"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kautsar Kamaliah: 1 Tahun 5 Bulan.

Assalamualaikum.

Khalifah kecil kami dah cecah 1 tahunn 5 bulan. Kejap tak kejap. Rasa tak puas gomol budak kecil yang makin besar dan berat tu.

Daripada bayi tough yang kuat sengih tak ada gigi, sekarang bercakap tak berhenti. Walaupun tak faham butir, ibu layankan juga macam berbual dengan orang dewasa.

Sekejap anak ibu dah besar.

Kautsar lahir petang Sabtu yang cerah, dengan berat 3.55 kg. Semangat sangat, tulang-tulangnya keras, senang ibu nak belajar dukung dan uruskan bayi baru lahir. Ibu suka bayi sihat. Memang ibu target berat anak ibu 3.3 kg sekurangnya. Kalau tak sampai 3 kg, ibu rasa tak cukup sihat je anak ibu. Hehe.

Sepanjang menyusu badan sepenuhnya dari lahir hingga usia 6 bulan, Kautsar jarang sakit. Cuma pernah kena ruam teruk di muka dan telinga. Doktor pakar kanak-kanak yang merawat Kautsar bagi ubat yang mengandungi mild steroid. Sapu sekali dua terus baik. Pada ibu, tak salah sapu ubat dengan steroid asalkan tak berlebihan. Yelah, kalau kita sebagai ibu bapa dah buat yang terbaik, dah cerap keringkan muka anak, bilas dengan air bersih tapi ruam masih tak hilang, takkan nak biar anak terus dengan ruam, kan?

Sejak umur 6 bulan hingga 1 tahun, ibu bagi Kautsar makan masakan ibu. Setiap hari ibu tak pernah gagal bangun pagi untuk masakkan makanan Kautsar. Walaupun boleh buat makanan beku, tapi ibu tak buat. Ibu bagi makanan segar untuk Kautsar.

Alhamdulillah anak ibu tak ada masalah selera makan.

Waktu Kautsar usia 11 bulan lebih, ibu tak sihat. Bila ibu tak sihat, susu ibu susut teruk. Kautsar terpaksa campur susu formula. Sejak itu Kautsar kerap demam dan selsema. Lagi sekali, pada saya, susu formula tak salah asalkan ibu dah berusaha yang terbaik untuk teruskan penyusuan susu ibu. Tapi kalau bukan rezeki, takkan nak biar anak lapar susu kan?

Demam selsema Kautsar berterusan on-off sampai usia 1 tahun 3 bulan. Sedihnya hati kita sebagai mak bila lihat anak tak sihat. Masa Kautsar 1 tahun 3 bulan, Kautsar kena pakej demam, selsema, batuk dan HFMD. Saya ada kongsi cerita itu di entri ini. Sejak itu saya bagi Kautsar minum Meal Shake setiap malam sebelum tidur. Alhamdulillah, sejak tu cuma sekali Kautsar sakit. Penyakit HFMD yang Kautsar kena pun tak tinggalkan satu parut pun.

Selera makan Kautsar sangat cemerlang. Berat naik cantik. Tidur lena.

Kautsar mula berjalan pada usia 1 tahun 1 bulan. Sebelum usia 1 tahun Kautsar ada menapak sikit, tapi Kaustar tak suka berlatih berjalan. Jalan dua-tiga tapak, Kautsar akan duduk. Sampai usia 1 tahun 1 bulan, tiba-tiba Kautsar terus jalan laju dan lancar. Alhamdulillah.

Sekarang pada usia 1 tahun 5 bulan, Kautsar dah pandai nak bercakap. Dah pandai panggil abahnya. Sebut "atuk", "nenek", "Mamat", "susu" dan lain-lain. Pandai buat bunyi dan gaya lion, elephant, tiger, horse. Pandai menyanyi. Pandai menyanyi sambil buat gaya mengikut lagu.

Sedangkan kami suami isteri tak pernah beria mengajar anak kami apa-apa, kami cuma bergembira menyanyi sama-sama, enjoy setiap apa yang kami lakukan.

Gigi pun dah banyak. Gigi depan dah tumbuh atas bawah ada 8 batang. Geraham 4 batang dah tumbuh. Sekarang gigi taring tengah dalam proses untuk tumbuh. Dah keluar puncaknya, tapi belum habis tumbuh lagi.


Kautsar Kamaliah.
Semoga jadi anak solehah, syurga dunia ibu dan abah.
Jalan kepada redha Allah swt kepada kami ibu dan abah Kautsar Kamaliah.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...