"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cara Ringkas Solat Sunat Taubat.

Assalamualaikum.

Rehan nak share cara buat solat sunat taubat yang ringkas. Kena rajin-rajin buat solat sunat taubat, walaupun kita tak buat dosa-dosa besar. Dosa kecil pun kena mohon keampunan dari Allah swt. Kena biasakan buat supaya hati kita terdidik untuk merendah diri dan mendekatkan kita dengan Pencipta.



Solat sunat taubat yang paling ringkas boleh dibuat dalam 2 rakaat. Boleh juga buat 4 atau 6 rakaat. Buatlah seikhlas hati, sebaiknya 6 rakaat. Tapi bagi yang baru-baru nak biasakan diri, buat 2 rakaat dah baik sangat, konsistenkan setiap hari. Lama-lama akan terbiasa.

CARA RINGKAS SOLAT SUNAT TAUBAT

Niat:
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala.


Bacaan Rakaat Pertama:
Doa Iftitah
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun


Bacaan Rakaat Kedua:
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Ikhlas


Bacaan Sujud Terakhir Sebelum Salam:
Tiada tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya aku ini termasuk di kalangan orang yang aniaya (zalim).


Istighfar 10 / 100 Kali Selepas Salam:
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus dan aku bertaubat kepada-Nya.


Istighfar Tauhid 10 / 100 Kali:

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung yang tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepadanya selaku taubat seorang hamba yang banyak berdosa yang tiada menguasai akan dirinya, yang tidak mampu membuat, menolak mudarat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.


Penghulu Istighfar 3 Kali:

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, aku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Aku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; aku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan aku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah aku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.


 Doa Taubat:


Aku memohon ampun kepada Allah, aku mohon ampun kepada Allah, aku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudarat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Aku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan aku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah aku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!


Semoga diampunkan segala dosa-dosa kita.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...