"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Petua Mudah Tidurkan Anak.

Assalamualaikum.

Percaya tak, kebiasaannya rehan mampu tidurkan Kautsar dan Arfa sekaligus? Serentak! Dua-dua tidur sekali. Tak payah dua kali kerja tidurkan seorang-seorang.

Alhamdulillah. Dalam bab ni Allah swt permudahkan urusan rehan sebagai ibu. Mudah sangat. Tapi bukan serta merta rehan mampu tidurkan anak sekaligus. Ambil masa untuk rehan belajar dan faham kaedahnya.



Dulu rehan nak tidurkan anak seorang pun payah. Anak-anak rehan susah lepas, taknak jauh. Dua-dua jenis telinga lintah pulak tu. Dengar bunyi sikit terus terjaga. Bila waktu tidur, masa rehan dodoikan seorang yang seorang lagi mulalah gelisah sebab ibu tak layan dia. Bila gelisah, mulutnya pun bising merengek dan menangis. Akibatnya yang tengah didodoikan tu akan terjaga, tak boleh tidur. Seksa oii tiap-tiap kali nak tidurkan anak je jadi macam ni.

Sejak tu rehan rajin membaca kaedah-kaedah parenting yang betul. Dan kaedah yang menepati seruan Islam. Cara-cara tenangkan anak yang betul, dalam masa sama menenangkan hati kita sebagai ibu bapa yang stress dan letih.

Senang je.

Rehan akan buat rutin sebelum tidur. Mula-mula rehan akan ceritakan kat Kautsar perkara-perkara menarik yang kami akan buat esok. Permainan apa, atau apa yang rehan akan masak untuk Kautsar. Lepas tu rehan bagitau yang Kautsar kena rehat dan tidur, esok baru kita buat aktiviti tu. Kadang-kadang masa rehan cerita tu Kautsar buat tak dengar je. Tapi cerita jugak. Sebab anak-anak ni dengar sebenarnya.

Lepas habis cerita kat Kautsar, rehan ambil Arfa dan borak-borak main-main sikit. Biasanya rehan buat Arfa gelak mengekek-ngekek dulu, Kautsar pun join main sama agah-agah Arfa. Bila Arfa dah mengantuk, baru rehan susu dan dodoikan Arfa.

Trick yang penting, masa dodoi tu rehan bacakan surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan surah 4 Qul. Itu je rehan baca ulang-ulang sampai Arfa tertidur. Masa itu rehan banyakkan eye contact dengan Kautsar sebab nak borak tak boleh, mulut tengah mengaji.

Biasanya tak lama lepas rehan mula dodoikan Arfa, Kautsar pun akan baring. Kalau Kautsar nak susu, dia akan ambil susu sendiri dari atas meja. Kemudian Kautsar baring sambil dengar rehan mengaji dodoikan Arfa. Sampai masa Arfa tertidur, Kautsar pun dah selamat tidur.

Senang sangat, kan?

Rehan pun macam tak percaya cara ni senang sangat. Mula-mula dulu rehan zikir Lailahaillah, tapi rehan yang jadi mengantuk hehe. So rehan tukar kepada 6 surah tadi.

Mommies yang ada masalah tidurkan anak boleh cuba. InshaAllah berkesan. Anak-anak memang akan tenang bila dengar alunan ayat Allah oleh suara ibunya sendiri.

Cubalah.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...