"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibu Bukan Malaikat: Episod Anak Jatuh Katil.

Assalamualaikum.

Cerita ni dah lama. Tapi haru hari ni rehan tergerak nak kongsi. Tentang anak jatuh katil.

Orang ingat bila anak dah ada 2, kita makin cekap uruskan anak. Tak semua orang macam tu. Lagi-lagi rehan ni yang semulajadi clumsy.

Waktu sebelum ada Arfa, kami agak bersungguh jaga Kautsar. Yelah. Anak pertama. Badan masih bertenaga. Masa pun masih banyak. Memang jaga baik la Kautsar tu, minum susu badan, tidur berpeluk takut jatuh katil. Makanan Kautsar pun rehan masak tiap-tiap pagi.

Kautsar pernah jatuh katil. Tapi katil rendah. Kat bawah pun ada karpet. Rehan tak risau sangat sebab lepas jatuh tu Kautsar sambung tidur balik.

Tapi kes Arfa berbeza.

Rehan mula berpantang sendiri lepas bersalin 2 minggu. Masa tu usia Arfa baru 14 hari. Memang tak lekang Arfa daripada pandangan rehan.

Waktu tu huru hara sebab zauj Qusyairi dah mula bekerja, Kautsar baru umur setahun enam bulan, Arfa baru 2 minggu. Kautsar sentiasa nak rehan hadap dia seorang, dia belum biasa ada adik. Rehan pula dalam keadaan berpantang, sendiri uruskan 2 orang anak. Masa tu rehan baru sebulan berhenti kerja, susah sangat nak adapt dengan kehidupan surirumah sebab rehan dah biasa berjadual.

Tiga hari lepas bawa Arfa balik berpantang di rumah sendiri, pertama kali rehan tinggalkan Arfa sendirian tidur dalam bilik. Rehan ke dapur sekejap je, nak ambil air. Sampai je dapur rehan dengan Arfa menangis sekuat-kuatnya.

Bayangkan rehan baru 17 hari bersalin normal, berlari dari dapur ke bilik. Sampai-sampai rehan nampak Arfa atas lantai, kat simen.

Takutnya rehan masa tu.

Rupanya Kautsar nampak ibu abah dukung adik, dia pun nak dukung adik jugak. Dia angkat Arfa nak didukung tapi terlepas.

Alhamdulillah Arfa tak apa-apa. Masih menangis, menyusu macam biasa. Tak ada muntah. Kesian kat Kautsar sebab terkejut dan takut.

Arfa ok. Alhamdulillah. Mungkin asbab rehan makan OsteMatrix tak pernah lupa. Arfa dan Kautsar dua-dua lahir dengan tulang yang kuat. Gagah anak-anak ibu.

Sekarang Arfa dah besar ada juga jatuh-jatuh katil. Tak ada yang cedera. Cuma menangis je la. Mencabar nak jaga Arfa sebab kaki tangan dan badan dia memang kuat. Setakat benteng dengan bantal tu, sejak umur 4 bulan Arfa boleh tolak bantal jatuh katil.

Setiap kali Arfa jatuh rehan akan sebut: Tak apa jatuh sikit, barulah Arfa kuat.

Memang kuat pun jadinya. Sekarang kalau jatuh masa memapah tu tak menangis dah. Terus sambung golek-golek cover malu adalah. Yang penting jangan ada orang menjerit ke terkejut tengok dia jatuh. Nanti mengadalah minta pujuk. Hihi.



Ibu-ibu yang pernah alami apa yang rehan alami, jangan salahkan diri sendiri. Ibu dah buat yang terbaik. Selagi ibu-ibu tak abaikan keselamatan dan kesihatan anak-anak, ianya bukan salah ibu. Anggaplah ia peringatan betapa anak-anak hanyalah sekadar pinjaman daripada Yang Maha Esa.

Jaga mereka sebaiknya.

Salam sayang,
Rehan, Qusyairi dan anak-anak.

Kelebihan ESP.

Assalamualaikum.



Malam ni rehan nak share gambar je. Tulis panjang-panjang tak sempat. Hihi.

Nampak tu.
Banyak tu kelebihan ESP Shaklee.
Cuma dengan 3 sudu besar je.

Nak order cari rehan.
Bulan ni harga super special.

Minum Soya Banyak-banyak Bahaya Tau!

Assalamualaikum.

Betul. Bahaya minum soya banyak-banyak. Sebab soya kan ada phyto-estrogen. Nanti jadi cyst, fibroid, endometriosis. Eh yeke? Itulah yang orang selalu cakap kan? Kan kan??

Ops. Soya Shaklee tak macam tu tau. Soya Shaklee inshaAllah selamat untuk semua orang. Tapi kenalah minum berpada, mengikut had yang dicadangkan.

Semua makanan pun kalau diambil berlebihan akan datangkan kesan tak baik untuk kesihatan.

Ok. Sementelah itu rehan nak share fakta ringkas tentang ESP Shaklee hari ni. Semoga terhibur!



Biasa kita dengar orang kata bahaya makan soya banyak-banyak. Macam yang rehan cakap kat atas tadi tu la. Biasa sangat dengar kan.

Percaya tak, soya ESP tak bahaya inshaAllah, walaupun diminum bertahun-tahun?

Sebab soya ESP dihasilkan drp biji soya yang tak diubah secara genetik.

Bukan seperti soya dlm kebanyakan produk lain yang telah diubah genetiknya supaya lebih besar, putih dan cepat dituai.

Sebab tu walaupun macam-macam khabar angin tentang Shaklee pernah tersebar, tapi ramai yang dah amalkan Shaklee terutamanya ESP sejak berpuluh tahun lepas masih sihat hingga hari ini, dengan izin Allah.

Jemput dapatkan ESP Shaklee drp rehan dan suami hari ini. Promosi ESP beli 6 dapat 7 tin masih berlangsung. Dengan 1 set promosi ni macam-macam boleh dapat.

Maklumat lanjut boleh roger rehan.

Rahsia Kulit Kuku Cantik.

Assalamualaikum.

Rehan nak share. Rahsia tak rahsia sangat la. Macam mana rehan cantikkan kulit sekitar kuku rehan.

Rehan ni memang jenis payah minum air. Lagi-lagi air masak. Memang malas betul minum. Bila minum rasa nak muntah. Haha.

Gelak-gelak jugak. Akibat kurang minum air tu macam-macam tau. Salah satunya kulit rehan kering. Paling jelas nampak kat sekeliling kuku. Selalu ada kulit tertanggal.

Tapi Alhamdulillah sekarang dah tak ada masalah kulit kering tertanggal sekeliling kuku rehan lagi.



Nampak tu. Berbeza sangat kan. Rehan tak perasan pun mulanya. Masa kat kedai makan rehan saja-saja ambil gambar kuku rehan. Bila bandingkan dengan gambar lama, baru rehan perasan berbeza sangat.

Kulit keliling kuku tu dah lawa. Tak ada yg tertanggal. Rehan pun mula-mula tertanya kenapa.

Fikir-fikir balik, bezanya rehan amalkan ESP. Kulit muka dan badan dah makin cerah tu rehan perasan. Rupanya kuku pun makin cantik.

Awak-awak yang ada masalah sama boleh la cuba ESP. Bulan ni promo ESP kalau beli 2 dapat diskaun 5% tau. Nak tau lebih lanjut roger rehan anytime ok. InshaAllah rehan balas secepat mungkin.

Ok. Jumpa dalam next entri inshaAllah.

DIY Busy Board Untuk Kautsar.

Assalamualaikum.

Sejak rehan duduk rumah je, rehan sentiasa cari benda baru untuk dibuat. Mak-mak yang surirumah memang kena ada hobi. Kalau tak bosan.

Baru-baru ni rehan tiba-tiba bersemangat nak buat busy board untuk Kautsar. Apa lagi. Rehan call kawan baik rehan. Tengahari waktu lunch kawan rehan pun cabut ambil rehan kat rumah bawak pergi kedai stationary depan taman ni je. Best kedai tu. Macam-macam ada.

So inilah yang rehan beli:



Satu plastik ni harganya RM40. Tapi untuk busy board tu lebih kurang RM10 je. Yang lagi RM30 tu kena pow sticker, buku lukisan, magic pen dengan Kautsar. Arfa pow loceng 6 biji. Huuu.

Ok. Rehan siapkan busy board ni dalam 3 jam je. Tu pun yang lama sebab tunggu gam kering.

Senang je buatnya. Ikut kreativiti masing-masing. Rehan buat yang simple je. Cukup untuk kenal warna dan nombor.

Mula-mula rehan ambil kertas gulung tisu tu. Rehan guna 2 roll je. Potong dua dah dapat 4 roll. Balut dengan kertas warna biru, merah, kuning dan oren. Rehan pilih warna ni sebab rehan beli straw warna-warni ada 4 warna ni.

Dah siap boleh lekatkan kat kadbod hitam tu. Lepas tu hiaslah ikut kreativiti masing-masing. Ini hasilnya:



Rehan cuma tampal sticker nombor dan kura-kura tu je. Ampaian tu Kautsar yang pow beli sepit-sepit buah tu. Alang-alang dah ada rehan buatkan ampaian sekali. Nawaitu rehan nak lukis buah-buah tu gantung kat ampaian. Tapi malas pulak. Lain kali lah. Hahaha.

Akan datang inshaAllah rehan buat busy board lain pulak. Sikit-sikit. Slow-slow.

Ibu-ibu buat projek apa untuk anak-anak?

Promosi September 2015: ESP & Vitalea For Children.

Assalamualaikum.

Bulan ni promosi ESP dan Vitalea for Children. Sesuai untuk ibu dan anak.

ESP:
🌸 Beli 6 Dapat 7
🌸 Beli 2 Diskaun 5%

Vitalea for Children:
🌸 Beli 3 Dapat 4

Masa ni la peminat ESP memborong.
Boleh dapat macam-macam kelebihan kalau beli 6 tong sekali gus:
😍 Percuma membership Shaklee seumur hidup
😍 Percuma Vitalea Iron Formula
😍 Dapat duit tunai RM36+
😍 Peluang jana income beribu-ribu lemon dengan Shaklee



Kalau nak lebih lagi, wasap rehan ok.
Jumpa lagi dalam next entri. Cau cin cau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...