"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bila Abah Tiada: Menguruskan Anak Sendirian.

Assalamualaikum.

Selama lebih 2 tahun sejak kami ada anak, boleh kata tak pernah lagi rehan kena uruskan anak sendirian tanpa suami. Maklumlah, kami cuma berdua kat sini. Tak ada siapa yang boleh bantu.

Sebelum bulan puasa hari tu ada sekali rehan bawa anak-anak ke JB dengan kawan-kawan. Walaupun suami tak ada tapi ada kawan baik rehan untuk bantu. Itupun tak banyak yg mereka boleh tolong sebab anak-anak rehan nak dengan ibu je. Dengan orang lain taknak langsung. Hehe.

Gambar candid yang berjaya dirakam. Haha. Nampak sangat kelabutnya tu. Kawan baik rehan tu dijadikan pembantu pengasuh. Tolong angkat beg dan ambilkan barang-barang. Kalaulah rehan ada 8 tangan, semua rehan buat sendiri.

Baru-baru ni rehan seorang diri bawa Arfa ke klinik untuk cucuk vaksin 6 bulan. Dah tentu Kautsar pun rehan angkut sekali. Biasa rehan pergi klinik petang. Tapi sebab Kautsar tidur petang lama, hari tu rehan ke klinik jam 10 pagi.

Tak seronok pergi pagi sebab orang ramai. Masa rehan sampai, depan rehan ada lagi 3 orang. Biasa pergi klinik tak sampai setengah jam dah siap. Kali ni sejam juga la rehan tunggu.

Macam biasa, Arfa menangis dalam kereta sepanjang perjalanan ke klinik. Jalan nak ke klinik tak jauh pun. Tapi ada sikit mencabar sebab kena melintas jalan besar, u-turn kat tempat sibuk, kenderaan laju. Masuk jalan kampung banyak motor dan budak sekolah bawa basikal.

Alhamdulillah selamat pergi dan balik klinik. Melalak-lalak juga Arfa kena cucuk. Manja Arfa ni tau. Kuat betul menangis. Letak sekejap pun menangis. Lagi la kena ikat dalam car seat. Haha. Kautsar sangat baik dan dengar cakap. Dalam kereta Kautsar tolong jaga adik. Senang kerja ibu.

Balik rumah terus bagi Arfa makan, lepas tu tidur. Sekejap je Arfa tidur. Lepas Arfa bangun tidur, ibu reward kakak Kautsar main kat McDonalds sebab baik sangat tolong ibu jaga adik.

McDonalds depan taman kami je. Tak ada masalah bawa anak-anak naik kereta. Masalahnya masa kat kaunter dah siap order semua, nak angkat tray sambil dukung Arfa tu macam mana tu. Haha. Rehan tak terfikir pula pasal tu sebelum pergi.

Alhamdulillah rehan ditemukan dengan orang baik-baik. Akak yang ambil order rehan tu nampak macam dah ada anak. Dia tolong bawakan tray, ambilkan sos dan straw dan setupkan meja rehan betul-betul sebelah playground.

Duduklah kami tiga beranak kat playground tu. Kautsar dan Arfa terjerit-jerit seronok sampai orang lain tak berani nak main. Haha. Mahap sangat. Ibu dah cuba suruh kontrol volume tu tapi anak-anak ibu teruja.

Sebenarnya pada rehan tak susah sangat nak jaga dua-dua anak tanpa abahnya. Kalau kat rumah tak susah. Kalau bawa berjalan pun inshaAllah senang. Sebab Kautsar senang dengar cakap. Arfa pun tak banyak ragam. Rehan pun dah plan-plan nak bawa anak-anak keluar lebih kerap lepas ni. Tak adalah memerap je kat rumah. Dapat temankan ibu jalan-jalan beli barang kan seronok.

Ibu-ibu lain jangan takut kalau terpaksa berurusan sendirian dengan anak-anak. Bersangka baik dengan anak, inshaAllah anak akan mudahkan urusan kita. Pastikan ibu gunakan car seat bila memandu dengan anak kecil. Gunakan penggendong untuk mudahkan ibu dukung bayi tanpa menyekat tangan. InshaAllah semua urusan dipermudahkan.

Salam sayang dari rehan dan anak-anak.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...