"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kenapa Rehan Sayang Bisnes Shaklee

Assalamualaikum.

Hari ni rehan mood sentimental, so rehan ingat rehan nak share sikit la kenapa dan mengapa rehan pilih bisnes yang rehan sayang sangat ni: Shaklee.

Kalau nak cerita kelebihan bisnes Shaklee, latar belakang dan reputasi syarikat, panjang berjela-jela oii. Kalau awak-awak google pun dah macam-macam SID lain share pasal latar belakang Shaklee dan segala macam kelebihan reputasi Shaklee sebagai pengeluar vitamin berkualiti. Rehan share sikit-sikit jela ye.

Jual produk suplemen bukan main-main tau. Produk yang kita jual tu orang nak makan sebagai ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik. Jadi kita sebagai penjual ada tanggungjawab untuk pastikan produk kita berkualiti dan selamat. Mula-mula dulu rehan tak berani nak jual suplemen. Walaupun jenama Shaklee dah terkenal sangat-sangat.

Bila rehan makan sendiri Shaklee ni berbulan-bulan, rehan rasa apa yang rehan tak rasa masa rehan makan suplemen jenama lain sebelum tu. Rasa perubahan ketara pada kesihatan. Badan segar, tak cepat letih. Masa tu rehan study pasal syarikat Shaklee.

Memang Shaklee pengeluar produk suplemen yang dah established. Malah perkataan vitamin  yang kita guna sekarang ni pun asalnya daripada Shaklee. Tak percaya? Percaya lah. Masa mula-mula dulu lebih kurang 100 tahun lepas, Shaklee hasilkan multivitamin pertama di dunia yang dinamakan Vitalised Mineral. Lama-lama nama tu diringkaskan sebagai vitamin. Produk multivitamin Shaklee yang merupakan pertama di dunia tu diberi nama Vita-lea. Kalau produk syarikat tu sendiri dah jadi kata nama am yang digunakan di seluruh dunia, nak kata apa lagi?

Yang sebenarnya rehan pilih bisnes Shaklee sebab bisnes ni paling tak serabut kepala, ZERO RISIKO dan senang dapat untung. Yeke? Yela, sebab kiraan bonus adalah mengikut bulan. Bulan ni buat kerja, bulan depan dapat bonus. Tak payah pening. Nak jual produk tak susah sebab jenama dah terkenal kan, orang sendiri cari kita untuk beli. Bulan pertama rehan join Shaklee dapat bonus RM34 sebab beli untuk diri sendiri. Bulan kedua rehan dapat bonus tak ingat berapa exactly tapi dekat cecah RM100 juga. Masa tu baru mula share pasal Shaklee kat fb. Adalah dalam 2-3 post seminggu. Hahah.

Lepas 10 bulan, bonus rehan RM2000. Ye. Dua ribu ringgit Malaysia.

Cuba bagitau rehan bisnes apa yang cepat dapat untung macam ni, tak payah fikir macam-macam, cuma share je apa yang kita rasa. Itu pun terus terang rehan cakap, rehan ni zero background tentang bisnes dan sepanjang 10 bulan tu rehan tak buat bisnes fulltime pun. Cuma share-share kat fb dan blog bila sempat je.

Ok tamat cerita duit. Sebab lain rehan suka join bisnes Shaklee sebab family bisnes Shaklee yang rehan join ni best sangat. Rehan taktau la pasal team lain, tapi team yang rehan join sangat membantu rehan rapat bukan saja dengan orang, malah dengan Pencipta. Rehan berubah boleh kata 180 darjah. Dulu rehan pendiam tak suka bercampur orang, sekarang rehan lebih ceria suka nak berkongsi pendapat dengan orang lain. Dulu rehan buat ibadat yang wajib-wajib (itu pun kadang kadang ada lompong), sekarang Alhamdulillah berganda lebih baik daripada amalan rehan dulu.

Kawan-kawan yang rehan kenal melalui Shaklee pun sangat baik, yang tak pernah berjumpa tapi dah macam ahli keluarga. Macam dah kenal lama. Dan Alhamdulillah, asbab Shaklee rehan dapat sambung semula ukhuwah yang terputus dengan ramai kawan-kawan lama.

Ada banyak lagi sebab tapi rehan nak skip terus ke point paling penting (sebab budak comel arfa dah bunyi seren ajak ibu tidur sama). Paling utama sebab rehan sayang bisnes Shaklee ni sebab dah terlalu banyak manfaat kesihatan yang rehan dapat, keluarga rehan dapat, kawan-kawan rehan dapat dan bermacam orang yang turut sama dapat manfaat kesihatan melalui rehan dan Shaklee. Puas sangat hati dapat bantu ramai orang untuk dapatkan kehidupan yang lebih berkualiti.

Sekarang rehan nak check in duty ibu mithali (read: tidur peluk-peluk dengan arfa). Jumpa lagi!

Salam sayang,
Qusyairi, rehan dan anak-anak


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...