"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibubapa: Penyusuan Susu Ibu Elakkan Bayi Obesiti.

Assalamualaikum.


[Petikan dari akhbar Berita Harian]

TERLALU CEPAT BERHENTI MENYUSU BADAN ANTARA PUNCANYA

APAPUN alasan diberikan si ibu, untuk berkata TIDAK kepada penyusuan badan, anda mungkin berasa sesal dengan 'kesilapan' dilakukan.

Ini kerana tempoh penyusuan terlalu pendek, sekali gus digantikan dengan pemberian susu formula, membuka ruang risiko obesiti lebih luas kepada si kecil, semakin dia meningkat usia.
Pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang, tetapi bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat mengakibatkan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular. - Atul Singhal, Pakar Runding Paediatrik Hospital, Whittington, London
Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman, Prof Dr Berthold V Koletzko dalam kajian diketuai beliau, bertajuk ‘Program Pemakanan Awal’ yang dijalankan di lima negara Eropah pada 2009, mendapati seramai 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan atau obes apabila meningkat dewasa.

Bayi yang diberi susu formula lebih terdedah mengalami kenaikan berat badan, berbanding bayi yang menyusu ibu. Ini kerana kandungan protein dalam susu formula adalah tinggi iaitu kira-kira 55 hingga 80 peratus berbanding kandungan protein dalam susu ibu. Disebabkan itulah bayi diberikan susu formula lebih tembam dan montel, berbanding yang diberikan susu badan.

Saiz juga bukan ukuran bayi sihat. Kajian Dr Berthold turut mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun, lebih sihat walaupun berat badan bertambahnya lebih perlahan berbanding bayi yang diberikan susu formula.

“Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda. Manakala tubuh yang besar dengan berat badan berlebihan membuka risiko obesiti, iaitu ‘ibu’ kepada segala jenis penyakit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Bengkel Pemakanan Awal anjuran Wyeth di Singapura, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Berthold berkata, kanak-kanak obes bukan sekadar satu masalah setempat sebaliknya berlaku dan semakin meningkat bilangan mereka di seluruh dunia. Di Malaysia obesiti kanak-kanak pada 2002 ialah sebanyak 20.7 peratus manakala pada 2008 peratusannya meningkat kepada 26.4 peratus.

Sungguhpun sesetengah ibu bapa, mungkin teruja dengan bayi montel, ia sebenarnya tidak baik untuk kesejahteraan jangka panjang bayi.

Adat kajian antara kenaikan berat badan lebih tinggi dalam kalangan bayi dan obesiti serta peningkatan serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser bagi golongan dewasa hari ini.

Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) dan Akademi Pediatrik Amerika (AAP).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan EPA pada April 2011, mendapati, bayi yang diberikan susu formula terlalu awal, mungkin mengakibatkan obesiti pada usia awal persekolahan.

“Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel,” katanya yang menegaskan semua orang perlu tahu, bahawa montel tidak bererti sihat.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menegaskan yang penyusuan susu ibu disarankan sehingga enam bulan. Selepas itu, bayi perlu menerima makanan pelengkap dengan berterusan penyusuan susu ibu sehingga ke usia dua tahun.


ZAT TAK SEIMBANG JEJASKAN TUBUH, MINDA SI KECIL

BAYI memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka, berbanding kanak-kanak lebih besar. Lemak penting untuk pembentukan sel otak dan mata sihat.

Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun dan pemakanan pada beberapa tahun pertama (sejak janin membesar hingga anak berusia lima tahun) adalah penting untuk membekalkan nutrien yang perlu untuk perkembangan otak yang sihat.

Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington, London, Prof Atul Singhal berkata, sungguhpun pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang, tetapi bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat mengakibatkan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI), kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga mereka daripada lemak, berbanding 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dalam kumpulan usia lebih tua.

“Adalah diakui bahawa lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting untuk perkembangan kognitif dan visual. Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul. Dalam susu ibu, nisbah AA:DHA adalah kira-kira 1:733,” katanya yang turut hadir pada bengkel berkenaan.

Menyedari kepentingan DHA, pengeluar susu formula menambah lemak penting ini ke dalam produk mereka. Bagaimanapun ada kemungkinan bahawa susu formula diperkuat dengan terlalu banyak DHA. Kenaikan tahap DHA semata-mata tidak memberi sebarang kesan, seperti diakui oleh satu laporan yang dikeluarkan pada 2010 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan WHO, yang menegaskan :

“Tidak cukup bukti untuk mengaitkan tambahan pengambilan DHA dan/atau EPA dengan peningkatan perkembangan fizikal dan mental atau manfaat tertentu dalam kalangan kanak-kanak berusia 2 hingga 18 tahun,”.

Sebaliknya pengambilan DHA secara berlebihan boleh membawa kepada penurunan tahap AA dalam plasma dan sel darah merah yang memberi kesan negatif kepada bayi yang membesar.

“WHO mengesyorkan agar asid lemak poli tidak tepu (seperti DHA dan AA) membentuk 11 peratus dan tidak lebih, daripada pengambilan jumlah tenaga bayi,” kata Prof Atul.

Sementara itu, Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam berkata, bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat zat seimbang boleh mempengaruhi perkembangan tubuh badan serta mindanya.

“Ibu bapa perlu mengetahui bahawa pemakanan mempunyai manfaat tertentu kepada tubuh badan.

“Bukan semua zat boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya asid lemak perlu yang penting untuk pertumbuhan minda serta mata, contohnya, boleh diperoleh menerusi makanan laut dan kekacang. Piramid makanan harus dijadikan panduan pengambilan makanan secara sihat,” katanya.


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU IBU MENYUSUKAN ANAK

Set vitamin yang dicadangkan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak antaranya termasuklah ESP, Vitalea, B-Complex, Vita C SR, Alfalfa dan Ostematrix. Set ini membantu ibu kekal sihat dan bertenaga sepanjang tempoh 2 tahun penyusuan susu ibu. Selain itu kandungan nutrisinya lengkap untuk keperluan ibu dan anak.

Bagi ibu bekerjaya, cadangan vitamin ini membantu ibu mengekalkan konsistensi susu perahan supaya mencukupi untuk keperluan anak. Alfalfa dan Ostematrix bertindak sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu badan.

Harus difahamkan, kesan terhadap setiap individu adalah berbeza. Walaupun dengan bantuan suplemen, ibu tetap perlu memenuhi konsep Demand vs Supply dengan mengerapkan pam susu, selain berdoa memohon kepada Allah swt supaya diizinkan menyusukan anak sehingga lengkap 2 tahun.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...