"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips Minum 3 Liter Air Masak Sehari.

Assalamualaikum.

Rehan tau ramai yang fail minum 3 liter air masak sehari kan. Samalah rehan pun dulu suah betul nak minum sampai 3 liter. Paling banyak 1.5-2 liter je sehari. Tapi sejak rehan amalkan tips ni, Alhamdulillah nak cukupkan 3 liter air masak sehari tak jadi masalah.


Ok ada beberapa tips yang rehan nak share. Kalau ikut salah satu tips ni, inshaAllah sedar tak sedar dah habis 3 liter air masak yang diminum.

Cara pertama: Minum segelas air masak sebelum dan selepas solat 5 waktu. Segelas air bersamaan 250 ml. Kalau minum 2 gelas setiap kali solat 5 waktu, dah dapat 2.5 liter. Macam mana nak cukupkan 3 liter? Senang je. Minum 2 gelas masa waktu dhuha. Cukup 3 liter air air sehari.

Cara kedua: Minum 2 gelas air masak sebelum pergi kerja. Kat tempat kerja, minum 1 gelas air masak setiap jam. Balik kerja, minum lagi 2 gelas air masak. Total semua sekali 12 gelas bersamaan 3 liter air masak sehari.

Senang kan? Ada lagi tips lain.

Cara ketiga: Gunakan botol air yang ada penunjuk. Rehan guna botol air 2 liter. Setiap hari rehan pastikan rehan minum sekurang-kurangnya sebotol setengah air.

Rehan tau, ada yang tak suka rasa air masak kan. Dulu pun rehan macam ni. Asal minum air masak rasa nak muntah. So ada cara macam mana nak minum air berperisa tapi bagus untuk kesihatan.

Minum air masak yang dicampur perahan lemon atau limau. Nak lagi sedap, letak madu sikit. Rehan suka minum suam-suam panas, rasa badan segar dan tekak sedap je.

Kalau yang tak suka masam, boleh cuba cara yang lebih senang. Minum air masak campur Performance Drink. Yang ni kegemaran rehan. Sebab senang nak bancuh. Rasa pun manis oren, sedap sangat. Selain tu rasa badan segar sebab Performance Drink ni minuman elektrolit yang mengekalkan bendalir dalam badan.

Lepas ni tak ada alasan lagi tak minum 3 liter air masak sehari ok. Semua kena cuba. Banyak faedah minum air masak. Selain tu, badan sentiasa kekal terhidrasi.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...