"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kasih Sayang Keluarga.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni kami selesai closing bisnes Shaklee kami bagi bulan sulung Januari 2015 seawal petang. Jadi malam-malam ni tak banyak kerja nak buat, saya dengan rendah diri tergerak nak berkongsi pandangan dan buah fikiran tentang keluarga.

Saya berasal dari keluarga sederhana besar. Sederhana besar je, walaupun ada 6 orang adik beradik (jumlah asalnya boleh jadi 7 orang, boleh dikira 8 orang juga sebenarnya). Alhamdulillah kesemua kami dah berumah tangga, jadi 12 orang anak menantu ayah kami kesemuanya. Mak kami dah hampir 6 tahun meninggalkan kami. Innalillahiwainnailaihirajiun.

Kami bukan keluarga yang terbiasa menzahirkan kasih sayang. Kami tak berpeluk cium selalu. Kali terakhir saya peluk cium kakak kesayangan saya kalau tak silap setahun lebih yang lepas, sebelum beliau berlepas ke negara asing melanjutkan pelajaran. Peluk cium kedua terakhir sebelum itu kira-kira 4-5 tahun lepas ketika beliau berlepas melanjutkan pelajaran ke negara asing juga. Lama kan?

Tapi percayalah, keluarga kami pernah melalui dugaan dan cabaran yang lebih besar daripada kebanyakan keluarga biasa lain. Dan kami tahu apa yang mampu kami hadapi. Bagaimana kami tangani dugaan can cabaran tersebut, cuma kami yang tahu dan faham.

Dan percayalah, tak semua orang mampu tangani apa yang kami pernah tangani.

Adakah dugaan besar buat keluarga kami menjadikan kami semakin kuat dan teguh sebagai keluarga?

Jawabnya ya dan tidak. Ada antara kami yang semakin teguh, semakin kuat dan gagah. Ada yang semakin lemah dan hilang pegangan. Ini perkara biasa, sesiapa pun yang menghadapi dugaan sebenarnya berada di simpang antara kekuatan dan kelemahan. Kita mungkin tak mampu memilih untuk sentiasa menjadi kuat, lebih-lebih lagi bila kita memilih untuk berseorangan.

Tapi pandangan saya, kita tak pernah keseorangan. Keluarga sentiasa ada. Allah sentiasa ada. Kenapa mau berseorangan, menyisihkan diri?

Sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab, kita perlu mendahulukan keperluan melebihi kemahuan. Inilah bukti kematangan. Sebelum berbuat sesuatu, kita harus sentiasa fikir dan memikirkan bahawa keputusan dan tindakan kita bukan milik kita seorang; sebaliknya ada hak ramai orang dalam tindakan dan keputusan kita.

Ada hak ibubapa. Hak saudara. Hak anak. Hak keluarga yang dipilih Allah sebagai sebahagian dari diri kita dunia dan akhirat. Dunia ini bukan untuk kita lalui berseorangan, tanpa perlu kisah atau ambil berat tentang orang lain. Sekecil perkara yang kita lakukan mungkin menimbulkan resah dan kecewa kepada keluarga yang menyokong kita selama ini.

Kalaulah mudah kita beli semuanya dengan wang. Tapi kasih sayang keluarga bukan tandingan dengan wang, harta dan segala yang ada di dunia.

Sebaliknya harga bagi kasih sayang keluarga adalah rasa hormat dan kepercayaan yang tak berbelah bagi. Sekali tercalar rasa hormat dan kepercayaan itu, mampukah kita tebus kembali?

Memilih sesuatu atau seseorang melebihi keluarga sendiri umpama menggadai satu-satunya emas yang kita punya, demi mencari perak yang lebih berharga. Hakikatnya tak terbanding nilainya.

Dah. Tak henti menulis karang jadinya. Salam peluk cium untuk sahabat yang meluangkan masa membaca post tak seberapa hari ini. Salam sayang. Semoga Allah swt redha dengan pekerjaan kita.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kautsar 1 Tahun 6 Bulan.

Assalamualaikum.

Agak lama tak post entri di sini ye. Alhamdulillah, saya sibuk dengan pelbagai urusan dan pelbagai keutamaan. Alhamdulillah dalam kesibukan yan Allah izinkan tu, makin ramai yang percaya saya sebagai SID pilihan mereka. Walaupun terpaksa kurangkan aktiviti bisnes, tapi makin banyak order yang masuk.

Buat rakan-rakan yang sama-sama berniaga seperti saya, yakinlah rezeki itu jaminan Allah swt.

Nak cerita sikit tentang Kautsar je hari ni. Tengah bulan hari tu Kautsar dah selamat cucuk vaksin 1 tahun 6 bulan. Sekejap anak ibu abah dah besar. Dah setahun setengah umurnya.

Masa nurse siap-siapkan vaksin nak cucuk, Kautsar perhati je. Bila ibu pegang kaki Kautsar kuat-kuat, pun Kautsar tak melawan. Bila nurse cucuk je, Kautsar cakap, "Cakit".

Hahaha. Gelak puan nurse tu dengar.

Tapi Kautsar tak menangis langsung. Lepas cucuk, Kautsar terus berdiri dan salam nurse. Lepas tu Kautsar nampak getah gelang, Kautsar minta getah gelang kat nurse tu. Layan jela. Hihi.

Dalam kereta tu Kautsar meragam sikit, mungkin baru rasa sakitnya. Tapi tak sempat sampai rumah Kautsar dah ok macam biasa. Sampai rumah kami terus bagi ubat demam, siap sedia mana tau Kautsar akan demam. Tapi tak demam pun. Terus aktif macam biasa.

Kuat anak ibu abah ni ye. Hihi.

Lepas ni dah tak ada cucuk lagi. Nurse-nurse kat klinik semua kenal Kautsar walaupun jarang jumpa. Mungkin sebab ibu rajin mulut bercerita pasal Kautsar kan. Walaupun perangai Kautsar masih macam baby, tapi saiz Kautsar tinggi. Sama tinggi dengan anak-anak kawan ibu yang usia 2-3 tahun.

Pada usia sekarang Kautsar dah pandai letak cawan atas meja lepas minum. Lepas minum habis Vitagen, Kautsar terus buang dalam bakul sampah. Makin hari makin banyak perkataan yang Kautsar sebut. Kami bual dengan Kautsar macam biasa, tak pernah betul-betul ajar Kautsar baca, sebut atau kira. Tapi Alhamdulillah perkembangan Kautsar kalau tak lebih baik pun, sekurangnya setanding kanak-kanak seusianya.

Dan yang paling tak tahan, Kautsar nak berkepit dengan ibu je. Langsung taknak jauh (kecuali ikut abah pergi kedai). Sabar jela anak. Ibu tak kurus-kurus pun layan Kautsar. Tak cukup manja lagi ni.

Hihi.

Kautsar dengan Cik Eli dan Abang Luqman. Gambar dua hari lepas :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Alfalfa Complex Suplemen 1001 Khasiat.

Assalamualaikum.

Saya suka nak kongsi kenapa saya suka makan suplemen yang saya makan. Hari ni saya nak kongsi kenapa saya suka makan Alfalfa Complex.

Pertama kali saya makan Alfalfa, saya masih dalam pantang lepas bersalin Cik Kautsar. Lebih kurang 2 minggu lepas bersalin baru saya makan Alfalfa Complex. Tujuan saya makan Alfalfa masa tu sebab nak banyakkan susu badan.

Budak bambam kuat susu. Masa ni umur Kautsar 20 hari lebih.
Alhamdulillah, Kautsar champion bab-bab menyusu. Kali pertama susukan Kautsar pun nurse yang pantau puji sebab Kautsar semulajadi pandai melekap dan menyusu. Saya pun tak kekok Alhamdulillah.

Kautsar lahir dengan berat 3.55kg. Bayangkan banyak mana susu yang Kautsar minum setiap hari. Hihi. Sepanjang menyusukan Kautsar saya amalkan Alfalfa Complex setiap hari 3 kali sehari. Alhamdulillah susu mencurah, cukup untuk Kautsar minum direct dan untuk disimpan sebagai EBM.

Itu tujuan utama saya makan Alfalfa Complex. Untuk susukan anak. Tapi saya dapat banyak kebaikan lain tau.

Yang ketara, saya tak alami masalah keputihan yang biasa ibu-ibu alami lepas bersalin. Rasa bersih di bahagian sulit sepanjang saya amalkan Alfalfa ni.

Selain itu, badan rasa ringan sangat. Lepas bersalin, saya berjaya turunkan berat sehingga mendapat berat badan asal dalam masa 4-5 bulan. Mungkin pada orang lain agak lambat, ramai yang dapat berat badan asal dalam pantang lagi. Tapi bagi saya, 4-5 bulan untuk dapatkan berat asal dah sangat baik. Sebabnya saya tak berpantang bersungguh. Saya tak pakai bengkung, tak mandi herba. Makan pun cuma pantang 2 minggu. Dan waktu tu juga saya ada masalah tak boleh minum air masak, rasa nak muntah. Jadi saya banyak minum milo. Dalam keadaan tak jaga pantang, tak jaga makan saya masih boleh turunkan berat badan sehingga ke berat asal. Sangat baik, kan?

Lagi satu masalah terbesar saya ialah saya tak pandai sedawa. En Qusyairi pernah kata, kalau saya tak hamil, beliau tak pernah dengar saya sedawa. Hihi. Tapi pada masa sama saya selalu alami masalah angin sebab makan tak teratur. Iyalah, kerja saya sebagai pensyarah perlu hadir ke kelas pada waktu berbeza. Jadi ada hari yang tak sempat sarapan, ada hari tak sempat makan tengahari. Akibatnya saya mudah masuk angin. Bila amalkan Alfalfa Complex, saya perasan mudah nak buang angin. Badan tak lesu, sebu atau sakit kepala yang kuat akibat angin. En Qusyairi pun dapat rehat sebab tak perlu urut belakang saya tiap-tiap petang dan malam :)

Yang lebih saya suka, sejak amalkan Alfalfa Complex, selera makan saya lebih terkawal. Saya suka makan kudapan. Goreng pisang, kek, kuih, memang saya suka. Nasi tak berapa sangat. Makan kudap ni biasanya banyak kandungan gula dan minyak. Muka jadi berminyak dan berjerawat, berat badan senang naik susah turun. Lepas amalkan Alfalfa Complex 3 kali sehari, saya dah tak terlalu berselera. Bila lapar baru saya makan. Kalau tak, saya rasa kenyang dan tak berminat dengan makanan.

Jadi saya ringkaskan kat sini kebaikan yang saya dapat dengan Alfalfa Complex:

  • Milk booster
  • Tiada keputihan
  • Keluarkan angin
  • Turunkan berat
  • Kawal selera makan
  • Detox

Promosi bulan ni, kalau beli 6 botol Alfalfa Complex boleh dapat percuma 1 botol lagi dan jimat beratus ringgit. 6 botol ni lebih kurang 7 bulan penggunaan, jadi tak rugi kalau borong sekali banyak. Atau boleh ajak kawan-kawan dan keluarga kongsi beli sama-sama.

Berminat nak dapatkan Alfalfa Complex pada harga menarik serta konsultasi percuma jemput hubungi kami.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Cegah Strok Dengan VIVIX Shaklee.

Assalamualaikum.

Masih ramai yang tak sedar bahaya strok. Selalu kita merasa kita tak mungkin akan diserang strok. Begitu juga mereka yang pernah diserang strok, suatu masa dulu mereka tak pernah terfikir akan diserang strok.

Baca lebih lanjut tentang strok di sini.


Tapi sebenarnya, strok boleh dicegah. Malah bagi mereka yang pernah diserang strok, masih ada harapan untuk mengubati kesan akibat serangan strok.


BAGAIMANA MENCEGAH STROK

  1. Banyakkanlah bersenam dan menukar gaya hidup. Kalau sebelum ni malas, cuba rajin-rajinkan diri bersenam secara tetap setiap minggu. Paling tidak 15 minit, tiga kali seminggu.
  2. Ubahlah tabiat makan. Kurangkan makanan berkalori tinggi, berminyak, berkolesterol dan berlemak berlebihan. Ini kedengaran klise. Tapi kita memang takkan sedar bilakah masanya lemak, minyak, dan kolesterol itu melekat dalam salur darah, membentuk plak, mengeras lalu menghalang perjalanan darah beroksigen sampai ke otak dan jantung!
  3. Kurangkan makanan manis, berkarbohidrat tinggi yang boleh menyebabkan diabetes. Kurangkan garam dalam masakan.
  4. Lebihkan pengambilan air kosong (6-8 gelas sehari), banyakkan makan sayur, buah dan makanan berserat.
  5. Ambil ubat ikut waktu yang ditetapkan
  6. Jalani fisioterapi (bagi pesakit strok)
  7. Ambil makanan tambahan yang sesuai.


KEBAIKAN VIVIX UNTUK PESAKIT STROK


Pasti ramai yang dah tahu bahawa Vivix Shaklee dapat membantu mencegah serangan stroke malah juga membantu dalam pemulihan pesakit stroke dengan PANTAS!

  1. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang typo rosak, mati, abnormal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.
  2. Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot oleh itu menggalakkan sel menjadi sihat semula.
  3. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (iaitu penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.
  4. Ramuan Vivix juga adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (iaitu kandungan dalam anggur muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel.
  5. Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular/ jantung.
  6. Ramuan Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.
  7. Ekstrak elderberry membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.
  8. Ekstrak lobak ungu membantu dalam kesihatan salur darah, platlet, dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
  9. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam pengekalan berat badan ideal.
  10. Pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix banyak membantu pemulihan pesakit stroke.

Testimoni pengguna Vivix Shaklee:

Pulihkan mild stroke dalam masa 3 hari

Kurangkan darah tinggi kronik hingga mampu berhenti ambil ubat hospital.

Masalah saraf akibat angin ahmar hilang, mampu tunaikan umrah tanpa kerusi roda

Tak perlu ragu-ragu lagi dengan khasiat dan kebaikan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee telah melalui ujian klinikal yang ketat setelah penyelidikan bertahun-tahun oleh pakar dan saintis Shaklee. Dan lebih eksklusif lagi, Vivix telah dipatenkan khas hanya EKSKLUSIF untuk Shaklee!





ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Cinch Energy Teamix Kembali ke Pasaran.

Assalamualaikum.

Berita baik lagi! Cinch Teamix yang dah beberapa bulan tiada di pasaran kini kembali. Teh tenaga ni banyak sangat permintaan. Bila saya umumkan ke secret group pelanggan kami, ramai yang terus order sebab takut habis lagi. Hehe.


Cinch Teamix ni suplemen wajib untuk anda yang bekerja keras, perlukan tenaga segera, atau sedang cuba turunkan berat badan. Dengan Cinch Teamix ni, metabolisme badan akan ditingkatkan sehingga 4 kali ganda! Makanan lebih cepat bertukar kepada tenaga, tak sempat jadi lemak. Memang kesan Teamix ni cepat sangat, hampir serta merta badan rasa bertenaga macam tak boleh duduk diam :D

Kalau berminat nak dapatkan teh tenaga ni, jemput hubungi kami ye. 


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Promosi Januari 2015: VIVIX, Alfalfa Complex & Vitalea for Children.

Assalamualaikum.

Salam tahun baru 2015 :)

Alhamdulillah. Hari ni berkesampatan untuk umumkan promosi sepanjang Januari 2015 ni. Bulan ni BULAN DETOX. Promosi kegemaran ramai iaitu:
  • VIVIX
  • Alfalfa Complex
  • Vitalea for Children

Promosi VIVIX dan Alfalfa Complex bulan ni BELI 6 PERCUMA 1

VIVIX: BELI 6 BOTOL
  • Percuma 1 botol VIVIX bernilai RM475
  • Percuma keahlian Shaklee seumur hidup bernilai RM65
  • Percuma pos bernilai RM10
  • Pulangan tunai pada 15 Feb 2015 sebanyak RM240
Jumlah keuntungan hampir RM800!


ALFALFA COMPLEX (700 BIJI): BELI 6 BOTOL
  • Percuma 1 botol bernilai RM97.50

ALFALFA COMPLEX (330 BIJI): BELI 6 BOTOL
  • Percuma 1 botol bernilai RM53.75

Selain VIVIX dan Alfalfa Complex, bulan ni Vitalea for Children yang dah lebih setahun tiada di pasaran akhirnya kembali. Sempena Vitalea for Children ni kembali ke pasaran, Shaklee bagi tawaran promosi hangat iaitu BELI 3 PERCUMA 1.

VITALEA FOR CHILDREN: BELI 3 BOTOL
Percuma 1 botol bernilai RM111

Kalau anda berminat untuk dapatkan mana-mana (atau semua!!) produk promosi ni, boleh hubungi kami segera untuk konsultasi percuma. 



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...