"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ajal: Semoga Kau Bahagia Di Sisi Allah, Sahabat.

Assalamualaikum.

Post hari ini rehan tujukan khas buat seorang sahabat rehan yang rehan kenal sejak lebih kurang 8 tahun lepas.

Sahabat rehan ni rehan tak pernah jumpa. Kami cuma kawan kat internet je. Ada beberapa kali plan nak jumpa tapi tak kesampaian. Waktu rehan kawin jemput dia datang. Waktu dia kawin pun jemput rehan datang. Tapi dah ditentukan kami takkan pernah bertemu.

Kami kenal di Tagged. Kalau siapa yang pernah join Tagged dulu, kat Tagged ada tempat chat. Kat situ kami jadi rapat. Rehan join tagged sebab nak chat dengan kakak rehan yang belajar kat luar negara. Selain kakak rehan, dengan dialah rehan berkawan. Berkawan baik, selalu borak merapu sementara tunggu kakak rehan online. Boleh kata dia je seorang kawan rehan betul. Selain dia, rehan kawan dengan kawan kakak rehan je.

Tadi rehan scroll facebook, ternampak nama dia ditagged dalam satu status. Rupanya kawan rehan ni, sahabat walaupun dah lama sangat tak contact sejak rehan kawin, rupanya dia dah dijemput Allah swt kembali ke sisi-Nya.

Sentaknya rehan.

Memanglah nak kata kami rapat tak adalah rapat sangat. Terutama sekali sejak rehan bersuami, memang rehan boleh kata putus hubungan dengan semua kawan lelaki. Lebih-lebih lagi sejak kawan rehan ni dah jadi suami orang, memang tak adalah rehan nak contact dia.

Tapi kami dulu kawan rapat. Pernah jadi kawan yang sangat baik. Hati rehan sedih bila mengenang dia pergi, rehan takkan pernah dapat hubungi dia lagi.

Lagi bertambah sedih bila tau isteri dia sedang hamil anak sulong. Allah. Rasa nak jumpa isteri dia peluk kuat-kuat. Buat awak, isteri sahabat rehan, rehan doakan awak tabah kuat redha dengan perancangan Allah swt Yang Maha Bijaksana. Rehan doakan awak dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Rehan ni sentimental. Hati kaca. Sangat mudah tersentuh dengan peristiwa. Dan dalam hidup rehan, rehan dah berhadapan dengan beberapa kematian yang memberi kesan sangat dalam terhadap emosi rehan. Susah rehan nak hadam, tapi terpaksa direlakan.

Buat kau sahabat, bertenang dan berehatlah. Allah swt terlalu sayangkan kau, lalu kau dijemput pulang. Pemergian kau adalah lubuk pahala untuk isteri dan zuriat yang kau tinggalkan. Allah swt jaga mereka lebih baik daripada sesiapa pun di dunia ini. Bertenang dan berehatlah. Urusan kau di dunia dah selesai. Tinggal aku masih menghitung masa.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk sahabat rehan.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...