"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Review: Windows8, Oh Windows8.

Assalamualaikum.

Laptop rehan ni masa beli orang kedai tu installkan Windows8. Mula-mula pakai laptop ni, terasa lain sangat berbanding Windows7 yang rehan pakai sebelum ni.

Pada pendapat rehan, Windows7 lagi user friendly. Tapi mungkin pendapat ni berat sebelah sebab rehan jarang guna laptop Windows8 ni. Rehan biasanya guna Windows7. Kalau dah selalu guna nanti rasanya tak adalah unfriendly sangat Windows8 ni.


PROS
Yang best pakai Windows8 ni banyak template. Cantik-cantik pulak tu. Mahap la, rehan taklah banyak sangat guna software yang aneh-aneh. Biasanya rehan guna PowerPoint je pun. Haha. Untuk pensyarah/guru/student, memang senang buat slide presentation guna PowerPoint Windows8. Template cantik, senang guna. Banyak pilihan pulak tu.


CONS
Yang paling tak best (dah dipersetujui oleh ramai orang) ialah feature charm bar. Charm bar ni letaknya kat sebelah kanan dan bawah skrin. Nak aktifkan charm bar ni senang je. Kalau sentuh bahagian kanan touch pad, charm bar ni terus aktif.

Masalahnya, bila kita guna touchpad kita kerap sangat tersentuh bahagian kanan touchpad tu. Jadi charm bar ni kerap sangat aktif. Nak tutup semula kena klik mana-mana. Leceh oi.

Charm bar kat belah kanan tu.
OVERALL
Secara keseluruhan, siapa-siapa yang dah pakai Windows7 untuk desktop, kalau rasa nak upgrade ke Windows8 tak perlu kot. Tak berbaloi kepayahan nak upgrade tu berbanding kelebihan lain. Rasanya sama je, malah banyak kena sesuaikan diri sebab feature nya banyak jauh beza dari Windows7.

Tapi untuk yang gunakan Windows Phone macam Lenovo, kalau nak upgrade ke Windows8 elok sangat. Sebab interface antara desktop/laptop dengan telefon lebih mantap. Boleh login dengan username-password yang sama dengan akaun Microsoft anda, dan desktop/laptop anda boleh link dengan Windows Phone dengan mudah. Lebih kurang macam konsep Clouds.

Sekian review serba kekurangan daripada rehan. Hihi.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...