banyak. Jam 2 petang, jalan dah buka 4 cm, doktor pecahkan ketuban. Anak ibu dah berak dalam perut, jadi kena bersalin cepat.

Cik Eli, Uncle Zul, Abang Luqman, Cik Eza, Mamat dan Atuk ada tunggu di bilik menunggu sepanjang hari. Abah sentiasa ada sebelah ibu; kekuatan ibu, semangat ibu. Sesaat pun ibu taknak jauh dari abah.

Ibu tak pernah pergi kelas antenatal. Sepanjang menunggu nak lahirkan Kautsar, ibu ikut semua yang nurse dan doktor suruh. Sebelum ibu bersalin, ada seorang ibu Cina yang sedang lahirkan anak kedua di bilik sebelah. Ibu boleh dengar doktor ajar ibu Cina tu, jadi ibu ikutkan apa yang doktor dan nurse kata.

Jam 4 lebih, abah minta izin keluar untuk solat Asar. Sebaik je abah balik dari surau, doktor pun masuk jenguk ibu. Doktor cek bukaan dah 7 cm. Kemudian doktor kata kalau rasa nak teran, teran sekuat hati.

Kali pertama ibu teran, caranya tak betul. Nurse suruh ibu pegang paha kuat-kuat dan tarik masa meneran. Ibu teran kali kedua. Kecoh sangat rasanya waktu tu, semua bising. Ibu abaikan kecoh-kecoh tu, ibu fokus pada suara nurse sebelah ibu yang jaga ibu. Kemudian ibu teran kali ketiga.

Alhamdulillah. Waktu tu jam 5 petang. Kautsar keluar dari rahim ibu cepat sangat. Sihat. Comel. Selamat. Waktu nurse tolak Kautsar ke nursery, semua orang tak sangka bayi itulah Kautsar. Cik Eli sempat hantar whatsapp kepada ibu tanya kalau ibu nak makan, waktu tu ibu sedang teran Kautsar. Hehe. Bila abah keluar bagitau Kautsar dah selamat dilahirkan, masing-masing kelam kabut nak tengok bayi. Tapi Kautsar dah masuk nursery.

Ibu dan abah pilih nama Kautsar Kamaliah. Maksudnya yang banyak kesempurnaan. Nama ni ibu dan abah pilih ketika dalam perjalanan pulang dari kampung satu masa tu. Inspirasinya dari surah Al-Kauthar dan juga bunga kamelia.


Alhamdulillah. Kautsar lahir dengan berat 3.55 kg, lebih dari yang ibu sangka. Kemampuan ibu untuk lahirkan anak sulong dengan berat begitu, mudah dan cepat, lebih kurang 12 jam je sakit, pun ibu tak sangka. Ibu panjatkan syukur kepada Allah swt, kerana merahmati rumahtangga ibu dan abah dengan pengalaman ini, dah hadiah cahayamata yang sangat ibu dan abah hargai.

Kautsar usia 4 hari.
Semoga besar jadi anak solehah. Penyeri rumahtangga ibu dan abah. Penyejuk hati. Pembimbing ibu dan abah ke jalan yang dirahmati Allah swt. Anak yang mendekatkan ibu dan abah kepada syurga-Nya.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Radikal Bebas (Oksidan) dan Anti-Oksidan.

Assalamualaikum.

Hari ini nak berbicara soal radikal bebas dan anti-oksidan.

Radikal bebas dan antioksidan adalah istilah yang sering kali kita dengar, tapi banyak orang yang mungkin tidak mengetahui apa sebenarnya radikal bebas.

Sebenarnya radikal bebas atau sering disebut oksidan merupakan molekul-molekul yang sangat reaktif di dalam tubuh dan pada hakikatnya dapat merosakkan bio molekul penting di dalam sel-sel, termasuk DNA. Hal ini merupakan penyebab utama penyakit serius seperti serangan jantung, kanser dan penuaan awal.



Berdasarkan penelitian saintis Moses Gomberg dan saintis lainnya, istilah radikal bebas dimaksudkan sebagai molekul yang relatif tidak stabil di dalam sel, mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan di orbit luarnya. Molekul tersebut bersifat reaktif dalam mencari pasangan elektronnya, yang biasanya “dicuri” dari sel tubuh lain. Hal inilah yang merosakkan sel-sel tubuh, sehingga terjadi penuaan awal.

Radikal bebas yang bersifat reaktif tersebut juga dapat menimbulkan perubahan kimia dan merosakkan pelbagai komponen sel hidup seperti protein, lipid, karbohidrat, dan asid nukleik. Lebih teruk lagi, jika radikal bebas sudah terbentuk dalam tubuh maka akan terjadi reaksi berantai dan menghasilkan radikal bebas baru yang akhirnya jumlahnya terus bertambah.

Zat anti oksidan adalah bahan yang dapat meneutralkan atau menghancurkan radikal bebas. Radikal bebas merupakan jenis oksigen yang memiliki tingkat reaktif yang tinggi dan secara semulajadi ada di dalam tubuh sebagai hasil dari reaksi biokimia di dalam tubuh. Radikal bebas juga terdapat di lingkungan sekitar kita yang berasal dari pencemaran udara, asap tembakau, pengewapan alkohol yang berlebihan, bahan pengawet, sinar Ultra Violet, X-rays, dan ozon. Radikal bebas dapat merosakkan sel tubuh apabila tubuh kekurangan zat anti oksidan atau bila terdapat radikal bebas berlebihan dalam tubuh. Hal ini dapat menyebabkan berkembangnya sel kanser, penyakit hati, arthritis, katarak, dan penyakit degeneratif lainnya, bahkan juga mempercepat proses penuaan.

Penyebab
Sinar ultraviolet matahari antara pukul 10.00 pagi – 3.00 petang, pencemaran asap rokok, alkohol, pembebasan asap kendaraan bermotor adalah faktor luaran yang memacu pembentukan radikal bebas di dalam tubuh. Setiap kali bernafas dengan menghirup oksigen pasti terjadi pengoksidaan yang menghasilkan sisa-sisa oksida yang disebut oksidan. Oksidan inilah yang juga membentuk radikal bebas .

Selain itu, gizi berlebihan merupakan faktor dalaman pembentukan radikal bebas dalam tubuh. Dalam makanan kita sehari-hari sebaiknya tidak berlebihan lemak, vitamin, protein, dan sebagainya kerana ketika tubuh kita mencerna makanan, selain menghasilkan tenaga, tubuh juga menghasilkan radikal bebas sebagai sebahagian dari proses metabolisme tubuh.

Stres oksidatif adalah ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan yang dipicu oleh dua keadaan umum yakni kurangnya antioksidan, dan berlebihan produksi radikal bebas. Keadaan stres oksidatif membawa pada kerosakan oksidatif mulai dari tingkat sel, jaringan hingga ke organ tubuh, menyebabkan terjadinya percepatan proses penuaan dan munculnya penyakit. Berbagai penyakit yang telah diteliti dan didapati kuat berkaitan dengan aktiviti radikal bebas antara lain adalah stroke, asma, diabetes melitus, radang usus, penyumbatan kronik pembuluh darah di jantung, parkinson, hingga AIDS.

Teori penuaan dan radikal bebas pertama kali dikemukakan oleh Denham Harman dari University of Nebraska Medical Center di Omaha, AS pada 1956 yang menyatakan bahawa tubuh mengalami penuaan kerana serangan oksidasi dari zat-zat perosak. Kanser dan tumor telah sipersetujui oleh saintis sebagai penyakit yang berawal dari mutasi gen atau DNA sel. Radikal bebas jelas berperanan pada proses mutasi ini. Bahaya lainnya adalah bila bereaksi dengan low-density lipoprotein (LDL)-cholesterol menjadi bentuk yang reaktif sebagai faktor risiko penyakit jantung.

Radikal bebas (oksidan) ini boleh diatasi dengan mencegah kemasukan oksidan ini ke tubuh dengan memakai pelindung matahari di kulit, dan juga dengan antioksidan. Antioksidan dalam tubuh dapat memberikan perlindungan pada tubuh dari ancaman radikal bebas dan berfungsi untuk meneutralkannya. Manfaatnya dapat memperlambat proses penuaan dan mencegah berbagai penyakit di atas.

Makanan yang Mengandung Oksidan (Radikal Bebas)
Jenis makanan tertentu seperti fast food (makanan segera) berpotensi meninggalkan racun dalam tubuh, sebab jenis makanan ini mengandungi lemak dan bahan pengawet yang tinggi. Padahal untuk zaman sekarang kebiasaan makan makanan berlemak tinggi menjadi sesuatu yang sukar dielakkan kerana perubahan pola hidup masyarakat, khususnya di bandar besar.

Pegawai perubatan dan nutrisi menyebut makanan berlemak boleh menjadi sumber radikal bebas dalam tubuh. Menurut Prof Dr Harijono KS, SpKK, dekan Fakultas Kedoktoran UNS, radikal bebas ini berbahaya kerana amat reaktif mencari pasangan elektronnya. Jika radikal bebas sudah terbentuk dalam tubuh maka akan terjadi reaksi berantai dan menghasilkan radikal bebas baru yang akhirnya jumlahnya terus bertambah. Selanjutnya akan menyerang sel-sel tubuh kita sehingga terjadilah kerosakan pada sistem peredaran yang akan mempercepat proses penuaan.

Makanan yang Mengandung Antioksidan
Ada beberapa makanan yang merupakan sumber antikosidan, iaitu makanan yang mengandung Vitamin A, C, E, melantonin, betakaroteno seperti sayuran, kacang-kacangan, jagung, dan buah. Saat ini juga tersedia suplemen dan susu yang mengandung antioksidan. Daging mengandung banyak oksidan, jadi sebaiknya perbanyakkan memakan sayur dan buah.


[Sumber]

Vitamin Anti-Oksidan Shaklee



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Babywearing: Fitrah Menggendong Bayi.

Assalamualaikum.

Menggendong bayi trend yang meningkat di Malaysia. Namun sebenarnya menggendong bayi adalah fitrah. Bayi suka digendong, dan ibu suka menggendong bayi. Bayi yang digendong miliki bonding yang sangat rapat dengan ibunya, perkembangan emosinya stabil dan optimum. Malah dari segi kesihatan, menggendong bayi membantu perkembangan tulang belakang bayi secara optimum serta mengelakkan posisi yang mendatangkan kecederaan pada struktur tulang bayi.

Sebab itu menggendong bayi perlukan ilmu. Bukan mengikut trend semata-mata.


Di seluruh dunia, sejak dulu hingga kini, menggendong adalah budaya di pelbagai tempat. Selain memudahkan ibu bekerja, menggendong bayi juga memberikan keselesaan dan comfort kepada bayi. Kami suami isteri menggendong anak kami, Kautsar sejak umurnya 4 bulan. Tapi semakin besar kami jarang menggendong dan sekarang Kautsar lebih suka jalan sendiri berbanding digendong atau didukung.

Kebaikan menggendong bayi antaranya:
  • Bayi kurang menangis
  • Memudahkan penyusuan susu ibu
  • Membantu bayi adapt dengan dunia luar
  • Bagus untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi bayi
  • Hubungan ibu/bapa dan bayi yang lebih rapat
  • Mudahkan urusan harian / travel (kami gendong Kautsar sepanjang perjalanan dari Senai Airport, KLIA, Kota Bharu Airport dan balik semasa Kautsar berusia 5 bulan. Sangat mudah!)
  • Senaman baik untuk ibu/bapa yang menggendong







Kautsar 4 bulan

Kautsar 5 bulan

Kautsar 10 bulan

Kautsar 1 tahun 2 bulan
Jemput baca lebih lanjut tentang babywearing.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...