"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Turunkan Berat Tanpa Berlapar.

Assalamualaikum.

Bulan ni bulan diet kan. Semua orang nak kurus. Masalahnya susah betul nak kawal makan. Rehan faham sangat. Hihi.

Meh rehan nak share beberapa tips macam mana nak makan sikit tp kenyang.

1. Makan dalam pinggan kecil / mangkuk.
Kalau biasa guna pinggan 12inci, tukar pakai pinggan 6 inci pulak. Pinggan kecil tak boleh muat banyak makanan. Lagipun bila mata kita nampak pinggan dah penuh, otak dapat signal dah cukup makanan.

2. Makan guna sudu.
Makan pakai tangan ada risiko makan berlebihan. Sedapkan menyuap sampai lupa nak berhenti. Haha. So lepas ni omputeh la kita makan guna sudu je.


3. Kunyah 20 saat.
Jangan pulak kunyah 3-4 kali terus telan. Kunyah 20 saat supaya makanan betul-betul lumat. Makanan yg lumat ni lagi senang perut nak hadam, nutrisi pun lagi senang menyerap. Selain tu, kunyah 20 saat bagi isyarat kat otak utk rasa cepat kenyang. Kalau kira-kira, 20 saat tu kita boleh kunyah 44 kali. Kan sunnah tu.

4. Separuh pinggan sayur.
Haa yang ni ramai tersangkut tak mampu nak buat. Selalu kita isi nasi separuh pinggan, sayur suku, protein (daging, ikan, ayam) suku lagi. Lepas ni tukar ok. Sayur separuh pinggan, nasi suku, protein suku.

5. Makan banyak serat.
Makanan serat tinggi ni buat kita kenyang cepat. Contohnya oats. Makan oats 1 cawan utk sarapan, lagi kenyang drp makan donut 2 ketul. Kalori pun lagi rendah. Buat sebulan confirm nampak kekurusannya. Hihi.

6. Minum air kosong 3L sehari.
Atau ikut kiraan, minum 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Kalau berat 75kg, minum la 3 liter. Tp kalau ada amalkan suplemen, jamu atau apa-apa makanan tambahan yg lain, eloklah tambah 1 liter air lg. Nak kenyang cepat, minum 1 gelas air sebelum makan. Bila perut dah isi air, taklah beria sangat makan lepas tu.

Tips ni rehan dapat drp fb Kevin Zahri dan melalui bacaan kat website-website kesihatan. Memang berkesan. Jom misi kurus April 2015 masih ada 15 hari lagi. Sempat sgt nak turunkan 2-3 kilo.

Nak bantuan??

Boleh ambil set kurus Shaklee. Shaklee bantu anda kurus melalui 4 langkah; Detox, Bakar Lemak, Bina Otot dan Tingkatkan Metabolisme.

Promo bulan ni, Lecithin dan Cinch Shake Mix. Item terbaik untuk bantu anda kuruskan badan, turunkan berat dan kurangkan inci pada harga yang sangat mampu milik.

Nak beli Set Kurus Shaklee dengan pantas, boleh klik link ini:


Atau boleh hubungi rehan seperti contact di bawah untuk konsultasi dan lebih penjimatan.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...