"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cara Ringkas Solat Sunat Taubat.

Assalamualaikum.

Rehan nak share cara buat solat sunat taubat yang ringkas. Kena rajin-rajin buat solat sunat taubat, walaupun kita tak buat dosa-dosa besar. Dosa kecil pun kena mohon keampunan dari Allah swt. Kena biasakan buat supaya hati kita terdidik untuk merendah diri dan mendekatkan kita dengan Pencipta.



Solat sunat taubat yang paling ringkas boleh dibuat dalam 2 rakaat. Boleh juga buat 4 atau 6 rakaat. Buatlah seikhlas hati, sebaiknya 6 rakaat. Tapi bagi yang baru-baru nak biasakan diri, buat 2 rakaat dah baik sangat, konsistenkan setiap hari. Lama-lama akan terbiasa.

CARA RINGKAS SOLAT SUNAT TAUBAT

Niat:
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala.


Bacaan Rakaat Pertama:
Doa Iftitah
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun


Bacaan Rakaat Kedua:
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Ikhlas


Bacaan Sujud Terakhir Sebelum Salam:
Tiada tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya aku ini termasuk di kalangan orang yang aniaya (zalim).


Istighfar 10 / 100 Kali Selepas Salam:
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus dan aku bertaubat kepada-Nya.


Istighfar Tauhid 10 / 100 Kali:

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung yang tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepadanya selaku taubat seorang hamba yang banyak berdosa yang tiada menguasai akan dirinya, yang tidak mampu membuat, menolak mudarat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.


Penghulu Istighfar 3 Kali:

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, aku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Aku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; aku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan aku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah aku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.


 Doa Taubat:


Aku memohon ampun kepada Allah, aku mohon ampun kepada Allah, aku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudarat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Aku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan aku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah aku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!


Semoga diampunkan segala dosa-dosa kita.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Tips Minum 3 Liter Air Masak Sehari.

Assalamualaikum.

Rehan tau ramai yang fail minum 3 liter air masak sehari kan. Samalah rehan pun dulu suah betul nak minum sampai 3 liter. Paling banyak 1.5-2 liter je sehari. Tapi sejak rehan amalkan tips ni, Alhamdulillah nak cukupkan 3 liter air masak sehari tak jadi masalah.


Ok ada beberapa tips yang rehan nak share. Kalau ikut salah satu tips ni, inshaAllah sedar tak sedar dah habis 3 liter air masak yang diminum.

Cara pertama: Minum segelas air masak sebelum dan selepas solat 5 waktu. Segelas air bersamaan 250 ml. Kalau minum 2 gelas setiap kali solat 5 waktu, dah dapat 2.5 liter. Macam mana nak cukupkan 3 liter? Senang je. Minum 2 gelas masa waktu dhuha. Cukup 3 liter air air sehari.

Cara kedua: Minum 2 gelas air masak sebelum pergi kerja. Kat tempat kerja, minum 1 gelas air masak setiap jam. Balik kerja, minum lagi 2 gelas air masak. Total semua sekali 12 gelas bersamaan 3 liter air masak sehari.

Senang kan? Ada lagi tips lain.

Cara ketiga: Gunakan botol air yang ada penunjuk. Rehan guna botol air 2 liter. Setiap hari rehan pastikan rehan minum sekurang-kurangnya sebotol setengah air.

Rehan tau, ada yang tak suka rasa air masak kan. Dulu pun rehan macam ni. Asal minum air masak rasa nak muntah. So ada cara macam mana nak minum air berperisa tapi bagus untuk kesihatan.

Minum air masak yang dicampur perahan lemon atau limau. Nak lagi sedap, letak madu sikit. Rehan suka minum suam-suam panas, rasa badan segar dan tekak sedap je.

Kalau yang tak suka masam, boleh cuba cara yang lebih senang. Minum air masak campur Performance Drink. Yang ni kegemaran rehan. Sebab senang nak bancuh. Rasa pun manis oren, sedap sangat. Selain tu rasa badan segar sebab Performance Drink ni minuman elektrolit yang mengekalkan bendalir dalam badan.

Lepas ni tak ada alasan lagi tak minum 3 liter air masak sehari ok. Semua kena cuba. Banyak faedah minum air masak. Selain tu, badan sentiasa kekal terhidrasi.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com


Penting: Minum Air Masak 3 Liter Sehari!

Assalamualaikum.

Peringatan mesra untuk semua pembaca rehan. Gaya hidup zaman sekarang ni, susah nak jangka. Makin ramai yang berkesedaran untuk jaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tapi dalam masa sama, ramai yang semakin sibuk dengan urusan sampai tertinggal perkara-perkara penting yang crucial untuk kesihatan.

Salah satu yang rehan perhatikan, ramai sangat yang tak amalkan minum air masak secukupnya (termasuklah ehem ehem.....).

Cuba baca sikit fakta yang rehan nak share ni, betapa pentingnya minum air masak yang mencukupi dalam sehari.

KEPENTINGAN AIR MASAK / AIR KOSONG UNTUK KESIHATAN TUBUH

  1. Melarutkan vitamin, mineral dan zat yang berguna dalam proses pencernaan.
  2. Bagi anda yang mengamalkan hidup kurang aktif, air masak membantu mengurangkan risiko arthritis dan kebas tubuh.
  3. Air masak bertindak membawa toksin dari dalam tubuh ke buah pinggang / ginjal untuk disingkirkan.
  4. Membantu mengurangkan stress dan rasa cemas.
  5. Mempercepatkan proses penggantian sel kulit mati, sekaligus mencantikkan kulit dan mengurangkan kesan penuaan.
  6. Memberi tenaga kepada otak untuk menjalankan fungsinya seperti berfikir, menerima respon dan menghantar tindakbalas.
  7. Membantu mencairkan darah dan mengelakkan gumpalan darah.
  8. Meningkatkan prestasi seksual bagi yang mengalami impotensi akibat dehidrasi.
  9. Mengurangkan morning sickness / loya bagi ibu hamil.
  10. Membezakan rasa haus dan lapar sekaligus mengawal selera dan menurunkan berat badan.
  11. Mengelakkan sembelit.

Akak manis ni tak ambil apa-apa produk pun. Cuma dia minum air masak 2 liter sehari selama sebulan.

Jadi berapa banyak air masak yang perlu kita minum setiap hari?

Biasa kita dengar dalam iklan minum 8 gelas air masak sehari, bersamaan 2 liter. Lebih tepat lagi, minum 1 liter air bagi setiap 25 kilogram berat badan anda. Contohnya berat badan 75 kilogram, maka kenalah minum 3 liter air masak sehari.

Sebaiknya untuk semua orang minumlah 3 liter air masak sehari (walaupun berat badan kurang daripada 75 kilogram). Kenapa? Sebab dalam seharian mesti kita ada minum kafein, minuman bergula, makan ubat/suplemen dan sebagainya. Semua makanan ni memerlukan kerja keras tubuh kita untk dicerna. Selain tu, kesannya besar kalau tak singkirkan makanan begini dari tubuh. Untuk bantu singkirkan lemak, gula, minyak, kolestrol, dan membantu tubuh menyerap zat dari makanan dan suplemen, kenalah lebihkan minum air masak.

Asyik lupa minum air masak? Tak mampu nak minum 3 liter sehari?

InshaAllah entri akan datang rehan akan share tips untuk minum air masak secukupnya.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Babywearing: Gendong Little Arfa.

Assalamualaikum.

Rehan dah mula gendong Arfa sejam umurnya 30 hari. Asalnya rehan nak mula gendong masa umur arfa masih belas-belas hari tapi zauj Qusyairi kata tunggu sampai 30 hari dulu. Rehan patuh jela.

Arfa senang digendong sebab Arfa lahir je berat dah dekat 4 kilo. Bayangkanlah chubby badannya tu. Hihi. Selain tu, sama macam kakak Kautsar, Arfa sejak lahir tulangnya dah tegap. Malah hari pertama rehan bawa Arfa balik rumah dari hospital pun Arfa dah tunjukkan tanda-tanda tulang kuat. Bila dibaringkan tiarap toleh ke kanan, Arfa pandai angkat kepala dan toleh ke kiri sendiri.

Jadi nak gendong Arfa memang tak ada masalah. Tak ada rasa ngeri. Tapi tak pula maksudnya rehan tak berhati-hati. Dah namanya anak, mestilah kita berhati-hati. OK, jom layan gambar rehan gendong Arfa.

First time gendong Arfa, kat dalam rumah je. Masuk wrap teruk lelap.

First time gendong masa shopping. Tak habis pantang lagi ni.
Kat Zoo Taiping. Dia buat muka seposen je ibu tangkap gambar dia.

Kat Zoo Taiping. Tidur lagi.

Nasib baik ibu wrap Arfa. Kalau tak giraffe ngap dia. Hihi.
Untuk baby bawah 4 bulan, menggendong paling selamat guna stretchy wrap. Rehan beli stretchy wrap jenama Boba, atau orang panggil Boba Wrap. Kedai depan rumah rehan ni jual RM160+ je. Selain Boba, Moby Wrap pun ok.

Kalau perasan dalam gambar pertama dan kedua tu kat leher Arfa ada gulung-gulung kan. Tu rehan gulung towel kecil utk support leher Arfa. Maklumlah, baby besar ni belum kuat untuk support kepala dia. Dalam gambar kat Zoo Taiping rehan tak buat towel gulung tu sebab terlupa bawa towel. Kena support pakai tangan sendiri jela. Tapi masa ni baru sehari dua habis pantang, Arfa punya leher boleh tahan kuat, jadi kebanyakan masa walaupun rehan support pakai tangan tapi Arfa sendiri yang kawal leher dan kepala dia.

Lepas usia baby 4 bulan baru boleh gunakan SSC untuk gendong. Tapi setakat ni rehan plan nak wrap juga. Kalau Arfa 4 bulan nanti mungkin dah tak sesuai guna Boba Wrap. Jadi kena gunakan woven/cotton wrap yang lebih tebal dan kukuh.

Gear babywearing apa kegemaran anda? Jom kongsi sikit.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Set Sendi Shaklee Terbang Ke Belgium!

Assalamualaikum.

Hari ni rehan nak share order yang rehan dapat dari jauh nun di benua Eropah. Customer rehan sekarang tengah belajar di Belgium. Family pun ikut sekali. Biasalah bila duduk tempat orang, dengan kadar pertukaran matawang yang besar jurangnya kenalah selalu berjimat. Salah satu yang paling dijimatkan ialah transport.

Macam ni rupa Belgium. Kat mana tempat ni jangan tanya rehan.
Maksudnya banyak jalan kaki la. Macam pendatang yang duduk Malaysia jugak, pergi mana-mana rilek je jalan kaki. Padahal kaki diorang letih kita taktau.

Selain kerap jalan kaki, customer ni belajar bidang yang melibatkan haiwan. Jadi kenalah jaga haiwan yang dikaji. Nak jaga haiwan tu banyak guna tenaga, kena angkat berat-berat. Customer rehan ni pulak alahai kurus melidi orangnya. Kecil molek, boleh menyorok belakang tiang telefon. Baru-baru ni pergelangan tangan customer ni sakit. Bila dirujuk ke hospital, doktor kata customer rehan dah overworked tangan dia. Nak kupas epal pun tak boleh dah.

Customer tu contact rehan untuk order Set Sendi. Macam-macam rehan soal siasat sebelum customer tu confirmkan order. Antaranya yang rehan soal siasat; sakit sendi ke tulang, betul sakit sendi atau tak cukup tenaga je, pemakanan kat sana macam mana, ada apa-apa penyakit lain yang patut rehan tau tak.

Feedback yang rehan dapat, memang betul sakit sendi, husband customer ni pun sakit lutut sebab alignment lutut lari masa bersukan dulu-dulu. Selain tu bila berjimat cermat, maka makanan pun tak berapa seimbang jadi diorang satu family kekurangan nutrisi.

Rehan cadangkan Set Sendi yang memang jadi pilihan customer-customer rehan selama ni. OmegaGuard, AJHT, OsteMatrix. Customer rehan order multivitamin untuk anak kecil dia, jadi selit Vitalea for Children sekali.

Bayangkan ada OmegaGuard dan Vitalea for Children dalam gambar ni.
Alhamdulillah, total order mereka satu family layak dapat free membership Shaklee seumur hidup. Disebabkan diorang kata memang nak makan set sendi ni lama, free membership ni sangatlah bermanfaat kat diorang. Lepas ni setiap kali diorang beli Shaklee, diorang boleh beli dengan harga ahli yang jauh lebih murah berbanding harga retail. Selain tu, dapat pulangan dalam bentuk tunai setiap bulan, jadi lebih penjimatan di situ.

Rehan doakan customer rehan dikurniakan kesihatan lebih baik lepas ni. Rehan doakan diorang lebih mudah jalani urusan harian dan dipermudahkan beribadah dengan ikhtiar suplemen Shaklee ni. Rehan doakan, customer rehan dapat habiskan belajar on time dan balik ke Malaysia untuk teruskan berbakti. Semoga sedikit ilmu yang rehan kongsi dengan diorang, bermanfaat sampai bila-bila.

BELI SET SENDI SHAKLEE CARA PANTAS

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Tips Kurangkan Stress.

Assalamualaikum.

Dulu-dulu masa rehan sekolah asrama, ada satu minggu yang takde kelas langsung. Kita panggil minggu aktiviti. Seminggu tu biasanya ada slot ceramah motivasi, kursus kemahiran belajar, kemahiran berfikir, pertandingan antara kelas, persembahan, sukan. Semuanya ada. Cikgu rehan kata tujuannya untuk bagi pelajar rehat.

Memang seronok sangat, hilang tension belajar.

Dalam salah satu kursus tu, kami diajar cara-cara nak handle stress. Alhamdulillah sampai sekarang rehan masih amalkan kaedah-kaedah tu. Rehan nak share dengan anda, supaya sama-sama la kita tak stress di zaman yang serba serbi stress ni. Hihi.


1. Kaedah Bernafas 10-10-20
Bila telih bekerja, rasa stress kejar dateline wajib buat kaedah ni. Caranya senang je. Tarik nafas perlahan-lahan dalam masa 10 saat, tahan nafas 10 saat, kemudian hembus perlahan-lahan selama 20 saat. Biasa rehan buat dalam kelas masa mengajar, kalau ada pelajar yang mencabar kesabaran rehan memang rehan akan buat kaedah ni senyap-senyap. Alhamdulillah memang membantu sangat.

2. Rehat, Kosongkan Minda, Tidur
Yang ni rehan selalu buat kalau tengah kalut kejar dateline. Atau masa belajar dulu, kalau musim exam rehan memang apply kaedah ni masa study. Bila dah banyak sangat kerja, kita akan rasa letih dan stress. Rehan akan berhenti bekerja atau ulangkaji, kemudian rehan tidur. Paling sekejap rehan tidur 1 jam. Bila bangun tidur rehan rasa lebih fresh, dan boleh sambung kerja semula.

3. Bersenam
Bersenam dan berpeluh bantu kurangkan stress dngan sangat berkesan. Bersenam ni rehan buat sejak berkahwin dengan zauj Qusyairi. Setiap hujung minggu mesti kami akan ke taman rekreasi untuk keluarkan peluh. Sejak ada kautsar, boleh kata setiap petang kami keluar jalan di taman. Tak perlu exercise berat pun, jalan-jalan 30 minit dah cukup.

4. Hubungi Orang Tersayang
Bukan suami atau isteri yang kita jumpa hari-hari. Hubungi ibuayah atau adik beradik, kawan baik yang kita jarang jumpa. Paling rehan ingat masa malam sebelum exam Thermodynamics masa rehan tahun 1 dulu. Disebabkan subjek tu agak susah dan ramai kawan-kawan rehan yang sama-sama stress, malam tu kami 4 orang kawan baik berkumpul dan buat aktiviti kegemaran kami; karaoke. Bukan pergi karaoke kat luar pun, tapi dalam bilik sambil rakam di mp3 je. Sebelum tu dah berhari-hari tak jumpa sebab terperuk dalam bilik study. Hihi.

5. Makan Coklat
Coklat ni mengandungi bahan yang merangsang hormon gembira dalam badan kita. Sebab tu kalau orang tengah bersedih, selalu dihadiahkan coklat untuk pujuk. Kalau perasan, bila kita stress akan timbul perasaan nak makan coklat kan.

6. Minum Air Masak
Yng ni rehan buat masa study. Bila rehan fokus bersungguh-sungguh masa study atau bekerja (atau blogging), badan terasa kering. Letih sangat. Jadi rehan akan minum air masak segelas dua. Cukup untuk rehydrate semula badan yang keletihan.

7. Beristighfar, Selawat dan Baca Al-Quran
Tak perlulah rehan cerita banyak, dugaan dan cabaran yang buat kita stress tu Allah yang hantar kepada kita. Jadi Allah jugalah yang mampu tarik balik semula. Sebab itu kita diminta kembali dan meminta kepada Allah untuk apa-apa sekalipun. Dengan mengingati Allah dan daripada kalam Allah kita akan menemui ketenangan hati.

Masa rehan hamilkan Kautsar, trimester pertama tu sangat mencabar. Waktu tu rehan banyak sangat kerja di jabatan tapi tubuh tersangat letih. Akibatnya rehan cepat stress dan marah-marah (rehan memang jenis buat kerja bersungguh, tak suka kalau kerja tertangguh). Dalam keadaan macam tu, kesian kat zauj Qusyairi sebab asyik kena marah dengan rehan.

Tapi hari pertama rehan consume Shaklee, mood rehan baik sangat. Terkejut zauj. Hihi. Rehan pun terkejut. Bila rehan tanya semula kat SID yang daftarkan rehan tu, rupanya salah satu suplemen Shaklee yang rehan makan tu memang berfungsi sebagai anti-stress. Suplemen anti-stress tu ialah B-Complex. Sampai hari ni rehan tak pernah miss makan B-Complex. Lebih-lebih lagi bila anak dah dua, Kautsar pun makin besar makin banyak kepandaian. Rumah tak pernah kemas sebab Kautsar dah kemas. Haha.

Rehan harap tips yang rehan share ni bermanfaat kepada semua yang baca. Kalau ada tips lain sudi-sudilah kongsikan di ruang komen. Boleh rehan apply, inshaAllah.

Ada apa-apa pertanyaan berkaitan Shaklee boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.co

Shaklee Effects: Ayah, Sakit Lutut dan VIVIX.

Assalamualaikum.

Ayah rehan ni banyak penyakit tau. Yelah, orang umur dah senja. Ayah rehan pulak sejak zaman muda memang tak berapa pentingkan kesihatan. Semua makanan ayah harung je makan. Bila dan tua-tua ni macam-macam la kesannya.

Sejak rehan bergelumang dengan Shaklee, rehan makin menyibuk perihal kesihatan ayah. Ayah rehan ada penyakit darah tinggi, diabetis sikit, dan kolestrol tinggi. Tapi setakat minggu lepas, darah tinggi, diabetis dan kolestrol ayah rehan dah ok sangat-sangat. Setiap kali check-up pun doktor kata terkawal.

Tengok sikit rupa Atuk Salleh. Hensem boleh tahan. Lutut je sakit sikit. Hehe.
Cuma masalahnya ayah rehan ada sakit lutut. Agak teruk jugak sakit lutut ni sebab ayah sampai taknak ikut kami keluar sebab lutut sakit masa jalan. Lagi satu, kalau dah turun tingkat bawah, seharian ayah tak naik tingkat atas sebab tak larat nak naik tangga. Nak tidur malam nanti baru ayah naik tingkat atas.

Awalnya rehan cuma bagi ayah makan AJHT je. Botol pertama habis, ayah minta botol kedua pula. Ini sangat ajaib. Sebab ayah rehan dah makan banyak sangat ubat untuk sakit darah tinggi, diabetis dan kolestrol, jadi ayah memang taknak makan ubat lagi. Tapi bila ayah minta botol kedua tu, rehan tanyalah ok ke tak makan AJHT.

Ayah kata, Alhamdulillah rasa sakit lutut ayah berkurang. Sehari tu boleh la naik turun tanggan 3-4 kali. Cuma ayah malas nak makan AJHT ni sebab telan pil lagi. Dah banyak sangat pil yang ayah telan.

Alhamdulillah, rezeki rehan Allah swt salurkan melalui bonus Shaklee bulanan, rehan mampu bekalkan ayah dengan VIVIX. Kali pertama ayah makan VIVIX, ayah nampak berseri-seri. Baru botol pertama!

Rehan perhatikan, ayah lebih ceria. Bila kami berborak adik beradik, ayah rajin mencelah sama. Sebelum ni ayah kerap tidur, duduk diam dan nampak letih. Tapi sekarang ayah nampak segar dan bertenaga. Kalau kami ajak keluar makan atau berjalan pun ayah rajin ikut.

Yang lebih best, ayah kata sakit lutut dah tak ada. Bukan kurang, tapi hilang terus. Yang ni yang ayah paling suka. Setiap kali ayah nampak batang hidung penyek rehan ni, mesti ayah cakap sakit lutut dah tak ada langsung. Bila rehan bagitau nak orderkan VIVIX untuk ayah, selalu ayah mengelak kononnya taknak susahkan anak. Tapi bila tanya lagi sekali, mesti ayah jawab: Boleh jugaklah. Haha. Malu-malu kucing pulak Atuk Salleh ni. Hihi.

Jadi kalau awak-awak ada mak ayah (atau diri sendiri) yang sakit-sakit lutut tak baik-baik tu, jemput-jemputlah cuba VIVIX. VIVIX ni suplemen terbaik daripada Shaklee. Kalau nak body age belasan tahun, makan la VIVIX ni selalu. Gerenti awet muda. Hihi.

BELI 1 BOTOL VIVIX

BELI 2 BOTOL VIVIX DAN FREE MEMBERSHIP SHAKLEE

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Review: Windows8, Oh Windows8.

Assalamualaikum.

Laptop rehan ni masa beli orang kedai tu installkan Windows8. Mula-mula pakai laptop ni, terasa lain sangat berbanding Windows7 yang rehan pakai sebelum ni.

Pada pendapat rehan, Windows7 lagi user friendly. Tapi mungkin pendapat ni berat sebelah sebab rehan jarang guna laptop Windows8 ni. Rehan biasanya guna Windows7. Kalau dah selalu guna nanti rasanya tak adalah unfriendly sangat Windows8 ni.


PROS
Yang best pakai Windows8 ni banyak template. Cantik-cantik pulak tu. Mahap la, rehan taklah banyak sangat guna software yang aneh-aneh. Biasanya rehan guna PowerPoint je pun. Haha. Untuk pensyarah/guru/student, memang senang buat slide presentation guna PowerPoint Windows8. Template cantik, senang guna. Banyak pilihan pulak tu.


CONS
Yang paling tak best (dah dipersetujui oleh ramai orang) ialah feature charm bar. Charm bar ni letaknya kat sebelah kanan dan bawah skrin. Nak aktifkan charm bar ni senang je. Kalau sentuh bahagian kanan touch pad, charm bar ni terus aktif.

Masalahnya, bila kita guna touchpad kita kerap sangat tersentuh bahagian kanan touchpad tu. Jadi charm bar ni kerap sangat aktif. Nak tutup semula kena klik mana-mana. Leceh oi.

Charm bar kat belah kanan tu.
OVERALL
Secara keseluruhan, siapa-siapa yang dah pakai Windows7 untuk desktop, kalau rasa nak upgrade ke Windows8 tak perlu kot. Tak berbaloi kepayahan nak upgrade tu berbanding kelebihan lain. Rasanya sama je, malah banyak kena sesuaikan diri sebab feature nya banyak jauh beza dari Windows7.

Tapi untuk yang gunakan Windows Phone macam Lenovo, kalau nak upgrade ke Windows8 elok sangat. Sebab interface antara desktop/laptop dengan telefon lebih mantap. Boleh login dengan username-password yang sama dengan akaun Microsoft anda, dan desktop/laptop anda boleh link dengan Windows Phone dengan mudah. Lebih kurang macam konsep Clouds.

Sekian review serba kekurangan daripada rehan. Hihi.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Shaklee Effects: Kulit Kuku Rosak Tertanggal Tak Ada Lagi.

Assalamualaikum.

Rehan nak share salah satu sebab rehan sayang betul kat ESP. Macam yang rehan pernah cerita sebelum ni, rehan mula consume Shaklee sejak hamilkan Kautsar. Niatnya masa tu nak makan Shaklee masa hamil je. Alhamdulillah sampai sekarang rehan tak stop, malah dah jatuh cinta dengan Shaklee.

Rehan ni jenis tak menjaga kesihatan. Makan main hentam apa-apa yang lalu semua rehan makan. Minum air masak sangat fail, sehari tu kadang minum air manis 2-3 gelas je. Air masak tak minum langsung. Makan buah dan sayur pun jarang.

Masa godeh-godeh gambar lama dalam telefon, rehan terjumpa gambar kuku rehan ni. Bila rehan bandingkan dengan kuku rehan sekarang, jauh sangat bezanya. Cuba tengok gambar ni.

Nampak tak tu, kuku rehan dulu warnanya pun kekuningan tak macam warna kuku yang sihat. Kulit kat sekeliling kuku tu rosak, memang perkara biasa pada rehan dulu. Yang dalam gambar ni kira ok, biasanya lagi teruk. Kulit rosak, ada kulit tertanggal, kuku bertompok putih.

Lepas rehan konsisten amalkan Shaklee, kuku rehan jadi sihat dan cantik. Warna pun kemerahan. Kulit yang rosak tak ada lagi. Nampak bezanya kan. Kalau anda datang jumpa rehan saat ni, boleh tengok sendiri kuku rehan tetap cantik.

Ni salah satu sebab rehan sayang sangat kat Shaklee. Sayang nak tinggalkan, memang niat nak konsisten makan Shaklee sampai bila-bila. Setakat hari ni dan 2 tahun lebih rehan makan Shaklee, tak ada kesan negatif yang rehan pernah kena. Malah semakin banyak kebaikan yang rehan rasa. Perkara kecil macam soal kuku ni pun terasa berbeza sekarang. Seronok sangat!

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.co

Resepi: Lasagna Roti Senang.

Assalamualaikum.


Nampak sedap tak? Tak?? Jangan dipandang pada rupa. Kena rasa baru tau. Hihi.

Ni lasagna roti yang rehan buat baru-baru ni. Simple je. Meh rehan nak share resipi. Resipi ni ringkas-ringkas jela. Asalkan faham.

Bahan-bahan:
1 paket daging kisar
1 biji lada benggala potong dadu
1 biji bawang holland hiris
1/2 tin cendawan butang potong 4
1 tin kecil Prego Traditional
8-12 keping roti
1 kotak kecil susu segar
1 biji telur
Garam secukup rasa
Serbuk/flakes oregano secukup rasa
Serbuk/flakes lada hitam secukup rasa 
Cara masak:
1. Tumis bawang, lada benggala, dan cendawan. Kalau nak pedas boleh tambah cili boh.
2. Masukkan daging dan reneh sampai daging hampir masak.
3. Masukkan sos Prego Traditional. Gaul rata. Kalau rajin taknak pakai Prego boleh buat kuah sendiri guna serbuk kari, tomato puri, bawang dan bawang putih.
4. Gaul sampai rata dan masak. Masukkan garam, oregano dan lada hitam sesedap rasa. Inti dah siap. Sementara tu panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit.
5. Bancuh susu segar dan telur dalam mangkuk sederhana besar.
6. Celup roti dalam bancuhan susu dan telur sampai lencun, susun dalam kaserol. Tuang inti satu lapisan.
7. Tutup lapisan inti tadi dengan roti celup tadi. Ulang sampai dapat dua atau tiga lapisan. Kalau nak sedap, letak cheese setiap lapisan. Rehan guna cheese keping tu je, kalau tambah mozzarella lagi sedap.
8. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20-30 minit. Kena cek selalu, takut-takut rentung pula.

Senang sangat kan. Rasa pun sedap. Nanti rehan share lagi resepi lain. Semua simple-simple je. Selamat mencuba :D


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Pil Cuci Usus Terbaik Di Pasaran.

Assalamualaikum.

Sejak ada anak rehan rajin join group ibu-ibu. Yang rehan perasan, ibu-ibu ni selalu ada masalah sembelit, tak berperasaan nak membuang dan berat badan naik mencanak-canak. Aduh, parah ni. Kalau tak diatasi, nanti boleh jadi makin teruk. Lama-lama boleh jadi najis berdarah, buasir, usus kotor, obesiti dan perut buncit (opss!).

Alhamdulillah rehan tak ada masalah sangat tentang ni. Bila fikir balik, rehan ni jenis rajin tak rajin sangat minum air masak, jarang makan buah. Tapi tak ada masalah besar pun bab membuang ni. Sebabnya rehan amalkan makan pil cuci usus terbaik di pasaran.

Waduh, pil apa tu?

Sejak habis pantang, rehan amalkan makan Herblax Shaklee dua kali seminggu. Tak makan hari-hari pun. Dua kali je seminggu rehan makan pil ni. Efeknya, fuh! Dijamin membuang dengan lancar esok paginya. Haha.


Rehan berani makan Herblax ni walaupun menyusukan Kautsar dan Arfa sebab kandungan Herblax ni daripada herba semulajadi. Kesannya pun lembut je. Tak macam sesetengah produk detox usus yang menyebabkan rasa sakit perut memulas-mulas, macam dilanda gelombang tsunami dalam perut. Herblax ni lembut je kesannya, rasa semulajadi nak membuang. Tapi rehan cadangkan untuk ibu yang menyusukan anak, contact rehan dulu sebelum makan Herblax ye. Rehan share cara makan Herblax yang paling sesuai untuk ibu yang menyusukan anak.

Bagus tau membuang najis hari-hari. Usus kita akan sentiasa bersih dan boleh serap nutrient dari makanan dengan lebih efektif. Kadang tu ada orang yang seminggu sekali baru membuang. Mesti tak selesa sangat kan. Kalau rehan tak dapat membuang sehari sekali, rasa berat je badan.

Sejak makan pil cuci usus Herblax, memang terasa badan ringan. Perut pun kempis je. Tak ada rasa buncit dan sebu. Membuang pun lancar sangat. Tak ada sembelit. Tak ada najis berdarah. Tenang je sepanjang proses membuang. Haha.

BELI SUPLEMEN DETOX SECARA PANTAS

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Channel YouTube Kegemaran Kautsar.

Assalamualaikum.

Biasa kita dengar tak elok bagi anak-anak tengok youtube atau main tablet banyak-banyak kan. Tapi tak boleh tidak, budak-budak memang senang tertarik dengan video. Yelah, untuk mata mereka yang masih suci tu rasa menarik sangat nampak warna-warni, kartun comel, suara nyaring.

Memang menarik kan!

Ada sesetengah bayi yang mula tengok video sebelum umur setahun. Kautsar lambat sikit. Seingat rehan, Kautsar mula minat nak tengok video kartun masa perut rehan dah boyot diisi dek Arfa. Sebelum tu Kautsar cuma ada sesekali tengok homevideo kami, rakaman yang ada muka dia, suara ibu atau abahnya, atau ada abang luqman kesayangan.

Lebih kurang usia setahun 5 bulan, Kautsar baru minat tengok video kartun. Kami bagi je tengok, asalkan dipantau. Ada beberapa channel youtube yang kautsar suka. Kami suami isteri pun approve sebab banyak lagu-lagu nursery rhymes yang best dan bermotifkan nasihat.

Jom layan channel youtube kegemaran kautsar.

1. Chuchu TV

Klik untuk ke channel Chuchu TV
Chuchu TV ni channel dari India. Yup, India. Tapi bahasa inggeris dalam video-video Chuchu TV ni tak berapa slang india sangat. Boleh kata susah nak dengar slang India. Rehan approve channel ni sebab banyak sangat lagu nursery rhymes yang best. Animation pun sangat ohsem. Dah dijangka sebab universiti di India terkenal dengan animasi yang hebat. Chuchu TV ni animasinya tak la hebat macam Final Fantasy. Tapi sangat detail. Scene budak-budak main kat taman permainan, suasana latar belakang pun dibuat dengan detail. Lagu kegemaran kautsar: The Wheels On The Bus New York City.


2. BabyTV

Klik untuk ke channel Baby TV.
Babytv ni channel kat Astro 618. Mahal langgan Astro, membazir duit je. Jadi kita tengok kat youtube je ok. Hihi. Yang best tentang channel ni ada banyak video. Ada instrumental, ada games, ada numbers, lagu, semuanya ada. Sangat educational. Video kegemaran kautsar: semua video nursery rhymes yang keluar gambar peacock warna merah. Video kegemaran ibu: Miss Mary Mack.


3. All Babies Channel (ABC)

Klik untuk ke channel ABC.
Sama macam Chuchu TV dan BabyTV, ABC ni best sebab animasi comel. Dan ada banyak sangat video nursery rhymes yang sedap didengar. Suara yang nyanyi tu kanak-kanak, jadi tersangatlah comel. Lagu kegemaran kautsar: Alphabet Phonic Song.


4. Muffin Songs

Klik untuk ke channel Muffin Songs.
Muffin Songs ada lebih kurang 150 video nursery rhymes. Rehan suka, kautsar pun suka. Animasi comel. Suara pun sedap. Kalau betul tekaan rehan la, Muffin Songs ni channel China/Jepun/Korea kot. Sebab muka kartunnya sepet-sepet sikit. Slang pun boleh dengar sikit-sikit. Lagu kegemaran Kautsar: Mary Had A Little Lamb. Lagu kegemaran rehan: Pop Goes The Weasel.

5. Маша и Медведь (Marsha and The Bear)

Klik gambar untuk ke link Marsha Medved.
Yang ni bukan kautsar je suka. Rehan dan zauj Qusyairi pun suka. Sangat suka sampai kami download semua episod dan pasang kat tv. Haha. Yang ni bukan lagu, ni channel kartun Marsha Medved. Kisah Marsha yang nakal dengan kawannya Bear yang penyabar. Siri ni ada yang dah dialih ke bahasa inggeris. Tapi kami suka tengok yang bahasa Rusia. Walaupun tak paham sepatah pun. Hihi. Ada episod yang ada lagu, ada yang tak ada. Jalan cerita sangat best, animasi sangat mantap dan watak-watak sangat-sangat comel. Nora bagi 5 bintang!

Ok setakat ni 5 channel ni je yang kautsar layan. Tu pun sebenarnya banyak yang kautsar layan sekilas pandang je. Sekarang kautsar tengah musim layan Marsha. Nasib baik banyak episod. Kami dah download episod 1-48, marathon tengok kat tv. Selain Marsha, all time favourite kautsar lagu nasyid bunyi binatang, nasyid Muhammadku oleh Hadad Alwi dan Alif Ba Ta. Ada lagi beberapa video, jenuh kalau nak tulis semua walaupun taklah banyak sangat video yang kautsar tengok.

Anak-anak anda suka tengok video apa? Jemput share di ruangan komen.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Mati Akibat Pil Diet Internet.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni tersebar di internet kisah seorang gadis 21 tahun yang mati akibat makan pil diet yang dibeli melalui internet. Rehan baca pun rasa seriau. Seram sangat bila tau fakta disebalik kematian gadis tersebut. Kematian ni berlaku kat luar negara.

Eloise Aimee Parry. Tak gemuk pun dia.
Eloise Aimee Parry (sedapnya nama) pelajar Glyndwr University mati 12 April lepas. Kisahnya macam ni. Eloise ni beli pil diet dari internet. Salah satu kandungan pil tu ialah dinitrophenol (DNP). DNP ni bahan kimia industri, biasanya digunakan untuk cuci filem fotografi atau untuk buat bahan letupan. Tudia. Bahan letupan makan buat pil diet, mau tak mati.

DNP ni selalu digunakan sebagai pil diet oleh pengeluar yang tak bertanggungjawab sebab DNP bertindak meningkatkan metabolisme badan. Bila metabolisme meningkat, makanan yang kita makan akan segera ditukarkan kepada tenaga. Kita akan rasa panas, berpeluh-peluh, berdebar. Kalau metabolisme terlalu tinggi kita akan kepanasan dari dalam. Lama-lama boleh "meletup" dari dalam macam yang terjadi kat Eloise ni.

Gambar hiasan. Pil maut mengandungi DNP sebagai bahan utama.
Eloise ni pun satu. Kat botol tu tulis makan sekian-sekian dos. Rasanya 1 biji je kot, sebab kalau makan 2 biji pil DNP tu dah boleh bawa maut. Tapi biasalah kita, kalau makan sebiji rasa ok, apa salahnya makan 2-3 biji extra kan. Masalahnya pil DNP tu kalau makan 2 biji pun dah boleh membunuh, Eloise ni makan 8 biji.

8 biji tu!

Lepas makan tengahari tu Eloise ni rasa tak sihat, dia bawa kereta pergi hospital. Kat hospital tak gelabah pun, sebab ingatkan sakit biasa. Doktor buat ujian toksikologi baru tau punca penyakit Eloise ni. Puncanya metabolisme Eloise ni dah meningkat keterlaluan tahan nak meletup dah badannya. Lepas 3 jam sampai hospital, Eloise yang tadinya sihat terus meninggal dunia.

Menurut doktor, metabolisme Eloise meningkat keterlaluan sehingga akhirnya Eloise mati akibat "meletup dari dalam". Tak ada antidot untuk keracunan DNP, jadi doktor tak boleh buat apa-apa bila bahan kimia tu dah masuk dalam sistem badan.

Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ni, tolonglah, TOLONGLAH jangan beli produk diet yang tak sahih selamat untuk kesihatan. Nak kurus boleh, tapi pilihlah produk yang dijamin selamat dan berkesan. Bagi yang beragama Islam, pilihlah produk yang halal. Sebelum beli, kaji dulu kandungan pil yang anda nak beli, kaji latar belakang syarikat. Kalau macam Shaklee ni dah 100 tahun beroperasi menghasilkan produk suplemen kesihatan, memang boleh dipercayai. Tapi kalau setakat ada nama syarikat je, maklumat lain tak ada tak payah la percaya.

Dan tolonglah, TOLONGLAH makan pil/ubat/suplemen mengikut dos yang dibenarkan. Jangan pandai-pandai tambah dos. Jangan makan lebih daripada yang dicadangkan. Makan pil/ubat/suplemen ada waktu-waktu yang sesuai, tolong patuh waktu makan tersebut untuk kesan yang optimum.

Semoga kita dan orang-orang di sekeliling kita dijauhkan daripada bencana macam ni.

Iklan sikit. Shaklee ada produk yang boleh bantu tingkatkan metabolisme secara selamat dan terkawal. Namanya Cinch Tea Mix. Rehan dah lama minum teamix ni. Lepas minum akan rasa badan bertenaga, panas sikit tapi rehan tak berpeluh sangat. Ada orang yang akan berpeluh. Selain tu, kesan paling ketara rasa tak boleh duduk diam sebab tenaga terhasil dengan banyak, jadi kena cari jalan nak gunakan tenaga tu.

BELI SET KURUS SHAKLEE, DIJAMIN SELAMAT DAN BERKESAN

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Shaklee Effects: Kulit Menggelupas Jadi Cantik Dalam 2 Minggu.

Assalamualaikum.

Bulan lepas zauj kesayangan bawa rehan dan anak-anak meluaskan kuasa ke utara. Fuh, bukan selalu rehan dapat jalan-jalan ke utara. Semput la jugak dengan anak-anak nak diangkut, kami berdua je kan.

Sepanjang zauj Qusyairi memandu, rehan bersilat-silatan dengan anak dara 2 orang tu. Sorang nak menyusu, sorang lagi pun nak menyusu. Dah masukkan adik dalam car seat, kakaknya pergi kejutkan pulak. Letih mak!

Letih tu ok la, dah dijangka. Lagi satu yang rehan dah jangka, kulit muka rehan mesti kering sampai menggelupas. Maklumlah, kat utara panasnya, membahang! Kalau bukan sebab cuaca sekali pun, rehan memang jenis kulit sensitif. Ber-aircond dalam kereta pun boleh buat kulit kering sampai menggelupas.

Tudia kulit. Cantik macam bulan. Huhu.
 Nak dijadikan cerita, trip ke utara tu lamanya sepuluh hari. Aduhai. Letih, kulit kering, menggelupas. Memang stress.

So balik dari trip, rehan mulakan regim ketat untuk pulihkan kulit muka rehan yang menggelupas teruk tu. Pulun punya pulun punya pulun, dalam masa seminggu je takde dah yang menggelupas tu. Tapi masa tu kulit tak licin lagi. Masih ada tona tak sekata, kesan daripada matahari dan menggelupas tu.

Lepas 2 minggu kulit rehan 100% fully recover. Nah lihatlah hasilnya:

Boleh senyum sebab dah cantik balik. Hihi.
Hebat tak? Hahaha. Lega mak, nak. Tak stress dah.

Macam mana rehan pulihkan kulit ni? Senang je. Cuma guna suplemen Set Kulit Shaklee dan skin care Enfuselle.

Tiap-tiap pagi rehan memang makan B-Complex dan Vita C. B-Complex dan Vita C memang buat kulit rasa sihat, moist, licin je. Lepas tu rehan minum ESP. ESP ni bantu renew sel yang menggelupas gantikan dengan set baru. Sebab tu lepas seminggu dah tak menggelupas dah. Malam lepas dinner, rehan minum VIVIX. Dapat efek kulit muka jadi pinkish, anjal. Terasa lawa sangat, haha. Sebelum tidur rehan makan Vita E sebiji, sebiji lagi rehan buat masker sapu kat muka. Pagi esok nak solat subuh baru cuci. Memang cepat kulit jadi moist bila consume dan sapu Vita E. Parut dan kesan menggelupas pun hilang.

Selain makan suplemen, rehan guna skin care Enfuselle juga. Cuci muka guna Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion. Lepas cuci muka rehan sapu Enfuselle Hydrating Toner dan Enfuselle Balancing Moisturizer. Lepas tu baru sapu Nutriwhite Daily Defense Essence.

Set skin care Enfuselle ni memang serasi sangat dengan rehan. Dari pengalaman rehan, pakai Hydrating Cleansing Lotion tu kulit tak jadi kering lepas cuci. Pencuci muka biasa buat kulit rehan kering lepas cuci, walaupun petang tu rehan cuma cuci dengan air. Hydrating Toner pula bila rehan pakai kulit tak cepat berminyak. Rehan ni jenis kulit kombinasi. Walaupun berminyak, tapi kulit kerap menggelupas. Bila pakai Balancing Moisturizer, kulit rehan taklah menggelupas lagi. Last sekali pakai Daily Defense Essence tu bila nak keluar. Selalu kalau kena matahari kulit rehan akan jadi pedih. Pakai Essence ni kulit tak rasa pedih, selesa je.

Set Enfuselle Hydrating yang rehan pakai ni untuk kulit kering. Selain tu ada Set Enfuselle Purifying untuk kulit berminyak. Set NutriWhite pula untuk kulit normal dengan formula memutihkan wajah. Kalau nak beli suplemen Set Kulit Cantik, Set Skin Care Enfuselle dan NutriWhite ni boleh klik link kat bawah ye:





Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Untuk Yang Suka Shopping Online, Mesti Faham Perasaan Ni.

Assalamualaikum.

Ibu-ibu yang tengah berpantang, mesti ada pernah rasa bosan kan. Maklumlah, tak boleh keluar rumah, terperap je. Jadi tabiat ibu-ibu muda dalam pantang biasanya suka sangat shopping online. Tak dapat shopping betul-betul, shopping online pun jadilah. Hihi.

Samalah dengan rehan. Berpantang baru-baru ni memang terasa kebosanannya. Maklumlah gaya hidup rehan kan agak aktif ke sana ke sini. Ada je tempat kena pergi. Bila terperap kat rumah, terasa lambatnya masa berlalu. Nak kasi cepat sikit masa berjalan, rehan download apps Lazada. Kikiki. Zauj kesayangan geleng kepala.


Hasil pemerhatian rehan sepanjang tempoh shopping online hari tu, ada beberapa perasaan yang tak boleh dielakkan kalau kita selalu shopping online. Rehan tau ramai yang faham perasaan ni. Haa, perasaan apa tu?

1. Ada tab Shopping Cart kat laptop, ready untuk Checkout.
Biasalah, sementara idea tak sampai nak berblogging apa, kita cuci mata kat kedai-kedai online dulu. Tau-tau ada shopping cart penuh, ready nak checkout je. Time tu sibuk mesej zauj kesayangan: "Abang, mintak no card abang jap". Sambil bersuara manja. Fuh, semoga jampi menjadi.

2. Rutin tiap-tiap hari mesti nak cek online shop kegemaran.
Pukul 10 pagi lepas mandikan baby, buka Groupon. Pukul 1 tengahari lepas makan nasi jenguk Lazada. Pukul 4 petang sambil pam susu singgah FabulousMom. Ada je barang diintai. Ada je yang masuk shopping cart. Hari-hari posmen datang rumah sampai dah kenal.

3. Email promosi lagi banyak daripada email personal.
Haa yang ni ramai kantoi. Dalam sehari tu berpuluh-puluh email promosi masuk inbox. Warehouse Sales la, Members Only Sales la, Pre-GST Sales. Macam-macam sales. Kadang tu dapat email Online-Shop-Sekian-Sekian Misses U. Hamboi, misses me ke misses my credit?

4. Hafal no kad bank.
Bukan setakat no kad, no ccv dan expiry date pun hafal sekali. Bukan satu, tapi hafal semua no kad yang ada. Dengan no kad zauj kesayangan pun hafal jugak. Hahah.

5. Stress dan risau bila line internet slow masa buat bayaran.
Tunggu page iPay tak loading-loading. Stress. TAC number tak sampai-sampai. Stress. Verification dah sudah-sudah. Stress. Thank you for your payment, your order is in process. Fuh, bahagia!

6. Tak sabar nak tunggu barang sampai.
Yang best tentang shopping online ni, bila barang sampai rasa macam dapat hadiah daripada diri sendiri untuk diri sendiri. Kan seronok tu. Bila dah dapat sms notification yang barang dah shipped out, rasa macam nak ambil cuti duduk rumah tunggu posmen sampai je. Kalau terlepas posmen, nak tunggu ambil barang kat pejabat pos esoknya rasa tak sanggup sangat. Walaupun cuma beli housing handphone je.

7. Dapat kejutan dari diri sendiri.
Kadang-kadang kita lupa ada order barang kan. Tau-tau posmen datang hantar kotak. Bila buka, Yay! Surprise untuk kita dari kita juga. Rasa macam hari raya. Haha.

So apa barang yang rehan pernah beli online? Banyak sangat sebenarnya.

Masa pregnant Kautsar dulu, boleh kata segala barang beli online je. Beli Set Hamil, Berpantang dan Breastfeeding Shaklee pun online. Tau-tau sampai sekotak besar. Yippie! Selain tu rehan beli breast pump Ameda kesayangan rehan tu pun secara online. Very the bargain. Jimat ratus ratus ratus tau.

Yang terbaru rehan banyak beli barang-barang rumah. Baru-baru ni rehan beli oven Morgan 20 Liter cuma RM88 termasuk pos. Murah kan? Selain tu rehan ada beli kuali 3 pieces non-stick ceramic-coated pan harga RM99. Beli filem polaroid untuk camera Instax kitorang 4x10's cuma RM80. Yang rehan tengah tunggu barang belum sampai satu Hand-held Rechargeable Vacuum Cleaner dan 4 pasang seluar basahan untuk Kautsar.

Awak-awak suka shopping apa?


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Turunkan Berat Tanpa Berlapar.

Assalamualaikum.

Bulan ni bulan diet kan. Semua orang nak kurus. Masalahnya susah betul nak kawal makan. Rehan faham sangat. Hihi.

Meh rehan nak share beberapa tips macam mana nak makan sikit tp kenyang.

1. Makan dalam pinggan kecil / mangkuk.
Kalau biasa guna pinggan 12inci, tukar pakai pinggan 6 inci pulak. Pinggan kecil tak boleh muat banyak makanan. Lagipun bila mata kita nampak pinggan dah penuh, otak dapat signal dah cukup makanan.

2. Makan guna sudu.
Makan pakai tangan ada risiko makan berlebihan. Sedapkan menyuap sampai lupa nak berhenti. Haha. So lepas ni omputeh la kita makan guna sudu je.


3. Kunyah 20 saat.
Jangan pulak kunyah 3-4 kali terus telan. Kunyah 20 saat supaya makanan betul-betul lumat. Makanan yg lumat ni lagi senang perut nak hadam, nutrisi pun lagi senang menyerap. Selain tu, kunyah 20 saat bagi isyarat kat otak utk rasa cepat kenyang. Kalau kira-kira, 20 saat tu kita boleh kunyah 44 kali. Kan sunnah tu.

4. Separuh pinggan sayur.
Haa yang ni ramai tersangkut tak mampu nak buat. Selalu kita isi nasi separuh pinggan, sayur suku, protein (daging, ikan, ayam) suku lagi. Lepas ni tukar ok. Sayur separuh pinggan, nasi suku, protein suku.

5. Makan banyak serat.
Makanan serat tinggi ni buat kita kenyang cepat. Contohnya oats. Makan oats 1 cawan utk sarapan, lagi kenyang drp makan donut 2 ketul. Kalori pun lagi rendah. Buat sebulan confirm nampak kekurusannya. Hihi.

6. Minum air kosong 3L sehari.
Atau ikut kiraan, minum 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Kalau berat 75kg, minum la 3 liter. Tp kalau ada amalkan suplemen, jamu atau apa-apa makanan tambahan yg lain, eloklah tambah 1 liter air lg. Nak kenyang cepat, minum 1 gelas air sebelum makan. Bila perut dah isi air, taklah beria sangat makan lepas tu.

Tips ni rehan dapat drp fb Kevin Zahri dan melalui bacaan kat website-website kesihatan. Memang berkesan. Jom misi kurus April 2015 masih ada 15 hari lagi. Sempat sgt nak turunkan 2-3 kilo.

Nak bantuan??

Boleh ambil set kurus Shaklee. Shaklee bantu anda kurus melalui 4 langkah; Detox, Bakar Lemak, Bina Otot dan Tingkatkan Metabolisme.

Promo bulan ni, Lecithin dan Cinch Shake Mix. Item terbaik untuk bantu anda kuruskan badan, turunkan berat dan kurangkan inci pada harga yang sangat mampu milik.

Nak beli Set Kurus Shaklee dengan pantas, boleh klik link ini:


Atau boleh hubungi rehan seperti contact di bawah untuk konsultasi dan lebih penjimatan.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...