"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Weaning Off: Kautsar 24 Jam Tanpa Susu Ibu.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah selesai 24 jam pertama Kautsar tanpa susu ibu. Walaupun Kautsar tabahkan hati, ibu yang sayu sebenarnya. Tapi ibu kuatkan hati juga, biar setabah Kautsar.

Kalau ikutkan hati, ibu nak susukan Kautsar seberapa lama yang Kautsar nak. Tapi ibu merancang, Allah swt pun ada perancangan juga. Tiba-tiba kami rasa ada keperluan untuk wean off sekarang.

Semalam lepas tidurkan Arfa, ibu cakap kat abah nak try wean off Kautsar malam tu. Bila Kautsar minta nak menyusu dengan ibu sebab nak tidur, ibu pujuk Kautsar minum susu kocak (baca: susu formula).

Mulanya Kautsar ingat main-main. Dia gelak-gelak bila ibu popok sambil gosok-gosok perut dan belakang dia. Lama-lama Kautsar dah tak gelak. Termenung lama, tiba-tiba pejam mata.

Sayu hati ibu tengok Kautsar tidur sendiri macam tu.



Siang tadi pun Kautsar minta nak menyusu. Ibu pujuk minum susu kocak lagi. Bila Kautsar tengok ibu tak mengalah, Kautsar pun minum susu kocak. Nak tidur petang tadi pun sama. Kautsar baring sendiri sampai pejam mata dan tertidur. Ibu nak popok dan selawatkan Kautsar taknak. Rasanya Kautsar dah tau ibu tak susukan Kautsar lagi. Hati Kautsar sedih tu, ibu tau.

Bangun lepas tidur petang tadi, Kautsar menangis. Sedih sangat nangisnya. Bukan menangis macam biasa. Tapi sayu sangat.

Ibu tanya kenapa, Kautsar kata telinga Kautsar sakit. Pagi tadi memang ibu ada bersihkan telinga Kautsar, tapi tak sakit pun. Ibu cek juga, tak ada apa-apa kat telinga Kautsar. Tapi Kautsar tetap cakap telinga sakit. Kautsar nak ibu tengok telinga Kautsar lagi.

Rupanya Kautsar nak baring atas riba ibu je. Allah. Sedih hati ibu. Nak baring atas riba ibu boleh, nak. Cuma ibu nak wean off je. Bukan ibu taknak susukan Kautsar lagi. Cuma ini yang ibu dan abah rasa terbaik buat masa ni.

Sekarang Kautsar dah tidur. Pun tidur sendiri. Taknak dipopok atau didodoi. Ibu sakit kepala pula malam ni, tak boleh buka mata. Abah pula keletihan hari ni jadual abah penuh dari pagi sampai ke petang. Sementara ibu tekap muka dengan bantal sebab sakit kepala, abah dah tertidur sebelah Kautsar.

Ibu dengarkan je Kautsar buat apa. Tiba-tiba senyap. Ibu tengok Kautsar dah tertidur. Sungguh, hati ibu sedih sangat.

Kautsar, kalau besar nanti Kautsar baca blog ibu ni, ibu nak Kautsar tau ibu sayang sangat kat Kautsar. Memang ibu garang, Cik Eli pernah tegur ibu sebab garang sangat dengan Kautsar. Tapi garang ibu tu nak sembunyikan rapuhnya hati ibu ni sebenarnya. Supaya Kautsar jadi anak yang baik dan tabah.

Entahlah Kautsar. Ibu memang pandai menulis. Tapi bila berkaitan dengan anak-anak ibu, ibu tak reti nak luahkan dengan kata-kata. Satu yang ibu doakan, ibu harap Kautsar adik-beradik faham apa yang ibu buat semuanya untuk kebaikan keluarga kita.

Selamat malam, sayang.
Cinta dan kasih sayang ibu abah sentiasa bercambah untuk sayang.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...