"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Pengalaman Melahirkan Anak Kedua: Assalamualaikum Arfa.

Assalamualaikum.

Saya suka nak share pengalaman melahirkan anak. Sebab saya tau ramai ibu-ibu kat luar sana yang tertanya-tanya macam mana pengalaman melahirkan anak. Tak kisahlah anak pertama, kedua, hatta anak keenam sekalipun. Setiap anak pengalamannya pun berbeza.

Memang berbeza pengalaman melahirkan Kautsar dengan adiknya. Ni yang saya nak share hari ni :)

Hamil kali kedua berbeza sangat rasanya berbanding hamilkan Kautsar dulu. Waktu kandungan masuk minggu ke-38, satu hari tu dari pagi sampai ke petang perut mengeras tersangat keras. Sakitnya, Allah je yang tahu. Sejak jam 7 pagi sampai jam 2 petang perut mengeras, macam batu.

Orang kata anak kedua lagi senang lahir, sebab jalan dah ada. Lagipun jarak antara Kautsar dengan adiknya cuma setahun setengah. Jadi bila perut mengeras seharian tu, dengan rasa sakit yang teramat, saya taknak ambil risiko bersalin seorang kat rumah.

Lebih kurang jam 3 petang saya telefon En Qusyairi, zauj kesayangan. Beliau terus buat keputusan untuk bawa saya ke hospital. Kali ini kami pilih untuk kekal dengan Doktor Laila dari Puteri Specialist Hospital (PSH), JB. Kami gerak ke JB lewat, biasalah nak siapkan Kautsar, kemas-kemas rumah dulu. Hehe. Sampai di PSH, doktor dah balik. Kami terus ke labour room.

Di labour room, nurse LR cek CTG (dan entah apa lagi). Katanya tak ada contraction. Cek laluan ada bukaan 1 cm. Jadi nurse suruh balik dulu, kalau sakit lagi baru datang ke LR semula.

Seminggu saya tunggu tak bersalin juga! Haha.

Masuk minggu ke-39 tu saya dah mula risau. Kautsar dulu lahir 38w6d. Ni dah 39w tak bersalin lagi. Perut makin besar. Susah sangat nak bergerak. Nak jalan pun tak larat. Tak dapat nak exercise jalan banyak-banyak macam masa Kautsar dulu sebab perut saya besar sangat. Lagi satu, asal malam je tak boleh tidur sebab badan rasa panas sangat. Perut pun rasa sakit malam-malam.

Masa 39w5d saya tak boleh tidur malam. Perut rasa sakit. Saya duduk di ruang tamu sambil pasang aircond, literally duduk depan aircond tapi masih kepanasan. Sedangkan zauj En Qusyairi yang kuat sejuk dah berselubung dalam selimut sambil temankan saya. Waktu tu terasa perut sakit berkala. Saya kira-kira, rasa sakit tu datang sejam sekali. Masa tu yakin sangat dah nak bersalin, tapi akhirnya tertidur sebab mengantuk sangat. Haha.

Esoknya siang macam biasa. Tak rasa sakit. Cuma perut berat sangat, besar sangat. Nak bangun duduk memang sangat susah. Duduk baring duduk baring je sepanjang hari.

Malam tu sekali lagi tak boleh tidur. Masa tu 39w6d. Kalau tak bersalin dalam masa 24 jam, doktor suruh datang discuss option apa yang perlu diambil. Saya memang berdoa banyak-banyak baby lahir sebelum 40w. Alhamdulillah malam tu terasa sakit lagi.

Kali ni saya mula rasa sakit jam 2:30 pagi. Saya ambil ukuran. Sakit berulang selang 5 minit. Waktu tu perut rasa memulas, saya pun ke toilet untuk membuang dulu. Lepas membuang, saya kejutkan zauj, bagitahu perut sakit. Zauj bangun kejutkan kakak, maklumkan kami nak ke hospital. Masa tu sempat saya ke toilet membuang sekali lagi. Sakit pun dah semakin kerap. Jam 3 pagi tu sakit terasa setiap 3 minit sekali.

Memang tak boleh tunggu lagi. Kena ke hospital segera.

Saya bersiap ringkas, cium dahi Kautsar dan saya serahkan kepada Allah swt untuk jaga anak kecil saya. Anak yang sedang lena sendirian tanpa ibu dan abahnya. Dan anak yang sedang menunggu untuk menatap dunia.

Sampai di PSH jam 4 pagi. Sakit makin kerap dan kuat. Di LR, nurse ukur bukaan baru 2 cm. Nurse tolong bukakan jadi 4 cm.

4 cm, jam 4 pagi.

Masa tu sakit terasa kuat juga, tapi saya boleh tahan. Nurse cucuk untuk lembutkan bukaan serviks, dan suruh saya rehat dan tidur. Sementara tu zauj uruskan wad dan beliau tidur di wad. Saya riki-riki kat nurse LR tu, katanya inshaAllah tengahari nanti bersalinlah saya. Saya kira-kira pun tengahari nanti baru bersalin.

Nurse dah malapkan lampu. Memang sedaplah tidur. Dah la sepanjang malam tu saya tak tidur langsung. Tiba-tiba sakit contraction terasa kuat. Tiba-tiba je. Saya pun terkejut. Saya cek jam baru pukul 6:30 pagi. Saya tahankan. Makin sakit, makin sakit. Sampai saya genggam selimut hospital tu sampai tangan saya kebas.

Lama-lama rasa tak tahan, saya panggil nurse. Nurse bagi gas suruh sedut bila sakit. Waktu tu rasa mencanak-canak sakit tu tiba-tiba. Elok sangatlah dapat gas. Kalau tak, mau pengsan nak tahan sakit. Hahaha.

Nurse cek, bukaan dah 6 cm. Nurse tanya, bersalin anak sulung dulu senang ke? Senang la juga.

Pukul 7 nurse tukar shift. Baik sangat nurse tu, sebelum balik sempat jumpa saya pesan jaga diri, semoga bersalin dengan mudah. Masa tu terharu sangat, tapi sebab sakit, tak sempat nak tunjuk terharu tu. Hihi.

Nurse shift pagi masuk, terus cek bukaan. Jam 7:30 pagi bukaan dah 8 cm. Dalam hati saya, "Takkan bersalin tengahari ni."

Haha. Masa tu dah tau dah nak bersalin sangat. Tapi macam denial pun ye juga. Taknak percaya yang dah nak bersalin. Tapi bila nurse cek 8 cm, nurse terus buka lampu terang-terang, siap-siapkan barang, sorong penahan kaki. Sambil tu nurse tanya lagi, dulu bersalin senang juga ke? Senang. Memang tak boleh tolak, confirm dah nak bersalin. Terus cepat-cepat hantar mesej kat zauj suruh datang.

Zauj sampai je, terus pegang tangan. Masa ni bila sakit datang memang dah tak ingat apa dah. Ingat Allah, ingat mati. Tu je. Bila takde contraction ok la, boleh tanya-tanya nurse tu, borak sikit-sikit. Bila contraction datang lagi, genggam tangan zauj kuat-kuat rasa taknak lepas. Macam mana kalau genggaman ni yang terakhir? Tak sanggup tinggalkan zauj.

Tak lama lepas zauj sampai, datang rasa nak meneran yang tersangat-sangat. Daripada pengalaman lahirkan Kautsar, saya tau memang baby dah nak keluar sangat. Tapi, tapi tapi......

Tapi doktor belum sampai!

Masa nurse cek bukaan 8 cm, nurse terus telefon doktor dan bersiap-siap nak sambut baby. Tapi bukaan masa tu cepat sangat, rasa nak teran tu pun tiba-tiba terus datang. Nurse kata jangan teran dulu. Tapi kalau baby nak keluar macam mana nak tahan. Hahaha. Saya takde la rasa marah ke, bengang ke. Masa tu rasa nak keluarkan baby je. Dam rasa terkejut sebab cepat sangat, kan.

Dua tiga kali rasa meneran yang teramat sangat tu datang. Saya cakap kat nurse, tak boleh tahan. Takut terteran je. Tapi Allah swt rancang memang cantik. Waktu saya rasa dah tak tertanggung, waktu tu doktor sampai. Doktor sangat profesional dan cekap. Cepat sangat doktor bersiap nak sambut baby. Doktor siap je, saya terus teran sepenuh hati.

Dua kali teran, baby terus keluar. Terlalu cepat sampai zauj sempat rakam video separuh je. Nurse kata baby saya semangat, teruja nak tau berat baby berapa. Tengah rehat-rehat sementara nurse kemas-kemas lepas bersalin tu, seorang nurse masuk bilik kecoh-kecoh. Kemudian dia panggil saya.

Fresh dari ladang. Sorry, gambar sedikit grafik.

"Noraihan, anak awak 3.745 kilo!"
Terkejut ibu, nak. Hahah.

Doktor dan nurse kata inshaAllah tak koyak. Tapi koyak jugak sikit sebab tunggu doktor tu saya dah tak duduk diam, macam nak berguling-guling rasanya. Jadi masa teran pun terbawa-bawa perasaan nak berguling tu. Terangkat punggung sikit. Sedangkan masa Kautsar dulu tak angkat punggung pun. Mungkin juga koyak sikit sebab baby besar. Memang besar pun, masa kat nursery dia seorang yang debab berketul badan. Orang lain kecil comel je. Hihi.

Sama macam lahirkan Kautsar dulu, Doktor Laila puji sebab pandai teran. Masa Kautsar pun doktor puji, siap cakap kes saya antara yang paling senang beliau pernah handle. Bangga sekejap. Haha. Nurse-nurse pun berulang kali puji, senangnya saya bersalin. Dalam hati saya fikir, sama macam arwah mak. Arwah mak pun jenis senang bersalin. Alhamdulillah.

Maka lahirlah anak kedua kami. Kami panggil adik Kautsar dengan nama Arfa. Maksudnya wangian. Wangi je sampai sekarang. Minum susu tumpah-tumpah pun wangi je. Haha.

Alhamdulillah. Allah swt rahmati saya dengan proses kelahiran yang sangat senang. Sakit contraction memang dah terasa sejak jam 2-3 pagi. Tapi sakit yang tak tertahan tu tak sampai 2 jam pun. Koyak sikit sangat, ada rasa doktor jahit sikit tapi saya tak rasa macam ada koyak pun. Rasa macam tak koyak langsung. Lepas baby lahir, dah peluk-peluk cium, dah bungkus comel-comel, zauj azan dan bacakan ayat-ayat Al-Quran. Masa doktor jahit, sementara nurse kemas-kemas saya dah pegang handphone nak bagitau keluarga dan kawan-kawan yang saya dah bersalin.


Kakak dan kawan baik saya siap tanya, betul ke dah bersalin ni? Rilek je, tak macam orang bersalin pun. Saya cakap, betul dah bersalin setengah jam lepas. Tapi badan rasa segar dan bertenaga. Dalam 3-4 jam lepas tu saya dah bangun ke bilik air, cuci luka dan bersihkan diri.

Satu perkara yang saya tak boleh lupa, waktu bersalin Kautsar dulu sampai seminggu saya rasa macam taknak bersalin lagi rasanya. Maklumlah, anak pertama saya lahir 3.55 kilo. Bersalin Arfa ni walaupun beratnya 3.745 kilo, tapi rasa mudah sangat. Lepas baby keluar je, masa saya hembus nafas lega dalam hati terfikir, taklah teruk sangat, boleh bersalin lagi lepas ni. Hihih.

Malam pertama tidur dengan ibu. Nampak sangat tembamnya tu.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...