"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Mak Ayah Lesu Tak Bermaya.

Assalamualaikum.

Last rehan call ayah 10 Disember hari tu.
Kami ni memang jenis tak selalu call.
Bukan tak ingat.
Dlm doa selalu ada nama ayah dgn mak.

Malam tadi saja call ayah.
25 minit sekali call.
(Kalau sekali call eli 30-120 minit 😂)

Sambil borak sempat ayah selit order Vivix sebotol.
Rupanya ayah ingat rehan cerita Vivix tengah promo.
Maka semalam jugak laju laju rehan orderkan Vivix utk ayah.

Ayah paling suka makan Vivix sbb lutut dah tak sakit.
Lagi satu, nampak sgt badan ayah lebih sihat dan bertenaga.
Hari tu masa Vivix habis ayah taknak bagitau rehan.
Tp rehan tau sbb ayah tak bermaya, asyik duduk tidur je.
Bila rehan bagi sebotol terus ayah ceria macam biasa.
Nak ikut kami jalan-jalan.

Kalau korang tgk mak ayah tak bermaya, tp taktau nak bantu macam mana cubalah beri Vivix.
Tak sampai sebotol boleh nampak mak ayah makin segar dan bertenaga.
Cubalah.
Rehan sendiri dah nampak perubahan kat ayah rehan.

Siapa yg baca entri ni sampai habis, mohon doakan ayah rehan diberikan kesihatan yg baik dan umur yg panjang.
Ralat sebab tak sempat berbakti kat mak masih terasa.


Vitamin Free!

Assalamualaikum.



Bestnya dapat free vitamin. Paling rehan suka Collagen Powder dan ESP dan Vita C. Eh semualah. Haha.

Syukur sangat zaman gawat ni syarikat Shaklee Malaysia bagi lagi banyak bonus. ESP rehan memang dah nak habis lagi 2-3 hari. Collagen dah lama nak beli tapi asyik la dulukan order customer. Rupanya Allah swt nak bagi percuma.

Alhamdulillah.

By the way, jangan lupa follow Instagram kami ye.

@noraihanqusyairi
@noraihanqusyairi
@noraihanqusyairi

Selamat malam!

Vitamin Shaklee Percuma!

Assalamualaikum.

Senangnya dalam hati. Semalam rehan dapat sms daripada Shaklee. Nah baca ni:



Yeaa! Rehan dapat vitamin free. Bukan sikit tau. Ratus-ratus nilainya. Yang rehan confirm dapat percuma ESP, Collagen Powder dan beberapa vitamin lain.

Best kan?

Zaman-zaman gawat orang berjimat cermat ni tiba-tiba dapat vitamin free memang seronok. Rehan terkejut sebab rehan tak pernah aim nak dapat bonus bonus extra ni. Rehan suka menjual produk jadi rehan jual jela macam biasa.

Sebelum ni ada jugak reward macam ni tapi rehan tak dapat. Sebab masa tu rehan tak aware dengan syarat-syaratnya. Walaupun point rehan sepatutnya layak tapi rupanya kaedahnya salah. Hihi.

Rehan anggap je bukan rezeki.

Kali ni Alhamdulillah rezeki rehan. Syukur Ya Allah.

Jom la kalau nak join bisnes, join la bisnes yang beri banyak benefit macam Shaklee bagi. InshaAllah rezeki kita sama-sama kongsi.

ESP Untuk Gastrik.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni rehan dapat mesej daripada customer rehan. Customer rehan ni umurnya dah 50 tahun, jenis yang menjaga kesihatan. Masa rehan jumpa dia hari tu memang cantik orangnya, nampak sangat akak tu bukan jenis yang ambil remeh hal kecantikan dan kesihatan.

Alkisahnya kali ni akak ni mesej rehan sebab ada masalah gastrik. Pedih ulu hati. Sampai tak boleh solat berdiri. Jadi akak ni nak try ESP sebab dia baca ESP boleh bantu masalah gastrik.

Sebab katanya sakit sangat, rehan ada tanya juga akak ni tak makan ke ubat gastrik yang terkenal tu. Katanya taknak makan ubat tu, setia dengan Shaklee juga. Tenkiu akak. Muah!

Beberapa hari lepas rehan COD ESP kat dia, dapat mesej lagi.



Alhamdulillah masalah gastrik selesai. Kurang sakit pedih ulu hati. Dua kali dia mesej cakap perkara sama. Gastrik dah baik.

Kalau awak-awak ada masalah gastrik boleh la ikhtiar dengan ESP pulak ye. Gerenti tau dapat bonus kulit cantik dan badan bertenaga. Silap haribulan badan pun makin slim.

Nak order boleh PM fb page rehan macam kat side bar kanan blog ni. Atau boleh terus WhatsApp ke hotline rehan:
📲 012.780.7365
📲 012.780.7365
📲 012.780.7365

Jumpa lagi!

VIVIX Lebih Baik Daripada Resveratrol!

Assalamualaikum.

Apa itu resveratrol? Resveratrol adalah sejenis polifenol yang dihasikan tumbuhan tertentu dalam keadaan tertentu dan dikatakan mempunyai sifat mampu melindungi tubuh manusia dari kerosakan yang disebabkan oleh kanser atau penyakit berkaitan jantung. Resveratrol juga mampu mengelakkan kerosakan pada salur darah, mengurangkan kolestrol jahat dan menghalang berlakunya darah beku.

Resveratrol juga mengandungi antioksidan yang tinggi, bahan yang boleh mencegah obesiti dan diabetis. Selain itu reveratrol juga mampu mengurangkan keradangan dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Dan sifat resveratrol yang sering mencuri tumpuan ialah fungsinya sebagai anti-penuaan.

Kebaikan Resveratrol:

  • Melanjutkan usia: mampu merangsang mekanisme pertahanan tubuh badan, bertindak melawan ancaman kesihatan terhadap individu yang mengamalkan diet tinggi-lemak, memperbaiki genetik, memperbaiki metabolisme insulin dan glukos yang tidak normal.
  • Metabolisme dan ketahanan fizikal: mampu meningkatkan kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal, mengoptimumkan kadar metabolise dalam tubuh, mengaktifkan gen yang menggalakkan penghasilan tenaga.
  • Menghalang kanser: dikatakan mampu mengurangkan jumlah dan mengecilkan saiz tumor, dan menggalakkan proses apoptosis (pematian sel kanser).
  • Penyakit jantung: mengurangkan keradangan, menghalang pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat), menyukarkan platlet untuk berkumpul dan menyebabkan berlaku sumbatan pada salur darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
  • Penyakit Alzheimer's: dikatakan boleh melindungi sel otak dan menghalang pembentukan plak.
  • Diabetis: menghalang penolakan insulin.




VIVIX Shaklee
Mengandungi empat (4) bahan aktif yang tinggi dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee, maka terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!




MENARIK TENTANG VIVIX
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
  • 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
  • Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
  • Semestinya halal
  • Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee


Keratan Media:



Resveratrol: Bahan Ajaib Pulihkan Sel.

Assalamualaikum.

Kesinambungan daripada entri berkaitan radikal bebas dan antioksidan, Rehan ada mention dalam entri sebelum ni salah satu antioksidan utama ialah resveratrol. Jadi hari ni rehan nak cerita sikit pasal resveratrol pulak.

Resveratrol adalah satu bahan yang dihasilkan oleh sesetengah tumbuhan untuk melindungi diri mereka daripada stress akibat persekitaran. Macam kita manusia bila stress kita makan coklat kan, tumbuhan pula hasilkan resveratrol untuk rendahkan stress tu. Jadi senang kata resveratrol ni sejenis agen pemulihan semulajadi oleh tumbuhan la.

Resveratrol dikenalpasti ada dalam wine merah. Wine merah dihasilkan melalui proses fermentasi anggur. Kulit anggur mengandungi resveratrol yang tinggi bertujuan untuk melindungi buah anggur daripada serangan bakteria dan kerosakan akibat matahari.

Jom baca apa lagi kebaikan resveratrol:
Kajian pra-klinikal menunjukkan resveratrol mengandungi pelbagai fungsi biologi yang berkemungkinan terlibat mencegah/merawat kanser, penyakit kardiovaskulardan penyakit neurodegeneratif.
Dua kajian yang dikawal dengan placebo menunjukkan pengambilan 8mg resveratrol selama setahun mengurangkan keradangan pesakit yang berisiko mengalami serangan kardiovaskular serta pesakit jantung koronari.
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan suplemen resveratrol memberikan peningkatan ketara terhadap metabolisme glukos dan lipis bagi pesakit diabetis tahap 2.

Nak tau suplemen resveratrol yang terbaik di pasaran?
Dah tentu VIVIX Shaklee!

Kenapa VIVIX Shaklee adalah suplemen antioksidan terbaik di pasaran, rehan akan ceritakan dalam next entri.
Macam biasalah, dah tak tahan mengantuk. Hihi.

Antioksidan Melawan Radikal Bebas Dalam Badan.

Assalamualaikum.

Semalam rehan dah cerita pasal radikal bebas kan. Harapnya ramai dah faham apa tu radikal bebas. Rehan recap sikit, radikal bebas tu sifatnya suka mencuri elektron daripada unsur dalam tubuh. Sel yang kehilangan elektron akibat dicuri oleh radikal bebas akan mengalami kerosakan / kecacatan struktur atau / dan maklumat genetik dalam DNA. Kerosakan ni menyebabkan tubuh tak berfungsi dengan betul, lalu berlaku komplikasi seperti sel membiak dengan sangat cepat menyebabkan kanser atau tumor atau pengumpulan kolestrol jahat dalam salur darah dll.

*Perangai lama sebangai pengajar susah nak buang. Kalau nak masuk bab baru mesti nak recap bab lepas dulu. Hihi.*

Ok jadi hari ni kita nak belajar pasal antioksidan pulak. Antioksidan ni sifatnya suka menderma elektron. Jadi antioksidan ni kalau jumpa radikal bebas yang suka curi elektron tu, antioksidan akan dermakan elektron kat radikal bebas. Jadi radikal bebas tak perlu curi elektron sel tubuh kita. Tak berlakulah kerosakan pada sel dan genetik kita.


Tiga jenis antioksidan utama ialah beta-karotena, vitamin C dan vitamin E. TIga-tiga vitamin ini boleh ditemui dalam pelbagai jenis buah-buahan terutamanya yang berwarna ungu, biru, merah, oren dan kuning. Berikut adalah contoh sayuran dan buah-buahan yang mengandungi tiga antioksidan ini.

Beta-carotene and other carotenoids: apricots, asparagus, beets, broccoli, cantaloupe, carrots, corn, green peppers, kale, mangoes, turnip and collard greens, nectarines, peaches, pink grapefruit, pumpkin, squash, spinach, sweet potato, tangerines, tomatoes, and watermelon 
Vitamin C: berries, broccoli, Brussels sprouts, cantaloupe, cauliflower, grapefruit, honeydew, kale, kiwi, mango, nectarine, orange, papaya, snow peas, sweet potato, strawberries, tomatoes, and red, green, or yellow peppers 
Vitamin E: broccoli (boiled), avocado, chard, mustard and turnip greens, mangoes, nuts, papaya, pumpkin, red peppers, spinach (boiled), and sunflower seeds
Salah satu kesan akibat serangan radikal bebas dalam tubuh ialah penuaan awal. Dengan pengambilan antioksidan yang mencukupi, kita dapat melawan serangan radikal bebas, sekaligus mengawal proses penuaan kita. Sebab itu antioksidan sering digelar sebagai vitamin awet muda.

Lagi kebaikan antioksidan yang penting untuk tubuh kita:

  • Perbaiki molekul yang rosak: sesetengah jenis antioksidan boleh memperbaiki molekul yang rosak dalam tubuh dengan mendermakn atom hidrogen kepada sel tersebut. Proses ni penting sekiranya molekul yang terjejas adalah molekul penting seperti DNA.
  • Menghalang penghasilan radikal logam: sesetengah antioksidan mempunyai sifat unik iaitu mampu "memegang" molekul logam berat seperti arsenik dan merkuri dan menghalang berlakunya tindakbalas kimia antara logam tersebut. Antioksidan itu juga membantu menyingkirkan logam berat melalui air kencing.
  • Merangsang penghasilan antioksidan endogenus dan genetik 
  • Sebagai perisai kepada DNA untuk mengelak daripada serangan radikal bebas
  • Menghasilkan bahan kimia anti kanser yang membantutkan pertumbuhan sel kanser dan menggalakkan sel kanser untuk memusnahkan dirinya sendiri.

Antara antioksidan yang patut diambil secara konsisten ialah vitamin C, vitamin E dan resveraterol.

Hah? Vitamin C dah biasa dengar. Vitamin E pun biasa dengar.
Tapi resveraterol tu apa?

InshaAllah next entri nanti rehan cerita pasal resveraterol pulak.
Rehan nak minum 1 sudu kecil VIVIX dulu, lepas tu rehan nak tidur.

Selamat malam :)

Kenali Radikal Bebas (Free Radicals) - Unsur Pemusnah Sel Dan Genetik.

Assalamualaikum.

Hari ni rehan nak bertukar jadi cikgu sains sekejap. Nak kongsi cerita pasal free radicals ataupun radikal bebas. Bukan radhi OAG ok.

Mula-mula sekali rehan nak bagi warning, dalam entri ini akan ada banyak terminologi sains, limpahan ilmu berkaitan kimia dan mungkin sedikit memeningkan bagi sesiapa yang tak ada latar belakang sains. Rehan cuba tulis dalam bahasa dan penjelasan yang paling mudah difahamkan, InshaAllah.

Tubuh badan kita ni sebenarnya terdedah kepada banyak sangat ancaman; jangkitan, virus, kekurangan nutrisi. Tapi ada lagi satu ancaman besar kepada tubuh yang selalu ramai tak ambil berat iaitu ancaman radikal bebas. Soalnya radikal bebas tu apa? Dengar nama je dah gerun. Huhu.

Radikal bebas ada kesan mampu merosakkan sel tubuh dan bahan genetik yang ada dalam sel tu. Bila dah rosak maksudnya sel tak dapat berfungsi dengan sempurna. Kalau genetik rosak maksudnya sel tu dah tak boleh dikawal oleh tubuh, dia buat hal dia sendiri je contohnya duplicate pada kadar cepat.

Dari mana datangnya radikal bebas? Malangnya salah satu punca radikal bebas ialah hasil sampingan bila tubuh kita tukarkan makanan kepada tenaga. Bila kita makan, makanan itu akan ditukarkan kepada tenaga. Tapi salah satu hasilnya ialah radikal bebas. Selain tu radikal bebas daripada luar tubuh boleh masuk dalam tubuh melalui makanan atau pencemaran udara dan air. Sebab tu penting kita pastikan tubuh kita jauh daripada pencemaran.

Makan budak!
Radikal bebas ada pelbagai jenis, bentuk, saiz dan konfigurasi kimia. Tapi persamaan antara semua radikal bebas ialah mereka ni dahagakan elektron. Ewah ayat macam novel pulak. Hihi. Senang kata radikal bebas ni macam pencuri elektron la. Mana-mana unsur yang tak berapa gagah nak lindungi elektron masing-masing akan menyebabkan elektron tersebut dicuri oleh radikal bebas. Kehilangan elektron boleh menyebabkan perubahan pada struktur dan fungsi unsur tersebut.

Paling bahaya tentang ancaman radikal bebas ialah ia boleh mengubah arahan yang terprogram dalam DNA kita. Contohnya kerosakan akibat radikal bebas boleh menyebabkan tubuh kita dapat arahan untuk kumpulkan kolestrok jahat LDL dalam salur darah. Tak ke jahat tu namanya. Huhu. Lagi satu contoh, sel tubuh kita ada membran yang menapis bahan keluar masuk sel. Radikal bebas boleh rosakkan sesuatu sel menyebabkan membran sel tersebut ubah arahan bahan mana yang masuk dan bahan mana yang patut keluar sel. Patutnya air masuk, toksin keluar. Bila rosak sel dapat arahan air kena keluar, toksin pulak masuk. Parah oii.

Tapi Allah swt jadikan tubuh kita ni sempurna. Walaupun kita hasilkan radikal bebas dalam tubuh, tapi dalam masa sama tubuh kita juga ada hasilkan bahan untuk lawan radikal bebas. Selain tu kita boleh dapat bahan yang melawan radikal bebas melalui pemakanan. Maka sila-silakan amalkan pemakanan sihat dan seimbang ye.

Bahan yang melawan radikal bebas ni dipanggil antioksidan. Kerja antioksidan senang je. Antioksidan dermakan elektron kepada radikal bebas yang dahagakan elektron tadi. Baik betul hati antioksidan. Pemurah.

Nak sangat kan, haaaa, ambik la ambik elektron ni banyak-banyak.
Ada banyak jenis antioksidan yang kita biasa dengar, antaranya  vitamin C, vitamin E, beta-carotene, dan lain-lain carotenoids yang berkaitan,selain mineral selenium and mangan. Lagi ialah glutathione, coenzyme Q10, lipoic acid, flavonoids, phenols, polyphenols, phytoestrogens, dan banyak lagi lah.

Pasal antioksidan ni rehan akan cerita dalam entri lain ye. Sebab dah banyak sangat dalam satu entri, karang pening kepala membacanya. Hihi. Lagi pun rehan dah mengantuk sangat dah ni. Dah na tertidur sangat dah.

InshaAllah next entry kita cerita pasal antioksidan pulak ye.
Selamat malam.
Jangan lupa satu sudu kecil VIVIX sebelum tidur.

Cara Simpan Performance Drink Supaya Tak Keras.

Assalamualaikum.

Entri ni ditujukan kepada semua peminat dan bakal peminat Performance Drink. Rehan salah seorang peminat tegar Performance Drink tau. Baru bukak minggu lepas, dah tinggal separuh tin. Hihihi.

Sebenarnya dah ramai orang tanya rehan macam mana nak simpan PD ni supaya tak berketul. Sebab kalau dah buka tin PD ni lepas tu biarkan atas meja, nanti PD ni berketul keras macam batu. Jadi susah la nak bancuh kalau dah keras.

Rehan nak bagitau, PD rehan yang bukak minggu lepas tu hari ni masih elok macam baru buka tinnya. Haa, bukan perkara ajaib tau. Tapi ada kaedah mudah cara simpan PD supaya tak berketul.

Nah bawah ni video dari instagram rehan. Bukti PD rehan tak berketul walaupun dah seminggu buka.

Nah rehan nak share cara simpan PD supaya tak berketul. Mudah je. Cuma 2 langkah:

1. Langkah pertama: Jangan tanggalkan seal kertas pada mulut tin PD sepenuhnya. Dalam video ni nampak rehan cuma buka seal tersebut separuh je.
2. Langkah kedua: Simpan PD yg telah dibuka dalam peti sejuk.

Hasilnya PD takkan berketul. Senang nak ceduk untuk bancuh.
Selamat mencuba~

*Rehan amalkan minum PD setiap hari utk bantu rehan cukupkan minum 3 liter air sehari. PD membantu mengekalkan elektrolit dalam cecair badan dan mengelakkan dehidrasi. Sesuai utk ahli sukan, pekerja berat dan sesiapa yg kerap berpeluh dgn banyak.

Nak order cari rehan orait.

Rehan Nak Gaya Hidup Sihat.

Assalamualaikum.

Rehan taktau nak tulis apa hari ni sebenarnya. Tapi kebetulan rehan ada masa dan ada perasaan nak update blog hari ini. Jadi rehan post jugalah. Layankan je ok. Hihih.

Alhamdulillah minggu ni keluarga kecil kami mula biasakan diri dengan rutin baru. Rutin baru ni bermakna rehan ada sikit masa lapang waktu pagi, tapi keseluruhannya rehan kerja lebih keras dan penat berganda-ganda daripada sebelum ni. Buktinya minggu ni rehan tidur awal, sebelum pukul 11 dah selamat terlena dengan anak-anak.

Bagi rehan rutin baru ni adalah jawapan Allah swt kepada doa-doa rehan sebelum ni. Rehan selalu doa nak kurangkan tidur. Rehan ni jenis kena tidur lama. Mesti cukup 6-7 jam setiap malam. Kalau tak cukup nanti rehan jadi bingung-bingung dan rasa nak demam, mood pun kelaut. Tambahan rehan ni jenis tak reti tidur siang. Orang kata kalau anak-anak tidur siang tu maknye tidur je sekali. Rehan tak boleh. Jadi rehan kena pastikan malam-malam rehan dapat rehan cukup.

Bila rehan tidur awal, sebelum jam 11, biasanya paling lama rehan tidur 1 jam je. Dalam jam 11-12 rehan akan bangun buat kerja rumah dan packing barang untuk pos esok. Lepas bangun tidur sekejap ni rehan boleh stay up hingga jam 2-3 pagi. Pagi-pagi pun rehan bangun lebih awal. Bila rehan kira, sejak rehan ikut rutin baru ni setiap malam total waktu tidur rehan dalam 4-5 jam je. Tapi badan rehan cergas dan sihat macam biasa.

Misi minum 3 liter air sehari Alhamdulillah berjaya setakat 2 minggu ni. Rehan fikir nak upgrade misi ni jadi 4 liter air sehari. Minum air terlalu banyak memang tak baik untuk kesihatan. Tapi untuk rehan, 4 liter tu just nice untuk penuhi keperluan rehan sebagai ibu yang menyusukan anak. Lagipun rehan makan suplemen jadi memang kena minum extra air.

Kalau minggu lepas rehan bancuh Performance Drink campur madu untuk bantu rehan minum 3 liter air sehari, minggu ni rehan berjaya minum 3 liter air bancuhan Performance Drink je. Madu tu rehan dah tak campur lagi sebab manis pulak rasanya. Lagi pun madu mengandungi karbohidrat tinggi, rehan pulak nak kurangkan karbohidrat. InshaAllah lepas ni rehan cuba cut off Performance Drink dan minum air masak je.

Kesian zauj Qusyairi. Beliau baru je belikan satu baldi madu untuk rehan. Hihi.

Setakat ni azam tahun baru rehan nak amalkan gaya hidup lebih sihat nampak positif. Rehan perasan sekarang rehan sendiri nak minum air banyak, kalau tak rasa letih badan. Lagi satu rehan perasan rehan tak tahan kalau minum atau makan yang manis-manis. Cheat day hari tu rehan order milo tarik, rehan siap campur air masak segelas sebab nak kurangkan manis. Baru boleh telan.



Tapi sebenarnya pencapaian terhebat pada rehan ialah berjaya mengajak zauj Qusyairi untuk sama-sama sihat. Pagi tadi zauj order nasi ayam separuh. Katanya sejak kami kawal makan ikut sukatan yang betul, perut cepat rasa kenyang bila makan. Dab beliau pun turut sama membanyakkan minum air masak kat rumah. Kadang-kadang berebut jugak dengan rehan nak minum air. Hehe.

Rehan tak banyak azam. Kali ni salah satu azam rehan nak jaga kesihatan diri dan keluarga. Rehan doa semoga Allah swt permudahkan dan izinkan rehan capai azam ni.

Harap kawan-kawan pun akan doakan rehan.

Misi Minum 3 Liter Air Sehari!

Assalamualaikum.

Rehan ni orangnya tak biasa minum air banyak. Dalam sehari tu biasanya rehan minum 1 gelas air masa makan. Itu jela. Kalau sehari makan 3 kali, sehari rehan minum 3 gelas air jela.

Sebab tu rehan ada masalah kulit kering, badan letih, dulu selalu migrain. Sejak rehan hamil dan amalkan suplemen, rehan tambah minum air setiap hari. Adalah dalam 1 liter paling banyak pun.

Sejak rehan bersalinkan Arfa, berat badan rehan tak turun (selera sangat tau hihihi). Akibatnya lutut rehan selalu sakit sbb badan berat. Dengam ditambah masapah kurang air, lepas tu rehan pun berhenti kerja dan duduk rumah jaga anak sepenuh masa. Akibatnya badan jadi cepat letih, hati sedih, stress. Muka jadi kering. Jerawat jeragat semua keluar.

Jadi baru-baru ni rehan nekad nak perbaiki cara hidup rehan. Rehan mulakan dengan misi minum 3-4 liter air sehari. Setakat ni dah seminggu rehan mulakan misi, cuma 1 hari je tak berjaya minum 3 liter air. Itu pun sebab hari tu banyak travel dalam kereta. Rehan tak boleh nak pergi toilet selalu. Jadi rehan malas minum air banyak.

Sebenarnya bukan rehan tak suka minum air, atau malas pergi toilet. Tapi masalah rehan ni tak boleh minum air masak. Rasa nak muntah kalau minum air kosong. Jadi rehan cari alternatif macam mana nak perisakan air tanpa ada gula atau kalori berlebihan.

Mula-mula sekali rehan buat air detox. Resepinya senang je. Guna lemon, limau nipis dan halia. Mula-mula tu pahit sangat rehan tak boleh minum. Jadi rehan tambah gula batu. Lepas sehari dua rehan cuma campur madu 1 sudu dalam setiap liter. Alhamdulillah dengan air detox ni rehan boleh minum 3 liter air sehari. Zauj qusyairi supportive sangat belanja lemon dan limau nipis untuk seminggu, siap tolong sediakan bekas air.

Tapi nak merebus lemon tu ambil masa sikit. Kena kupas satu-satu, potong buang biji. Kalau tak pahit bebenau tak boleh telan. Nak tunggu sejuk lagi. Makan masa. Jadi rehan ada option kedua. Minum air Performance Drink.

Performance Drink ni rasa oren. Sedap pada rehan kalau bancuh tawar-tawar. Hehe. Rehan ni memang tak berapa tahan manis. Sejak minum air PD ni memang senang nak habiskan 3 liter air sehari. Contohnya semalam rehan habis minum 3.5 liter air sebelum jam 6 petang. Satu pencapaian yang hebat bagi orang yang tak biasa minum air banyak macam rehan. Hehe.



Gambar atas ni rehan saja masukkan Collagen Powder. Beli murah-murah je masa promo bulan lepas.

Banyak bezanya yang rehan rasa lepas rehan amalkan 3 liter air masak sehari ni. Paling ketara kulit kering kat kaki rehan dah kurang sangat-sangat. Kalau tak boleh sampai berdarah sebab kering menggelupas.

Keduanya muka rehan rasa lebih licin dan lembut. Hari tu masa dalam kereta keluar jalan-jalan sajalah rehan ambil tangan zauj qusyairi letak kat pipi. Beliau gosok-gosok pipi rehan, lepas tu beliau cakap: lembutnyaaa~

Kembang hidung rehan bak angggg! Hahaha.

Lagi rehan rasa badan lebih segar. Bersemangat je nak buat kerja rumah. Rajin je pergi sidai baju tengah-tengah panas, teman anak-anak main kat porch tengahari buta. Biasanya memang rehan takkan duduk panas-panas. Rasa nak pitam je. Tapi seminggu ni rehan rilek je berjemur.

Paling best sekali rehan rasa mood baik je. Hati rasa seronok sebab rehan tau rehan buat perkara yang betul dan baik untuk tubuh. Bila badan segar, takde la cepat rasa stress bila anak-anak melekat je masa nak buat kerja rumah. Bila anak tidur pun laju je rehan siapkan kerja yang tertunda.



Ni kes terlebih rajin. Sampai cuci kereta sendiri. Kasut anak-anak pun semua rehan kasi cuci. Hahaha.

Jadi mana-mana yang selalu malas minum air tu jangan malas-malas lagi. Badan ni satu je Allah swt bagi kat kita. Nak pakai lama. Jaga baik-baik ye.

Salam sayang,
Qusyairi, rehan dan anak syurga kami.

Memasuki 3 Siri.

Assalamualaikum.


Tahun ni, rehan dan suami sama-sama masuk ke siri 30. Wawawa. Macam tak percaya. Rasa macam masih muda remaja tengah sekolah menengah sibuk pilih nak ambil aliran apa. Hahaha.

Sebenarnya agak teruja rehan nak masuk usia 30 tahun. Walaupun hati masih muda, tapi nombor 30 tu nampak terlalu menggoda auumm. Rasa macam masuk ke fasa baru kehidupan.

Alhamdulillah. Banyak yang rehan syukurkan pada usia 30 tahun. Pada usia ini, rehan telah pun masuk tahun ke-4 perkahwinan. Kami dikurniakan dua orang anak yang cantik, sihat dan bijak, mudah sangat dijaga dan diuruskan.

Rehan juga buat keputusan terbaik untuk pilih berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Walaupun agak kelam kabut dan tunggang langgang hidup rehan sekarang, tapi lebih baik begini bagi rehan dan keluarga. Rehan rasa rehan buat keputusan yang terbaik meninggalkan kehidupan selesa dengan gaji bulanan yang dah confirm masuk tiap-tiap bulan.

Sebaliknya rehan pilih untuk berniaga dan berniaga dan terus berniaga walaupun bukan niat rehan nak jadi kayaaaaa sekaya-kayanya. Rehan cuma dahaga ilmu. Bila cebur bidang baru, rehan banyak belajar benda baru. Dan ilmu bari ni bantu isi lohong kosong dalam diri rehan yang sememangnya suka sangat belajar. Lebih baik lagi sekarang rehan dah bawa beberapa orang untuk sama-sama menuntut ilmu dalam bidang perniagaan, dan membuahkan hasil yang manis setiap bulan.

Bagi orang yang tiada latar belakang perniagaan macam rehan, meninggalkan kerja bergaji tetap dan meningkat setiap tahun untuk berniaga yang tak pasti bila untung tu satu langkah yang tersangat besar dan mencabar. Tapi bagi rehan, rasa yakin bahawa Allah swt akan bantu rehan dalam pencarian ilmu ini memudahkan langkah rehan sekarang. Walaupun perlahan, banyak sangat peningkatan yang rehan dah kecapi.

Balik ke cerita usia 30, walaupun pada orang lain umur begini sepatutnya sudah sekian sekian pencapaian, rehan rasa rehan malas nak melayan pandangan orang lain. Hahah. Sejak dulu begini la rehan, suka buat hal sendiri-sendiri. Rehan cuma nak hidup tenang-tenang dengan anak-anak dan suami, mencintai keluarga ini lebih dari sebelumnya, mendekatkan diri kepada Pencipta dan menikmati hidup seberapa adanya. Ewah.

Simple kan azam rehan. Hahaha.

Maka dengan ini rehan ucapkan Selamat Datang Usia 30 Tahun! Yeehaaa!


Nah belanja gambar muda sekeping. Ni masa umur 22 tahun. Muda remaja. Hidup lurus fikir nak belajar dan cari kerja lepas tu duduk rumah jaga mak ayah je. Gambar ni ambil masa konvo ijazah. Masa konvo master dah tak heran dah, pergi konvo pun dengan kawan-kawan je. Baju pun pakai baju biasa-biasa. Datang konvo pun sebab kawan ajak. Kalau tak malas rasa nak masuk dewan. Family semua tunggu kat pesta konvo bershopping je. Hihih.

Tanda-tanda Awal Sakit Jantung.

Assalamualaikum.

Semalam saya diberitahu ayah mertua kakak saya diserang sakit jantung. Awal subuh waktu bangun dari tidur, pakcik Aziz kata badannya letih dan tak larat nak bangun. Makcik pun mandikan dan urut badan pakcik.

Kemudian pakcik kata nak ke klinik. Pakciik pergi sendirian. Lepas 2 jam, pakcik masih tak balik-balik, makcik pun dah mula risau. Tak lama lepas tu ada orang klinik datang ke rumah, bagitau pakcik dah di bawa ke hospital sebab diserang sakit jantung masa di klinik.

Allah. Sedihnya saya masa dengar khabar ni. Bersyukur sangat serangan tu terkena masa di klinik, dan respon klinik sangat pantas. Doktor kata nasib baik pakcik tak pengsan. Kalau pengsan, maksudnya pakcik terkena strok sekali.


Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

  1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda.

[Sumber]

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU

Shaklee ada rangkaian suplemen untuk kesihatan jantung.


Langkah 1:
PENCEGAHAN oleh Phytocol-ST yang menyerap kolestrol dari makanan agar tidak diserap oleh salur darah

Langkah 2:
PENURUNAN oleh Omega Guard yang menyerap kolestrol jahat sedia ada yang berlebihan dalam salur darah.

Langkah 3:
MENGUATKAN oleh CoQHealth Plus yang meningkatkan fungsi otot jantung dan memperbaiki peredaran darah

Langkah 4:
PERLINDUNGAN oleh VIVIX yang memberi perlindungan kepada sel dari penuaan pra matang dan menghalang kerosakan sel serta memelihara kesihatan salur darah.

Berminat untuk dapatkan Set Kesihatan Jantung Shaklee boleh hubungi kami bila-bila masa.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Shaklee Effect: Shaklee Hilangkan Sakit Lutut Ayah.

Assalamualaikum.

Ayah rehan ni banyak penyakit tau. Yelah, orang umur dah senja. Ayah rehan pulak sejak zaman muda memang tak berapa pentingkan kesihatan. Semua makanan ayah harung je makan. Bila dan tua-tua ni macam-macam la kesannya.

Sejak rehan bergelumang dengan Shaklee, rehan makin menyibuk perihal kesihatan ayah. Ayah rehan ada penyakit darah tinggi, diabetis sikit, dan kolestrol tinggi. Tapi setakat minggu lepas, darah tinggi, diabetis dan kolestrol ayah rehan dah ok sangat-sangat. Setiap kali check-up pun doktor kata terkawal.

Tengok sikit rupa Atuk Salleh. Hensem boleh tahan. Lutut je sakit sikit. Hehe.
Cuma masalahnya ayah rehan ada sakit lutut. Agak teruk jugak sakit lutut ni sebab ayah sampai taknak ikut kami keluar sebab lutut sakit masa jalan. Lagi satu, kalau dah turun tingkat bawah, seharian ayah tak naik tingkat atas sebab tak larat nak naik tangga. Nak tidur malam nanti baru ayah naik tingkat atas.

Awalnya rehan cuma bagi ayah makan AJHT je. Botol pertama habis, ayah minta botol kedua pula. Ini sangat ajaib. Sebab ayah rehan dah makan banyak sangat ubat untuk sakit darah tinggi, diabetis dan kolestrol, jadi ayah memang taknak makan ubat lagi. Tapi bila ayah minta botol kedua tu, rehan tanyalah ok ke tak makan AJHT.

Ayah kata, Alhamdulillah rasa sakit lutut ayah berkurang. Sehari tu boleh la naik turun tanggan 3-4 kali. Cuma ayah malas nak makan AJHT ni sebab telan pil lagi. Dah banyak sangat pil yang ayah telan.

Alhamdulillah, rezeki rehan Allah swt salurkan melalui bonus Shaklee bulanan, rehan mampu bekalkan ayah dengan VIVIX. Kali pertama ayah makan VIVIX, ayah nampak berseri-seri. Baru botol pertama!

Rehan perhatikan, ayah lebih ceria. Bila kami berborak adik beradik, ayah rajin mencelah sama. Sebelum ni ayah kerap tidur, duduk diam dan nampak letih. Tapi sekarang ayah nampak segar dan bertenaga. Kalau kami ajak keluar makan atau berjalan pun ayah rajin ikut.

Yang lebih best, ayah kata sakit lutut dah tak ada. Bukan kurang, tapi hilang terus. Yang ni yang ayah paling suka. Setiap kali ayah nampak batang hidung penyek rehan ni, mesti ayah cakap sakit lutut dah tak ada langsung. Bila rehan bagitau nak orderkan VIVIX untuk ayah, selalu ayah mengelak kononnya taknak susahkan anak. Tapi bila tanya lagi sekali, mesti ayah jawab: Boleh jugaklah. Haha. Malu-malu kucing pulak Atuk Salleh ni. Hihi.

Jadi kalau awak-awak ada mak ayah (atau diri sendiri) yang sakit-sakit lutut tak baik-baik tu, jemput-jemputlah cuba VIVIX. VIVIX ni suplemen terbaik daripada Shaklee. Kalau nak body age belasan tahun, makan la VIVIX ni selalu. Gerenti awet muda. Hihi.

BELI 1 BOTOL VIVIX

BELI 2 BOTOL VIVIX DAN FREE MEMBERSHIP SHAKLEE

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Rahsia Muda 25 Tahun!

Assalamualaikum.

Baru-baru ni berita mengejutkan tersebar di kalangan rakan-rakan niaga rehan. Ada seorang senior ni umurnya dalam pertengahan 30-an tapi bila diukur body age beliau cuma 20 tahun. Wow!

Seorang lagi senior umur juga pertengahan 3-an, tapi body age 18 tahun. Wow! Wow!

Remaja sangat, kan? Rehan ni kalau diukur berapa la agaknya body age rehan. Hihi.


Body age ni ialah satu sistem kiraan umur berdasarkan taraf kesihatan tubuh badan kita. Pengiraannya dibuat berdasarkan bacaan lemak, otot, berat, tinggi dan kolestrol badan. Mesin kira body age tu hebat tau, boleh tau berapa banyak lemak dan otot kita kat bahagian kaki, tangan dan torso. Jadi kita boleh la target nak repair bahagian mana yang patut.

Jadi balik kepada senior yang body age remaja tu, bila ditanya apa rahsianya beliau cuma sebut satu perkataan je: VIVIX. VIVIX ni suplemen anti-penuaan dan anti-kanser. Rehan baru sebulan lebih amalkan VIVIX ni sejak dalam pantang bersalinkan arfa.

VIVIX mengandungi resveraterol yang bertindak sebagai agen anti penuaan dan anti kanser. Tapi jangan salah faham tau, VIVIX ni bukan suplemen untuk kulit tegang, dahi licin. VIVIX ni melambatkan penuaan tubuh keseluruhannya.

Bila kita amalkan minum VIVIX setiap hari, seluruh sel dalam tubuh badan akan dipulihkan kepada fungsi asal. Contohnya orang yang merokok kan paru-parunya dah tercemar dengan toksik dari asap rokok. Dah tentu paru-paru perokok dah tak sama macam paru-paru orang yang tak merokok yang tak terdedah dengan pencemaran asap rokok. Bila perokok amalkan minum VIVIX, sel-sel pada paru-paru perokok akan dibantu supaya pulih dan dapat menjalankan fungsi asal seperti paru-paru orang yang tak terdedah dengan asap rokok.

Itu paru-paru. Bayangkan pula buah pinggang, jantung, hati, usus, otak. Seluruh tubuh kita akan dibantu untuk pulih seperti fungsi asal. Macam bayi gitu.

Shaklee dah buat kajian bertahun-tahun untuk hasilkan VIVIX. Hasil penyelidikan Shaklee, VIVIX terbukti secara klinikal mampu memberi kesan 10 kali lebih baik berbanding resveraterol sendiri. Shaklee dah patenkan VIVIX ni supaya tak ada pihak yang tak bertanggungjawab yang ubah formula VIVIX untuk hasilkan suplemen yang kurang berkualiti. Senang kata, kualiti VIVIX ni 100% Shaklee lindungi.

Kalau minta nasihat kesihatan dari rehan, rehan nak nasihatkan amalkanlah VIVIX setiap hari.Jangan ada satu hari pun yang tertinggal. Sekarang mungkin rasa biasa, tak penting. Tapi 10-20 tahun lagi, anda akan rasa, nampak dan jadi berbeza berbanding dengan pengamal VIVIX. Percayalah.

BELI 1 BOTOL VIVIX

BELI 2 BOTOL VIVIX DAN FREE MEMBERSHIP SHAKLEE

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Promosi Januari 2016: VIVIX, Zinc Complex & Vitalea for Childre

Assalamualaikum
Selamat tahun baru 2016 🎉

Sukacita kami maklumkan promo bulan ini seperti berikut:
❤ VIVIX - Buy 7 at 6
❤ Zinc Complex - Buy 4 at 3
❤ Vitalea for Children - Buy 4 at 3

VIVIX adalah suplemen yg kaya antioksidan, iaitu bahan yg bertindak melawan radikal bebas yg merosakkan badan.

Ujian klinikal menunjukkan VIVIX sepuluh (10) kali lebih baik berbanding resveraterol dalam melambatkan mekanisme utama proses penuaan.

*Resveraterol ialah bahan yg bertindak balas menghasilkan pemulihan semulajadi bila tubuh cedera atau diserang bakteria.

Promosi ni tamat 31 Januari 2016.

Terima kasih!

👫 Noraihan Qusyairi
➡ Pengedar Sah Shaklee Batu Pahat
🆔 921922
📲 012.780.7365
💻 www.noraihanqusyairi.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...