"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Rehan Nak Gaya Hidup Sihat.

Assalamualaikum.

Rehan taktau nak tulis apa hari ni sebenarnya. Tapi kebetulan rehan ada masa dan ada perasaan nak update blog hari ini. Jadi rehan post jugalah. Layankan je ok. Hihih.

Alhamdulillah minggu ni keluarga kecil kami mula biasakan diri dengan rutin baru. Rutin baru ni bermakna rehan ada sikit masa lapang waktu pagi, tapi keseluruhannya rehan kerja lebih keras dan penat berganda-ganda daripada sebelum ni. Buktinya minggu ni rehan tidur awal, sebelum pukul 11 dah selamat terlena dengan anak-anak.

Bagi rehan rutin baru ni adalah jawapan Allah swt kepada doa-doa rehan sebelum ni. Rehan selalu doa nak kurangkan tidur. Rehan ni jenis kena tidur lama. Mesti cukup 6-7 jam setiap malam. Kalau tak cukup nanti rehan jadi bingung-bingung dan rasa nak demam, mood pun kelaut. Tambahan rehan ni jenis tak reti tidur siang. Orang kata kalau anak-anak tidur siang tu maknye tidur je sekali. Rehan tak boleh. Jadi rehan kena pastikan malam-malam rehan dapat rehan cukup.

Bila rehan tidur awal, sebelum jam 11, biasanya paling lama rehan tidur 1 jam je. Dalam jam 11-12 rehan akan bangun buat kerja rumah dan packing barang untuk pos esok. Lepas bangun tidur sekejap ni rehan boleh stay up hingga jam 2-3 pagi. Pagi-pagi pun rehan bangun lebih awal. Bila rehan kira, sejak rehan ikut rutin baru ni setiap malam total waktu tidur rehan dalam 4-5 jam je. Tapi badan rehan cergas dan sihat macam biasa.

Misi minum 3 liter air sehari Alhamdulillah berjaya setakat 2 minggu ni. Rehan fikir nak upgrade misi ni jadi 4 liter air sehari. Minum air terlalu banyak memang tak baik untuk kesihatan. Tapi untuk rehan, 4 liter tu just nice untuk penuhi keperluan rehan sebagai ibu yang menyusukan anak. Lagipun rehan makan suplemen jadi memang kena minum extra air.

Kalau minggu lepas rehan bancuh Performance Drink campur madu untuk bantu rehan minum 3 liter air sehari, minggu ni rehan berjaya minum 3 liter air bancuhan Performance Drink je. Madu tu rehan dah tak campur lagi sebab manis pulak rasanya. Lagi pun madu mengandungi karbohidrat tinggi, rehan pulak nak kurangkan karbohidrat. InshaAllah lepas ni rehan cuba cut off Performance Drink dan minum air masak je.

Kesian zauj Qusyairi. Beliau baru je belikan satu baldi madu untuk rehan. Hihi.

Setakat ni azam tahun baru rehan nak amalkan gaya hidup lebih sihat nampak positif. Rehan perasan sekarang rehan sendiri nak minum air banyak, kalau tak rasa letih badan. Lagi satu rehan perasan rehan tak tahan kalau minum atau makan yang manis-manis. Cheat day hari tu rehan order milo tarik, rehan siap campur air masak segelas sebab nak kurangkan manis. Baru boleh telan.



Tapi sebenarnya pencapaian terhebat pada rehan ialah berjaya mengajak zauj Qusyairi untuk sama-sama sihat. Pagi tadi zauj order nasi ayam separuh. Katanya sejak kami kawal makan ikut sukatan yang betul, perut cepat rasa kenyang bila makan. Dab beliau pun turut sama membanyakkan minum air masak kat rumah. Kadang-kadang berebut jugak dengan rehan nak minum air. Hehe.

Rehan tak banyak azam. Kali ni salah satu azam rehan nak jaga kesihatan diri dan keluarga. Rehan doa semoga Allah swt permudahkan dan izinkan rehan capai azam ni.

Harap kawan-kawan pun akan doakan rehan.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...