"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Suplemen Shaklee Kegemaran.

Assalamualaikum.

Hari ni rehan ingat rehan nak share la apa suplemen kegemaran rehan. Dah namanya tokei Shaklee, mestilah banyak suplemen Shaklee yang rehan makan. Jadi nak share juga la antara semua tu yang mana yang paling rehan suka.

Susah nak taip entri ni tau. Lama rehan fikir-fikir yang mana satu suplemen kegemaran rehan. Sebab semua pun rehan suka. Serius ni. Tak tipu. Walaupun ada suplemen yang kejap rehan makan, kejap tak, tapi yang itu pun rehan suka juga sangat-sangat.

Jadi kat bawah ni rehan share apa suplemen kegemaran rehan ok. Tak susun ikut susunan pun sebab tak berjaya decide yang mana paling best. Semua best!

Collagen Powder: best sangat sebab rehan kan ada masalah kulit sensitif. Selama ni memang tak berangan kulit rehan akan normal. Tapi sejak minum collagen powder, Allahu, senangnya nak jaga kulit. Baru minum 4-5 hari dah nampak comel. Habiskan satu kotak memang bertambah-tambah comel muka. Hihi.

VIVIX: hands down memang suplemen terbaik rehan pernah makan. Vivix ni untuk longterm, kesihatan jangka panjang. Kalau family ada sejarah diabetis, darah tinggi, kanser macam rehan ni memang patut amalkan Vivix dari muda. Kesembuhan tu milik Allah, tapi kita sebagai makhluk kena berikhtiar. Sejak makan Vivix, rehan rasa badan lebih segar, bertenaga, muka lebih pinkish. Vivix ni tonik awet muda 25 tahun untuk hidup 25 tahun lebih lama. InshaAllah.

ESP: ok ni la produk yang buat rehan jatuh hati pada Shaklee mula-mula dulu. Wajib rehan minum ESP tiap-tiap pagi sebagai energy booster. Rehan perasan kulit seluruh tubuh jadi lebih sihat, tak kering, tak menggelupas sejak minum ESP. Alhamdulillah dah hampir 3 tahun rehan amalkan ESP, memang membantu rehan lebih aktif dan bertenaga.


Ok tiga je. Ikut hati ni nak tambah OsteMatrix dengan Vita C. Tapi nanti dah tambah dua ni, tambah lagi yang lain. Haha. Kalau siapa yang nak makan suplemen tapi malas telan pil banyak-banyak, ambil 3 suplemen ni dah cukup sangat. Kesihatan luaran dan dalaman terjaga, jadi cantik jelita, badan pun aktif bertenaga.

Apa suplemen kegemaran anda?


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...