"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Selamat hari tua, En Qusyairi !

Assalamualaikum.

Minggu lepas hari lahir En Qusyairi tersayang. Tak ada hadiah. Tak ada celebration pun. Rehan memang bukan jenis yang suka sambut menyambut ni. Hehe.

Tapi ada sesuatu yang istimewa sempena hari lahir beliau.

Apakah itu? Hihihi.

Kek pisang in the making. Maafkan gambar dah siap tak ada. Selamat masuk perut.
Malam sebelum hari lahir beliau, rehan buatkan kek pisang. Senang kata kek hari lahir beliau kek pisang lah.

Tapi petang tu En Qusyairi bagi rehan hadiah. Wah, hari lahir beliau tapi rehan yang dapat hadiah. Syok betul!

Hadiah yg beliau bagi simple je; hand moxer dan penimbamg dapur. Senang kerja rehan nak baking membaking lepas ni (konon).

Kek pisang yang rehan buat senang je. Resepi daripada mak mertua rehan. Nak sediakan bahan cuma 10 minit. Membakar 45 minit. Sebelum buka rehan masukkan dalam oven. Lepas buka cuci mulut dengan kek pisang. Sedap lagi menyelerakan.

Lagi sekali maafkan tak ada gambar siap. Maruk perut juga.
Malam hari lahir beliau pula rehan buat home made pizza. Bagi orang yang tak berapa pandai masak macam rehan ni, dapat buat pizza dari tepung jadi doh, dari puree tomato jadi topping memang bangga rasanya.

Malam tu nak buat pizza, pagi tu baru google resepi. Beli bahan petang tu. Rehan guna hotdog dan crab stick je untuk topping (selain bahan-bahan asas).

Alhamdulillah. Marbeles!

Pizza rehan gebu sesangat sampai terkeluar daripada kaserol. Haha. Topping melimpah-limpah.

Rezeki student kami dua orang datang malam tu, dapat merasa pizza air tangan rehan versi pertama. Dapat seorang sepotong je. Selebihnya berpotong-potong rehan dan En Qusyairi yang makan.

Akhir-akhir ni rehan seronok cuba resepi yang rehan tak pernah masak. Rehan memang tak pandai masak. Tapi kepuasan bila dapat belajar resepi baru dan masak untuk family makan, memang tak boleh digambarkan.

InshaAllah akan datang rehan akan masak rendang daging untuk hari raya. Resepi belum google lagi. Hahaha.

Untuk zauj Qusyairi, selamat ulangtahun kelahiran. Semoga dikurniakan Allah swt nikmat iman dan keampunan-Nya. Terima kasih setia hampir 4 tahun berkenalan. Zaujah rehan doakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, hati yang tenang serta kebahagiaan.

Muah ciked!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...