"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Assalamualaikum 2016!

Assalamualaikum 2016!

Semoga Allah swt lanjutkan nikmat yg kita miliki sekarang.
Dan dilipatgandakan keberkatan-Nya.

Ya Allah.
Izinkan tahun 2016 menjadi tahun yg lebih baik bagi kami.
Dari segi amalan ibadah.
Rezeki dan barokah.
Umur dan kesihatan.
Kasih sayang dan persaudaraan.
Tutur kata dan adab.
Dan segala rahmat kurniaan seperti yg Engkau izinkan.

Amin ya Rabb.

Kindness Johor: Free Market Johor

Assalamualaikum.

Malam ni entri urgent nak share tentang Free Market Johor yang akan berlangsung esok.

Butirannya seperti dalam gambar di bawah ye.



Kindness Johor adalah badan non-profit yang fokus melakukan keeja-kerja amal di sekitar Johor. Antaranya ialah Free Market Johor ni iaitu ahli-ahli Kindness akan buka carboot dan berikan barangan percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Lokasi kebiasaannya adalah di hadapan Pejabat Zakat, khas untuk golongan asnaf yang berurusan dengan pejabat zakat.

Antara aktiviti Kindness Johor ialah memberi sarapan pagi percuma kepada asnaf, barangam dapur dan peralatan sekolah.

Siapa berminat boleh la apply jadi volunteer. Boleh dapatkan maklumat lanjut melalui fb Kindness Johor. Type je Kindness Johor kat search box, nanti keluar la fb nye.

Semoga bermanfaat.

Asal Usul Nama Kautsar Kamaliah.

Assalamualaikum.

Cerita malam ni personal sikit. Biasanya rehan tak share kat tempat public macam blog atau fb. Tapi bukan la rahsia. Kalau borak-borak dengan rehan tak ada masalah rehan kongsi cerita ni.

Malam ni nak cerita asal usul kami pilih nama Kautsar Kamaliah untuk anak sulung, buah hati pengarang jantung kami.

Masa rehan mengandungkan Kautsar, hati rehan kuat naluri kata anak rehan ni anak perempuan. Jadi rehan mencari nama anak perempuan je. Tak fikir nama anak lelaki langsung.

Bila diintai-intai, memang betul rehan mengandungkan anak perempuan. Alhamdulillah.

Bila kandungan cecah 7 bulan, rehan mula sibuk cari nama anak. Macam-macam rehan senaraikan. Tapi tak banyak yang kami berkenan. Rehan cerewet sikit masa tu, sebab anak sulung kan.

Masa tu cuma 2-3 nama je yang rehan dan zauji Qusyairi berkenan. Salah satunya Kautsar. Rehan nak letak nama Siti Kautsar tapi zauji taknak, katanya nanti sama dengan nama Siti Kuning. Hahaha.

*buat yang taktau, siti kuning tu kucing kesayangan rehan. Dah arwah dah tapi sempat berkongsi hidup selama 4 tahun lebih dengan rehan.*

Masa mula-mula rehan suggest nama Kautsar kat zauji, rehan kata rehan suka sangat nama tu sebab surah Al-Kautsar. Surah Al-Kautsar menceritakan tentang sungai di syurga. Rehan sendiri memang suka nama-nama yang terkait dengan alam.

Sungai kautsar dikatakan airnya lebih putih daripada susu, lebih wangi daripada Kasturi. Dasarnya daripada permata yang indah. Rehan tak dapat nak bayangkan kecantikannya. Sebab tu rehan suka sangat nama Kautsar.

Dari segi sentimentalnya, surah Al-Kautsar adalah surah pertama yang Zauji baca ketika kami solat berjemaah pertama kali lepas bergelar suami isteri.

Tapi yang jadi titik penentu nama Kautsar dipilih sebagai nama anak kami ialah sebab surah Al-Kautsar adalah surah penghibur yang Allah swt turunkan kepada Rasulullah saw untuk mengubat duka akibat kehilangan dua orang yang paling baginda sayang iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Siti Khadijah. Sejak pertama kali rehan dengar cerita ni lama dulu, rehan memang tersentuh sangat. Tersentuh dengan kecintaan Rasulullah saw dan betapa kasihnya Allah swt kepada baginda.

Itu baru cerita Kautsar. Sekarang masuk cerita Kamaliah pulak.

Nama Kamaliah ni tak sengaja pilih. Masa belek-belek album nama-nama bayi, rehan ternampak nama kamilia (bunga camelia). Rehan suka nama-nama bunga, tapi sebutan kamilia tu agak moden untuk citarasa rehan.

Lebih kurang masa rehan mengandung 8 bulan setengah, rehan balik kampung mertua kat perak. Dalam perjalanan balik ke johor semula tu, sepanjang perjalanan kami suami isteri dengar lagu Camelia yang Ramli Sarip nyanyi dalam persembahan akhir Anugerah Juara Lagu. Memang jatuh hati dengan nama kamilia. Entah mana rehan tiba-tiba suggest nama Kautsar Kamaliah. Zauji terus setuju.

Gabungan nama Kautsar Kamaliah maksudnya yang banyak kesempurnaan.
😊😊😊



Ini Kautsar Kamaliah, anak sulung ibu Noraihan dan abah Qusyairi. Sejak saat ibu hamilkan Kautsar sehingga hari ini saat ini ibu mohon kepada ALLAH swt supaya Kautsar Kamaliah akan jadi umat yang menghiburkan hati Rasulullah saw, dan hati ibu abah. Dan dengan kesempurnaan Kautsar yang banyak, akan menjadikannya umat yang berjasa kepada agama dan ibu bapa.

Doakan Kautsar sihat, demam sejak malam tadi 😭

Ready Stock Shaklee di Batu Pahat.

Assalamualaikum.

Rasanya bukak je blog rehan ni tau dah rehan adalah pengedar Shaklee. Bukan maklumat rahsia hihi.

Kat sini rehan nak cerita sikit macam mana nak dapatkan produk Shaklee. Sebab masa mula-mula rehan kenal Shaklee pun rehan taktau dari mana nak dapat. Siap order dari PERLIS tauuuu!

Sebenarnya kat Malaysia ni tak ada stokis Shaklee. Yep. Betul. Memang TAK ADA LANGSUNG STOKIS SHAKLEE. Yang ada ialah HQ Shaklee kat Subang.

Selain HQ Subang, ada beberapa branch Shaklee di seluruh Malaysia iaitu:
👉 Johor Bahru
👉 Sri Rampai, Kuala Lumpur
👉 Ipoh
👉 Penang
👉 Kota Bharu
👉 Kota Kinabalu

Kalau nak dapatkan produk Shaklee boleh la dapatkan di HQ atau branch-branch terdekat.

Khas untuk orang Batu Pahat, rehan bukak cawangan mini tak rasmi kat sini. Ewah. Kat rumah rehan ada stok vitamin-vitamin yang fofular daripada Shaklee. Jadi orang Batu Pahat tak perlu la ke Johor Bahru untuk dapatkan stok suplemen Shaklee. Boleh datang pick up kat rumah rehan terus. Rumah rehan sebelah UTHM je.

Jauh daripada Batu Pahat?
No problemo.

Rehan ada sediakan servis pos suplemen Shaklee ke seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore, Brunei dan seluruh dunia la. Haha. Jangan main-main, vitamin Shaklee rehan dah sampai ke Mesir, United Kingdom dan Belgium tau!



Ni gambar lama. Sekarang ni tak sempat nak susun-susun. Sampai je terus licin vitamin-vitamin ni.

Kalau nak dapatkan suplemen, produk penjagaan rumah, water pitcher atau set skin care Shaklee boleh contact rehan ye. Call/SMS/WhatsApp dialu-alukan.

012 780 7365

Giveaway by Mrs Fara Bernilai RM329

Assalamualaikum.

Fara ni rehan kenal kat blog je. Masa tu rehan cerita pasal pengalaman bersalinkan Kautsar. Kebetulan fara masa tu tengah sarat hamil baby Aimi (baby lagi ke?? hihih).

Dalam entry pasal bersalinkan Kautsar tu rehan ada tulis yang zauji rakam video baby keluar dari perut. rehan bersalin normal tau. maka fara ni nak tengok video tu. rehan pun terbuka hati nak kongsi dengan fara. (jangan risau tak nampak perkara yang mengerikan pun dalam video tu. paling ngeri muka rehan meneran la kot. haha).

sejak tu rajin la kami berwasap-wasapan. kadang-kadang sampai berasap. eh??

ok ok la. taknak cakap banyak.

fara buat giveaway tu. rehan seronok pulak nak join. kot-kot menang hadiah. haha.

siapa nak join boleh la follow fara okessss.
(klik gambar, terus rehan bawakan anda ke blog fara.)


utk fara: AKAK NAK MENANGGGGG!
hahahah. gurau jek.

Bukan Malaikat: Outing Sendirian Dengan Anak-anak.

Assalamualaikum.

Rehan tak ambil gambar tadi. Cuba bayangkan sendiri jela:
Rehan.
Gendong Arfa.
Tolak stroller Kautsar.
Kepit beg.

Tak mampu nak ambil gambar oii. Tangan dah tak cukup. Haha.

Ceritanya kami ni kat Melaka sebab zauji Qusyairi ada tugas. Jadi tadi sementara abah budak-budak ni berbengkel, rehan bawak anak-anak ke AEON Bandaraya Melaka. Ikutkan hati macam malas je nak bawak bebudak keluar sebab rehan pun tak berapa sihat, tengah demam menghapus dosa hehe. Anak-anak pun selesema sikit.

Tapi kesian dah beberapa minggu budak-budak ni tak dapat keluar main sebab cuaca asyik hujan petang. Jadi tadi rehan redah jugak la bawak anak-anak pergi main kat AEON.

Rehan kan, dapat lesen pun masa umur 25 tahun. Gagal driving test 3 kali. Melintas jalan masih pimpin tangan ayah (sebelum kawin dulu). Kat tempat rehan ok la rehan berani drive. Tapi kat tempat baru memang rehan tak berani drive. Lebih-lebih lagi rehan jarang sangat-sangat drive sejak mengandung Kautsar 3 tahun lepas. Lama tuuu.

Tadi rehan rasa risau nak drive sendiri, bawa anak-anak pulak tu. Kalau budak-budak ni bising, rehan susah nak fokus driving. Lagi pulak kat Melaka ni jalan sempit dan banyak yang sehala.



Kat atas ni gambar masa balik hotel. Kami duduk kat belakang Mahkota Parade. Tersangkut dalam jam dekat-dekat Jonker Walk. Lepas tu belok-belok ikut GPS, sekali jalan tutup pulak. Tersangkut nak uturn tak boleh sbb banyak kereta. Haha. Cabaran betul.

Alhamdulillah pergi dan balik selamat. Biasalah salah-salah lorong tu. Tapi tak ada insiden pelik atau bahaya. Arfa masuk kereta pergi dan balik tidur je. Kautsar masa pergi baik duduk diam. Masa balik Kautsar tidur jugak. Senang kerja ibu. Dah sampai depan hotel baru Kautsar terjaga sbb ibu pasang speaker-phone. Biasalah, orang courier telefon hantar stok hihi.

Ok tadi tu bahagian yg indah-indah. Sekarang masuk bahagian yang tak berapa nak indah pulak.

Sampai-sampai AEON je terus tuju ke Kidzoona. Masa tu dalam jam 11.30 pagi kot. Sambil gendong Arfa, isi borang daftar, dukung Kautsar keluar dari stroller, bukakkan kasut anak-anak, pakaikan stokin. Lepas tu main. Main main main. Sampai lebam. Rehan dapat la curi masa melayan WhatsApp tak henti-henti. Ramai yang transfer duit hari ni, jadi kena cepat settlekan order customer.

Dah berjam-jam main dalam tu. Puas la. Rehan pun tengah agak-agak nak ajak Kautsar keluar dari Kidzoona tu. Arfa pulak minta susu. Rehan tak susukan lagi, segan sebab golongan ayah-ayah dah start datang lepas sembahyang Jumaat. Tengah cari line nak susukan Arfa, Kautsar main panjat-panjat sebelah rehan. Tiba-tiba....

Gedebuk!

Rehan tengok Kautsar diri, terus berlutut tekap mulut, terus baring atas lantai takup muka. Tapi tak nangis. Lepas tu rehan tengoj Kautsar bangun sambung main. Tapi rehan tak sedap hati. Rehan panggil nak tengok mulut Kautsar. Tudia!

Darah bertakung-takung. Rehan lap pakai tisu tak luak-luak. Sampai habis tisu rehan. Rupanya masa Kautsar lompat tu dagunya tersangkut kat belakang kerusi lembut. Tu yang tergigit lidah. Luka besar kat lidah. Dah habis tisu, rehan lap pakai kain pulak. Tapi tak henti darahnya. Terus rehan ke kaunter. Nasib baik ada disediakan gauss. Sampai 7-8 gauss rehan lapkan darah tu, baru kurang. Kurang je tau, tapi darah masih ada.



Ni gambar tisu yang last. Lepas tu rehan guna gauss. Tapi tak sempat nak snap gambar. Sampai adik kaunter tu ambil plastik isi gauss yang penuh darah tu. Kautsar asalnya tak menangis. Tapi bila dia nampak darah banyak-banyak, lepas tu adik-adik kaunter tu berkerumun dia jadi takut. Terus menangis.

Itu satu hal.

Tengah kalut nak lap mulut Kautsar, Kautsar pulak menangis. Boleh pulak masa tu juga Arfa nak susu. Adoyaiiii. Kalut betul perasaan rehan tadi. Masa tu rehan terus mode autopilot. Lap Kautsar, angkat Arfa bawak ke ceruk dan susukan. Sekejap aje Arfa susu terus bangun nak main. Sabar jela.

Dalam pukul 2 rehan keluar dari Kidzoona tu. Segan sebab dah terbuat drama tadi pun ye. Nak bagi budak-budak makan pun ye. Bawa makan kat Vivo sebab itu je yang paling senang. Syukur dapat pelayan yang baik dan memahami keadaan rehan bawa anak-anak. Sementara tunggu makanan sampai, Arfa nak susu lagi. Dah la duduk depan pintu. Pelayan yang serve tu lelaki pulak. Rehan tebalkan muka susukan juga Arfa. Nasib baik pakai baju nursing friendly beli dari An-Naafiqa (boleh tengok fb diorang), aurat terjaga susukan anak kat public area.

Arfa makan banyak. Kautsar taknak makan, taknak minum mungkin sebab lidah sakit. Lepas Arfa makan, rehan nak makan tak sempat. Arfa dah sibuk nak main. Memang laju sangat la makan tadi. Rasanya dari masa makanan tiba sampai rehan bayar dan keluar kedai tu tak sampai 20 minit. Terus bayar parking dan balik. Itu pun masa bayar parking silap termasukkan kad bilik hotel kat mesin parking. Haha.

Ok la. Rehan balik tu rehan happy je. Sambung main dengan anak-anak kat rumah. Sejam lepas sampai tu abahnya pun balik bilik. Bawak budak-budak mandi kolam pulak.

Balik mandi kolam, dah sampai bilik tu Kautsar excited sangat lompat-lompat. Sekali kaki licin terjatuh terhantuk pintu. Benjol setepek kat kepala. Ni first time Kautsar benjol.



Lepas dah settle menangis-nangis, bagi roti makan roti pulak. Sambil tu Kautsar main dengan Arfa, tertolak Arfa jatuh mulut terhentak kat meja. Berdarah bibir pulak. Dugaaaaaaannnnn ! Ibu dah tak terkata. Banyak betul perkara jadi hari ni. Bila keluar makan malam, Arfa terbalikkan sambal kicap sebotol dan tumpahkan air secawan. Betul-betul menduga kesabaran. Sekarang ni hampir jam 11 malam, dua-dua dah tidur, ibu baru dapat berehat sejak bangun tidur subuh pagi tadi.

Yang baiknya tentang hari ni, lepas ni ibu lebih yakin nak keluar bertiga je dengan anak-anak. Bye bye abah. Ibu doa semoga anak-anak ibu jadi anak yang rajin solat, lemah lembut budi bahasa, menjaga aurat dan kehormatan, menyejukkan hati dan mudah diajar. Allah swt perkenankanlah doa ibu.

Last sekali nak belanja satu-satunya gambar yang senonoh hari ni. Gambar masa tunggu makanan sampai lunch tadi.

Tips: Cara Bancuh ESP Tak Berketul.

Assalamualaikum.

Pagi ni rehan bancuh ESP macam biasa. Sambil bancuh sambil mengenang kisah yang lalu. Ewah. Hahah.

Tak adalah kisah apa pun. Rehan teringat dah 3 tahun rehan minum ESP ni. Alhamdulillah tak pernah culas. Dah banyak benefit ESP yang rehan dapat. Terutamanya bab tenaga dan kulit.

Dulu masa mula-mula beli ESP rehan tak pandai bancuh tau. Asal bancuh je berketul. Asal berketul je geli nak minum. Hihi. Rehan memang penggeli sikit.

Sebab tak reti bancuh ESP tu, biasanya rehan akan shake it shake it je guna Shaker Eksklusif Shaklee. Memang sedap. Rehan suka bancuh dengan susu segar campur milo. Aduyaiiii sodapnye!!


Akhir-akhir ni rehan malas nak shake shake lagi. Leceh nak cuci cuci shaker. Milo pun dah malas nak minum. Akhir-akhir ni rehan suka minum ESP kosong je bancuh dengan air suam.

Lama jugak nak dapatkan kaedah bancuh supaya tak berketul. Akhirnya rehan jumpa caranya, hasil eksperimen berkali-kali. Alhamdulillah.

Senang sangat.

Mula-mula tuang air panas suku cawan. Lepas tu tuang air biasa sampai penuh tiga suku cawan. Jangan penuh-penuh sangat nanti tak muat nak masukkan ESP. Dah cukup air, baru masukkan ESP. Biasanya rehan bancuh 2 sudu besar ESP. Muat-muat je dalam cawan rehan. Kacau perlahan-lahan. InshaAllah ESP tak berketul. Boleh terus minum *glug glug glug*. Biasa rehah habiskan sekali teguk je. Hehe.

Masa bancuh ni ada satu hal kena jaga. Suhu air. Bila bancuh air jangan panas sangat. Biar suhu air bancuhan tu kurang daripada 40°C. Macam mana nak tau suhu 40°C? Sama macam kita bancuh susu anak jugak.

Sebab apa tak boleh suhu tinggi? Sebab ESP ni serbuk protein tulen. Kaya dengan protein. Protein kalau kena suhu tinggi akan rosak. Jadi kalau protein rosak, minum banyak mana pun ESP tu takkan dapat khasiat protein daripadanya. Eh, macam kelas sains pulak hihi.

Nak tengok comel comel jari jemari rehan bancuh ESP? Boleh follow instagram rehan ye: @noraihanqusyairi

Baru pagi tadi rehan upload video jejari comel bancuh ESP guna mug zauji *eh?*

Ok semoga apa yang rehan tuliskan hari ni bawa manfaat untuk anda yang baca. Jumpa lagi!



Haid Tak Teratur Lepas Bersalin.

Assalamualaikum.

Sekarang waktu rehan menaip ni jam kat telefon rehan pukul 11:28 malam. Rehan menaip ni pun guna telefon je, sambil-sambil baring menyusukan baby Arfa. Baby la sangat. Hihi. Rehan selalu anggap anak-anak rehan baby sampai umur 6 bulan je. Lepas tu rehan tak panggil baby lagi.

Eh melalut pulak. Haha.

Rehan ni baru selesai settlekan segala urusan bisnes tadi. Lepas tidurkan Arfa tadi, rehan terus duduk menghadap laptop untuk settlekan order. Senang je. Klik-klik je dah settle. Tapi tak sempat nak blogging.

Lepas settle mengorder, rehan sapu NutriWhite Daily Defense kat muka sikit. DD ni favourite rehan. Siang malam nak sapu, sebab kulit rehan yang sensitif ni rasa senang handle sejak guna DD. Lepas sapu DD, rehan makan suplemen malam pulak. Suplemen biasa rehan la; OsteMatrix dan Vita E. Selain tu rehan minum Vivix satu sudu kecil.

Alhamdulillah selesai urusan rehan hari ni. InshaAllah.

Sejak bulan lepas rehan tambah suplemen malam rehan. Rehan tambah GLA Complex. Sebelum ni rehan tak pernah makan GLA tau. Bukan apa, sebelum ni rehan tak ada keperluan makan GLA. Rehan memang makan apa yang rehan perlu je. Hehe. Tokey suplemen pun reti malas makan banyak-banyak jugak. Opss.

Yang buat rehan rasa perlu makan GLA tu sebab akhir-akhir ni period rehan tak sama macam dulu. Dulu masa zaman rehan masih anak dara, period rehan memang teratur sangat. Setiap bulan mesti cukup cycle 27 hari. Tak lebih. Tak kurang. Rehan mula track period sejak zaman kampus. Masa tu dapat kesedaran nak rekodkan period sebab doktor kata orang perempuan kalau nak tau ada penyakit perempuan ke tak, tengok periodnya teratur ke tak. Sejak tu memang rajin la rehan rekodkan period.

Lepas kahwin period rehan masih cantik 27 hari setiap cycle. Sebab tu rehan senang tau yang rehan mengandung Kautsar. Lepas bersalin Kautsar, genap sebulan habis pantang rehan terus period macam biasa.

Orang kata kalau kita breastfeed anak period lambat datang kan. Ada yang sampai 2 tahun tak datang period. Rehan tak. Rehan fully breastfeed Kautsar sampai umur 1 tahun, tapi period macam biasa. Masa Kautsar umur 11 bulan period rehan tak datang. Masa tu rehan dah agak rehan mengandung lagi.

Senang sangat bila period teratur. Nak merancang anak senang. Kami suami isteri pun merancang anak cuma guna kalendar je. Takde pil-pil ke cucuk-cucuk jarum ke insert-insert semua tak ada. Satu pun kami tak pernah cuba. Main tanda kat kalendar je. Kalau orang tanya rehan pasal merancang anak, yang rehan tau rancang guna kalendar je. Alhamdulillah setakat hari ni Allah swt izinkan semua perancangan kami.

Berbalik kat cerita period tadi, lepas rehan bersalinkan Arfa period rehan lambat sikit. Kalau masa Kautsar dulu lepas sebulan habis pantang rehan terus period macam biasa, kali ni hampir 2 bulan lepas habis pantang baru rehan datang period. Period cycle nya panjang pulak, 35 hari.

Rehan jadi tak selesa la sebab susah nak agak bila next period. Bila waktu subur. Karang silap rancang pulak, kesian anak-anak tak sempat bermanja. Abahnya pun tak boleh dah nak manja-manja. Haha.



Jadi sejak tengah tahun hari tu rehan gigih analisis rekod period rehan (ayat taknak kalah hihihi). Memang period rehan tak stabil. Kejap 35 hari cycle. Kejap lagi 33 hari cycle. Lepas tu 35 hari cycle balik. Eh, seteresss ahkak la. Almaklum la orang fizik ni tak suka uncertainty. Segala ketakpastian kalau boleh nak dielakkan. Hahaha.

Makanya rehan fikir mungkin dah sampai masanya rehan ikhtiar dengan GLA. Nampak tak tu. Tokey shaklee pun ambil masa berbulan nak decide untuk makan suplemen baru. Bukan sebab tak yakin dengan Shaklee. Rehan memang dah yakin sangat dengan Shaklee, sebab tu rehan berani jual. Cuma biasalah bila kita nak buat perkara baru tak boleh membuta tuli je. Kena bersiap siaga dulu. Ewah.

Jadi sejak awal bulan lepas rehan mula makan GLA Complex. Awal-awal tu tak konsisten pun. Kadang makan, kadang lain terlupa makan pulak. Rehan memang terkejut dengan hasilnya. Bulan tu period rehan genap 27 hari cycle. Wawawawaaaa!

Sejak berjaya dapat period 27 hari cycle tu rehan tak malas nak makan GLA lagi. Sebelum tidur memang rehan makan. Matlamatnya nak kekalkan period stabil dan teratur sampai rehan tak perlu bantuan GLA lagi.



Nah rehan belanja gambar sekeping. Bukan senang nak tengok gambar rehan. Gambar ni pun jenuh rehan scroll telefon zauj Qusyairi, baru jumpa. Hehe. Ni gambar masa keluar belikan water colour untuk Kautsar. Tak sempat sampai rumah dia dah projekkan water colour tu dalam kereta dulu. Habis biru muka dia. Hihi.

Nampak tak dalam gambar ni, bonus yang rehan dapat lepas makan GLA? Kulit jadi licin tau. Sejak rehan stop makan collagen, kulit rehan kadang-kadang keluar jerawat dan jeragat. Kadang-kadang jadi kering. Tapi sekarang Alhamdulillah ok je muka ni. Abaikan jerawat kat antara mata rehan tu. Tu jerawat sebab period. Hehe.

Ok la. Rehan ni plan nak tulis post pendek-pendek je sebenarnya. Tapi dah meleret-leret jadi panjang pulak. Biasalah rehan. Kalau dah dapat menulis, cepat lupa diri. Haha.

Sampai sini dulu hari ni. InshaAllah jumpa lagi dalam next entry.

Salam sayang daripada
Qusyairi, rehan dan anak-anak syurga kami.

Tips: Petua Mudah Tidurkan Anak.

Assalamualaikum.

Percaya tak, kebiasaannya rehan mampu tidurkan Kautsar dan Arfa sekaligus? Serentak! Dua-dua tidur sekali. Tak payah dua kali kerja tidurkan seorang-seorang.

Alhamdulillah. Dalam bab ni Allah swt permudahkan urusan rehan sebagai ibu. Mudah sangat. Tapi bukan serta merta rehan mampu tidurkan anak sekaligus. Ambil masa untuk rehan belajar dan faham kaedahnya.



Dulu rehan nak tidurkan anak seorang pun payah. Anak-anak rehan susah lepas, taknak jauh. Dua-dua jenis telinga lintah pulak tu. Dengar bunyi sikit terus terjaga. Bila waktu tidur, masa rehan dodoikan seorang yang seorang lagi mulalah gelisah sebab ibu tak layan dia. Bila gelisah, mulutnya pun bising merengek dan menangis. Akibatnya yang tengah didodoikan tu akan terjaga, tak boleh tidur. Seksa oii tiap-tiap kali nak tidurkan anak je jadi macam ni.

Sejak tu rehan rajin membaca kaedah-kaedah parenting yang betul. Dan kaedah yang menepati seruan Islam. Cara-cara tenangkan anak yang betul, dalam masa sama menenangkan hati kita sebagai ibu bapa yang stress dan letih.

Senang je.

Rehan akan buat rutin sebelum tidur. Mula-mula rehan akan ceritakan kat Kautsar perkara-perkara menarik yang kami akan buat esok. Permainan apa, atau apa yang rehan akan masak untuk Kautsar. Lepas tu rehan bagitau yang Kautsar kena rehat dan tidur, esok baru kita buat aktiviti tu. Kadang-kadang masa rehan cerita tu Kautsar buat tak dengar je. Tapi cerita jugak. Sebab anak-anak ni dengar sebenarnya.

Lepas habis cerita kat Kautsar, rehan ambil Arfa dan borak-borak main-main sikit. Biasanya rehan buat Arfa gelak mengekek-ngekek dulu, Kautsar pun join main sama agah-agah Arfa. Bila Arfa dah mengantuk, baru rehan susu dan dodoikan Arfa.

Trick yang penting, masa dodoi tu rehan bacakan surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan surah 4 Qul. Itu je rehan baca ulang-ulang sampai Arfa tertidur. Masa itu rehan banyakkan eye contact dengan Kautsar sebab nak borak tak boleh, mulut tengah mengaji.

Biasanya tak lama lepas rehan mula dodoikan Arfa, Kautsar pun akan baring. Kalau Kautsar nak susu, dia akan ambil susu sendiri dari atas meja. Kemudian Kautsar baring sambil dengar rehan mengaji dodoikan Arfa. Sampai masa Arfa tertidur, Kautsar pun dah selamat tidur.

Senang sangat, kan?

Rehan pun macam tak percaya cara ni senang sangat. Mula-mula dulu rehan zikir Lailahaillah, tapi rehan yang jadi mengantuk hehe. So rehan tukar kepada 6 surah tadi.

Mommies yang ada masalah tidurkan anak boleh cuba. InshaAllah berkesan. Anak-anak memang akan tenang bila dengar alunan ayat Allah oleh suara ibunya sendiri.

Cubalah.

Tips Merancang Anak oleh Dr. Harlina Hj Siraj.

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali rehan nak ucapkan terima kasih kepada tuan empunya post asal. Terima kasih sebab rajin sangat buatkan post ringkasan drp temuramah Dr Harlina Hj Siraj, Pakar Sakit Puan PPUKM.

Rehan screenshot aje.
Semoga banyak manfaatnya kepada semua yang baca.





Banyak point dalam artikel ni yang kena kat rehan. Hehe.

Alhamdulillah kami berjaya merancang anak setakat ini tanpa pernah sekalipun menggunakan produk perancang keluarga. Begitulah yang kami suka. Sebab rehan memang tak suka kalau tubuh badan rehan yang semulajadi Allah swt ciptakan sihat dan mudah diuruskan berubah fitrahnya jika rehan amalkan produk perancang keluarga. Rehan ni period teratur, tak ada masalah berkaitan kewanitaan. Jadi nak kekalkan begitulah. Macam mana kami merancang untuk mengandung, macam itu jugalah kami rancang untuk menjarakkan kehamilan; dengan menggunakan kalendar.

Mengandungkan Kautsar dan Arfa dua-dua kami rancang. Memang ternanti-nanti kehamilan dua-dua anak kami. Kautsar kami usahakan selama 7 bulan. Arfa pulak 5 bulan. Bila sah rehan mengandung dua-dua kali kami menangis dan sujud syukur. Tak pernah kami was-was dengan rezeki yang Allah swt bagi.

Untuk anak seterusnya pun kami dah ada perancangan. Tapi kami yakin dengan perancangan Allah swt, jadi kami pilih untuk sentiasa terbuka hati dengan apa pun ketentuan-Nya.



Nah gambar buah hati kami. Best friends forever. Kawan gaduh dan kawan main selamanya. Ibu asyik jadi referee je bila dua orang kecil ni main.

Doakan rezeki kita dapatkan kembangkan keluarga lagi ye anak-anak.

Al-Fatihah: Tengku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil.

Assalamualaikum.



Perbualan di Whatsapp rehan sekejap tadi. Asalnya borak-borak hal bisnes. Tiba-tiba business partner rehan yang berada di JB sampaikan berita mengejutkan.

Baru-baru ni memang ada rehan dengar khabar Tunku Jalil atau mesra dipanggil TJ dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah JB. Cuma rehan tak sangka serius.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati.
Kullun nafsin zaaikatul maut.

Salam takziah drp kami buat seluruh kerabat Diraja Johor yang baru shj kehilangan putera mereka Tunku Abdul Jalil, Tengku Laksamana Johor.

Sesungguhnya drp Allah kita datang.
Kpd Allah juga kita dikembalikan.

Kami mendoakan kesejahteraan dan keamanan buat roh Almarhum TJ. Semoga keluarga dan orang-orang yg menyayangi baginda tabah menghadapi pemergian ini.

Innalillahiwainnailaihirajiun.



Rakyat Johor rapat dengan Sultan. Sejak berzaman begitulah kaedahnya. Dah tentu seluruh rakyat negeri Johor berdukacita dengan kemangkatan TJ maghrib tadi. Rehan tak terkecuali.

Sama-samalah kita jadikan ini sebagai peringatan bahawa kematian itu tersangatlah dekat. Menjaga kesihatan hanyalah ikhtiar, bukti kita mensyukuri nikmat tubuh badan yang Allah swt kurniakan.

Tapi hakikatnya sihat atau sakit, jodoh dan ajal adalah rahsia Allah swt. Dan kita hanya perlu beriman dengan Qada dan Qadar.

Semoga roh TJ ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Arfa: 9 Bulan 3 Minggu.

Assalamualaikum.

Minggu ni usia Arfa dah 9 bulan 3 minggu. Alhamdulillah anak ibu sihat dan bijak. Baru-baru ni kena panas badan, demam on off dan selsema berhingus-hingus. Tapi dah baik dah.

Setakat hari ni Arfa ni manja dipanggil eby. Kautsar la yang asyik panggil eby sampai semua orang terikut. Hehe. Banyak sangat yang berlaku kat Arfa akhir-akhir ni, tu pasal la demam agaknya. Processor berat sangat. Hihi.



Atas ni gambar tiga bulan lepas kot. Rehan jenis tak rajin tangkap gambar. Kalau buka galeri telefon ni tak banyak gambar pun. Abahnya rajin ambil gambar anak-anak. Dulu gambar rehan pun abahnya rajin ambil, tapi rehan cakap tak payah la. Kita tak tau entah siapa akan tengok gambar tu nanti. Biar la tak ada gambar pun tak apa.

Sejak sebulan lepas Arfa dah boleh menapak 3-4 langkah. Hari ni Arfa dah boleh jalan jatuh. Rasanya macam baru sangat lahirkan baby bulat-bulat ni, dah nak berjalan dah. Sebagai persediaan nak dapat kaki, abah belikan Arfa kasut kasut dan kasut lagi. Mula-mula tu beli kasut kain biasa je sekadar nak pakai kalau berlatih tatih tatih kat depan rumah. Lepas tu jumpa kedai buat offer kasut cantik RM10, belikan jugak untuk Arfa walaupun kena tunggu 3-4 bulan lagi baru boleh pakai. Last sekali kelmarin beli kasut yg ada bunyi-bunyi untuk motivate Arfa melangkah.

Belum sempat try lagi kasut bunyi tu. Haha.

Bulan lepas jugak gigi bawah Arfa dah tumbuh 2 batang. Kecik cinonet je giginya. Comel. Ibu seram sejuk jugak nak susukan Arfa sejak ada gigi. Tapi berbeza dengan Kautsar, Arfa langsung tak pernah gigit ibu. Kautsar dulu memang ibulah tempat dia uji try test gigi baru. Hehe. Minggu ni gigi atas Arfa dah keluar 2 batang. Tapi baru sikit sangat. Bulan depan inshaAllah habis keluar la tu.

Sejak Arfa dah nak berjalan, berat Arfa pun tak naik banyak. Kalau dulu nak nampak leher pun susah, sekarang pipi pun dah slim. Sayu je ibu tengok. Cepat sangat besar. Tak puas lagi ibu gendong baby bulat ni.

Dan baru baru ni rehan perasan Arfa dah boleh sebut cat. Kalau nampak cat dia pun laju je sebut "Catttttt!!". Sebiji macam intonasi ibu panggil cat makan. Hahah. Kalau ibu sebut cat nanti Arfa sibuk cari cat kat mana. Suka betul Arfa dengan cat.

Lagi satu perkataan yang Arfa tau ialah "hello". Asal jumpa apa-apa yang flat dia berangan la cakap kat telefon. Pun sebiji macam intonasi ibu bila ibu main dengan Arfa. Setakat ni dua perkataan tu yang ibu yakin Arfa faham. Selalu juga Arfa panggil Abah, sekali sekala dengar Arfa panggil ibu. Tapi ibu tak yakin Arfa betul-betul faham.



Kalau tengok rupa Arfa ni sebiji muka abahnya kan. Dengan kulit gelap, hidung kemek kembang pulak tu. Hahaha. Mata sepet. Jauh betul daripada rupa Kautsar.

Yang kelakar dua beradik ni pergi mana-mana orang ingatkan lelaki. Kautsar tu selalu orang panggil abang. Arfa dah pakai baju pink bunga-bunga pun orang kata baby boy. Hehe.

Rehan memang tak biasakan anak pakai baju girlish sangat. Anak-anak rehan mostly pakai tshirt dengan seluar je. Kepala kosong takde riben riben ke headband bagai.

Masa kecik dulu arwah mak rajin tocangkan rambut kami 4 orang beradik perempuan. Pakai baji gaun riben bunga bagai. Tapi untuk anak-anak rehan, rehan pakaikan ringkas je. Sebab anak-anak rehan memang rehan biasakan lasak, main comot kotor tak ada masalah. Lagipun rehan rasa risau jugak kalau rehan secara tak sedar dah tanam standard imej dan rupa tertentu kat anak-anak. Rehan pernah je jumpa budak kecik usia 4-5 tahun potong rambut kat salon, buat rebonding. Pada rehan takkan budak kecik macam tu tau, kecuali kalau diajar dan dibiasakan.

Maka jangan la kutuk kalau tengok anak rehan comot, lasak. Orang johor kata begau. Hihi. Sebab anak rehan sihat. Gembira. Bahagia.

Itu yang rehan nak. Hihi.

Promosi Disember 2015: Collagen Powder, Lecithin & Vitalea for Children.



Assalamualaikum.

Sukacita kami maklumkan promo bulan ini seperti berikut:
❤ Collagen Powder (Beli 6 Dapat 7)
❤ Lecithin (Beli 6 Dapat 7)
❤ Vitalea for Children (Beli 3 Dapat 4)

Jika berminat utk order, boleh inform kami segera. Ready item Lecithin available utk pick up/pos.

Promosi ni tamat 31 Disember 2015.

👫 Noraihan Qusyairi
➡ Pengedar Sah Shaklee Batu Pahat
🆔 921922
📲 012.780.7365
💻 www.noraihanqusyairi.com

Ibu Suri Rumahtangga.

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni payah betul rehan nak dapatkan masa lapang untuk tulis blog. Bukan tak ada masa. Masa tu ada. Tapi masa lapang yang ada rehan nak guna untuk rehat je.

Sejak jadi suri rumahtangga, segala-gala kekuatan dan ketabahan yang ada dalam nadi rehan tercabar. Kesabaran dan segalanya tercabar. Rehan bukannya gagah sangat. Rehan ni lembik orangnya. Hati lembik (kuat menangis pun ye hihi). Fizikal pun lembik.

Bila galas tugas jaga anak 24 jam, Allah, beratnya rehan rasa tanggungjawab tu.

Rehan ni orangnya sistematik. Suka buat kerja ikut jadual, ikut turutan. Bila ada anak, semua lintang pukang. Kelam kabut. Ikut la mood anak-anak nak buat apa. Jadi rehan rasa tertekan kat situ. Sebab rehan kena ubah kebiasaan rehan seluruhnya. Nak kata rehan ni OCD, sikit la. Bila barang bersepah atau perkara tak jadi ikut plan, sakit mata dan hati rehan sebab rasa tak sempurna. Hihi. Ala macam dalam cerita Monk tu. Tapi tak la sampai tahap Monk tu.

Lagi satu anak-anak rehan ni dua-dua taknak langsung jauh daripada rehan. Contohnya sepanjang pagi tadi rehan duduk memangku Kautsar dan Arfa. Ye. Rehan pangku dua-dua anak sepanjang pagi. Perkara ni normal bagi anak-anak rehan. Dua-dua memang suka sangat melekat kat rehan. Lebih lagi kat daerah terpencil ni cuma rehan seorang je. Adik beradik dan mertua jauh. Jadi memang anak-anak 24/7 rehan yang jaga. Langsung tak nak ikut orang lain.

Masuk bab sakit badan pulak. Rehan ni lembik tau orangnya. Tak pernah main sukan. Tak pernah bersenam. Tak boleh lari. Semput (bukan asma tau hihi) memanjang. Sejak dulu rehan ada sakit belakang. Bila ada anak ni, bertambah-tambah sakit badan sebab sentiasa menampung berat anak-anak. Rehan pun dah overweight sekarang ni, thanks to zauj Qusyairi yang rajin bagi rehan makan haha. Maka sakit la lutut nak menampung berat berlebihan.

Boleh kata sepanjang masa badan rehan tak pernah tak sakit. Sakit-sakit sendi dan sengal. Lenguh. Malam pun tidur tak berapa lena. Selesa jauh sekali. Sebab malam-malam Arfa selalu ngempeng lama-lama. Bangun pagi sakit badan tau.

Ikutkan memang stress sangat hidup dengan badan sakit-sakit dan jadual lintang pukang ni. Sebab tu rehan amalkan suplemen Shaklee. Tak pernah miss (kecuali masa travel, selalu lupa bawak). Rehan wajib makan bcomplex, vitalea, ostematrix dan esp. Alhamdulillah membantu sangat kurangkan sakit badan dan stress.

Sekarang rehan tambah senarai vitamin wajib rehan. Tambah vita c, alfalfa dan gla. Sebab rehan nak maintain kulit moist, elakkan masalah kewanitaan. Berbeza sangat berbanding bersalin Kautsar dulu, teruk rehan kena masalah keputihan. Bersalinkan Arfa kali ni tak ada langsung keputihan.

GLA tu rehan makan sebab sejak
bersalin Arfa, period selalu lama sampai 35 hari. Start rehan makan gla, period Alhamdulillah normal macam masa anak dara dulu 28 hari je.

Nah rehan belanja gambar anak-anak pelaburan dunia rehan. Comel kan? Hihih.





Terima kasih kat anak-anak. Sejak ada diorang ni, hidup rehan terasa lebih penuh dengan pengisian. Anak-anak yang mengajar rehan macam-macam. Yang membawa rehan lebih rapat kepada Allah swt. Didik hati dan emosi rehan.

Tak dapat rehan bayangkan hidup tanpa anak-anak.

Travel Balik Kampung dengan Bayi.

Assalamualaikum.

Perkara travel-travel ni memang sebati dengan rehan. Almaklumlah jodoh dengan orang Perak, sedangkan diri sendiri orang utara. Hihi.

Masalah masa mula-mula ada Kautsar dulu, rehan tak tau macam mana nak travel dengan baby. First time balik kampung lepas bersalin Kautsar kira-kira masa umur Kautsar 1 bulan. Masa tu balik perak sebab raya aidilfitri.

Alkisahnya lepas bersalin Kautsar tu rehan beli carseat. Masa survey kat internet dah aim carseat untuk newborn up to 4 years old (type 0). Entah macam mana masa kat kedai boleh terbeli yg type 1 (1 year and older). Jadi bila balik kampung tu, letak juga Kautsar dalam carseat tp sendal sana sendal sini la nak kasi selesa.

Masa bersalin Arfa rehan beli carrier untuk newborn. Rehan beli kat Aeon Big je, sebab rehan tau takdenya nak pakai lama. Memang betul pun. Pakai 2 bulan macam tu, lepas tu Arfa dah boleh masuk carseat type 1 tu. Cepat betul anak ibu ni membesar. Haha.

Sekarang kalau travel dekat-dekat Arfa boleh la masuk carseat. Tapi sejak akhir-akhir ni dah mula dah Arfa tunjukkan ciri-ciri protes bila abahnya masukkan Arfa dalam carseat. Kalau travel jauh lately rehan tak masukkan Arfa dalam carseat pun. Sebab setengah jam ke sejam sekali Arfa mesti nak susu. Jadi kalau kat highway tu susah pulak nak berhenti-henti kalau kena kat tempat yang tak ada RnR.

Nak ajar anak masuk carseat? Pada rehan yang penting hati mak-mak kena gigih dengar anak menangis. Itu je. Lama-lama nanti senyap jugak anak-anak kita dalam carseat hehe. Rehan selalu khayalkan Arfa dengan makanan, bagi roti atau biskut nanti senyaplah Arfa. Lagi satu Arfa tak boleh tengok muka rehan lepas dia masuk carseat. Nampak je terus nangis. Haha.


Ni gambar masa abahnya drive, rehan duduk sebelah.


Ni pulak masa rehan drive sendiri. Kautsar ada kat belakang seat co-driver masa ni.

Gambar Kautsar dalam carseat masa kecil dulu tak ada dalam fon ni. Nantilah kalau jumpa rehan share ye.

Ok. Jumpa lagi inshaAllah.

Weaning Off: 2 Minggu Tanpa Susu Ibu.

Assalamualaikum.

Hari ni Alhamdulillah dah genap 14 hari Kautsar wean off. Dua minggu tanpa susu ibu, tanpa ngempeng, ngopek, memerap dan yang sewaktu dengannya.

Senang ke?

Alhamdulillah tersangat senang wean off Kautsar. Ada sekali dua je Kautsar tiba-tiba menangis masa nak tidur petang, memang hati mak-mak ni sayu sangat tengok Kautsar macam tu tapi gagahkan jugak hati. Yang bukan mak takkan faham rasa ni. Nampak gagah tapi sebenarnya rapuh oii.

Memang la Kautsar dah mula minum susu formula sejak usia genap 1 tahun. Waktu tu susu rehan drop yang teramat drop sampai tak boleh nak banyakkan susu (kemudian baru rehan tau rupanya susu rehan drop sebab mengandung). Bila rehan tau rehan mengandung, masa tu Kautsar umur 11 bulan, rehan gagahkan diri susukan Kautsar lagi sebulan. Setahun. Setahun je pun cukuplah. Alhamdulillah, Allah izinkan rehan susukan Kautsar selama setahun tanpa formula.

Sejak mula minum susu formula, rehan masih susukan Kautsar sampai rehan bersalinkan Arfa. Setiap kali tidur memang Kautsar menyusu dengan rehan. Jadi masa rehan nak wean off Kautsar ni, rasa takut jugak kot-kot Kautsar tak boleh terima. Memang biasanya kalau Kautsar tak dapat susu dengan rehan Kautsar akan mengamuk.

Alhamdulillah mungkin ada hikmah rehan wean off Kautsar awal daripada perancangan asal. Sejak wean off sampai sekarang Kautsar tak ada masalah sangat. Ok je. Pandai minta susu kocak bila nak tidur.

Wean off maksudnya rehan dah tak susukan Kautsar. Betul. Tapi takde la rehan terus abandon Kautsar macam tu je. Waktu Kautsar biasanya menyusu badan, rehan ganti dengan sesi peluk-peluk, popok-popok sampai Kautsar tertidur. Kautsar anak yang sangat baik, sangat memahami. Bila ibunya popok peluk-peluk Kautsar terus baring pejam mata dan tidur. Langsung tak ada masalah.

Sesekali Kautsar minta nak susu ibu, rehan tak pernah cakap tak boleh. Tapi rehan cakap, "Minum susu kocak ye. Susu kocak sedap. Kautsar suka minum susu kocak. Susu ibu untuk eby (Arfa)."

Menjadi. Kautsar faham bila rehan cakap macam tu. Tak pernah sekali pun dalam masa 2 minggu ni Kautsar mengamuk nak susu ibu. Sekali dua je Kautsar tiba-tiba menangis sedih. Tiba-tiba cebik-cebik bibir, tahan air mata. Allah, sayu betul rasa.

Mak-mak, rehan bukan anti susu ibu. Rehan sokong penyusuan susu ibu. Tapi dalam masa sama, rehan tak fanatik. Ada sesetengah mak-mak yang rehan tau tak mampu nak susukan anak. Tak mampu bukan maksudnya tak ada susu. Tak mampu bukan maksudnya tak mahu. Tapi cabaran mak-mak moden rehan faham, sangat memberi tekanan.

Pendapat rehan, perkara paling utama ialah kesihatan mak-mak. Baik dari segi fizikal mahupun mental. Rehan tau ramai mak-mak yang nak susukan anak secara eksklusif. Tapi dalam masa sama mak-mak menanggung tekanan bekerja mencari nafkah, pressure daripada masyarakat dan keluarga terdekat.

Nasihat rehan, abaikan semua tu. Buat yang terbaik yang mak-mak mampu. Tak perlu tunduk pada tekanan. Tak perlu usahakan melebihi kemampuan fizikal, mental dan rohani mak-mak. Susu formula tak salah. Memang bukan yang terbaik, tapi tak salah. Selain susu formula, banyak lagi pilihan yang mak-mak boleh bagi kepada anak seperti susu kambing. Yang penting mak-mak happy.

Tunjang rumahtangga adalah ibu/isteri. Ibu dan isteri kena gembira. Bila ibu/isteri gembira, rumahtangga bahagia. Perkembangan emosi anak-anak lebih utama. Kalau mak-mak terlalu fokus untuk beri susu ibu sepenuhnya sehingga stress, hingga tak gembira bila bersama anak-anak, tak ada gunanya.

Jadi mak-mak semua, buat apa yang mak-mak gembira buat. Jangan stress.

Salam sayang,
Rehan dan anak-anak syurga

Promosi November 2015: Sustained Release Vita C, Vitalea for Children, Extended YES Promo Pack

Assalamualaikum.

Rehan baru berkesempatan update promosi November 2015. Macam yang boleh baca kat tajuk tu, promo bulan ni memang ohsem. Paling ohsem sebab YES pack dapat extention. Yahuu!



1. Vita C Plus Buy 6 free 1
2. Vita C Plus Buy 2 less 5%
3. Vitalea for Children Buy 3 free 1
4. YES PACK EXTENDED!!
- Healthy Prenatal
- Healthy Postnatal
- Healthy Fitness
- Healthy Young Aging
> All sets at 5% discount 😊

Nak dapatkan semua vitamin ni pada harga promosi, boleh contact rehan tau. Jangan lambat-lambat!

Ajal: Semoga Kau Bahagia Di Sisi Allah, Sahabat.

Assalamualaikum.

Post hari ini rehan tujukan khas buat seorang sahabat rehan yang rehan kenal sejak lebih kurang 8 tahun lepas.

Sahabat rehan ni rehan tak pernah jumpa. Kami cuma kawan kat internet je. Ada beberapa kali plan nak jumpa tapi tak kesampaian. Waktu rehan kawin jemput dia datang. Waktu dia kawin pun jemput rehan datang. Tapi dah ditentukan kami takkan pernah bertemu.

Kami kenal di Tagged. Kalau siapa yang pernah join Tagged dulu, kat Tagged ada tempat chat. Kat situ kami jadi rapat. Rehan join tagged sebab nak chat dengan kakak rehan yang belajar kat luar negara. Selain kakak rehan, dengan dialah rehan berkawan. Berkawan baik, selalu borak merapu sementara tunggu kakak rehan online. Boleh kata dia je seorang kawan rehan betul. Selain dia, rehan kawan dengan kawan kakak rehan je.

Tadi rehan scroll facebook, ternampak nama dia ditagged dalam satu status. Rupanya kawan rehan ni, sahabat walaupun dah lama sangat tak contact sejak rehan kawin, rupanya dia dah dijemput Allah swt kembali ke sisi-Nya.

Sentaknya rehan.

Memanglah nak kata kami rapat tak adalah rapat sangat. Terutama sekali sejak rehan bersuami, memang rehan boleh kata putus hubungan dengan semua kawan lelaki. Lebih-lebih lagi sejak kawan rehan ni dah jadi suami orang, memang tak adalah rehan nak contact dia.

Tapi kami dulu kawan rapat. Pernah jadi kawan yang sangat baik. Hati rehan sedih bila mengenang dia pergi, rehan takkan pernah dapat hubungi dia lagi.

Lagi bertambah sedih bila tau isteri dia sedang hamil anak sulong. Allah. Rasa nak jumpa isteri dia peluk kuat-kuat. Buat awak, isteri sahabat rehan, rehan doakan awak tabah kuat redha dengan perancangan Allah swt Yang Maha Bijaksana. Rehan doakan awak dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Rehan ni sentimental. Hati kaca. Sangat mudah tersentuh dengan peristiwa. Dan dalam hidup rehan, rehan dah berhadapan dengan beberapa kematian yang memberi kesan sangat dalam terhadap emosi rehan. Susah rehan nak hadam, tapi terpaksa direlakan.

Buat kau sahabat, bertenang dan berehatlah. Allah swt terlalu sayangkan kau, lalu kau dijemput pulang. Pemergian kau adalah lubuk pahala untuk isteri dan zuriat yang kau tinggalkan. Allah swt jaga mereka lebih baik daripada sesiapa pun di dunia ini. Bertenang dan berehatlah. Urusan kau di dunia dah selesai. Tinggal aku masih menghitung masa.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk sahabat rehan.

Dua Hari Tanpa Abah.

Assalamualaikum.

Minggu lepas rehan merasa jadi mak tunggal 2 hari. Lebih kepada mak tunggul sebenarnya sebab bosannya tak ada kawan bila abah tak ada. Hahah.

Sebenarnya rehan kena bersyukur, rezeki zauj Qusyairi selalu dilapangkan Allah swt. Macam-macam urusan beliau dipermudahkan. Salah satunya beliau dipermudahkan untuk turut serta dalam satu projek inovasi. Dan projek tu membawa beliau ke Putrajaya selama 2 hari minggu lepas.

Secara mengejut!

Tengahari tu beliau dapat jemputan, malam tu juga terus bertolak. Rehan masa tu berkira-kira, nak ikut atau tak. Sebenarnya hati rehan berat nak ikut sebab rehan ada juga urusan kat rumah ni yang tak izinkan rehan ke mana-mana.

Mulanya rehan was-was juga nak tinggal sendiri bertiga dengan anak-anak. Sebab rehan ni mana pernah sendirian jaga anak, kecuali masa zauj Qusyairi kerja jela. Waktu lain mesti ada zauj. Adalah sekali dua zauj kena kerja, rehan tinggal dengan kakak rehan. Tapi sekali dua jela. Paling lama pun 2 hari jugak.

Masa tu rehan fikir mungkin lebih baik rehan drive bawa anak-anak ke JB. Tak ada masalah drive seorang asalkan anak-anak tidur. Kautsar inshaAllah tak ada masalah, Kautsar dah pandai dengan kata. Arfa masih kecil, tapi kalau kena caranya tak susah sangat bawa Arfa naik kereta. Rehan pun dah banyak kali drive sendiri dengan anak-anak, tapi ke tempat dekat-dekat je la. Tak pernah drive jauh lagi.

Kejadian ni masa bawa anak-anak check up kat klinik. Tugas rehan seorang sebab abahnya kerja.
Tapi akhirnya rehan decide nak stay kat rumah je. Kawan rehan ada kat sebelah rumah ni, jadi tak risau sangat. Itu pun rehan tak tidur dengan dia pun. Rehan tidur sendiri lagi senang. Tak menyusahkan orang. Tapi ada jugak la menyusahkan kawan tu masa makan malam. Hehe.

Kalau hari-hari biasa rasanya rehan tak yakin betul nak jaga anak sendiri selama 2 hari. Biasanya anak-anak zauj Qusyairi yang mandikan. Sebab rehan ni ada sakit lutut dan belakang, jadi tak berapa yakin nak bangun duduk pegang anak. Tapi masa minggu lepas tu, awal-awal lagi rehan dan set minda rehan takkan ada masalah. Tak susah pun jaga anak sendiri, kan. Hihi.

Alhamdulillah memang mudah sangat 2 hari tu. Tak ada masalah. Anak-anak dengar kata. Malah terus terang rumah lebih kemas dan terjaga bila zauj tak ada. Hahaha.

Malam tu lepas abahnya bertolak, Arfa pun dah tidur masa tu, rehan panggil Kautsar duduk depan rehan. Rehan pandang muka Kautsar, rehan kata: Kautsar, abah kerja ye. Abah tak balik malam ni. Malam esok pun abah tak balik. Kautsar jadi anak baik, tolong ibu jaga adik. Dengar cakap ibu.

Ya Allah, memang berkesan sangat. 2 hari terbaik dalam hidup rehan. Kautsar sangat dengar kata. Langsung tak tanya abahnya. Bila rehan tanya Kautsar abah kat mana, Kautsar jawab: Abah kerja ye. Abah tak balik ye.

Sedih pulak jiwa mak-mak ni.

So aktiviti sepanjang 2 hari tersebut? Tak banyak beza dengan hari biasa. Rehan bangun pagi-pagi mandi, sediakan air mandi anak-anak. Masak bubur untuk Arfa. Rehan memang suka makan bubur, jadi 2 hari tu rehan makan bubur je tak makan nasi. Senang kerja. Kautsar pun makan banyak bertambah-tambah dua hari tu. Lepas makan, lepas rehan solat zuhur, anak-anak tidur. Bagusnya anak-anak rehan ni, sepanjang abahnya tak ada masing-masing behave sangat. Tidur pun serentak. Dapatlah rehan check in kat home office rehan. Alhamdulillah.

Petang-petang rehan bawa anak-anak main kat playground, lebih kurang jam 4 lebih lepas solat Asar. Lepas tu pergi tengok fish pulak kat perpustakaan. Kautsar memang suka haiwan. Arfa tak faham apa-apa, nampak air je terus nak turun mandi kolam. Hahah.


Tengok fish sampai jam 6 lebih sikit. Balik rumah dua-dua terus mandi. Main air lama-lama sikit dalam bilik air tu sambil sental daki-daki yang dah kumpul sehari. Hehe. Lepas mandi, Arfa makan malam. Ibu dan Kautsar makan lepas Maghrib. Dua-dua malam rehan makan dengan kawan rehan sebelah rumah ni.

Malam pertama tu lepas abah bertolak anak-anak terus tidur. Malam kedua pula rehan bawa anak-anak pergi McDonalds main kat playground. Main sampai dua-dua letih. Balik terus tidur. Malam ketiganya Arfa mengantuk sangat sebab tak tidur petang, jadi lepas mandi maghrib tu Arfa dah nak tidur sangat, rehan tak boleh nak keluar makan. Kawan rehan datang rumah bawakan makanan, picnic dalam rumah jela. Kautsar baik. Lepas makan dan kemas, Kautsar terus tutup tv nak tidur. Tak sempat tunggu abah sampai rumah.

Macam tulah ceritanya rehan jadi mak tunggal 2 hari. Mungkin ada sesetengah orang rasa 2 hari je bukan susah mana. Pada rehan, ni pencapaian yang hebat. Sebab rehan ni anak bongsu, tak pernah terlibat dengan kanak-kanak sampai la umur rehan 16 tahun bila Mamat lahir. Itu pun rehan duduk asrama masa tu. Lepas asrama terus masuk PLKN, terus masuk Matrikulasi, terus ke UTM sampai habis Master. Senang kata rehan tak ada pendedahan dengan bayi dan kanak-kanak langsung.

InshaAllah lepas ni kalau rehan perlu jaga anak-anak sendiri lagi, rehan rasa tak ada masalah. Kalau perlu travel bawa anak sendiri setakat sejam dua perjalanan pun inshaAllah rehan yakin. Tapi sebolehnya memang rehan taknak jauh dengan zauj Qusyairi. Hihih.

Ibu-ibu lain ada pengalaman jaga anak seorang diri tanpa suami atau orang lain? Jom share dengan rehan.

Weaning Off: Kautsar 24 Jam Tanpa Susu Ibu.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah selesai 24 jam pertama Kautsar tanpa susu ibu. Walaupun Kautsar tabahkan hati, ibu yang sayu sebenarnya. Tapi ibu kuatkan hati juga, biar setabah Kautsar.

Kalau ikutkan hati, ibu nak susukan Kautsar seberapa lama yang Kautsar nak. Tapi ibu merancang, Allah swt pun ada perancangan juga. Tiba-tiba kami rasa ada keperluan untuk wean off sekarang.

Semalam lepas tidurkan Arfa, ibu cakap kat abah nak try wean off Kautsar malam tu. Bila Kautsar minta nak menyusu dengan ibu sebab nak tidur, ibu pujuk Kautsar minum susu kocak (baca: susu formula).

Mulanya Kautsar ingat main-main. Dia gelak-gelak bila ibu popok sambil gosok-gosok perut dan belakang dia. Lama-lama Kautsar dah tak gelak. Termenung lama, tiba-tiba pejam mata.

Sayu hati ibu tengok Kautsar tidur sendiri macam tu.



Siang tadi pun Kautsar minta nak menyusu. Ibu pujuk minum susu kocak lagi. Bila Kautsar tengok ibu tak mengalah, Kautsar pun minum susu kocak. Nak tidur petang tadi pun sama. Kautsar baring sendiri sampai pejam mata dan tertidur. Ibu nak popok dan selawatkan Kautsar taknak. Rasanya Kautsar dah tau ibu tak susukan Kautsar lagi. Hati Kautsar sedih tu, ibu tau.

Bangun lepas tidur petang tadi, Kautsar menangis. Sedih sangat nangisnya. Bukan menangis macam biasa. Tapi sayu sangat.

Ibu tanya kenapa, Kautsar kata telinga Kautsar sakit. Pagi tadi memang ibu ada bersihkan telinga Kautsar, tapi tak sakit pun. Ibu cek juga, tak ada apa-apa kat telinga Kautsar. Tapi Kautsar tetap cakap telinga sakit. Kautsar nak ibu tengok telinga Kautsar lagi.

Rupanya Kautsar nak baring atas riba ibu je. Allah. Sedih hati ibu. Nak baring atas riba ibu boleh, nak. Cuma ibu nak wean off je. Bukan ibu taknak susukan Kautsar lagi. Cuma ini yang ibu dan abah rasa terbaik buat masa ni.

Sekarang Kautsar dah tidur. Pun tidur sendiri. Taknak dipopok atau didodoi. Ibu sakit kepala pula malam ni, tak boleh buka mata. Abah pula keletihan hari ni jadual abah penuh dari pagi sampai ke petang. Sementara ibu tekap muka dengan bantal sebab sakit kepala, abah dah tertidur sebelah Kautsar.

Ibu dengarkan je Kautsar buat apa. Tiba-tiba senyap. Ibu tengok Kautsar dah tertidur. Sungguh, hati ibu sedih sangat.

Kautsar, kalau besar nanti Kautsar baca blog ibu ni, ibu nak Kautsar tau ibu sayang sangat kat Kautsar. Memang ibu garang, Cik Eli pernah tegur ibu sebab garang sangat dengan Kautsar. Tapi garang ibu tu nak sembunyikan rapuhnya hati ibu ni sebenarnya. Supaya Kautsar jadi anak yang baik dan tabah.

Entahlah Kautsar. Ibu memang pandai menulis. Tapi bila berkaitan dengan anak-anak ibu, ibu tak reti nak luahkan dengan kata-kata. Satu yang ibu doakan, ibu harap Kautsar adik-beradik faham apa yang ibu buat semuanya untuk kebaikan keluarga kita.

Selamat malam, sayang.
Cinta dan kasih sayang ibu abah sentiasa bercambah untuk sayang.

Kelebihan OmegaGuard Berbanding Minyak Ikan Lain.

Assalamualaikum.

Sebelum kenal Shaklee, rehan amalkan minyak ikan jenama B. Selain saiznya yang besar, rasa ikannya sangat kuat. Boleh kata banyak kali rehan muntah sebab tak tahan rasa ikan tu (rehan memang kurang makan ikan dan tak tahan hanyir). Dan lebih tak best lagi, rehan dah makan minyak ikan tersebut selama beberapa bulan, dah habis 3-4 botol besar 180 biji tapi terus terang rehan tak tau apa beza antara makan dengan tak makan. Tak ada beza langsung.

Rehan amalkan Omega Guard sejak hamil 16 minggu.
Bila rehan hamil trimester ke-2, rehan mula amalkan OmegaGuard Shaklee. Tanggapan pertama rehan: Saiznya kecil, cukup ke sebiji sehari?

Hasilnya: Alhamdulillah terasa berbeza sebelum dan selepas amalkan OmegaGuard!

Berat badan tak cepat naik. Daya ingatan dan tumpuan lebih baik. Dan syukur Alhamdulillah rehan dikurniakan anak yang sihat, bijak dan sangat aktif.

Bila rehan kaji, rupanya banyak sangat kelebihan OmegaGuard ni berbanding jenama lain. Antaranya:

  • Dihasilkan daripada sumber ikan laut dalam: Perairan laut dalam kurang pencemaran berbanding laut cetek. Ikan laut dalam lebih tinggi khasiat dan rendah lemak trans.
  • Ekstrak minyak ikan, bukan minyak hati ikan: banyak jenama lain mengekstrak minyak dari hati ikan. Minyak hati ikan lebih tinggi lemak trans, kurang nutrient dan mungkin dicemari logam berat dan bahaya.
  • Diproses secara penyulingan proprietari 3 molekul: proses ini menjamin OmegaGuard tidak mengandungi logam berat dan bahan bahaya seperti plumbum, kadmium, merkuri, arsenik dll. Kebanyakan minyak ikan jenama lain diproses menggunakan tenkin penyulingan bertekanan tinggi yang bukan saja merosakkan nutrien, malah tidak mampu menapis logam berat dan bahan bahaya.
  • Tidak hanyir: tekak rehan masih rasa ikan, tapi tak pernah muntah keluar minyak ikan warna kuning (nota: rehan sangat sensitif dengan rasa ikan tau!). Kautsar yang baru setahun 3 bulan pun boleh makan macam tu saja, tak perlu gaul dalam nasi. Omega Guard tak hanyi disebabkan cara proses penyulingan proprietari 3 molekul tadi. 



Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee pada harga menarik, jemput hubungi kami. Kami tawarkan semua rangkaian produk Shaklee pada harga istimewa, panduan makan suplemen yang betul dan berkesan serta tips untuk kesihatan terbaik.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

OmegaGuard & Tekanan Darah Tinggi.

Assalamualaikum.

Walaupun rehan paling suka set kulit Shaklee, tapi terus terang rehan nak bagitau, testimoni paling kegemaran rehan ialah testimoni darah tinggi turun dengan asbab OmegaGuard je. Testimoni ni suami kawab rehan yang bagi.

Dr Saufi ni suami kawan rehan masa mengajar di kampus dulu. Beliau seorang bapa dengan 3 orang anak masa tu. Alhamdulillah sekarang dah bertambah seorang lagi anak.

Masa tu beliau masih dalam pengajian peringkat doktor falsafah separuh masa. Sambil bekerja sepenuh masa sebagai orang kuat di jabatannya. Selain beberapa jawatan penting lain yang tak perlu dinyatakan.

Senang kata, beliau orangnya sibuk dan selalu berdepan dengan tekanan.

Satu hari Dr Saufi mesej rehan. Katanya tekanan darah tinggi, bila dicek rupanya bacaan dah cecah 163/98. Doktor kata kalau tak turun, doktor akan mula prescribe ubat darah tinggi.

Siapa nak makan ubat darah tinggi. Sekali doktor dah prescribe, selamanya kena makan ubat tu. Ayah rehan dah makan ubat darah tinggi sejak rehan sekolah rendah lagi. Sampai la ni masih makan lagi. Sadis tau.

Jadi Dr Saufi nak cuba ikhtiar dengan Shaklee. Masa tu rehan suggest OmegaGuard, Dr Saufi terus beli tengahari tu juga. Dan terus makan hari yang sama.

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, setiap hari Dr Saufi update bacaan tekanan darah beliau dengan rehan, setiap hari bacaannya makin stabil.

Lepas hari ke-4, bacaan tekanan darah Dr Saufi dah kembali normal. Sampai ke hari ini, setahun lepas kejadian tu, Dr Saufi tak pernah diprescribe ubat darah tinggi.



Perkara macam ni yang buat rehan sayang sangat dengan bisnes suplemen Shaklee. Mungkin nampak sikit, tapi bayangkan pelbagai masalah yang timbul kalaulah seorang bapa, suami menghidap tekanan darah tinggi dan perlu bergantung pada ubat. Rehan tau sebab berpuluh tahun rehan hidup dengan ayah rehan yang menghidap darah tinggi. Pernah ayah pitam lepas memandu jauh. Hampir tumbang sebab makan daging kenduri. Macam-macam pernah terjadi.

Sebelum kenal Shaklee, rehan tak tau pun tekanan darah tinggi boleh dikurangkan dengan pengambilan omega-3. Rupanya omega-3 bantu rendahkan aras lemak dalam darah yang disebut trigliserida. Lemak ni yang menyumbat salur darah dan menyebabkan tekanan tinggi dalam salur darah.

Ada kajian daripada University of Maryland, Massachusette yang mengatakan pengambilan sekurang-kurangnya 3 gram omega-3 dalam diet harian dapat mengurangkan tekanan darah tinggi individu yang menghidap hipertensi yang tak dirawat. Memang ramai daripada kita yang tak sedar diri mereka menghidap hipertensi. Jadi lebih selamat kita semua amalkan 3 gram omega-3 setiap hari.



Untuk makluman, OmegaGuard Shaklee mengandungi 3 gram omega-3 dengan 180 mg EPA dan 120 mg DHA.

Nak grab promo OmegaGuard bulan ni boleh contact rehan untuk order dan konsultasi percuma. Boleh jimat RMxx tau. Jangan terlepas!

Apa Itu Asid Lemak Omega-3.

Assalamualaikum.

Rehan ni selalu sebut asid lemak omega-3, tapi sebenarnya apa dia yang didefinisikan sebagai asid lemak omega-3 ni? Hari ni kita jelaskan tentang asid lemak omega-3 ye murid-murid.

Asid lemak omega-3 dianggap sebagai asid lemak penting untuk tubuh. Tubuh kita perlukan asid lemak omega-3, tapi sayangnya tubuh kita tak boleh bina sendiri asid lemak ni. Jadi nak dapatkan omega-3 mestilah melalui pemakanan.

Asid lemak omega-3 ni boleh didapati daripada ikan seperti ikan tuna, salmon dan makanan laut yang lain. Selain tu boleh jiga didapati daripada minyak kekacang. Omega-3 turut dikenali asid lemak poli-tak-tepu yang memainkan peranan penting dalam fungsi otak selain dalam perkembangan tumbesaran. Lagi satu fakta popular tentang omega-3 ialah mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian menunjukkan asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan keradangan dan merendahkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan arthritis. Omega-3 banyak terdapat dalam otak dan jelasnya pentung untuk fungsi kognitif (memori dan performance) selain fungsi tingkahlaku. Malah, bayi yang tak mendapat  asid lemak omega-3 secukupnya daripada ibu ketika kehamilan didapati berisiko mengalami masalah penglihatan dan saraf. Tanda-tanda kekurangan omega-3 termasuklah kelesuan, lemah daya ingatan, kulit kering, masalah jantung, mood swing dan kemurungan selain pengaliran darah yang lemah.

Penting untuk mengambil jumlah asid lemak omega-3 dan omega-6 dalam nisbah yang betul dalam diet harian. Omega-3 membantu mengurangkan keradangan, manakala kebanyakan omega-6 cenderung untk menyebabkan keradangan. Di Amerika, kebanyakan penduduknya mengambil omega-6 14-25 kali ganda lebih tinggi berbanding omega-3, yang mana terlalu berlebihan. Ada kajian yang menunjukkan pengambilan omega-6 yang lebih tinggi berbanding omega-3 meningkatkan keradangan dan risiko kematian di kalangan pesakit yang menjalani hemodialisis.

[Sumber]

OMEGAGUARD: SUPLEMEN OMEGA-3 
OmegaGuard oleh Shaklee adalah suplemen minyak ikan yang kaya dengan omega-3. Setiap kapsul OmegaGuard mengandungi sehingga 85% omega-3, bukan sekadar lemak ikan. Setiap hidangan OmegaGuard mengadungi 330mg omega-3, 180mg EPA dan 120mg DHA.


Berminat untuk dapatkan OmegaGuard, boleh hubungi rehan.

Cara Buka Akaun Semasa di Maybank.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni rehan buka akaun semasa kat Maybank. Terus terang, leceh betul prosesnya. Rasanya tak leceh sangat pun kalau staf Maybank kat area kami ni terangkan jelas-jelas. Tapi sebab tak jelas, maka dah berkali-kali turun naik tangga Maybank baru settle.

Ceritanya macam ni.

Kami nak buka akaun semasa di Maybank menggunakan nama trade Noraihan Qusyairi, iaitu syarikat perkongsian (partnership).

Mula-mula kami pergi ke Maybank cawangan jauh sikit. Pegawai bank bagitau untuk buka akaun semasa, perlu ada introducer. Kami minta borang introducer tu tak diberi pula. Katanya dah ada introducer baru ambil borang.

Kemudian kami ke cawangan Maybank dekat-dekat kawasan rumah. Dapat ambil borang introducer. Katanya sesiapa yang ada akaun semasa Maybank boleh jadi introducer. Kawan kami pun setuju, kami pun bawa la borang yang dah disain tu ke bank.

Sampai kat bank, introducer kami tak cukup syarat sebab akaun semasa beliau belum pun setahun. Ok. Rupanya kena ada akaun semasa lebih setahun baru boleh jadi introducer. Buat kali ke-4 kami ke Maybank dengan borang introducer yg baru, disain oleh introducer yang dah lebih setahun buka akaun semasa di Maybank.

Ok. Kali ni borang diterima. Urusan diteruskan. Kena sain macam-macam borang. Lebih kurang 30 minit juga baru siap semua urusan.

Ops. Tak selesai lagi. Haha. Kena balik rumah dulu. Tunggu pegawai bank telefon lebih kurang dalam masa seminggu untuk buka akaun. Seminggu ni untuk selesaikan dokumen je.

Minggu depannya kami ke bank lagi lepas pegawai bank telefon. Akaun dah sedia untuk dibuka. Jadi ke datang bawa duit RM2000 untuk buka akaun. Dah selesai duit masuk, akaun dah aktif. Dah boleh mula guna akaun tersebut.

Opsss tak siap lagi. Kena beratur kat kaunter lain pula untuk aktifkan internet banking. Internet banking yg diaktifkan tu cuma boleh tengok baki dan transaction history je. Tak boleh transfer ke, bayar bil ke. Semua tak boleh.

Nak aktifkan transfer atau bayar bil etc kena isi borang lain. Senaraikan no akaun yang nak disenaraikan sebagai Favourite, lepas tu bagi kat kaunter. Kaunter yang akan key in kan. Kita tak boleh buat sendiri.

Dah selesai?? Opsssss. Ada lagi. Hihih.

Buku cek belum dapat lagi. Tunggu lagi. Tunggu pegawai telefon untuk ambil buku cek bila dah siap. Kami tunggu lebih kurang dua minggu.

Ok. Baru selesai. Alhamdulillah.

Keseluruhannya makan masa hampir 1 bulan, enam (6) kali ke Maybank dari mula bertanya hingga selesai urusan.

Kawan-kawan yang perlukan introducer untuk bisnes, tunggu setahun lagi ye baru rehan boleh jadi introducer. Hahah.

Sekian. Tamat episod akaun semasa.

OmegaGuard dan Penyakit Asma.

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali rehan nak ucap syukur Alhamdulillah, dalam keluarga rehan tak ada seorang pun yang menghidap asma. Tapi rehan faham seksanya bila ada anak yang menghidap asma. Ada beberapa orang kawan rehan yang anak mereka asma teruk, tahap warded dan neb selalu. Rehan yang tak kena pun terasa seksanya, apatah lagi mereka yang hadapi sendiri.

Rehan pernah ada customer yang anaknya asma. Alhamdulillah Allah bukakan hati beliau untuk cuba ikhtiar dengan OmegaGuard Shaklee. Sekali lagi Alhamdulillah Allah izinkan anak akak ni semakin sembuh kemudiannya. Tak sampai 1 botol pun.



Sebenarnya bukan magik atau kebetulan. Sini rehan nak terangkan kaitan makan OmegaGuard dengan sakit asma.

Asma bukan penyakit berjangkit, sebaliknya boleh diwarisi kepada zuriat. Kalau ibubapa menghidap asma, kemungkinan anak-anak akan menghidap asma juga. Asma sebenarnya berlaku disebabkan kekejangan pada otot tenggorok sehingga penghidap mengalami kesukaran bernafas.

Ada kajian mengaitkan pemakanan dengan serangan asma. Didapati orang yang menghidap asma atau penyakit inflamasi lain mempunyai kadar asid lemak omega-3 yang rendah dalam tubuh mereka. Penghidap asma yang makan ikan lebih daripada 3 kali seminggu diperhatikan mengalami serangan asma lebih rendah berbanding dengan penghidap yang kurang makan ikan.

Jadi perkaitan asma dengan pemakanan tu jelas. Makan ikan, asma kurang.

OmegaGuard ialah produk minyak ikan Shaklee yang terbukti lebih baik di pasaran. Buktinya, sebiji kapsul OmegaGuard mengandungi sehingga 85% asid lemak omega-3. Beberapa jenama terkenal lain didapati mengandungi peratus omega-3 lebih rendah serendah 40% sahaja bagi setiap kapsul.

Ada banyak kelebihan OmegaGuard Shaklee berbanding minyak ikan jenama lain. InshaAllah rehan kupas dalam entri lain ye.

Kalau awak-awak mengalami masalah asma, atau kenal sesiapa yang ada masalah asma berlarutan, boleh cuba OmegaGuard. WhatsApp rehan segera untuk rehan berikan konsultasi percuma.

Sampai nanti.
Salam sayang dari rehan, qusyairi dan puteri-puteri syurga kami.

Tips Jimat Beli Set Kulit Kering.

Assalamualaikum.

Sebelum ni rehan ada share tentang set kulit yang rehan amalkan. Hari ni nak share macam mana nak jimat beli set kulit ni.

Senang je tau. Ramai cust rehan dah buat bulan ni.

Sepanjang bulan Oktober 2015 Shaklee ada promosi penghabisan stok Vita E Complex. Kalau beli satu botol, Shaklee akan bagi lagi satu botol percuma.

Best kan?

Nak dapatkan set kulit pada harga super jimat, wajib grab promosi ni tau. Boleh kongsi beli dengan family atau kawan, seorang bayar separuh je.

Tapi yang customer rehan ramai buat, mereka grab promosi ni untuk diri sendiri je. Tak share pun. Nak tau kenapa?

Sebab satu botol mereka makan, satu botol lagi mereka buat masker Vita E setiap malam.

Syok tau!

Kalau tengok kat farmasi, banyak produk minyak vitamin e untuk kulit kering dan berparut. Mahal tau. Yang dulu rehan pernah guna satu botol kecil je harga RM50 ke atas. Tu harga 10 tahun lepas tau. Sebotol tu kalau sapu rata satu muka tahan la dalam 2 bulan. Rehan satu kat tempat-tempat yang berparut je. Sayang takut cepat habis T___T

Vita E Complex Shaklee ada 120 softgel sebotol. Kalau makan hari-hari, tahan 4 bulan. Kalau buat masker, sepatutnya satu softgel tu boleh guna 2-3 kali jadi boleh tahan 8 bulan. Tapi biasanya rehan guna sekali je habiskan satu softgel tu sebab malas nak simpan.

Nampak tak betapa tak berkiranya rehan nak guna Vita E ni? Takde sibuk nak jimat-jimat pun. Hihi.



Yang belum dapatkan Vita E Complex promo ni boleh cepat-cepat cari rehan ye. Sekarang ni rehan restock je habis, restock je habis. Jadi tempah awal-awal, securekan stok masing-masing ye.

Jumpa lagi!

Rawatan Kulit Kering.



Assalamualaikum.

Nah setepek rehan bagi gambar muka rehan sendiri. Nampak tak? Nampak tak?

Masa hujung pantang bersalin Arfa awal tahun hari tu, rehan balik kampung mertua kat Perak. Dari Johor ke Perak naik kereta lebih kurang 6 jam. Biasanya kulit rehan akan jadi kering sikit sebab lama beraircond.

Kebetulan masa tu zauj Qusyairi ada turut serta dalam program di Kulim, jadi dalam masa seminggu kami bergerak dari Perak ke Kedah, kemudian sambung bercuti ke Perlis melawat matrikulasi zauj Qusyairi dulu.

Dapat bayangkan kalau 6 jam perjalanan kulit rehan jadi kering, kalau 7-10 hari perjalanan macam mana rupa rehan masa tu? Macam hantu kak limah oii. Dah la separuh perjalanan tu baru habis pantang, cuaca panas terik kat utara tu perkara biasa. Lagi la kat Perlis panas bahang terik kering. Rehan pulak jenis tak biasa minum air masak.

Teruk ya ampun kulit muka masa tu. Dah la kering menggelupas, boleh tarik kulit mati tu sampai terkopek. Lepas tu jadi tompok-tompok hitam, kat bahagian bawah mata tu jadi keras sebab kulit kering tu mati. Seluruh muka terbakar sampai gelap kulit rehan macam baru lepas musim sukan masa kat sekolah dulu. Sampai zauj Qusyairi berhenti makan kat kedai rehan taknak turun tau. Malu oii.

Panjang pulak intro. Hehe. Yang rehan nak cerita kat sini, kulit yang kering teramat tu rehan berjaya pulihkan dalam masa 2 minggu je!

Nak tau macam mana?

Rehan ni pemalas pakai skin care jadi memamg tak berapa guna skin care pun sepanjang 2 minggu rehan nak pulihkan balik kulit muka tu. Apa rehan buat, rehan makan suplemen je.

Setiap hari rehan makan suplemen yang rehan wajib makan sejak dulu; B-Complex, Vitalea, Vita C dan ESP. Kalau biasa-biasa makan ni je dah cukup untuk rehan maintain muka cantik. Tapi sebab masa tu kulit rehan teruk sangat, jadi rehan ambil step tambahan.

Step tambahan yang rehan ambil tu tak susah pun. Rehan gandakan dos suplemen yang rehan makan, kemudian tambah Collagen Powder, Vita E dan Vivix. Collagen tu rehan ambil setiap hari selama 2 minggu. Vita E selain rehan makan, rehan sapu minyak Vita E tu kat muka setiap malam selama 1 minggu. Vivix pulak rehan minum selang sehari.

Hasilnya lepas 1 minggu kulit yang kering tu dah takde. Langsung tak kering muka. Malah jadi lembut anjal dan bouncy bouncy lagi. Syok sungguh!

Tapi lepas 1 minggu tu masih ada kesan tompok hitam dan kulit yang keras sebab kering tu.

Lepas 2 minggu baru semua masalah selesai. Kulit jadi licin, cerah tak terbakar, tompok dan parut akibat kering tu hilang 100%. Muka rehan jadi licin dan glowing, rasanya paling cantik rehan pernah alami. Hahaha.

Kalau awak-awak ada masalah kulit kering macam rehan ni jemput la cerita kat rehan. Mana tau rehan boleh tolong selesaikan. Jangan segan-segan.

Next entri inshaAllah rehan nak share tips jimat untuk rawatan kulit kering ni. Jumpa lagi!

Salam sayang,
Rehan, Qusyairi dan anak-anak


Kebaikan Omega-3 Kepada Kanak-kanak.

Assalamualaikum.

Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk kanak-kanak. Banyak sangat fungsi asid lemak Omega-3 terhadap pertumbuhan minda dan badan di comel. Amat penting bagi ibubapa untuk memastikan anak-anak mendapat asid lemak Omega-3 yang mencukupi melalui pemakanan harian dan, jika perlu, daripada suplemen.

Entri hari ini saya kongsi fungsi utama asid lemak Omega-3 terhadap perkembangan anak-anak.

1. Meningkatkan daya fokus
Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mempunyai paras kandungan DHA yang tinggi ketika melahirkannya, mempunyai daya fokus yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang ibunya mempunyai paras DHA yang rendah ketika bersalin.

2. Membuatkan anak-anak lebih bijak
Sejak tahun 80-an lagi, banyak kajian mendapati peningkatan yang ketara pada perkembangan kognitif anak-anak yang mendapat DHA secukupnya sama ada melalui susu formula (bagi yang tidak menyusu badan), susu ibu ataupun pemakanan. Satu lagi hasil kajian pada tahun 2003 dalam jurnal Peadiatrics mendapati bahawa ibu-ibu yang mengambil suplemen Omega-3 ketika hamil dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, telah dapat membantu meningkatkan kebolehan kognitif anak-anak mereka pada umur 4 tahun. Kajian pada tahun 2005 pula mendapati kanak-kanak sekolah yang diberikan suplemen Omega-3 telah menunjukkan peningkatan skor bagi membaca dan mengeja.

Pertumbuhan otak kanak-kanak adalah sangat pesat ketika di dalam kandungan serta ia akan terus membesar dengan pantas hingga tiga kali ganda saiznya dalam tempoh setahun pertama kehidupan mereka. Oleh itu penting untuk mereka mendapatkan DHA secukupnya. Bagi bayi dalam kandungan, ia mendapatkan DHA daripada makanan si ibu, begitu juga bayi yang masih menyusu secara eksklusif atau pun sepenuhnya. Dan bagi yang sudah diperkenalkan makanan pejal, kita sudah boleh mula memperkenalkannya dengan ikan dan sumber asid lemak Omega-3 yang lain.

3. Memperbaiki penglihatan
DHA didapati membantu menajamkan daya penglihatan bayi.

4. Meningkatkan sistem imun tubuh
Asid lemak yang hebat ini juga dikaitkan dengan peningkatan sistem pertahanan dalam tubuh. Dalam satu kajian terhadap kanak-kanak di Denmark, berbanding kumpulan yang hanya minum susu lembu atau formula biasa, kanak-kanak yang minum susu formula yang ditambah dengan Minyak Ikan didapati mempunyai paras yang lebih tinggi bagi sejenis protein penting kepada fungsi sistem imun.

5. Meningkatkan “mood”
Hasil kajian menunjukkan golongan mengambil lebih Omega-3 memberi kadar “mood disorder” (gangguan mood) yang lebih rendah, dan wanita hamil yang makan ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 ini juga kurang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin (postpartum depression). Mengapa? Kerana Omega-3 dipercayai mempunyai fungsi meningkatkan “hormon gembira” seperti dopamine dan serotonin (iaitu neurotransmitter di dalam otak yang juga sering menjadi target dalam pemberian preskripsi ubat-ubatan anti-kemurungan (antidepressants)

6. Mencegah ekzema
Asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan keradangan/inflamasi di seluruh bahagian badan termasuk bahagian kulit. Satu kajian daripada Sweden menyatakan bahawa memberikan sedikit salmon ataupun tuna di dalam makanan bayi sebelum mencecah umur 9 bulan mungkin boleh membantu melindunginya daripada mendapat alahan kulit.

OmegaGuard Shaklee semestinya Minyak Ikan terbaik di dunia! Berita baiknya, ia sudah boleh mula diambil apabila anak mencecah umur setahun. OmegaGuard juga sangat membantu sekiranya anak anda sering selsema, batuk berkahak mahupun mempunyai asthma.

Dan untuk memastikan bayi di dalam kandungan juga turut mendapat manfaat DHA tadi, kami sangat galakkan ibu-ibu yang sedang hamil untuk mula mengambil Omega Guard sebiji sehari apabila mula masuk ke Trimester Kedua. Begitu juga dengan ibu menyusukan anak, dengan mengambil Omega Guard ini, anda dapat menyalurkan khasiat dan manfaat DHA tersebut kepada anak melalui susu ibu.

Semoga bermanfaat :)



Contoh kanak-kanak yang ibunya amalkan OmegaGuard ketika hamil. Banyak kepandaiannya. Haha.

Rehan suka nak ingatkan ibu-ibu yang amalkan OmegaGuard dan minyak ikan lain sepanjang hamil, ada cara dan had pengambilan yang perlu dipatuhi. Boleh dapatkan konsultasi daripada rehan ye.

Jumpa lagi!

Promosi Oktober 2015

Assalamualaikum.

Rehan suka nak bagitau promosi Shaklee bulan ni:
🎀 GLA Complex
🎀 OmegaGuard
🎀 Vita E Complex (terhad)

GLA sesuai utk mengatasi masalah jerawat dan hormon tak stabil.

OmegaGuard utk kesihatan minda, menguatkan sendi, masalah darah dan kolestrol tinggi, membantu mengurangkan berat badan.

Vita E Complex utk kulit kering, berparut, berjeragat, utk tenaga seksual dan kesuburan lelaki dan wanita.

Ada banyak lagi fungsi dan kelebihan ketiga-tiga vitamin ni tau selain daripada yang rehan tulis kat atas.

Jika berminat boleh hubungi rehan untuk order dan konsultasi percuma.

Ibu Bukan Malaikat: Episod Anak Jatuh Katil.

Assalamualaikum.

Cerita ni dah lama. Tapi haru hari ni rehan tergerak nak kongsi. Tentang anak jatuh katil.

Orang ingat bila anak dah ada 2, kita makin cekap uruskan anak. Tak semua orang macam tu. Lagi-lagi rehan ni yang semulajadi clumsy.

Waktu sebelum ada Arfa, kami agak bersungguh jaga Kautsar. Yelah. Anak pertama. Badan masih bertenaga. Masa pun masih banyak. Memang jaga baik la Kautsar tu, minum susu badan, tidur berpeluk takut jatuh katil. Makanan Kautsar pun rehan masak tiap-tiap pagi.

Kautsar pernah jatuh katil. Tapi katil rendah. Kat bawah pun ada karpet. Rehan tak risau sangat sebab lepas jatuh tu Kautsar sambung tidur balik.

Tapi kes Arfa berbeza.

Rehan mula berpantang sendiri lepas bersalin 2 minggu. Masa tu usia Arfa baru 14 hari. Memang tak lekang Arfa daripada pandangan rehan.

Waktu tu huru hara sebab zauj Qusyairi dah mula bekerja, Kautsar baru umur setahun enam bulan, Arfa baru 2 minggu. Kautsar sentiasa nak rehan hadap dia seorang, dia belum biasa ada adik. Rehan pula dalam keadaan berpantang, sendiri uruskan 2 orang anak. Masa tu rehan baru sebulan berhenti kerja, susah sangat nak adapt dengan kehidupan surirumah sebab rehan dah biasa berjadual.

Tiga hari lepas bawa Arfa balik berpantang di rumah sendiri, pertama kali rehan tinggalkan Arfa sendirian tidur dalam bilik. Rehan ke dapur sekejap je, nak ambil air. Sampai je dapur rehan dengan Arfa menangis sekuat-kuatnya.

Bayangkan rehan baru 17 hari bersalin normal, berlari dari dapur ke bilik. Sampai-sampai rehan nampak Arfa atas lantai, kat simen.

Takutnya rehan masa tu.

Rupanya Kautsar nampak ibu abah dukung adik, dia pun nak dukung adik jugak. Dia angkat Arfa nak didukung tapi terlepas.

Alhamdulillah Arfa tak apa-apa. Masih menangis, menyusu macam biasa. Tak ada muntah. Kesian kat Kautsar sebab terkejut dan takut.

Arfa ok. Alhamdulillah. Mungkin asbab rehan makan OsteMatrix tak pernah lupa. Arfa dan Kautsar dua-dua lahir dengan tulang yang kuat. Gagah anak-anak ibu.

Sekarang Arfa dah besar ada juga jatuh-jatuh katil. Tak ada yang cedera. Cuma menangis je la. Mencabar nak jaga Arfa sebab kaki tangan dan badan dia memang kuat. Setakat benteng dengan bantal tu, sejak umur 4 bulan Arfa boleh tolak bantal jatuh katil.

Setiap kali Arfa jatuh rehan akan sebut: Tak apa jatuh sikit, barulah Arfa kuat.

Memang kuat pun jadinya. Sekarang kalau jatuh masa memapah tu tak menangis dah. Terus sambung golek-golek cover malu adalah. Yang penting jangan ada orang menjerit ke terkejut tengok dia jatuh. Nanti mengadalah minta pujuk. Hihi.



Ibu-ibu yang pernah alami apa yang rehan alami, jangan salahkan diri sendiri. Ibu dah buat yang terbaik. Selagi ibu-ibu tak abaikan keselamatan dan kesihatan anak-anak, ianya bukan salah ibu. Anggaplah ia peringatan betapa anak-anak hanyalah sekadar pinjaman daripada Yang Maha Esa.

Jaga mereka sebaiknya.

Salam sayang,
Rehan, Qusyairi dan anak-anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...