"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Misi Minum 3 Liter Air Sehari!

Assalamualaikum.

Rehan ni orangnya tak biasa minum air banyak. Dalam sehari tu biasanya rehan minum 1 gelas air masa makan. Itu jela. Kalau sehari makan 3 kali, sehari rehan minum 3 gelas air jela.

Sebab tu rehan ada masalah kulit kering, badan letih, dulu selalu migrain. Sejak rehan hamil dan amalkan suplemen, rehan tambah minum air setiap hari. Adalah dalam 1 liter paling banyak pun.

Sejak rehan bersalinkan Arfa, berat badan rehan tak turun (selera sangat tau hihihi). Akibatnya lutut rehan selalu sakit sbb badan berat. Dengam ditambah masapah kurang air, lepas tu rehan pun berhenti kerja dan duduk rumah jaga anak sepenuh masa. Akibatnya badan jadi cepat letih, hati sedih, stress. Muka jadi kering. Jerawat jeragat semua keluar.

Jadi baru-baru ni rehan nekad nak perbaiki cara hidup rehan. Rehan mulakan dengan misi minum 3-4 liter air sehari. Setakat ni dah seminggu rehan mulakan misi, cuma 1 hari je tak berjaya minum 3 liter air. Itu pun sebab hari tu banyak travel dalam kereta. Rehan tak boleh nak pergi toilet selalu. Jadi rehan malas minum air banyak.

Sebenarnya bukan rehan tak suka minum air, atau malas pergi toilet. Tapi masalah rehan ni tak boleh minum air masak. Rasa nak muntah kalau minum air kosong. Jadi rehan cari alternatif macam mana nak perisakan air tanpa ada gula atau kalori berlebihan.

Mula-mula sekali rehan buat air detox. Resepinya senang je. Guna lemon, limau nipis dan halia. Mula-mula tu pahit sangat rehan tak boleh minum. Jadi rehan tambah gula batu. Lepas sehari dua rehan cuma campur madu 1 sudu dalam setiap liter. Alhamdulillah dengan air detox ni rehan boleh minum 3 liter air sehari. Zauj qusyairi supportive sangat belanja lemon dan limau nipis untuk seminggu, siap tolong sediakan bekas air.

Tapi nak merebus lemon tu ambil masa sikit. Kena kupas satu-satu, potong buang biji. Kalau tak pahit bebenau tak boleh telan. Nak tunggu sejuk lagi. Makan masa. Jadi rehan ada option kedua. Minum air Performance Drink.

Performance Drink ni rasa oren. Sedap pada rehan kalau bancuh tawar-tawar. Hehe. Rehan ni memang tak berapa tahan manis. Sejak minum air PD ni memang senang nak habiskan 3 liter air sehari. Contohnya semalam rehan habis minum 3.5 liter air sebelum jam 6 petang. Satu pencapaian yang hebat bagi orang yang tak biasa minum air banyak macam rehan. Hehe.



Gambar atas ni rehan saja masukkan Collagen Powder. Beli murah-murah je masa promo bulan lepas.

Banyak bezanya yang rehan rasa lepas rehan amalkan 3 liter air masak sehari ni. Paling ketara kulit kering kat kaki rehan dah kurang sangat-sangat. Kalau tak boleh sampai berdarah sebab kering menggelupas.

Keduanya muka rehan rasa lebih licin dan lembut. Hari tu masa dalam kereta keluar jalan-jalan sajalah rehan ambil tangan zauj qusyairi letak kat pipi. Beliau gosok-gosok pipi rehan, lepas tu beliau cakap: lembutnyaaa~

Kembang hidung rehan bak angggg! Hahaha.

Lagi rehan rasa badan lebih segar. Bersemangat je nak buat kerja rumah. Rajin je pergi sidai baju tengah-tengah panas, teman anak-anak main kat porch tengahari buta. Biasanya memang rehan takkan duduk panas-panas. Rasa nak pitam je. Tapi seminggu ni rehan rilek je berjemur.

Paling best sekali rehan rasa mood baik je. Hati rasa seronok sebab rehan tau rehan buat perkara yang betul dan baik untuk tubuh. Bila badan segar, takde la cepat rasa stress bila anak-anak melekat je masa nak buat kerja rumah. Bila anak tidur pun laju je rehan siapkan kerja yang tertunda.



Ni kes terlebih rajin. Sampai cuci kereta sendiri. Kasut anak-anak pun semua rehan kasi cuci. Hahaha.

Jadi mana-mana yang selalu malas minum air tu jangan malas-malas lagi. Badan ni satu je Allah swt bagi kat kita. Nak pakai lama. Jaga baik-baik ye.

Salam sayang,
Qusyairi, rehan dan anak syurga kami.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...