"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Perubahan Badan Ketika Hamil.

Assalamualaikum.

Mana-mana ibu yang pernah hamil tentu perasan badan akan berubah macam-macam. Kadang-kadang rasa macam tak kenal tubuh sendiri kan. Jom nak share sikit apa perubahan yang biasa berlaku pada badan ibu yang sedang hamil.



1. Letih
Biasanya berlaku pada trimester pertama. Ketika ini badan sedang bekerja keras untuk memastikan perkembangan embrio, sebab tu badan rasa sangat letih walaupun tak buat apa-apa. Pengalaman mengandung kali pertama, saya mengalami keletihan yang teramat sangat. Perkara mudah seperti mandi pun sangat meletihkan, sampai saya perlu rehat 10-15 minit lepas mandi sebelum saya mula bersiap.

2. Payudara Sensitif
Ada ibu yang mengalami payudara sensitif sepanjang kehamilan, ada yang alaminya cuma ketika trimester tertentu. Saya alami payudara sensitif ketika hamil anak sulung. Sangat sensitif sampai saya terpaksa beli pakaian dalam baru yang kurang menyakitkan.

3. Sesak Nafas
Yang ni saya alami ketika trimester pertama dua-dua kehamilan. Walaupun saya tak menghidap asma, tapi ada masanya saya rasa sesak sangat nafas sampai terfikir nak berkejar ke klinik. Tapi biasanya tak lama. Paling lama dalam 2 jam. Lepas tu saya ok. Ada ibu-ibu yang lebih teruk, perlu ke hospital untuk dapatkan rawatan asma.

4. Mual, Loya, Alahan, Morning Sickness
Walaupun namanya morning sickness, tapi loya dan mual tu tak terhad pada waktu pagi saja. Tengahari, petang sampai ke malam pun boleh rasa loya mual-mual. Waktu hamil anak sulung, saya ada alahan sikit. Hidung jadi sangat sensitif dengan bau, salah bau terus loya. Tapi alhamdulillah saya tak alami muntah-muntah. Selama 4 bulan saya tak jejak kaki ke dapur sebab tak tahan bau dapur. Hamil anak kedua Alhamdulillah tak ada masalah alahan langsung. Selera makan pun ok.

5. Sembelit
Sembelit ketika hamil biasa berlaku. Salah satu puncanya sebab kekurangan kalsium. Kalsium dari pemakanan kita disalurkan kepada bayi, jadi ibu akan kekurangan kalsium menyebabkan sembelit. Lagi satu punca sembelit ketika hamil adalah kurang minum air. Nanti saya cerita dalam point seterusnya.

6. Kerap Buang Air Kecil
Dengan kehadiran bayi dalam rahim, saiz rahim yang membesar akan menyebabkan pundi kencing terhimpit. Pundi kencing yang terhimpit menyebabkan kapasiti urin yang mampu ditampung semakin rendah. Oleh sebab kerap sangat buang air kecil, ada ibu-ibu yang kurangkan minum air untuk elak kerap kencing. Kurang minum air boleh menyebabkan sembelit.

7. Kulit
Paling ketara yang ibu-ibu akan perasan adalah perubahan pada kulit. Waktu hamil anak pertama, kulit muka saya jadi berseri-seri dan sekata. Waktu hamil anak kedua, kulit jadi kering sedikit. Belakang lutut dan di bahagian yang berlipat seperti belakang lutut pula akan terbentuk garisan hitam, seolah-olah kulit kita berdaki. Perkara ni normal, terjadi disebabkan perubahan pada hormon tubuh ibu.

8. Rambut
Biasanya rambut akan menjadi semakin lebat, hitam dan berkilat. Ini pun terjadi sebab perubahan hormon tubuh ibu. Lepas bersalin nanti, hormon akan berubah lagi dan rambut akan mula gugur.

9. Gusi Sensitif dan Berdarah / Kejang Kaki
Juga berlaku disebabkan kekurangan kalsium. Pastikan ibu-ibu yang mengalami gusi berdarah atau kejang kaki dapatkan kalsium yang secukupnya iaitu 1200mg sehari seperti yang dicadangkan oleh pakar nutrisi.

10. Keputihan
Salah satu tanda perubahan hormon. Tapi ibu-ibu tak perlu risau. Selagi keputihan tersebut tak berwarna hijau, tak berdarah, tak menyakitkan dan tak berbau, biasanya tak ada masalah. Bagaimanapun, jika berlaku salah satu seperti yang disebutkan atau ibu merasa tak selesa dengan keputihan yang banyak, boleh dapatkan rawatan di hospital atau klinik.

11. Stretchmark
Stretchmark berlaku apabila kapilari darah dalam kulit pecah akibat pengembangan kulit melebihi tahan kenyal. Akibatnya timbut kesan merah di kulit dan kulit rasa gatal seperti terbakar. Waktu hamil anak pertama saya tak ada stretchmark langsung (walaupun bayi besar). Hamil anak kedua ada stretchmark sikit di sekitar perut, tapi Alhamdulillah saya berjaya kurangkan seawal minggu pertama berpantang. Boleh baca di sini macam mana saya hamil tanpa stretchmark.

12. Emosional
Haa, yang ni rasanya semua ibu alami. ati tiba-tiba bertukar jadi tisu. Haha. Usik sikit, mengalir air mata. Tak gitu? Saya ada sikit emosional masa hamil. Dari segi perubatan, emosional ni terjadi sebab hormon berubah. Tapi dalam kes saya, saya rasa saya jadi emosional sebab letih. Mana tak letih, anak saya besar-besar. Jenuh nak bawa dalam perut 9 bulan. Hihi.

Ada macam-macam lagi perubahan pada tubuh ibu hamil. Saya kongsi yang biasa berlaku je. Ada yang luar biasa, contohnya ibu yang mengidam nak makan sabun la, nak makan mentol la. Alhamdulillah saya tak pernah mengidam apa-apa. Teringin makan tu ada juga, tapi kalau tak dapat ok je. Haha.

Ok, inshaAllah akan datang saya kongsi lagi banyak. Kautsar dah bangun tidur. Tak boleh hadap laptop lagi. Hihi. Jumpa lagi,


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...