"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bukan Malaikat: Outing Sendirian Dengan Anak-anak.

Assalamualaikum.

Rehan tak ambil gambar tadi. Cuba bayangkan sendiri jela:
Rehan.
Gendong Arfa.
Tolak stroller Kautsar.
Kepit beg.

Tak mampu nak ambil gambar oii. Tangan dah tak cukup. Haha.

Ceritanya kami ni kat Melaka sebab zauji Qusyairi ada tugas. Jadi tadi sementara abah budak-budak ni berbengkel, rehan bawak anak-anak ke AEON Bandaraya Melaka. Ikutkan hati macam malas je nak bawak bebudak keluar sebab rehan pun tak berapa sihat, tengah demam menghapus dosa hehe. Anak-anak pun selesema sikit.

Tapi kesian dah beberapa minggu budak-budak ni tak dapat keluar main sebab cuaca asyik hujan petang. Jadi tadi rehan redah jugak la bawak anak-anak pergi main kat AEON.

Rehan kan, dapat lesen pun masa umur 25 tahun. Gagal driving test 3 kali. Melintas jalan masih pimpin tangan ayah (sebelum kawin dulu). Kat tempat rehan ok la rehan berani drive. Tapi kat tempat baru memang rehan tak berani drive. Lebih-lebih lagi rehan jarang sangat-sangat drive sejak mengandung Kautsar 3 tahun lepas. Lama tuuu.

Tadi rehan rasa risau nak drive sendiri, bawa anak-anak pulak tu. Kalau budak-budak ni bising, rehan susah nak fokus driving. Lagi pulak kat Melaka ni jalan sempit dan banyak yang sehala.



Kat atas ni gambar masa balik hotel. Kami duduk kat belakang Mahkota Parade. Tersangkut dalam jam dekat-dekat Jonker Walk. Lepas tu belok-belok ikut GPS, sekali jalan tutup pulak. Tersangkut nak uturn tak boleh sbb banyak kereta. Haha. Cabaran betul.

Alhamdulillah pergi dan balik selamat. Biasalah salah-salah lorong tu. Tapi tak ada insiden pelik atau bahaya. Arfa masuk kereta pergi dan balik tidur je. Kautsar masa pergi baik duduk diam. Masa balik Kautsar tidur jugak. Senang kerja ibu. Dah sampai depan hotel baru Kautsar terjaga sbb ibu pasang speaker-phone. Biasalah, orang courier telefon hantar stok hihi.

Ok tadi tu bahagian yg indah-indah. Sekarang masuk bahagian yang tak berapa nak indah pulak.

Sampai-sampai AEON je terus tuju ke Kidzoona. Masa tu dalam jam 11.30 pagi kot. Sambil gendong Arfa, isi borang daftar, dukung Kautsar keluar dari stroller, bukakkan kasut anak-anak, pakaikan stokin. Lepas tu main. Main main main. Sampai lebam. Rehan dapat la curi masa melayan WhatsApp tak henti-henti. Ramai yang transfer duit hari ni, jadi kena cepat settlekan order customer.

Dah berjam-jam main dalam tu. Puas la. Rehan pun tengah agak-agak nak ajak Kautsar keluar dari Kidzoona tu. Arfa pulak minta susu. Rehan tak susukan lagi, segan sebab golongan ayah-ayah dah start datang lepas sembahyang Jumaat. Tengah cari line nak susukan Arfa, Kautsar main panjat-panjat sebelah rehan. Tiba-tiba....

Gedebuk!

Rehan tengok Kautsar diri, terus berlutut tekap mulut, terus baring atas lantai takup muka. Tapi tak nangis. Lepas tu rehan tengoj Kautsar bangun sambung main. Tapi rehan tak sedap hati. Rehan panggil nak tengok mulut Kautsar. Tudia!

Darah bertakung-takung. Rehan lap pakai tisu tak luak-luak. Sampai habis tisu rehan. Rupanya masa Kautsar lompat tu dagunya tersangkut kat belakang kerusi lembut. Tu yang tergigit lidah. Luka besar kat lidah. Dah habis tisu, rehan lap pakai kain pulak. Tapi tak henti darahnya. Terus rehan ke kaunter. Nasib baik ada disediakan gauss. Sampai 7-8 gauss rehan lapkan darah tu, baru kurang. Kurang je tau, tapi darah masih ada.



Ni gambar tisu yang last. Lepas tu rehan guna gauss. Tapi tak sempat nak snap gambar. Sampai adik kaunter tu ambil plastik isi gauss yang penuh darah tu. Kautsar asalnya tak menangis. Tapi bila dia nampak darah banyak-banyak, lepas tu adik-adik kaunter tu berkerumun dia jadi takut. Terus menangis.

Itu satu hal.

Tengah kalut nak lap mulut Kautsar, Kautsar pulak menangis. Boleh pulak masa tu juga Arfa nak susu. Adoyaiiii. Kalut betul perasaan rehan tadi. Masa tu rehan terus mode autopilot. Lap Kautsar, angkat Arfa bawak ke ceruk dan susukan. Sekejap aje Arfa susu terus bangun nak main. Sabar jela.

Dalam pukul 2 rehan keluar dari Kidzoona tu. Segan sebab dah terbuat drama tadi pun ye. Nak bagi budak-budak makan pun ye. Bawa makan kat Vivo sebab itu je yang paling senang. Syukur dapat pelayan yang baik dan memahami keadaan rehan bawa anak-anak. Sementara tunggu makanan sampai, Arfa nak susu lagi. Dah la duduk depan pintu. Pelayan yang serve tu lelaki pulak. Rehan tebalkan muka susukan juga Arfa. Nasib baik pakai baju nursing friendly beli dari An-Naafiqa (boleh tengok fb diorang), aurat terjaga susukan anak kat public area.

Arfa makan banyak. Kautsar taknak makan, taknak minum mungkin sebab lidah sakit. Lepas Arfa makan, rehan nak makan tak sempat. Arfa dah sibuk nak main. Memang laju sangat la makan tadi. Rasanya dari masa makanan tiba sampai rehan bayar dan keluar kedai tu tak sampai 20 minit. Terus bayar parking dan balik. Itu pun masa bayar parking silap termasukkan kad bilik hotel kat mesin parking. Haha.

Ok la. Rehan balik tu rehan happy je. Sambung main dengan anak-anak kat rumah. Sejam lepas sampai tu abahnya pun balik bilik. Bawak budak-budak mandi kolam pulak.

Balik mandi kolam, dah sampai bilik tu Kautsar excited sangat lompat-lompat. Sekali kaki licin terjatuh terhantuk pintu. Benjol setepek kat kepala. Ni first time Kautsar benjol.



Lepas dah settle menangis-nangis, bagi roti makan roti pulak. Sambil tu Kautsar main dengan Arfa, tertolak Arfa jatuh mulut terhentak kat meja. Berdarah bibir pulak. Dugaaaaaaannnnn ! Ibu dah tak terkata. Banyak betul perkara jadi hari ni. Bila keluar makan malam, Arfa terbalikkan sambal kicap sebotol dan tumpahkan air secawan. Betul-betul menduga kesabaran. Sekarang ni hampir jam 11 malam, dua-dua dah tidur, ibu baru dapat berehat sejak bangun tidur subuh pagi tadi.

Yang baiknya tentang hari ni, lepas ni ibu lebih yakin nak keluar bertiga je dengan anak-anak. Bye bye abah. Ibu doa semoga anak-anak ibu jadi anak yang rajin solat, lemah lembut budi bahasa, menjaga aurat dan kehormatan, menyejukkan hati dan mudah diajar. Allah swt perkenankanlah doa ibu.

Last sekali nak belanja satu-satunya gambar yang senonoh hari ni. Gambar masa tunggu makanan sampai lunch tadi.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...