"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Review: Seluar dan Skirt Hamil dari The Pallazo Expert

Assalamualaikum.

Hari ni nak bayar hutang review. Review kali ni tentant seluar dan skirt hamil dari facebook The Pallazo Expert.

Saya tak pernah beli seluar pallazo. Waktu hamil Kautsar, saya banyak pakai seluar biasa je. Walaupun Kautsar bayi yang besar, seluar saya muat. Bila dah tak muat, saya bertukar pakai baju kelawar atau apa-apa baju onesie yang selesa.

Hamil kali ni tak sesuai pakai onesie sebab saya nak menyusukan Kautsar susah. Sejak kandungan usia 4 bulan leboh saya dah mula fikir-fikir apa nak buat. Tak ada cara lain, saya kena beli seluar mengandung.

Kebetulan ternampak iklan kat facebook oleh The Pallazo Expert. Promosi 3 helai seluar pallazo/skirt cuma RM90 termasuk pos. Murah sangat kan! Apa lagi, terus order 2 seluar dan 1 skirt.


Apa yang paling best tentang TPE ni: servis sangat mengancam. Tersangat best servisnya. Rasa macam masuk kedai beli terus dengan tuan kedai tu. Haha. Mula-mula saya whatsapp owner TPE, Pn Ainul namanya, beliau balas sangat mesra. Saya tau urusniaga ni mesti mudah. Tak sangka lebih mudah dari yang saya sangka.

Dah pilih warna, dah pilih nak skirt atau pallazo, Pn Ainul boleh tanya pulak tinggi saya berapa. Saya ni tinggi tau, lebih tinggi dari En Qusyairi. Bila Pn Ainul tanya tinggi berapa, terasa bunga-bunga harapan dapat seluar dan skirt yang selesa. Sebab bukan senang nak dapat seluar/skirt saiz saya. Sebab tu saya tak pernah beli seluar dan skirt online. Hihi.

Bila dah confirm order, baru saya tanya sesuai ke saya yang tinggi hamil pulak tu nak pakai pallazo ni? Sabar je Pn Ainul layankan, hihi. Rupanya ada saiz besar lagi, tapi saya teruskan order pallazo biasa.


Skirt dan pallazo yang saya beli macam ni tapi warna lain. Jom tengok apa yang saya suka tentang seluar dan skirt ni:

  • Material soft cotton yang selesa, sejuk dan memeri (sesuai untuk ibu hamil yang semakin memboyot).
  • Labuh sesuai cukup untuk tutup aurat (kaki panjang kan, uhuk uhuk)
  • Kain tak cepat berbulu
  • Getah pinggang sangat selesa untuk perut ibu hamil, getah lebah tak beri tekanan kepada bayi dalam perut
  • Skirt cotton tapi tetap sesuai pakai ke tempat kerja
  • Boleh pakai sampai bersalin.
  • Kaki seluar tak melampau besar macam seluar pallazo biasa, tapi sedap-sedap pakai je

Terus terang, seluar pallazo ni saya lenjan habis-habisan sejak parcel sampai dari poslaju, sampai ke hari ni. Duduk rumah pun pakai seluar pallazo TPE. Keluar berjalan pun dengan pallazo TPE. Pergi kerja pakai skirt TPE sebelum perut jadi terlalu besar. Minta maaf tak ada gambar saya dengan seluar ni, sebab saya jenis jarang bergambar. Skirt tu saya pakai dalam pantang sebab masa hamil skirt tu tersangkut kat perut je jadi senteng. Haha. Sekarang dah muat elok je.

Senang kata seluar pallazo daripada TPE memang membantu sangat sepanjang saya hamil. Bukan senang ibu hamil dengan tinggi hampir 170cm dan perut keterlaluan besar nak cari seluar tau. Hihi. InshaAllah next pregnancy akan order lagi cukupkan koleksi warna pulak.

Lagi satu yang saya suka, hujung tahun sebelum masuk tahun baru saya dapat whatsapp daripada Pn Ainul tentang Year End Sale oleh TPE. Ya ampun murah sangat! Ikut hati memang nak borong waktu tu tapi En Qusyairi kata banyak lagi seluar tak pakai kat rumah. Haha. Next pregnancy pulak ok, Pn Ainul.

Ibu-ibu hamil kat luar sana, saya cadangkan sangat anda beli seluar pallazo TPE ni untuk keselesaan anda dan bayi dalam kandungan. Lagi-lagi kalau anda jenis mengandung perut besar sangat macam saya. Confirm tak menyesal!



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.cm

Pengalaman Hamil Kali Kedua.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah malam bening macam ni anak-anak tidur awal, saya pulak rasa lebih bertenaga dan tak letih. Mungkin kesan makan OsteMatrix dan VIVIX tadi. Ada juga kesempatan nak update blog ni, nak kongsi pengalaman mengandungkan anak kedua kami.

Hamil kali kedua ni jauh berbeza berbanding hamilkan Kautsar dulu. Waktu hamilkan Kautsar, badan saya cergas sangat. Waktu awal kehamilan je saya alami keletihan melampau. Masa tu tak kenal Shaklee lagi, hihi. Masuk kandungan 3 bulan, saya order vitamin Shaklee dan terus amalkan sampai ke hari ini, alhamdulillah masalah keletihan waktu hamil lesap terus. Terus boleh bekerja macam biasa.

Hamil anak kedua ni, saya tak ada masalah keletihan melampau atau tak berselera makan. Rasa biasa-biasa je. Dalam entri sebelum ini saya ada cerita yang kami tau tentang kehamilan ni melalui kit ujian kehamilan yang kami beli di farmasi. Tapi sebenarnya saya dah syak saya hamil sebelum tu lagi.

Mula-mula saya syak saya hamil sebab production susu merudum sangat-sangat. Sebelum tu pernah susu saya drop sebab stress dan letih, tapi saya berjaya tambah production susu dengan teknik power pumping. Tapi bulan tu, saya buat power pumping banyak kali susu tetap tak keluar. Pam susu keluar angin je. Masa tu saya dah syak mungkin saya hamil lagi.

Bila sah je saya hamil lagi, barulah saya perasan perubahan pada tubuh. Selain susu drop dan hampir kering, payudara jadi agak sensitif tapi tak seteruk waktu hamilkan Kautsar dulu. Selera makan juga semakin kurang, tapi masih boleh makan cuma tak sebanyak biasa. Waktu hamil Kautsar dulu langsung tak boleh makan. Bau makanan pun rasa loya. Haha.

Kalau dulu masa kandungan pertama baby bump cuma nampak masa usia kandungan 5 bulan setengah, kali ini perut saya dah nampak buncit sejak kandungan 3 bulan lebih. Kawan-kawan yang tak tau saya hamil ingatkan perut saya membuncit. Hihi. Memang sengaja saya tak kuruskan perut lepas bersalinkan Kautsar dulu untuk persediaan hamil anak kedua. Semangat tak? Haha.

Cabaran hamil kali kedua ni pada saya sangat berbeza berbanding hamil anak pertama. Waktu hamil anak pertama, kalau letih atau rasa tak sihat boleh rehat. Tapi hamil kali ni langsung tak ada rehat, sentiasa ada kerja atau perlu layan Kautsar. Cabaran kat tempat kerja pun berbeza. Dulu waktu hamil Kautsar, kebetulan semester diganjakkan dan pelajar mendaftar lewat. Jadi saya cuma mengajar sampai kandungan usia 5 bulan. Kali ni terbalik pula. Usia kandungan 5 bulan baru bermula semester dan saya mengajar sampai kandungan berusia 8 bulan setengah. Dulu mengajar guna white board je, datang kelas lenggang kangkung, kelas pun kat aras bawah. Kali ni dengan perut boyot dan tak cukup rehat, perlu hadir ke kelas menggalas laptop dan setiap kelas pula perlu naik tangga.

Saya yakin dengan setiap langkah saya mendidik pelajar tu Allah swt gugurkan dosa dan ringankan beban saya. Hasilnya Alhamdulillah, saya sihat sampai ke waktu bersalin malah rezeki pun dilimpahkan.

Hamil kali ini juga ada sekali berat badan saya naik berlebihan. Bayangkan dalam masa 2 minggu berat naik 3.7 kg. Hahah. Mulanya saya terkejut juga. Tak sangka sebab saya tak rasa badan saya memberat tiba-tiba. Tapi klinik tempat saya check up tu guna penimbang analog, dan saya sebagai pensyarah sains dah faham sangat masalah kalau guna peralatan analog ni. Jadi saya check kat hospital swasta pulak. Memang sah penimbang kat klinik kerajaan tu tak tepat. Sebab berat saya timbang kat hospital swasta beza 5 kg berbanding kat klinik kerajaan. Bila saya maklumkan pada nurse tu, nurse tu kata patutlah semua orang terlebih berat minggu ni. Haha, sabar jela.

Selain tu ada sekali bacaan hb saya tak cantik. Genap-genap bacaannya 11. Tapi waktu tu saya tengah stress kerja sebab ada audit. Minggu depannya bila cek lagi sekali, alhamdulillah hb saya 12 lebih. Sepanjang hamil kali ni hb saya sentiasa 12 lebih, kecuali sekali ni je 11.

Saya wajib minum air gula 2 kali sebab mak ayah saya ada sejarah diabetis. Minum air gula ni pengalaman paling tak best sepanjang hamil. Sebabnya saya memang tak berapa tahan makan manis. Kalau saya minum air macam Peel Fresh, Tropicana atau jus-jus macam tu biasanya saya campur dengan air kosong sebab nak kurangkan manisnya. Jadi bayangkan saya kena minum 75 gram gula bancuh dalam 1 mug. Macam nak muntah! Hahaha. Dua kali saya minum air gula, masa minggu 13 dan minggu 28. Bacaan gula saya sangat cantik: 5.4 dan 5.6 je. Nurse kat klinik puji sebab semua bacaan saya cantik-cantik je, mood pun ceria je pergi check up walaupun ada masa kena tunggu lama. Apa nak buat, saya suka fikir yang gembira-gembira je. Hehe.

Anak kedua kami ni perangainya sepanjang dalam kandungan berbeza dengan Kautsar. Yang sama cuma satu je: dua-dua aktif sangat dalam perut. Dulu waktu hamil Kautsar, kandungan dah 20 minggu baru rasa gerakan. Kali ni 16 minggu dah rasa gerakan. Aktif sangat anak kami. Sentiasa bergerak, sampaikan saya tak kisah pun nak isi carta gerakan bayi tu. Bila nurse tanya, saya cakap baby sentiasa bergerak, tak risau langsung. Hihi.

Waktu kandungan 24 minggu, doktor kat klinik kata anak saya tak pusing lagi. Kepala masih kat atas, uri kat bawah. Senang kata songsang la. Saya risau sikit. Tapi bila jumpa doktor pakar, pakar kata 24 minggu terlalu awal untuk risau. Ada banyak masa baby nak pusing. Masa 32 minggu, doktor kata baby dah pusing, uri dah naik. Berat baby pun cantik. Tak berapa lama lepas tu baby pun terus engage. Masa Kautsar dulu, Kautsar tak engage sampai la hari nak bersalin. Jadi saya tak merasa pengalaman baby engage. Kali ni bila baby engage je, satu hari perut rasa sakit. Sakit sangat sampai tak boleh jalan. Hari tu jugak la kawan baik saya ajak keluar makan. Gagahkan jugak. Haha. Diorang sampai suspend kenapa saya jalan lain macam, nak bersalin dah ke? Haha.

Sepanjang hamil saya letih sebab tak banyak rehat. Kelas banyak. Waktu tak ada kelas, saya sibuk siapkan nota untuk subjek baru yang saya ajar. Badan letih sangat, saya tak ingat berapa kali saya ambil cuti untuk berehat. Berat badan pun naik boleh tahan. Kalau kira sebenarnya kali ni berat badan saya naik sama banyak dengan masa pregnant Kautsar dulu. Tapi bila campur berat perut yang sengaja saya tak kuruskan lepas bersalin Kautsar dulu, jadi banyak la. Haha.

Masuk usia kandungan 35 minggu saya dah rasa masalah sikit bila bergerak. Nak bangun duduk susah, kerap rasa sakit kat ari-ari. Kadang-kadang rasa senak, kadang-kadang kalau salah posisi rasa macam nak terbelah dua badan. Hihi. Makin dekat tarikh EDD, makin susah nak bergerak. Dah macam paus terdampar. Asyik baring duduk, baring duduk je. Langsung tak buat exercise jalan kaki banyak-banyak macam dulu.

Sepanjang kandungan saya tetap susukan Kautsar, walaupun susu entah ada entah tak. Sampai hari nak bersalin pun saya masih susukan Kautsar. Bertambah cabaran sebab Kautsar jadi manja semacam.

Kalau tanya pendapat jujur saya, hamil kali ni jauh lagi mencabar berbanding hamil Kautsar dulu. Walaupun masa Kautsar dulu morning sickness lagi teruk, tak ada selera makan, keletihan melampau tahap rasa nak tidur seharian. Kali ni tak ada tu semua. Dari awal hamil sampai bersalin boleh makan dan bergerak macam biasa. Tapi letih sebab tak dapat rehat melayan Kautsar, kerja pun lebih berat. Hujung kehamilan pulak badan rasa berat sangat, sampai susah nak gerak. Tapi di sebalik cabaran ni, rupanya Allah swt kurniakan saya nikmat yang sangat saya syukurkan, pengalaman bersalin yang sangat indah.

InshaAllah saya kongsikan dalam entri akan datang :)

Belanja gambar 36w. Bos dan kawan-kawan jabatan bagi hadiah. Terima kasih. Sayang korang semua!


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.cm

Tips: Petua Kenyang Lebih Lama

Assalamualaikum.

Minggu lepas baru je kita rayakan hari raya korban. Saya makan berulangkali, ketupat, rendang, sup daging merah. Memang susah nak kawal makan ketika musim raya, kan? Nah, sekarang dah selesai hari raya korban, mesti ramai yang nak kembali slim.


Jom saya kongsikan beberapa petua nak kawal makan, enyang lebih lama.
  1. Sebelum makan, minumlah air terlebih dahulu. Yang disarankan oleh pakar pemakanan adalah segelas dua gelas. Sebab dengan meminum air, perut kita sudah rasa kenyang jadi pengambilan makanan yang berat akan berkurang. Yang ini memang saya akui kerana saya selalu amalkannya.
  2. Di dalam masakan, kalau boleh cuba guna cuka dan kulit kayu manis untuk perisa (jika boleh lah). Cuka dan kulit kayu manis boleh menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama. Tak percaya? Cubalah.
  3. Sayur-sayuran hijau dan berwarna oren (seperti lada benggala warna kuning dan carrot) mengandungi 90% air di dalamnya, maka bila kita lebihkan mengambil sayur-sayuran sebegini, kita akan lebih cepat rasa kenyang. Sekali lagi saya akui, kerana saya juga pernah mengamalkannya terutama sekali dengan memakan lada benggala (capsicum) yang pelbagai, memang cepat kenyangnya.
  4. Ubi kentang sangat mujarab untuk memberi kekenyangan sehingga 24 jam. Agaknya sebab itulah orang Korea suka sangat makan kentang rebus atau bakar. 
  5. Ikan itu lebih mengenyangkan berbanding daging. Jadi lebihkan memasak ikan. Lagipun, ikan itu elok untuk jantung.
  6. Kekacang juga boleh mengenyangkan untuk di makan waktu tengok TV ke, atau antara waktu makan.
  7. Akhir sekali, oats, kekacang (beans) dan telur adalah antara sajian yang memberi kekenyangan yang lama. 


KENYANG LEBIH LAMA DENGAN SHAKLEE


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Energizing Soy Protein ini diktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat intensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. 

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO’ (Non-Genetically Modified Organism) yang mana  ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 

Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. 

Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala, kandungan Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, 
menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing  manis.


CINCH SHAKE MIX

Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda. 


Kelebihan Cinch Shake Mix:
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

PROMOSI MAC 2015: ESP, ZINC COMPLEX & VITALEA FOR CHILDREN

Assalamualaikum.

Sukacita nak maklumkan promosi Mac 2015 dah pun bermula. Teruja sangat sebab promo bulan ni best selling produk iaitu ESP. Yippie!

Selain ESP, ada juga promosi Zinc Complex dan Vitalea for Children.

Pilihan yang anda boleh buat:
♡ ESP Beli 6 Percuma 1 - FREE MEMBERSHIP
♡ ESP Beli 2 Diskaun 5%
♡ Zinc Complex Beli 3 Percuma 1
♡ Vitalea for Children Beli 3 Percuma 1

Sekiranya berminat untuk dapatkan mana-mana promosi ni jangan segan untuk hubungi kami.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...