"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Cara Senang Bersihkan Kotoran Minyak Di Dapur.

Assalamualaikum.

Rehan faham mak-mak mesti stress bila dapur kita kotor kan. Lebih-lebih lagi lepas memasak tu boleh rasa dapur, meja dan lantai berminyak-minyak.

Apa susah. Mop je la!

Huhu. Senang cakap tapi susah nak buat. Lebih lagi kalau ada anak kecil. Bila tak melayan anak, baru dapat jamah nasi dan je tandas. Sempat pula nak mop lantai dapur kan. Hehe.

Nah rehan nak share cara rehan bersihkan dapur. Lepas masak dan lepas makan, dapur dan meja rehan berkilat-kilat. Lantai dapur pun bersih tak berminyak.



Cara rehan senang sangat. Rehan guna pencuci serba guna Shaklee Basic H. Cuma bancuh beberapa titik dalam bekas spray. Lepas tu dah boleh guna untuk bersihkan meja, dapur dan lantai yang berminyak.


Berkilat tak berkilat meja rehan tu, tengok la sendiri. Bersih sangat kan. Semut-semut pun jauh. Setiap kali lepas memasak rehan cuma spray bancuhan Basic H ni kat dapur. Lepas tu lap pakai kitchen towel. Senang sangat minyak tanggal.

Baru-baru ni tetamu datang rumah rehan. Rehan masak bihun tomyam. Menumis tomyam tu sampai berminyak-minyak lantai dapur tau. Rehan cuma spray bancuhan Basic H ni kat lantai. Lepas tu rehan lap pakai tangan je lantai dapur tu. Tak sampai 5 minit dah berkilat dan tak berminyak. Sesuai sangat kalau mak mertua nak datang rumah. Haha.

Rehan suka Basic H ni sebab tak payah bilas. Syaratnya bancuh sikit je, kalau separuh baldi air nak mop lantai tu rehan bancuh dalam 5-6 titik je. Basic H ni sangat concentrated. Kalau bancuh banyak-banyak nanti melekit.

Lagi satu sebab rehan suka Basic H Shaklee sebab diperbuat daripada bahan semulajadi. Untuk mak-mak yang ada anak kecil macam rehan, penting gunakan pencuci semulajadi supaya selamat untuk anak-anak. Mainan Kautsar dan Arfa pun rehan cuci dengan Basic H. Bancuh cair-cair je.

Lagi kelebihan Basic H ni ada dalam gambar kat bawah ye.


Siapa berminat nak dapatkan Basic H Shaklee ni boleh hubungi rehan secara wasap atau pm kat facebook. Bukan taknak jawab call tapi faham-faham la orang anak kecil ni, telefon pun silent selalu takut yang kecil-kecil tu berebut. Hehe.

Ok jumpa dalam entri seterusnya. Sebelum tu kita baca dulu Penghulu Istighfar ni:

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

Salam sayang,
Qusyairi, rehan dan anak-anak.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...