"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Resepi Cheese Baked Meat Ball Carbonara: Tak Perlu Prego.


Assalamualaikum.

Ceritanya semalam rehan bukak peti sejuk. Ternampak la meat ball satu tupperware tersorok dalam freezer. Tengahari tu sambil berkejar-kejar tengokkan Arfa dan Kautsar, rehan sempat la buat sup meat ball (orang jawa panggil bakso). Sedap Kautsar makan.
Ada lah baki lagi separuh tupperware. Jadi rehan fikir nak masak cheese baked meat ball carbonara. 

Dulu masa rehan belum mengandungkan Arfa memang rajin masak carbonara. Macam-macam resepi rehan pernah cuba. Semalam bila nak masak semua resepi rehan lupa. Tapi apa susah, Google kan ada.
Rehan google punya google resepi carbonara, semuanya gunakan sos Prego. Apakah? Share resipi masak guna Prego?? Wasnt that funny?

Ops. Speaking london pulak.

Maka terzahirlah status di facebook rehan seperti gambar di atas. Geram tau geram. Bukan susah pun masak carbonara sampai semua orang kena guna Prego. Maka disebabkan geram, rehan hantam je masak guna resepi ingat-ingat lupa. Hantam je.

Ni rehan nak share cara buat Cheese Baked Meat Ball Carbonara dengan sangat mudah, gerenti jadi, gerenti sedap. Tak payah nak sukat-sukat sangat. Agak-agak je.

Bahan-bahan:
10-15 biji meat ball
1 biji bawang holland sederhana besar dipotong dadu
2 biji bawang putih sederhana besar dicincang / diketuk
2-4 biji cendawan butang dihiris
1/2 biji lada benggala dihiris
2-4 biji cili hijau
1 sudu mentega
2-3 cawan susu segar Dutch Lady
3 keping cheese petak dicarik
Serbuk / flakes lada hitam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Serbuk / flakes oregano secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara masak:
1. Goreng meat ball. Angkat dan susunkan dalam loyang. Taburkan cendawan dan lada benggala di atas meat ball.
2. Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang, bawang putih dan cili hijau sampai lembut.
3. Masukkan cheese. Tumis sampai cheese agak cair.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki.
5. Taburkan lada hitam, lada sulah, oregano dan garam. Kacau rata. Pastikan cheese cair. Tutup api.
6. Tuangkan kuah ke dalam loyang. Tabur cheese pizza banyak-banyak kalau ada. Kalau tak ada tabur cheese petak pun boleh.
7. Bakar dalam oven dengan api atas bawah 180°C selama 15 minit (agak-agaklah oven masing-masing). Kalau tak ada cheese lebih langsung, tak payah bake. Makan gitu je dah sedap.


Ini dia hasilnya. Sedap hingga menjilat jari. Tak rindu langsung kat Prego. Prego? Apa tu Prego?? Haahah.

Selamat mencuba!

Salam sayang,
Rehan, Qusyairi dan anak-anak.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...