"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kenali Radikal Bebas (Free Radicals) - Unsur Pemusnah Sel Dan Genetik.

Assalamualaikum.

Hari ni rehan nak bertukar jadi cikgu sains sekejap. Nak kongsi cerita pasal free radicals ataupun radikal bebas. Bukan radhi OAG ok.

Mula-mula sekali rehan nak bagi warning, dalam entri ini akan ada banyak terminologi sains, limpahan ilmu berkaitan kimia dan mungkin sedikit memeningkan bagi sesiapa yang tak ada latar belakang sains. Rehan cuba tulis dalam bahasa dan penjelasan yang paling mudah difahamkan, InshaAllah.

Tubuh badan kita ni sebenarnya terdedah kepada banyak sangat ancaman; jangkitan, virus, kekurangan nutrisi. Tapi ada lagi satu ancaman besar kepada tubuh yang selalu ramai tak ambil berat iaitu ancaman radikal bebas. Soalnya radikal bebas tu apa? Dengar nama je dah gerun. Huhu.

Radikal bebas ada kesan mampu merosakkan sel tubuh dan bahan genetik yang ada dalam sel tu. Bila dah rosak maksudnya sel tak dapat berfungsi dengan sempurna. Kalau genetik rosak maksudnya sel tu dah tak boleh dikawal oleh tubuh, dia buat hal dia sendiri je contohnya duplicate pada kadar cepat.

Dari mana datangnya radikal bebas? Malangnya salah satu punca radikal bebas ialah hasil sampingan bila tubuh kita tukarkan makanan kepada tenaga. Bila kita makan, makanan itu akan ditukarkan kepada tenaga. Tapi salah satu hasilnya ialah radikal bebas. Selain tu radikal bebas daripada luar tubuh boleh masuk dalam tubuh melalui makanan atau pencemaran udara dan air. Sebab tu penting kita pastikan tubuh kita jauh daripada pencemaran.

Makan budak!
Radikal bebas ada pelbagai jenis, bentuk, saiz dan konfigurasi kimia. Tapi persamaan antara semua radikal bebas ialah mereka ni dahagakan elektron. Ewah ayat macam novel pulak. Hihi. Senang kata radikal bebas ni macam pencuri elektron la. Mana-mana unsur yang tak berapa gagah nak lindungi elektron masing-masing akan menyebabkan elektron tersebut dicuri oleh radikal bebas. Kehilangan elektron boleh menyebabkan perubahan pada struktur dan fungsi unsur tersebut.

Paling bahaya tentang ancaman radikal bebas ialah ia boleh mengubah arahan yang terprogram dalam DNA kita. Contohnya kerosakan akibat radikal bebas boleh menyebabkan tubuh kita dapat arahan untuk kumpulkan kolestrok jahat LDL dalam salur darah. Tak ke jahat tu namanya. Huhu. Lagi satu contoh, sel tubuh kita ada membran yang menapis bahan keluar masuk sel. Radikal bebas boleh rosakkan sesuatu sel menyebabkan membran sel tersebut ubah arahan bahan mana yang masuk dan bahan mana yang patut keluar sel. Patutnya air masuk, toksin keluar. Bila rosak sel dapat arahan air kena keluar, toksin pulak masuk. Parah oii.

Tapi Allah swt jadikan tubuh kita ni sempurna. Walaupun kita hasilkan radikal bebas dalam tubuh, tapi dalam masa sama tubuh kita juga ada hasilkan bahan untuk lawan radikal bebas. Selain tu kita boleh dapat bahan yang melawan radikal bebas melalui pemakanan. Maka sila-silakan amalkan pemakanan sihat dan seimbang ye.

Bahan yang melawan radikal bebas ni dipanggil antioksidan. Kerja antioksidan senang je. Antioksidan dermakan elektron kepada radikal bebas yang dahagakan elektron tadi. Baik betul hati antioksidan. Pemurah.

Nak sangat kan, haaaa, ambik la ambik elektron ni banyak-banyak.
Ada banyak jenis antioksidan yang kita biasa dengar, antaranya  vitamin C, vitamin E, beta-carotene, dan lain-lain carotenoids yang berkaitan,selain mineral selenium and mangan. Lagi ialah glutathione, coenzyme Q10, lipoic acid, flavonoids, phenols, polyphenols, phytoestrogens, dan banyak lagi lah.

Pasal antioksidan ni rehan akan cerita dalam entri lain ye. Sebab dah banyak sangat dalam satu entri, karang pening kepala membacanya. Hihi. Lagi pun rehan dah mengantuk sangat dah ni. Dah na tertidur sangat dah.

InshaAllah next entry kita cerita pasal antioksidan pulak ye.
Selamat malam.
Jangan lupa satu sudu kecil VIVIX sebelum tidur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...