"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Pengalaman Hamil Kali Kedua.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah malam bening macam ni anak-anak tidur awal, saya pulak rasa lebih bertenaga dan tak letih. Mungkin kesan makan OsteMatrix dan VIVIX tadi. Ada juga kesempatan nak update blog ni, nak kongsi pengalaman mengandungkan anak kedua kami.

Hamil kali kedua ni jauh berbeza berbanding hamilkan Kautsar dulu. Waktu hamilkan Kautsar, badan saya cergas sangat. Waktu awal kehamilan je saya alami keletihan melampau. Masa tu tak kenal Shaklee lagi, hihi. Masuk kandungan 3 bulan, saya order vitamin Shaklee dan terus amalkan sampai ke hari ini, alhamdulillah masalah keletihan waktu hamil lesap terus. Terus boleh bekerja macam biasa.

Hamil anak kedua ni, saya tak ada masalah keletihan melampau atau tak berselera makan. Rasa biasa-biasa je. Dalam entri sebelum ini saya ada cerita yang kami tau tentang kehamilan ni melalui kit ujian kehamilan yang kami beli di farmasi. Tapi sebenarnya saya dah syak saya hamil sebelum tu lagi.

Mula-mula saya syak saya hamil sebab production susu merudum sangat-sangat. Sebelum tu pernah susu saya drop sebab stress dan letih, tapi saya berjaya tambah production susu dengan teknik power pumping. Tapi bulan tu, saya buat power pumping banyak kali susu tetap tak keluar. Pam susu keluar angin je. Masa tu saya dah syak mungkin saya hamil lagi.

Bila sah je saya hamil lagi, barulah saya perasan perubahan pada tubuh. Selain susu drop dan hampir kering, payudara jadi agak sensitif tapi tak seteruk waktu hamilkan Kautsar dulu. Selera makan juga semakin kurang, tapi masih boleh makan cuma tak sebanyak biasa. Waktu hamil Kautsar dulu langsung tak boleh makan. Bau makanan pun rasa loya. Haha.

Kalau dulu masa kandungan pertama baby bump cuma nampak masa usia kandungan 5 bulan setengah, kali ini perut saya dah nampak buncit sejak kandungan 3 bulan lebih. Kawan-kawan yang tak tau saya hamil ingatkan perut saya membuncit. Hihi. Memang sengaja saya tak kuruskan perut lepas bersalinkan Kautsar dulu untuk persediaan hamil anak kedua. Semangat tak? Haha.

Cabaran hamil kali kedua ni pada saya sangat berbeza berbanding hamil anak pertama. Waktu hamil anak pertama, kalau letih atau rasa tak sihat boleh rehat. Tapi hamil kali ni langsung tak ada rehat, sentiasa ada kerja atau perlu layan Kautsar. Cabaran kat tempat kerja pun berbeza. Dulu waktu hamil Kautsar, kebetulan semester diganjakkan dan pelajar mendaftar lewat. Jadi saya cuma mengajar sampai kandungan usia 5 bulan. Kali ni terbalik pula. Usia kandungan 5 bulan baru bermula semester dan saya mengajar sampai kandungan berusia 8 bulan setengah. Dulu mengajar guna white board je, datang kelas lenggang kangkung, kelas pun kat aras bawah. Kali ni dengan perut boyot dan tak cukup rehat, perlu hadir ke kelas menggalas laptop dan setiap kelas pula perlu naik tangga.

Saya yakin dengan setiap langkah saya mendidik pelajar tu Allah swt gugurkan dosa dan ringankan beban saya. Hasilnya Alhamdulillah, saya sihat sampai ke waktu bersalin malah rezeki pun dilimpahkan.

Hamil kali ini juga ada sekali berat badan saya naik berlebihan. Bayangkan dalam masa 2 minggu berat naik 3.7 kg. Hahah. Mulanya saya terkejut juga. Tak sangka sebab saya tak rasa badan saya memberat tiba-tiba. Tapi klinik tempat saya check up tu guna penimbang analog, dan saya sebagai pensyarah sains dah faham sangat masalah kalau guna peralatan analog ni. Jadi saya check kat hospital swasta pulak. Memang sah penimbang kat klinik kerajaan tu tak tepat. Sebab berat saya timbang kat hospital swasta beza 5 kg berbanding kat klinik kerajaan. Bila saya maklumkan pada nurse tu, nurse tu kata patutlah semua orang terlebih berat minggu ni. Haha, sabar jela.

Selain tu ada sekali bacaan hb saya tak cantik. Genap-genap bacaannya 11. Tapi waktu tu saya tengah stress kerja sebab ada audit. Minggu depannya bila cek lagi sekali, alhamdulillah hb saya 12 lebih. Sepanjang hamil kali ni hb saya sentiasa 12 lebih, kecuali sekali ni je 11.

Saya wajib minum air gula 2 kali sebab mak ayah saya ada sejarah diabetis. Minum air gula ni pengalaman paling tak best sepanjang hamil. Sebabnya saya memang tak berapa tahan makan manis. Kalau saya minum air macam Peel Fresh, Tropicana atau jus-jus macam tu biasanya saya campur dengan air kosong sebab nak kurangkan manisnya. Jadi bayangkan saya kena minum 75 gram gula bancuh dalam 1 mug. Macam nak muntah! Hahaha. Dua kali saya minum air gula, masa minggu 13 dan minggu 28. Bacaan gula saya sangat cantik: 5.4 dan 5.6 je. Nurse kat klinik puji sebab semua bacaan saya cantik-cantik je, mood pun ceria je pergi check up walaupun ada masa kena tunggu lama. Apa nak buat, saya suka fikir yang gembira-gembira je. Hehe.

Anak kedua kami ni perangainya sepanjang dalam kandungan berbeza dengan Kautsar. Yang sama cuma satu je: dua-dua aktif sangat dalam perut. Dulu waktu hamil Kautsar, kandungan dah 20 minggu baru rasa gerakan. Kali ni 16 minggu dah rasa gerakan. Aktif sangat anak kami. Sentiasa bergerak, sampaikan saya tak kisah pun nak isi carta gerakan bayi tu. Bila nurse tanya, saya cakap baby sentiasa bergerak, tak risau langsung. Hihi.

Waktu kandungan 24 minggu, doktor kat klinik kata anak saya tak pusing lagi. Kepala masih kat atas, uri kat bawah. Senang kata songsang la. Saya risau sikit. Tapi bila jumpa doktor pakar, pakar kata 24 minggu terlalu awal untuk risau. Ada banyak masa baby nak pusing. Masa 32 minggu, doktor kata baby dah pusing, uri dah naik. Berat baby pun cantik. Tak berapa lama lepas tu baby pun terus engage. Masa Kautsar dulu, Kautsar tak engage sampai la hari nak bersalin. Jadi saya tak merasa pengalaman baby engage. Kali ni bila baby engage je, satu hari perut rasa sakit. Sakit sangat sampai tak boleh jalan. Hari tu jugak la kawan baik saya ajak keluar makan. Gagahkan jugak. Haha. Diorang sampai suspend kenapa saya jalan lain macam, nak bersalin dah ke? Haha.

Sepanjang hamil saya letih sebab tak banyak rehat. Kelas banyak. Waktu tak ada kelas, saya sibuk siapkan nota untuk subjek baru yang saya ajar. Badan letih sangat, saya tak ingat berapa kali saya ambil cuti untuk berehat. Berat badan pun naik boleh tahan. Kalau kira sebenarnya kali ni berat badan saya naik sama banyak dengan masa pregnant Kautsar dulu. Tapi bila campur berat perut yang sengaja saya tak kuruskan lepas bersalin Kautsar dulu, jadi banyak la. Haha.

Masuk usia kandungan 35 minggu saya dah rasa masalah sikit bila bergerak. Nak bangun duduk susah, kerap rasa sakit kat ari-ari. Kadang-kadang rasa senak, kadang-kadang kalau salah posisi rasa macam nak terbelah dua badan. Hihi. Makin dekat tarikh EDD, makin susah nak bergerak. Dah macam paus terdampar. Asyik baring duduk, baring duduk je. Langsung tak buat exercise jalan kaki banyak-banyak macam dulu.

Sepanjang kandungan saya tetap susukan Kautsar, walaupun susu entah ada entah tak. Sampai hari nak bersalin pun saya masih susukan Kautsar. Bertambah cabaran sebab Kautsar jadi manja semacam.

Kalau tanya pendapat jujur saya, hamil kali ni jauh lagi mencabar berbanding hamil Kautsar dulu. Walaupun masa Kautsar dulu morning sickness lagi teruk, tak ada selera makan, keletihan melampau tahap rasa nak tidur seharian. Kali ni tak ada tu semua. Dari awal hamil sampai bersalin boleh makan dan bergerak macam biasa. Tapi letih sebab tak dapat rehat melayan Kautsar, kerja pun lebih berat. Hujung kehamilan pulak badan rasa berat sangat, sampai susah nak gerak. Tapi di sebalik cabaran ni, rupanya Allah swt kurniakan saya nikmat yang sangat saya syukurkan, pengalaman bersalin yang sangat indah.

InshaAllah saya kongsikan dalam entri akan datang :)

Belanja gambar 36w. Bos dan kawan-kawan jabatan bagi hadiah. Terima kasih. Sayang korang semua!


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.cm
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...