"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Weaning Off: 2 Minggu Tanpa Susu Ibu.

Assalamualaikum.

Hari ni Alhamdulillah dah genap 14 hari Kautsar wean off. Dua minggu tanpa susu ibu, tanpa ngempeng, ngopek, memerap dan yang sewaktu dengannya.

Senang ke?

Alhamdulillah tersangat senang wean off Kautsar. Ada sekali dua je Kautsar tiba-tiba menangis masa nak tidur petang, memang hati mak-mak ni sayu sangat tengok Kautsar macam tu tapi gagahkan jugak hati. Yang bukan mak takkan faham rasa ni. Nampak gagah tapi sebenarnya rapuh oii.

Memang la Kautsar dah mula minum susu formula sejak usia genap 1 tahun. Waktu tu susu rehan drop yang teramat drop sampai tak boleh nak banyakkan susu (kemudian baru rehan tau rupanya susu rehan drop sebab mengandung). Bila rehan tau rehan mengandung, masa tu Kautsar umur 11 bulan, rehan gagahkan diri susukan Kautsar lagi sebulan. Setahun. Setahun je pun cukuplah. Alhamdulillah, Allah izinkan rehan susukan Kautsar selama setahun tanpa formula.

Sejak mula minum susu formula, rehan masih susukan Kautsar sampai rehan bersalinkan Arfa. Setiap kali tidur memang Kautsar menyusu dengan rehan. Jadi masa rehan nak wean off Kautsar ni, rasa takut jugak kot-kot Kautsar tak boleh terima. Memang biasanya kalau Kautsar tak dapat susu dengan rehan Kautsar akan mengamuk.

Alhamdulillah mungkin ada hikmah rehan wean off Kautsar awal daripada perancangan asal. Sejak wean off sampai sekarang Kautsar tak ada masalah sangat. Ok je. Pandai minta susu kocak bila nak tidur.

Wean off maksudnya rehan dah tak susukan Kautsar. Betul. Tapi takde la rehan terus abandon Kautsar macam tu je. Waktu Kautsar biasanya menyusu badan, rehan ganti dengan sesi peluk-peluk, popok-popok sampai Kautsar tertidur. Kautsar anak yang sangat baik, sangat memahami. Bila ibunya popok peluk-peluk Kautsar terus baring pejam mata dan tidur. Langsung tak ada masalah.

Sesekali Kautsar minta nak susu ibu, rehan tak pernah cakap tak boleh. Tapi rehan cakap, "Minum susu kocak ye. Susu kocak sedap. Kautsar suka minum susu kocak. Susu ibu untuk eby (Arfa)."

Menjadi. Kautsar faham bila rehan cakap macam tu. Tak pernah sekali pun dalam masa 2 minggu ni Kautsar mengamuk nak susu ibu. Sekali dua je Kautsar tiba-tiba menangis sedih. Tiba-tiba cebik-cebik bibir, tahan air mata. Allah, sayu betul rasa.

Mak-mak, rehan bukan anti susu ibu. Rehan sokong penyusuan susu ibu. Tapi dalam masa sama, rehan tak fanatik. Ada sesetengah mak-mak yang rehan tau tak mampu nak susukan anak. Tak mampu bukan maksudnya tak ada susu. Tak mampu bukan maksudnya tak mahu. Tapi cabaran mak-mak moden rehan faham, sangat memberi tekanan.

Pendapat rehan, perkara paling utama ialah kesihatan mak-mak. Baik dari segi fizikal mahupun mental. Rehan tau ramai mak-mak yang nak susukan anak secara eksklusif. Tapi dalam masa sama mak-mak menanggung tekanan bekerja mencari nafkah, pressure daripada masyarakat dan keluarga terdekat.

Nasihat rehan, abaikan semua tu. Buat yang terbaik yang mak-mak mampu. Tak perlu tunduk pada tekanan. Tak perlu usahakan melebihi kemampuan fizikal, mental dan rohani mak-mak. Susu formula tak salah. Memang bukan yang terbaik, tapi tak salah. Selain susu formula, banyak lagi pilihan yang mak-mak boleh bagi kepada anak seperti susu kambing. Yang penting mak-mak happy.

Tunjang rumahtangga adalah ibu/isteri. Ibu dan isteri kena gembira. Bila ibu/isteri gembira, rumahtangga bahagia. Perkembangan emosi anak-anak lebih utama. Kalau mak-mak terlalu fokus untuk beri susu ibu sepenuhnya sehingga stress, hingga tak gembira bila bersama anak-anak, tak ada gunanya.

Jadi mak-mak semua, buat apa yang mak-mak gembira buat. Jangan stress.

Salam sayang,
Rehan dan anak-anak syurga
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...