"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Resepi: Lasagna Roti Senang.

Assalamualaikum.


Nampak sedap tak? Tak?? Jangan dipandang pada rupa. Kena rasa baru tau. Hihi.

Ni lasagna roti yang rehan buat baru-baru ni. Simple je. Meh rehan nak share resipi. Resipi ni ringkas-ringkas jela. Asalkan faham.

Bahan-bahan:
1 paket daging kisar
1 biji lada benggala potong dadu
1 biji bawang holland hiris
1/2 tin cendawan butang potong 4
1 tin kecil Prego Traditional
8-12 keping roti
1 kotak kecil susu segar
1 biji telur
Garam secukup rasa
Serbuk/flakes oregano secukup rasa
Serbuk/flakes lada hitam secukup rasa 
Cara masak:
1. Tumis bawang, lada benggala, dan cendawan. Kalau nak pedas boleh tambah cili boh.
2. Masukkan daging dan reneh sampai daging hampir masak.
3. Masukkan sos Prego Traditional. Gaul rata. Kalau rajin taknak pakai Prego boleh buat kuah sendiri guna serbuk kari, tomato puri, bawang dan bawang putih.
4. Gaul sampai rata dan masak. Masukkan garam, oregano dan lada hitam sesedap rasa. Inti dah siap. Sementara tu panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit.
5. Bancuh susu segar dan telur dalam mangkuk sederhana besar.
6. Celup roti dalam bancuhan susu dan telur sampai lencun, susun dalam kaserol. Tuang inti satu lapisan.
7. Tutup lapisan inti tadi dengan roti celup tadi. Ulang sampai dapat dua atau tiga lapisan. Kalau nak sedap, letak cheese setiap lapisan. Rehan guna cheese keping tu je, kalau tambah mozzarella lagi sedap.
8. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20-30 minit. Kena cek selalu, takut-takut rentung pula.

Senang sangat kan. Rasa pun sedap. Nanti rehan share lagi resepi lain. Semua simple-simple je. Selamat mencuba :D


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...