"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Hamil dan Menyusukan Anak: Selamat ke Tak?

Assalamualaikum.


Persoalan hamil dan menyusukan anak selalu timbul. Saya sendiri berminat dengan isu ini, mana tahu rezeki saya hamil anak kedua sambil menyusukan Kautsar. Jadi beberapa kali ketika follow up dengan pakar O&G di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, saya ada bertanyakan tentang perkara ini.

Selain pendapat Dr. Noor Aini, saya ada buat banyak bacaan di blog pakar-pakar O&G terkemuka negara. Ini kesimpulan yang saya dapat:

Menyusukan bayi ketika hamil adalah SELAMAT, secara umumnya. Ibu cuma perlu pastikan:
  • Ibu mengamalkan pemakanan sihat dan lengkap dengan nutrisi untuk ibu, bayi dalam kandungan dan anak yang disusukan.
  • Pastikan ibu banyak minum air. 
Ibu yang berisiko menyusukan anak ketika hamil:
  • Pernah mengalami keguguran
  • Pernah mengalami komplikasi ketika hamil
  • Ibu yang lemah badan, kerap sakit, atau alahan teruk 
Tempoh penyusuan paling berisiko:
  • Ketika 3 bulan pertama kelahiran. Penyusuan susu badan menyebabkan kecutan rahim, jadi sepanjang tempoh 3 bulan pertama hamil, pengecutan yang kuat bagi ibu yang ada masalah rahim lemah boleh menyebabkan keguguran. 
Tanda-tanda bahaya yang perlu diawasi:
  • Kontraksi
  • Pendarahan (spotting/bleeding)

Saya harap ibu-ibu dapatkan nasihat pakar sebelum meneruskan penyusuan ketika hamil. Pastikan doktor maklum keadaan ibu yang masih menyusukan anak walaupun hamil. Hentikan penyusuan jika perlu; TOLONG utamakan keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Semoga bermanfaat.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...