"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Alfalfa Complex Suplemen 1001 Khasiat.

Assalamualaikum.

Saya suka nak kongsi kenapa saya suka makan suplemen yang saya makan. Hari ni saya nak kongsi kenapa saya suka makan Alfalfa Complex.

Pertama kali saya makan Alfalfa, saya masih dalam pantang lepas bersalin Cik Kautsar. Lebih kurang 2 minggu lepas bersalin baru saya makan Alfalfa Complex. Tujuan saya makan Alfalfa masa tu sebab nak banyakkan susu badan.

Budak bambam kuat susu. Masa ni umur Kautsar 20 hari lebih.
Alhamdulillah, Kautsar champion bab-bab menyusu. Kali pertama susukan Kautsar pun nurse yang pantau puji sebab Kautsar semulajadi pandai melekap dan menyusu. Saya pun tak kekok Alhamdulillah.

Kautsar lahir dengan berat 3.55kg. Bayangkan banyak mana susu yang Kautsar minum setiap hari. Hihi. Sepanjang menyusukan Kautsar saya amalkan Alfalfa Complex setiap hari 3 kali sehari. Alhamdulillah susu mencurah, cukup untuk Kautsar minum direct dan untuk disimpan sebagai EBM.

Itu tujuan utama saya makan Alfalfa Complex. Untuk susukan anak. Tapi saya dapat banyak kebaikan lain tau.

Yang ketara, saya tak alami masalah keputihan yang biasa ibu-ibu alami lepas bersalin. Rasa bersih di bahagian sulit sepanjang saya amalkan Alfalfa ni.

Selain itu, badan rasa ringan sangat. Lepas bersalin, saya berjaya turunkan berat sehingga mendapat berat badan asal dalam masa 4-5 bulan. Mungkin pada orang lain agak lambat, ramai yang dapat berat badan asal dalam pantang lagi. Tapi bagi saya, 4-5 bulan untuk dapatkan berat asal dah sangat baik. Sebabnya saya tak berpantang bersungguh. Saya tak pakai bengkung, tak mandi herba. Makan pun cuma pantang 2 minggu. Dan waktu tu juga saya ada masalah tak boleh minum air masak, rasa nak muntah. Jadi saya banyak minum milo. Dalam keadaan tak jaga pantang, tak jaga makan saya masih boleh turunkan berat badan sehingga ke berat asal. Sangat baik, kan?

Lagi satu masalah terbesar saya ialah saya tak pandai sedawa. En Qusyairi pernah kata, kalau saya tak hamil, beliau tak pernah dengar saya sedawa. Hihi. Tapi pada masa sama saya selalu alami masalah angin sebab makan tak teratur. Iyalah, kerja saya sebagai pensyarah perlu hadir ke kelas pada waktu berbeza. Jadi ada hari yang tak sempat sarapan, ada hari tak sempat makan tengahari. Akibatnya saya mudah masuk angin. Bila amalkan Alfalfa Complex, saya perasan mudah nak buang angin. Badan tak lesu, sebu atau sakit kepala yang kuat akibat angin. En Qusyairi pun dapat rehat sebab tak perlu urut belakang saya tiap-tiap petang dan malam :)

Yang lebih saya suka, sejak amalkan Alfalfa Complex, selera makan saya lebih terkawal. Saya suka makan kudapan. Goreng pisang, kek, kuih, memang saya suka. Nasi tak berapa sangat. Makan kudap ni biasanya banyak kandungan gula dan minyak. Muka jadi berminyak dan berjerawat, berat badan senang naik susah turun. Lepas amalkan Alfalfa Complex 3 kali sehari, saya dah tak terlalu berselera. Bila lapar baru saya makan. Kalau tak, saya rasa kenyang dan tak berminat dengan makanan.

Jadi saya ringkaskan kat sini kebaikan yang saya dapat dengan Alfalfa Complex:

  • Milk booster
  • Tiada keputihan
  • Keluarkan angin
  • Turunkan berat
  • Kawal selera makan
  • Detox

Promosi bulan ni, kalau beli 6 botol Alfalfa Complex boleh dapat percuma 1 botol lagi dan jimat beratus ringgit. 6 botol ni lebih kurang 7 bulan penggunaan, jadi tak rugi kalau borong sekali banyak. Atau boleh ajak kawan-kawan dan keluarga kongsi beli sama-sama.

Berminat nak dapatkan Alfalfa Complex pada harga menarik serta konsultasi percuma jemput hubungi kami.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...