"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Suplemen Shaklee Kegemaran.

Assalamualaikum.

Hari ni rehan ingat rehan nak share la apa suplemen kegemaran rehan. Dah namanya tokei Shaklee, mestilah banyak suplemen Shaklee yang rehan makan. Jadi nak share juga la antara semua tu yang mana yang paling rehan suka.

Susah nak taip entri ni tau. Lama rehan fikir-fikir yang mana satu suplemen kegemaran rehan. Sebab semua pun rehan suka. Serius ni. Tak tipu. Walaupun ada suplemen yang kejap rehan makan, kejap tak, tapi yang itu pun rehan suka juga sangat-sangat.

Jadi kat bawah ni rehan share apa suplemen kegemaran rehan ok. Tak susun ikut susunan pun sebab tak berjaya decide yang mana paling best. Semua best!

Collagen Powder: best sangat sebab rehan kan ada masalah kulit sensitif. Selama ni memang tak berangan kulit rehan akan normal. Tapi sejak minum collagen powder, Allahu, senangnya nak jaga kulit. Baru minum 4-5 hari dah nampak comel. Habiskan satu kotak memang bertambah-tambah comel muka. Hihi.

VIVIX: hands down memang suplemen terbaik rehan pernah makan. Vivix ni untuk longterm, kesihatan jangka panjang. Kalau family ada sejarah diabetis, darah tinggi, kanser macam rehan ni memang patut amalkan Vivix dari muda. Kesembuhan tu milik Allah, tapi kita sebagai makhluk kena berikhtiar. Sejak makan Vivix, rehan rasa badan lebih segar, bertenaga, muka lebih pinkish. Vivix ni tonik awet muda 25 tahun untuk hidup 25 tahun lebih lama. InshaAllah.

ESP: ok ni la produk yang buat rehan jatuh hati pada Shaklee mula-mula dulu. Wajib rehan minum ESP tiap-tiap pagi sebagai energy booster. Rehan perasan kulit seluruh tubuh jadi lebih sihat, tak kering, tak menggelupas sejak minum ESP. Alhamdulillah dah hampir 3 tahun rehan amalkan ESP, memang membantu rehan lebih aktif dan bertenaga.


Ok tiga je. Ikut hati ni nak tambah OsteMatrix dengan Vita C. Tapi nanti dah tambah dua ni, tambah lagi yang lain. Haha. Kalau siapa yang nak makan suplemen tapi malas telan pil banyak-banyak, ambil 3 suplemen ni dah cukup sangat. Kesihatan luaran dan dalaman terjaga, jadi cantik jelita, badan pun aktif bertenaga.

Apa suplemen kegemaran anda?


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Bahaya Krim Muka Bermerkuri.

Assalamualaikum.

Ini satu sharing yng menarik untuk dibaca dan dihadam.


PELIK KENAPA ADA SKINCARE MURAH TP CEPAT PUTIH...BERKILAT.....??? 
YA BACA DULU SEBELUM ANDA TAHU APAKAN IA DIDALAMNYA....
CONTOH LAZIM... 
KLOROK YG KUAT KIMIANYA ITU MURAH...TAPI IA BERKUASA MENENTANG KOTORAN HEBAT...AKAN TETAPI KAIN KITA AKAN CEPAT NIPIS..LUNTUR DAN KOYAK.... 
CIRI2 PRODUK BERACUN MERKURI.HYDROKUINON DAN BERAPA RACUN MUDARAT LAIN. 
  1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair.
  2. Tidak homogen : Maksudnya, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
  3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?
  4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.
  5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.
  6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku irritation.
  7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.
  8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan
  9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman/ bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!
  10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
  11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka.
  12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai).
BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.
  1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.
  2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.
  3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.
  4. Kerosakan buah pinggang : Seperti yang I cakap tadi, merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pon menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.
  5. Resiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.

Semoga bermanfaat. Pilih produk yang selamat, semulajadi dan halal. Dah tentu berkesan juga.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Diabetis Ketika Hamil

Assalamualaikum.


Diabetes yang bermula apabila anda disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat.

Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan.

Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. Kadar kebiasaannya, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan menghidapi penyakit ini. Dalam erti kata lain, 18 % wanita mengandung akan ‘dihantui’ dengan masalah ini. Amat biasa bukan?

Apakah risiko-risiko bagi saya untuk menghidapi Diabetes ketika hamil?

Anda berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:
  • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
  • Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (GTT) ketika mengandung. Ini adalah sejenis ujian mudah yang dijalankan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali air kosong/ air mineral sahaja.

Pada awal pagi nya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. 
Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang berperisa Oren atau Cola.
Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini. Mudah bukan?

Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah. Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan juga ibu. Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Kebolehan untuk mengesan awal Diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.

Amatlah penting ibu-ibu sekalian memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.

Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.
Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

Bagaimanakah Diabetes ketika hamil dirawat?

Jika anda menghidapi Diabetes ketika mengandung, anda perlukan rawatan susulan oleh pakar perbidanan dan sakit puan, pakar perubatan/ endokrinologi, pegawai zat makanan dan jururawat diabetes. Anda akan diminta supaya membuat rawatan susulan lebih kerap untuk pemeriksaan.
Yang penting ketika menghidapi Diabetes adalah memastikan tabiat permakanan yang sihat dan senaman. Kebiasaanya Diabetes ketika mengandung dapat dikawal dengan kawalan diet atau permakanan sahaja.

Walau bagaimanapun, daripada 5 ibu yang menghidapi Diabetes, seorang ibu memerlukan rawatan Insulin untuk mengawal paras gula di dalam darah. Jika anda memerlukan rawatan insulin, jururawat Diabetes akan menerangkan kepada anda bagaimana anda boleh melakukannya.

Ibu-ibu tidak perlu risau, seharunya  kesempatan ini diambil untuk berbincang dengan pegawai zat makanan/ dietitik mengenai pemilihan makanan yang berkhasiat untuk anda dan bayi anda, dalam masa yang sama dapat mengawal paras gula pada tahap yang memuaskan.

Bagaimanakan proses kelahiran saya nanti? Bilakah saya akan diminta untuk bersalin?

Ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, akan diminta bersalin pada usia kandungan 38 hingga 40 minggu, mengikut keadaan Diabetes dan kawalan paras gula dalam darah. Cara kelahiran juga akan dibincangkan bersama anda dan pasangan, mengenai kelebihan bersalin biasa, induced labour ataupun pembedahan caesaerean mengikut keadaan Diabetes ibu dan juga anggaran saiz bayi.

Apakah yang perlu saya lakukan selepas bersalin?

Selepas tempoh pantang 6 minggu, temujanji akan diberikan kepada anda untuk mengulang semula ujian toleransi glukosa GTT, untuk memastikan anda bebas daripada Diabetes selepas kelahiran. Jika ujian ini tidak normal, anda akan dirujuk kepada pakar perubatan/endokrinologi untuk rawatan susulan diabetes.

Wanita yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 di dalam 3 menghidapi Diabetes Jenis 2 dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk menjalani Ujian Glukosa berpuasa (Fasting Blood glucose) setahun sekali.

Bagaimana jika saya bercadang untuk hamil sekali lagi selepas ini?

Sebelum bercadang untuk mengandung lagi, pastikan berat badan anda sesuai dengan tinggi anda, mempunyai Indeks Jisim Badan BMI yang ideal, mengamalkan permakanan dan gaya hidup yang sihat, untuk mengurangkan risiko anda menghidapi sekali lagi Diabetes ketika mengandung.
Jika bercadang untuk mengandung lagi, anda boleh memulakan pengambilan asid folik tambahan 5mg sehari sekali sebelum menghentikan perancangan keluarga dan pada 3 bulan pertama kehamilan. Anda memerlukan preskripsi doktor untuk ubat ini.

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin di bawah pengawasan doktor dan petugas kesihatan anda.

Ditulis oleh:
Dr. Muhammad Izzat, registrar obstetrik dan gineakologi yang bertugas di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Rujukan:
Royal College of Obstetricians & Gynaecologist United Kingdom

Waspada Warna Urin (Air Kencing).

Assalamualaikum.

Ramai tak tahu yang kita boleh tau tahap kesihatan kita daripada warna air kencing. Sebenarnya air kencing adalah cara paling senang untuk kita tau sama ada tubuh kita kekurangan air atau pun tak.

Cuba rujuk jadual ni. Dan bandingkan dengan warna urin kita. Dalam keadaan normal, urin sepatutnya berwarna kuning cair.


Air kencing mempunyai pigmen urokrom yang memberikan warna kuning. Warna ini berubah-ubah mengikut kepekatan air kencing, daripada kuning gelap kepada kuning cair.

Badan memelukan air untuk menjalankan fungsi sel dengan baik. Kalau kita kurang minum air, badan akan mengekalkan air di dalam tubuh menyebabkan penghasilan air kencing berkurang. Akibatnya kita dapat lihat air kencing kita jadi warna kuning gelap.

Kalau minum air cukup pula, badan akan hasilkan lebi banyak air kencing. Warna air kencing akan jadi kuning cari.

Selain tu, warna air kencing mungkin dipengaruhi oleh warna makanan yang kita makan. Suplemen pun boleh mempengaruhi warna air kencing.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Shaklee Effects: Turun 30 KG Dalam Masa 4 Bulan!

Assalamualaikum.

Rehan nak cerita kisah Shaklee Effects seorang rakan bisnes rehan. Masa rehan jumpa kak dila awal bulan hari tu, rehan tak sangka sangat kak dila ni dulu comel montel orangnya. Sebab masa jumpa tu memang kecil molek sangat orangnya.

Bila dah balik tu kak dila whatsapp gambar lama dia, ya ampun, terkejut rehan!


Rupanya kak dila ni dulu 82 kg! Orangnya rendah lagi dari rehan. Rehan pun pernah tercapai berat 82 kg masa dah 9 bulan mengandungkan arfa. Bayangkan!

Bila rehan riki-riki, kak dila akhirnya bongkar juga rahsia macam mana kak dila turunkan berat dari 82 kg ke 52 kg dalam masa 4 bulan. Itupun satu juga. Kak dila kata sampai terpaksa berhenti amalkan tips tu sebab dah terlalu ringan, sampai 48 kg.

Makan lebih sikit, berjaya naikkan berat sampai 52 kg. Sekarang kak dila maintain je.

Seronok ke seronok? Rehan ni tak habis singkir lagi berat mengandungkan arfa. Selera menjadi-jadi bila menyusukan 2 orang anak sekaligus. Tapi zauj Qusyairi kata biar comel-comel sikit taknak kurus sangat, nanti tak kuat nak dukung anak-anak kami yang semangat. Haha.

Nak tau apa tips kak dila, boleh cari rehan ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kawal Tekanan Darah

Assalamualaikum.

Tekanan darah tinggi dah jadi penyakit biasa di kalangan kita. Kawan-kawan rehan pun yg muda-muda ada yang dah makan ubat darah tinggi. Kalau dah makan ubat ni, sampai bila-bila kena makan.
Rehan pernah sekali sakit kepala sampai terpaksa dirujuk kepada doktor. Rupanya tekanan darah 160/110 kalau tak silap. Masa tu rehan belum kahwin, memang sangat fokus dengan kerja. Sampai kerap migrain dan sakit kepala.

Macam mana nak kawal tekanan darah?

Tekanan darah tinggi berlaku sebab salur darah semakin sempit akibat mendakan lemak dan kolestrol dalam salur darah. Untuk kurangkan tekanan pada aliran darah, mendakan lemak dan kolestrol tu perlu disingkirkan. Omega-3 boleh bantu singkirkan mendakan lemak dan kolestrol dari dalam salur darah.

Ubat yang hospital bagi untuk pesakit darah tinggi tu kita selalu panggil ubat cair darah. Penghidap darah tinggi darahnya lebih likat. Sebab tu perlu dicairkan untuk kurangkan tekanan. Omega-3 juga ada kesan mencairkan darah. Sebab tu omega-3 tak digalakkan diambil oleh ibu hamil lebih 32 minggu. Bimbang berlaku tumpah darah masa bersalin.

Kat bawah ni rehan kongsikan kesan pengambilan OmegaGuard Shaklee oleh kawan rehan selama 1 minggu. Nampak bezakan. Malah kawan rehan ni turut kongsi bacaan tekanan darah dia 2 minggu berikutnya, tekanan darah terus stabil.



Kalau anda bergelut dengan masalah tekanan darah tinggi, boleh berikhtiar dengan OmegaGuard Shaklee. Boleh hubungi rehan untuk konsultasi percuma dan cara makan suplemen yang betul dan berkesan.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Anda Beli Omega-3 Atau Lemak Ikan?

Assalamualaikum.

Baca tajuk dah boleh agak rehan nak cerita apa kan. Betul betul betul. Isunya apa yang anda dapat daripada wang yang anda bayar?

Tak dinafikan ada jenama suplemen yang jual minyak ikan pada harga jauh lebih rendah berbanding harga OmegaGuard Shaklee. Rehan sendiri pun sebelum kenal Shaklee makan minyak ikan yg murah.



Tapi sejak kenal Shaklee, barulah rehan sedar perbezaan minyak ikan jenama lain dgn OmegaGuard Shaklee. OmegaGuard Shaklee diperakui mengandungi Omega-3 paling tinggi iaitu sebanyak 85%. Sedangkan jenama lain kandungan lemak ikan lebih tinggi daripadan Omega-3.

OmegaGuard Shaklee juga lebih berkualiti sebab diperbuat daripada ikan laut dalam yang bebas pencemaran. Minyak ikan laut dalam ini melalui tiga kali proses penyulingan proprietary. Sebab tu OmegaGuard Shaklee tak hamis bau ikan, tak ada logam berat yang biasa ditemui dalam hidupan laut. Minyak ikan jenama lain gunakan proses penyulingan bertekanan tinggi yang merosakkan nutrient dalam minyak ikan. Tak macam proses penyulingan proprietary yang tak merosakkan nutrient dalam OmegaGuard.

Pastikan anda pilih suplemen yang berkualiti. Dapatkan konsultasi secara percuma dari kami bagi setiap pembelian anda.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Shaklee: Bisnes Online Paling Mudah!

Assalamualaikum.

Gambar fail.

Sebenarnya bisnes Shaklee ni yang paling mudah. Asal kita buat, kita dapat.

Modal kecil / Tanpa Modal
Cuma RM75 termasuk pos memberkit terus ke depan pintu. Sekali je seumur hidup. Dah boleh jana income seberapa banyak yang kita nak. Bandingkan dengan bisnes lain, modal beribu dan beli produk, sewa premis, marketing etc. Banding dengan MLM lain pulak, register dah beratus, tiap-tiap tahun kena renew membership berpuluh pulak. Dengan shaklee, kumpul order RM650 dah dapat free membership, dah confirm dapat bonus RM30+ lagi bulan depannya.

Tak perlu simpan stok
Nak keluar modal sendiri belanja beribu simpan stok kat rumah terpulang. Kalau taknak, boleh order direct di website, shaklee poskan terus ke rumah customer. Senang sangat, kan? Konsep dropship ni bantu persaingan sihat dan adil sesama SID. Jadi tak ada alasan tak mampu beli stok. Semua orang mampu berniaga dan dapat bonus, nak atau taknak buat je.

Tak perlu marketing beria
Shaklee dah bertapak lebih 20 tahun di malaysia, dan hampir seratus tahun di US. Tak perlu cakap banyak, ramai dah kenal Shaklee. Let the brand speaks for itself. Kita tinggal jual je.

Bisnes online
Tak perlu keluar rumah ketuk pintu rumah orang, duduk depan laptop je dah boleh berniaga. Banyak sangat peluang dalam perniagaan online, sama ada melalui blog, melalui fb, atau forum etc kita boleh reach lebih ramai orang tanpa batasan. Malah kita boleh cari downline dari negara lain dan kembangkan empayar bisnes kita ke seluruh dunia.

Suplemen Shaklee Terbukti Selamat, Berkesan Dan Semulajadi. Halal juga!
Ini faktor utama kejayaan Shaklee, produk yang berkualiti tinggi. Tak boleh dipertikaian lagi kualiti dan keberkesanan produk Shaklee. Dah banyak jurnal dan research paper yang diterbitkan tentang produk Shaklee oleh badan-badan bebas. Produk berkualiti tinggi macam ni, mesti boleh jual.

Rehan tak suruh puji Shaklee melambung, tolong jangan overclaim Shaklee ni suplemen ajaib. Yang buta makan boleh celik, yang kudung kaki boleh tumbuh semula. Merepek tu. Rehan minta korang cuba sendiri suplemen Shaklee, kemudian kongsi apa yang korang rasa. Sebab tu namanya sharing, bukan selling.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Shaklee Turunkan Kolestrol Tinggi.

Assalamualaikum.

Pernah risau tentang kolestrol anda? Atau masih rasa kolestrol boleh di pandang ringan?

Kolestrol berlebihan dalam badan akan menyebabkannya membeku dan termendap dalam salur darah. Kesan mendapan kolestrol dalam salur darah menyebabkan salur darah menjadi sempit dana meningkatkan risiko penyakit serius seperti:
  • Sakit jantung
  • Tekanan darah tinggi / Hipertensi
  • Strok / Angin ahmar
  • Peyakit hati
  • Ketaksuburan
Satu hidangan biasa rakyat Malaysia sebenarnya mengandungi lebih daripada jumlah kolestrol harian yang dicadangkan. Itu baru satu hidangan. Sedangkan sehari kita makan 2 hingga 3 kali hidangan berat. Ini bermaksud jumlah kolestrol harian kita tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dicadangkan untuk kesihatan.

BAGAIMANA SHAKLEE ATASI MASALAH KOLESTROL TINGGI
Terdapat beberapa produk Shaklee yang sesuai untuk mengatasi dan mengawal masalah kolestrol tinggi. Produk tersebut adalah:
  • Phytocol-ST
  • OmegaGuard

Phytocol-ST HALANG KOLESTROL DARIPADA DISERAP


PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.
  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Bagaimana Fitosterol Bertindak
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus. Saiz fitosterol yang lebih besar daripada kolestrol menyebabkan laluan yang menyerap kolestrol tersumbat dan tidak dapat dilalui oleh kolestrol. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi peluang untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda. Selepas 4 jam, kolestrol dan fitosterol yang tak dihadamkan akan disingkirkan daripada badan melalui proses perkumuhan.

Terdapat lebih 80 kajian yang menyokong dengan menghalang kolestrol daripadadiserap ke dalam darah, fitosterol dalam membantu mengurangkan aras kolestrol LDL.




OMEGAGUARD BAKAR LEMAK DALAM BADAN


Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

OmegaGuard mampu mengurangkan aras mendapan kolestrol dalam salur darah, sekaligus merendahkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Antara kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee adalah:-
  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Gabungan Phytocol-ST dan OmegaGuard bertindak mengatasi masalah kolestrol dari luar dan dalam. Dengan Phytocol-ST,kolestrol daripada makanan dihalang daripada memasuki badan. Manakala OmegaGuard pula menyingkirkan kolestrol yang telah sedia ada termendap dalam salur-salur darah. InshaAllah keduanya merupakan ikhtiar terbaik dan berkualiti untuk mengatasi masalah kolestrol.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Masalah Kolestrol Tinggi.

Assalamualaikum.


Anggaran 6 juta rakyat Malaysia mengalami kolestrol tinggi. Cuba lihat sekeliling kita. Kawan-kawan dan keluarga kita. Bagi setiap 9 orang yang kita kenal, 2 daripadanya mengalami kolestrol tinggi. Soalnya adakah kita salah seorang daripada 2 orang tersebut?

APA ITU KOLESTROL?
Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama, mereka menjadi satu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat, lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia

Terdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi (HDL) , dan ketumpatan perantaraan (IDL). Ujian kolesterol mudah boleh mengetahui jenis kepadatan anda mengalami .

Sumber kolestrol dalam badan kita adalah daripada rembesan hati dan pemakanan. Kolestrol yang dirembes oleh hati memang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi secara normal. Kolestrol daripada pemakanan pula sering menjadi punca masalah kolestrol tinggi akibat daripada pemakanan tak seimbang dan pengambilan makanan keterlaluan.


AKIBAT KOLESTROL TINGGI
Kolestrol berlebihan dalam badan akan menyebabkannya membeku dan termendap dalam salur darah. Kesan mendapan kolestrol dalam salur darah menyebabkan salur darah menjadi sempit dana meningkatkan risiko penyakit serius seperti:
  • Sakit jantung
  • Tekanan darah tinggi / Hipertensi
  • Strok / Angin ahmar
  • Peyakit hati
  • Ketaksuburan

JUMLAH KOLESTROL HARIAN YANG DICADANGKAN
Persatuan Jantung Amerika mencadangkan pengambilan kolestrol sebanyak 300mg sahaja sehari bagi individu normal. Bagi pesakit jantung, jumlah kolestrol yang dicadangkan cuma 200mg sehari.

Walau bagaimanapun, tahukah anda berapakah jumlah kolestrol yang anda ambil setiap hari?



Satu hidangan biasa rakyat Malaysia sebenarnya mengandungi lebih daripada jumlah kolestrol harian yang dicadangkan. Itu baru satu hidangan. Sedangkan sehari kita makan 2 hingga 3 kali hidangan berat. Ini bermaksud jumlah kolestrol harian kita tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dicadangkan untuk kesihatan.

Semoga entri ini bermanfaat. Untuk dapatkan Set Kolestrol Shaklee, hubungi kami sekarang.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Atasi Strok Dengan VIVIX.

Assalamualaikum.

Masih ramai yangtak sedar bahaya strok. Selalu kita merasa kita tak mungkin akan diserang strok. Begitu juga mereka yang pernah diserang strok, suatu masa dulu mereka tak pernah terfikir akan diserang strok.


Tapi sebenarnya, strok boleh dicegah. Malah bagi mereka yang pernah diserang strok, masih ada harapan untuk mengubati kesan akibat serangan strok.


BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH STROK

  1. Banyakkanlah bersenam dan menukar gaya hidup. Kalau sebelum ni malas, cuba rajin-rajinkan diri bersenam secara tetap setiap minggu. Paling tidak 15 minit, tiga kali seminggu.
  2. Ubahlah tabiat makan. Kurangkan makanan berkalori tinggi, berminyak, berkolesterol dan berlemak berlebihan. Ini kedengaran klise. Tapi kita memang takkan sedar bilakah masanya lemak, minyak, dan kolesterol itu melekat dalam salur darah, membentuk plak, mengeras lalu menghalang perjalanan darah beroksigen sampai ke otak dan jantung!
  3. Kurangkan makanan manis, berkarbohidrat tinggi yang boleh menyebabkan diabetes. Kurangkan garam dalam masakan.
  4. Lebihkan pengambilan air kosong (6-8 gelas sehari), banyakkan makan sayur, buah dan makanan berserat.
  5. Ambil ubat ikut waktu yang ditetapkan
  6. Jalani fisioterapi (bagi pesakit strok)
  7. Ambil makanan tambahan yang sesuai.


KEBAIKAN VIVIX UNTUK PESAKIT STROK


Pasti ramai yang dah tahu bahawa Vivix Shaklee dapat membantu mencegah serangan stroke malah juga membantu dalam pemulihan pesakit stroke dengan PANTAS!

  1. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang typo rosak, mati, abnormal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.
  2. Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot oleh itu menggalakkan sel menjadi sihat semula.
  3. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (iaitu penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.
  4. Ramuan Vivix juga adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (iaitu kandungan dalam anggur muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel.
  5. Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular/ jantung.
  6. Ramuan Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.
  7. Ekstrak elderberry membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.
  8. Ekstrak lobak ungu membantu dalam kesihatan salur darah, platlet, dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
  9. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam pengekalan berat badan ideal.
  10. Pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix banyak membantu pemulihan pesakit stroke.

Testimoni pengguna VivixShaklee:



Pulihkan mild stroke dalam masa 3 hari

Kurangkan darah tinggi kronik hingga mampu berhenti ambil ubat hospital.

Masalah saraf akibat angin ahmar hilang, mampu tunaikan umrah tanpa kerusi roda

Tak perlu ragu-ragu lagi dengan khasiat dan kebaikan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee telah melalui ujian klinikal yang ketat setelah penyelidikan bertahun-tahun oleh pakar dan saintis Shaklee. Dan lebih eksklusif lagi, Vivix telah dipatenkan khas hanya EKSKLUSIF untuk Shaklee!



Hubungi kami SEKARANG jika berminat untuk dapatkan 2 botol VIVIX dengan diskaun 5%, percuma keahlian Shaklee seumur hidup, percuma VITA-LEA Iron Formula dan bonus tunai sebanyak RM36.


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kenali Penyakit Strok.

Assalamualaikum.

Pendarahan di kepala atau otak sering berlaku secara mengejut dan tiba-tiba. Mangsa serangan boleh rebah kerana kurang pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak. Keadaan ini dipanggil serangan strok atau angin ahmar.

Strok terbahagi kepada dua jenis.
  • Strok Ischaemic - gumpalan darah/lemak dan saluran darah yang sempit mengurangkan bekalan oksigen ke bahagian otak.
  • Strok Haemorrhagic - Saluran darah pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam atau sekeliling tisu otak.

TANDA DAN GEJALA STROK
Otak: Keliru, sawan, pening, masalah berlarutan, hilang koordinasi tubuh, sakit kepala yang teruk.
Mata: Masalah penglihatan sama ada sebelah atau kedua-dua mata.
Muka, tangan, kaki:emah atau kaku secara tiba-tiba di sebelah bahagian tubuh. Kesukaran untuk berjalan secara tiba-tiba.

Strok adalah KECEMASAN! Setiap minit sangat berharga.

Jika stroke menyerang:



Faktor Risiko Strok Yang Tidak Dapat Diubah:
  • Sejarah keluarga
  • Lelaki
  • Peningkatan umur

Faktor Risiko Strok Yang Boleh Diubah
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit Jantung
  • Atrial fibrillation
  • Penyakit diabetes
  • Tahap kolesterol tinggi
  • Obesiti/kegemukan
  • Merokok
  • Alkohol
  • Tidak aktif/ kurang bersenam
Secara realitinya, kebanyakan kejadian strok boleh dicegah. Strok memerlukan rawatan segara dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Strok menyerang OTAK (bukan jantung) dan pemulihan pesakit strok berterusan sepanjang hayat.


BAGAIMANA MENCEGAH SERANGAN STROK (DAN SERANGAN ULANGAN)?
  1. Pastikan tekanan darah kurang daripada 130/80 mmHg.
  2. Turunkan paras kolesterol LDL (kurang daripada 1.8 mmol/L)
  3. Berhenti merokok
  4. Tidak mengambil alkohol
  5. Kawal berat badan dan bersenam
  6. Ketahui sama ada mempunyai penyakit jantung atau diabetes
  7. Ambil aspirin atau ubat anti-platlet/pencair darah
  8. Ambil diet rendah lemak dan rendah garam
  9. Ambil alternatif seperti suplemen
Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat! Jangan sesekali abaikan faktor risiko, sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, dan segera amalkan cara hidup sihat.

Cegahlah sebelum terlambat!!

[Sumber]


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Collagen Powder dan Nutriferon Kini Kembali.

Assalamualaikum.

Mana dia peminat-peminat NutriFeron dan Collagen Powder? Mesti dah rindu kat produk kegemaran ni kan.

Alhamdulillah dua-dua produk kegemaran mak-mak moden ni dah kembali ke pasaran. Lama tunggu tau. Kenapa rehan kata produk ni kegemaran mak moden?

Satu: NutriFeron suplemen wajib ada di setiap rumah. NutriFeron ni suplemen perangsang imun tau. Rumah yang ada anak kecil macam rumah rehan wajib ada. Lagi-lagi kalau kerap travel macam rehan ni. Sebelum ke mana-mana, makan dulu NutriFeron satu sachet. InshaAllah tak demam, tak selsema.
Anak-anak pun rehan bagi makan NutriFeron. Kautsar makan sendiri, rasanya sedap memang Kautsar suka. Arfa pula dapat manfaat NutriFeron melalui susu ibu. Bagus kan? Masa sakit mata dulu, rehan makan NutriFeron ni 2 hari sakit mata terus baik sepenuhnya.

Kedua: reward untuk mak-mak yang tabah bekerja keras sepanjang siang dan malam menguruskan rumahtangga. Tentu tak banyak masa untuk jaga kecantikan. Kulit jadi kusam. Hati pun sedih.
Tapi sekarang mak-mak boleh jaga kecantikan semudah satu sachet je sehari. Minum setiap hari, dijamin mak-mak jadi cantik dalam masa seminggu. Hihi.

Dua-dua ni suplemen terdesak rehan. Rasa-rasa nak sakit terus telan NutriFeron sepeket. Rasa-rasa kulit mula nak kering terus minum Collagen Powder sampai kulit dah ok.

Kalau nak sama-sama gagah dan cantik dengan rehan mari dapatkan laju-laju.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Petanda Awal Sakit Jantung.

Assalamualaikum.


Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

  1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda.

[Sumber]

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU

Shaklee ada rangkaian suplemen untuk kesihatan jantung.


Langkah 1:
PENCEGAHAN oleh Phytocol-ST yang menyerap kolestrol dari makanan agar tidak diserap oleh salur darah

Langkah 2:
PENURUNAN oleh Omega Guard yang menyerap kolestrol jahat sedia ada yang berlebihan dalam salur darah.

Langkah 3:
MENGUATKAN oleh CoQHealth Plus yang meningkatkan fungsi otot jantung dan memperbaiki peredaran darah

Langkah 4:
PERLINDUNGAN oleh VIVIX yang memberi perlindungan kepada sel dari penuaan pra matang dan menghalang kerosakan sel serta memelihara kesihatan salur darah.

Berminat untuk dapatkan Set Kesihatan Jantung Shaklee boleh hubungi kami bila-bila masa.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kenapa Perlu Daftar Shaklee Sekarang!

Assalamualaikum.

Shaklee baru je lancarkan Program Young Entrepreneur System (YES) khas untuk awak-awak yang berminat untuk mengubah taraf ekonomi diri. Program ni platform terbaik untuk melonjakkan bisnes seawal perniagaan. Bulan pertama terus serius dan dalam masa 6 bulan boleh gandakan bonus sehingga 250%!


Sebab itu rehan nak share kenapa WAJIB mulakan bisnes Shaklee anda SEKARANG:
  • Sebab YES enrollees layak untuk terima bukan satu, bukan dua tapi LIMA (5) insentif istimewa yang Shaklee tawarkan untuk mereka.
  • Selain tu, YES enrollees juga berpeluang untuk dapat trofi dan hadiah tunai RM10,000 daripada Shaklee di penghujung cycle 2015 nanti.
  • YES enrollees boleh menyertai program pendidikan oleh Shaklee tentang peluang bisnes, pengetahuan tentang nutrisi dan produk.
  • YES enrollees juga diberikan sokongan motivasi oleh organisasi naungan dalam bentuk kelas-kelas bisnes, marketing, perkongsian oleh Master-master yang dah berjaya dengan Shaklee.
  • Khas untuk YES enrollees, Shaklee telah sediakan 4 set promosi yang menjanjikan lebih penjimatan dengan lebih bonus iaitu set prenatal, postnatal, fitness dan young living.


Dalam masa 6 bulan, anda akan menjana sehingga beribu ringgit melalui program ini. Semudah tu?

Tak!

Tak semudah tu. Semua di atas memang disediakan, tapi usaha anda sendiri yang menentukan berapa bonus yang anda jana. Berapa banyak kemajuan dalam bisnes anda. Rehan dan company cuma boleh berikan panduan, guide sehabis baik. Tapi kalau anda tak bertindak, anda tak capai apa-apa.

Daftar Shaklee dengan rehan SEKARANG. Jana income ribuan ringgit. Kejar impian yang selama ini anda pendam.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

YES: Jimat Lebih 5% Set Prenatal, Postnatal, Kuruskan Badan dan Anti-Penuaan.

Assalamualaikum.

Berita baik untuk peminat Shaklee, baru-baru ni Shaklee telah lancarkan program yang dipanggil YES Program. YES ni maksudnya Young Entrepreneur Set. Orang muda je dapat? Habis tu orang tua tak boleh sertai Shaklee bawah program YES ni ke?

Salah tu. Young tu bukan maksudnya muda pada umur, tapi muda dalam bisnes Shaklee. Masih hijau lagi gitu. 

Program YES ni berjalan dari Mei hingga Oktober 2015. Sepanjang tempoh ni, sesiapa yang berdaftar dengan Shaklee akan dapat banyak sangat insentif yang ahli lama tak dapat. Nak pendekkan cerita, kalau ahli baru tu berjaya dapatkan bonus RM2000, tak mustahil bonus tu Shaklee akan gandakan sehingga jadi lebih dari RM6000. Banyak tak? Usaha 100%, dapat bonus 250%. WOW!

Kalau tak berminat nak berbisnes, tak ada benefit la program YES ni, kan?

Salah jugak. Walaupun tak berminat nak berbisnes, tapi YES masih berikan benefit kepada ahli  yang beli untuk makan sendiri. Benefitnya berupa 4 set promosi yang boleh dibeli dengan diskaun 5% (tak termasuk GST).

Meh nak ajar kira sikit: Mulai 1 April 2015 semua produk dan perkhidmatan Shaklee dikenakan GST. Jadi jumlah yang perlu bayar dah bertambah (harga ahli + 6% GST ). Tapi dengan YES promotional pack ni, Shaklee bagi 5% diskaun. Jumlah yang perlu dibayar oleh ahli Shaklee ialah (harga ahli + 6% GST - 5% YES promo). Setiap promo set ni pula melayakkan anda dapat bonus 5% daripada UV barang tersebut. Jadi ada cash back lagi.

Jimat ke jimat?



So ni YES promotional set yang Shaklee tawarkan:
  • Set Healthy Prenatal: ESP, Vitalea, B-Complex, OsteMatrix, Vita C, OmegaGuard
  • Set Healthy Postnatal: ESP, Vitalea, Alfalfa (S), OsteMatrix, Vita C, OmegaGuard
  • Set Healthy Fitness: Cinch Shake Mix (2 tin), Cinch Energy Teamix, Herblax, Vitalea, Lecithin
  • Set Yealthy Young Living: VIVIX (2 botol)

Nak grab promotional set ni kena cari rehan cepat-cepat. Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor | 012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

PROMOSI MEI 2015: OMEGAGUARD, PHYTOCOL-ST & VITALEA FOR CHILDREN.

Assalamualaikum.

Bulan Mei 2015 adalah bulan kolestrol sihat. Promosi bulan ni sangat sesuai untuk anda yang inginkan tubuh sihat dengan paras kolestrol tubuh yang selamat. Sesuai untuk rehan sebab hari pertama bulan ni rehan buat ujian kolestrol, ada tinggi sikit. Wajib turunkan segera sebelum melarat. Hihi.

Jom tengok promosi bulan ni:


Promosi Mei 2015:
  • OmegaGuard - Beli 6 Dapat 7 
  • OmegaGuard - Beli 2 Diskaun 5%
  • Phytocol-ST - Beli 6 Dapat 7
  • Phytocol-ST - Beli 2 Diskaun 5%
  • Vitalea For Children - Beli 3 Dapat 4

Kenapa rehan kata bulan ni bulan kolestrol sihat? Sebab gabungan OmegaGuard dan Phytocol-ST terbaik untuk mencegah kemasukan kolestrol dari makanan dan menyingkirkan kolestrol sedia ada dalam badan. Nampak tak tu, pelan dua tindakan untuk mendapatkan aras kolestrol semudah cegah dan singkir. Kesan pada bacaan kolestrol boleh dilihat seawal 2 bulan!

Kalau berminat untuk dapatkan set promosi kolestrol sihat ni, cari rehan ok. Lebih baik lagi kalau mendaftar terus sebagai ahli Shaklee melalui rehan untuk dapatkan free consultation seumur hidup berkaitan produk Shaklee. Selain tu ada special offer untuk ahli yang mendaftar Shaklee sekarang.

Nak tau special offer apa? Stay tuned.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Hadiah Kelahiran Arfa Yang Sangat Kreatif.

Assalamualaikum.

Sebelum ni rehan ada post pasal beras kan. Cakap pasal beras tergerak rehan nak share hadiah yang kami dapat sempena kelahiran Arfa. Rehan mengaku kawan-kawan dan family rehan memang kreatif kali ni. Sebab hadiah yang dapat kali ni jauh melantun-lantun berbeza berbanding hadiah kelahiran Kautsar dulu.

Sebelum tu share sikit hadiah apa yang kami dapat sempena kelahiran Kautsar dulu.

Masa Kautsar lahir kami dapat banyak sangat barang baby. Anak sulung kot, sebab tu ramai yang belikan barang baby. Kebanyakannya bagi baju. Segala jenis baju kami dapat, cukup stok dari lahir sampai Kautsar umur setahun. Hihi. Selain tu kami dapat playgym, barang kelengkapan bayi, dan paling banyak dapat duit cash la. Mungkin sebab Kautsar lahir dekat nak raya kan.

Kali ni bersalinkan Arfa, hadiah yang kami dapat sangatlah variasi. Meh share sikit. Kat bawah ni rehan share gambar dari Google ye, sebab tak dan nak ambil gambar hadiah Arfa hari tu.


1. Baju, baju, baju!
Tak dapat sebanyak masa Kautsar lahir, tapi cukup banyak. Ibu dan abah tak ada kalut-kalut nak cuci baju cepat-cepat. Hihi.


2. Set Safi Balqis
Yang dapat daripada kawan-kawan kat office. Tersangatlah prihatin kan dengan kecantikan ibu Arfa. Hahah. Dapat satu set produk Safi Balqis; pencuci muka, toner, lotion, bedak, serum, krim, deodoran. Rehan google tapi tak ada gambar yang lengkap.


3. Set-set Tupperware
Nampak tak rehan tulis set-set tu? Kata jamak tu. Maksudnya rehan dapat lebih dari satu set. Berbunga-bunga hati bila member call tanya: Kau nak tupperware tak? Haruslah nak. Hati ibu mana mampu menolak godaan tupperware. Kikiki. Tupperware ni office yang bagi. Ha yang ni gambar rehan snap. Dapat 2 set, satu lagi tu set botol susu. Comel sangat! Maka dengan adanya set tupperware ni, rehan rajin sangat blend lada, bawang, bawang putih tiap-tiap hujung minggu, simpan dalam fridge dan freezer. Masak pun jadi mudah sangat, 10 minit siap!


4. Ikan bilis
Bukan calang-calang ikan bilis. Ini ikan bilis import dari Tawau tau. Dapat sekilo ikan bilik kopek. Sekilo lagi ikan bilis halus. Jangan tanya jenis-jenisnya kat rehan. Rehan tau masak dan makan je.


5. Beras
Ok, yang ni sangat best juga. Dapat besar 2 kampit daripada pemborong beras En Zulhilmi. Sekampit 5 kilo beras panjang. Sekampit lagi 5 kilo beras wangi. Berselera rehan makan dalam pantang. Sukalah zauj Qusyairi tengok rehan menggemukkan diri. Hihi.

6. Pakej Jagaan Bersalin dan Berpantang
Yang ni hadiah dari kakak dan ayah rehan. Pakej penjagaan selepas bersalin. Dalam pakej ni termasuklah mandian herba, bertangas, berurut, bertungku, urutan wajah, lilit bengkung. Sepanjang pakej ni, berat rehan turun banyak. Tapi bila rehan duduk rumah sendiri makan nasi sedap beras best tadi naik balik berat. Hahah. Ok secara jujur, rehan memang tak berdiet sebab rehan menyusukan anak :)


Setakat ni je yang rehan ingat. Dah tengah-tengah malam ni rasa mengantuk nak tidur lebih daripada rasa nak berblogging. Hihi. Tapi seriously, kreatif kan family dan kawan-kawan rehan?

Ada ke yang pernah dapat hadiah kreatif macam ni? Cuba share sikit.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...