"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

BFF: Jejak Kasih Kawan Lama.

Assalamualaikum.

Rehan happy sangat. Baru-baru ni rehan sempat keluar dengan kawan-kawan terbaik rehan. Ya Allah. Seronok sangat. Ini pertama kali rehan keluar dengan kawan-kawan sejak ada Arfa. Sebelum ni masa rehan masih bekerja pernah keluar dengan kawan tapi lunch break je.

Kali ni rehan keluar 4 jam. Hihihi. Zauj Qusyairi sudi duduk rumah jaga anak-anak sementara rehan keluar. Terima kasih abang 😊

Sebenarnya kawan-kawan rehan dah lama nak ajak rehan keluar tanpa anak-anak. Ala-ala jejak kasih. Takde la jejak kasih sangat sebab kami ni tinggal dekat-dekat je. Yang seorang tu rumahnya selang satu pintu je dari rumah rehan. Seorang lagi rumahnya 10 minit dari rumah kitorang. Tapi nak jumpa pun payah. Bila jumpa pulak rehan sibuk melayan anak-anak, tak sempat borak. Wuuu~

Jadi kami plan girls' day out untuk catch up segala yang kami dah miss sejak rehan kahwin dan ada anak (padahal yang sorang tu rehan kenal lepas bersalin Kautsar).



Ni hana dan aiza. Kawan terbaik rehan kat sini. Aiza tu rehan kenal sebab kami sama makmal masa Master dulu. Aiza junior rehan setahun. Masa rehan nikah dulu aiza la yang tak tidur malam lukiskan inai kat tangan dan kaki rehan walaupun rehan dah tidur masa tu. Cantik sangat inai tu, rehan suka sangat. Hana pulak kawan aiza masa kat kampus, tapi course lain dan junior aiza setahun. Rehan la yang paling tua hahaha. Lepas rehan naik cuti bersalin Kautsar, hana masuk kerja satu jabatan dengan rehan. Sejak tu kami kawan baik.

Rehan nak cakap, kami ni kawan susah bersama. Kalau waktu susah memang boleh harapkan diorang. Sentiasa ada untuk dengar masalah masing-masing, sanggup susahkan diri untuk bantu satu sama lain. Tapi bila waktu senang masing-masing berjimba dengan kawan lain. Hahaha.

Hari tu kami takde pergi mana pun. Masing-masing datang asing-asing walaupun rumah dekat-dekat. Jumpa kat Rengit Coffee, BP Mall lepas tu terus borak sampai sipi-sipi lupa order makanan. Sambil borak sambil makan sambil borak, sejam lebih nasi rehan tak habis-habis haahaha. Sampai kedai penuh dah kosong dah penuh balik, barulah kami keluar. Itupun sebab dah waktu solat. Kalau tak solat tu mau sambung borak sampai lebam.



Dua ni je gambar yang kami ambil. Tu pun sebab aiza ingat nak ambik gambar. Rehan dengan hana memang tak ingat dah. Ralit sangat. Gambar first tu muka excited gila. Rehan terpaksa muncung-muncungkan mulut dulu sebelum ambil gambar second ni sebab taknak nampak excited sangat. Yang aiza dan hana pun pura-pura serius je tu. Hihihi.

Kata orang persahabatan melebihi 7 tahun akan kekal selamanya. Rehan dah kawan aiza masuk 6 tahun. Hana pulak masuk 3 tahun. Rehan doa sangat kami kekal bersahabat sampai bila-bila. Satu persamaan kami, bila berkawan mesti kenalkan pada family. Mak aiza dah anggap rehan ni macam anak sendiri, mak hana pun selalu kirim-kirim makanan kat rehan. Segannya rehan. Taktau nak balas macam mana. Kalau arwah mak rehan ada lagi mesti mak suka berkawan dengan mak-mak aiza dan hana.

Next time kami dapat kumpul macam ni pagi taktau bila. Kalau tiga-tiga dah kahwin lagi susah nak jumpa. Tapi best jugak boleh gathering buat BBQ kat rumah je.

Tazabarrrrrnyeeeee~

Throwback: 4 Tahun Lepas Part 2.

Assalamualaikum.

Best jugak ada feature mekories kat facebook. Terkenang-kenang situasi lama. Memang tersenyum sorang-sorang jadinya. Hihi.

Entah kenapa entah rehan sentimental sikit menghitung hari ulangtahun ke-4 pernikahan dengan zauj Qusyairi. Padahal biasanya kami tak kisah sangat tentang ulangtahun, hari-hari celebrate cinta gitu. Haha.

Hari ni rehan tengok memories. Jumpa dua status lama ni. Masa ni menunggu hari nak dinikahkan. Badai gelora memang dahsyat la masa ni.



Yang buat rehan tersenyum, membaca berapa patah perkataan yang sangat pendek tu. Rehan ni kalau suruh bercakap memang sepatah sepatah. Tapi bila menulis biasanya tak cukup kertas, tak cukup pen, tak cukup keyboard. Suka menulis panjang lebar berjela-jela penuh metafora dan bunga-bunga bahasa.

Tapi dia status di atas, jumlahnya cuma 7 patah perkataan je. Gila apa rehan tulis 7 patah je? Hahaha.

Well. Nak cakap macam mana. Masa tu memang jiwa raga jatuh tersungkur tersembam terhempas terluka terkecewa terkesima semua ter pun ada. Sedih pilu sayu tak percaya, rasa tak berpijak di bumi nyata.

Sampai rehan hilang kata-kata.

Tapi yang pahit sukar ditelan itulah yang buahnya manis tak mampu diterjemah. Empat tahun terbaik dalam hidup rehan sepanjang perkahwinan ni, dan sentiasa semakin baik inshaAllah. Sejak rehan pandai berfikir, rehan sentiasa harap diri rehan terhindar dari gejala bercinta, walaupun kalau ikut hati memang nak jugak bercinta sana sini. Haha. Nak buat macam mana, rehan tak nampak keperluan bercinta selain untuk berumahtangga. Sebab tu seminggu lepas couple rehan terus ajak zauj Qusyairi nikah. Gelojoh tak? Hahaha.

Empat tahun lepas masa ni rehan bengkak-bengkak mata, takut nak hadap masa depan yang terjejas dek perkara yang tak berkaitan. Pernah sipi-sipi rehan persoalkan kenapa rehan ditakdirkan menanggung beban perkara yang bukan rehan lakukan. Nauzubillah. Allah swt terangkan dan lapangkan hati rehan supaya terima persoalan takdir tu hak mutlak Allah swt. Bukan tugas kita hamba-Nya untuk persoalkan kenapa. Dan dah tentu, kalau kita jaga diri dan hati kita tak kisahlah apapun yang berlaku sebab atau bukan sebab kita, pasti Allah swt kurniakan ganjaran sebaiknya.

Lapang dada tu perkara paling utama.

Jadi empat tahun pertama perkahwinan ini adalah momen terindah, yang sarat pengajaran tentang berlapang dada dan mencari redha. Rehan tinggalkan kerja bergaji besar, malah rehan perlahankan aktiviti bisnes supaya rehan fokus pada mendidik hati dan belajar mencari hidup yang memberi erti.

Tengok. Berapa banyak perenggan rehan tulis. Memang gila menulis rehan ni. Hahah. Ok jumpa lagi next entri. Zauj Qusyairi dah pandang-pandang minta perhatian dari rehan dah tu. Mana lagi masa nak bermanja suami isteri kalau bukan waktu jendela sejam dua lepas anak-anak tidur sebelum kami sendiri terlena.

Selamat malam. Rehan doakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk semua umat manusia, tak kira siapa. Dunia dan akhirat.

Doakan rehan dan keluarga juga ye.

Tips Beli Barang Bayi Bagi Ibu Bekerja.

Assalamualaikum.


Bayi dah nak lahir, barang bayi tak beli lagi. Sibuk dengan kerja sampai tak sempat survey apa yang perlu dibeli. Macam mana ni??

Jangan risau ye mak-mak. Rehan dulu dapat tau ye dah mengandung terus konsisten setiap hari mengkaji barang apa yang perlu untuk dibeli. Hihi. Jadi rehan nak kongsi sikit hasil kajian rehan tu. Zaman ekonomi tak menentu ni mommies kena la merancang perbelanjaan. Beli barang yang perlu je. Jangan membazir. Membazir kan amalan syaitonnnnnn~

Berikut barang-barang yang rehan fikir mommies wajib beli:

Breastpump
Bawah RM500 dah boleh dapat breastpump double pumping yang ringan dan kecil. Mommies kena rajin survey online, dah banyak pilihan sekarang ni. Kalau mommies boleh tolerate single pumping, bunyi motor tak berapa senyap atau saiz yang lebih besar inshaAllah ada breastpump yang lebih murah. RM200 pun boleh dapat breastpump yang cukup bagus. Baca tips pilih breastpump kat sini. Penting beli breastpump sebab semua ibu nak susukan anak dengan susu ibu, betul kan? Jadi mulakan dengan niat. Dah ada breastpump lagi termotivasi nak pam susu dan tamatkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun setengah. Sekali dengan breastpump, mommies kena sediakan cooling bag, reuseable ice pack, storage bottle, juga ye.


Stroller
Pun barang yang penting bagi ibu yang bekerja. Sebab petang-petang atau hujung minggu mesti ibu nak bawa anak jalan-jalan ambil angin kan. Mesti ibu nak luangkan masa dengan anak. Atau mungkin ibu ada kerja luar terpaksa bawa anak sekali. Kursus di hotel 2-3 hari ke. Atau ibu perlu bawa anak ke klinik ketika suami bekerja. Bila perlu bawa barang banyak, anak pula minta dukung, paling mudah masukkan anak dalam stroller dan masukkan barang sekali. Jadi mommies carilah stroller yang sesuai untuk newborn hingga 4 tahun (tak perlu beli 2-3 stroller). Lebih baik mommies cari stroller yang ringan, single hand handling, saiz kecil muat masuk kereta comel mommies. Harga stroller yang beratnya 4.5 kg agak mahal, antara RM900 hingga mencecah ribu. Kalau mommies tak kisah guna stroller yang saiz besar, lebih berat  dalam RM300 inshaAllah dah boleh dapat. Boleh baca kat sini tips pilih stroller ye.

Warmer
Pun wajib terutamanya kalau mommies hantar anak ke pengasuh yang tak biasa kendalikan susu perahan. Biasanya pengasuh suka bagi bayi minum susu tepung je sebab senang pengasuh nak bancuhkan. Padahal pengasuh ni tak faham yang susu perahan lagi senang nak handle. Jadi kita mudahkan kerja pengasuh, beri mereka satu warmer untuk panaskan susu anak. Lama-lama pengasuh akan faham mudah je handle susu perahan dan lebih berlapang dada untuk terima bayi susu ibu.

Penggendong / Baby Carrier
Yang ni pun rehan rasa wajib. Sekurang-kurangnya wajib ada satu stretchy wrap untuk bayi newbork hingga 4 bulan, dan satu soft-structured carrier untuk bayi 4 bulan ke atas. Bukan ibu bekerja je, ibu yang surirumah pun perlu ada carrier tau. Sebab sekarang zaman semua orang sibuk, banyak kerja. Dan anak-anak pula perlukan kasih sayang dan perhatian yang tinggi. Jadi tak patut mommies tinggalkan anak main sendirian sebab mommies ada banyak kerja nak di siapkan. Mommies boleh berikan perhatian dan comfort yang bayi perlu dengan menggendong bayi sambil mommies siapkan kerja. Bayi yang kerap digendong ni moodnya lebih baik, tak kerap menangis, dapat cukup tidur dan perkembangannya lebih cepat. Arfa dulu rehan kerap sangat gendong, segala perkembangan Arfa cepat beberapa bulan berbanding Kautsar. Baca tentang babywearing kat sini.

Celebrate habis pantang kat Zoo Taiping. Ke belum habis pantang tah. Hihi.
10 bulan kemudian.
Car Seat
Car seat sangat wajib okeh. Sebab mommies nak berulang ali hantar anak ke pengasuh setiap hari kan. Bahaya kalau tak masukkan anak dalam carseat. Mommies boleh pilih car seat yang sesuai sejak bayi masih newborn sehingga umur 6 tahun. Baru ni rehan ada ternampak carseat dan baby carrier (bukan gendong bayi tapi seat untuk bayi newborn) harganya cuma RM600 sepasang. Ok sangat tu. Sebab kalau beli carrier saja kat pasaraya harganya dalam RM170 paling murah. Rehan beli car seat Sparco harga RM600. Ada yang lagi murah jenama lain. Kalau nak beli pastikan car seat tu sesuai untuk bayi newborn (Type 0). Rehan ni terbeli yang Type 1 untuk 1 tahun ke atas. Tapiboleh la diejas-ejas. Hehe. Anak-anak rehan pun lahir besar-besar, jadi senang nak ejas.

Maafkan kakak Kautsar tak masuk car seat. Ibu terlajak lupa nak ajar masuk car seat, sudahnya taknak masuk langsung. Adik Arfa sangat baik masuk car seat tau.

Pakaian Menyusu
Asyik cerita tentang barang bayi kan, barang ibu pun perlu juga. Paling penting pakaian yang nursing friendly. Sebab bayi tak kira masa dan tempat, bila bayi nak susu dia nak susu. Tak boleh tunggu. Jadi mommies kena la bersedia sepanjang masa untuk menyusukan anak. Antara yang penting sekali ialah nursing bra. Rehan beli nursing bra Kelly kat Fabulous Mom cuma RM10 je masa sales. Rehan tak suka padded bra, laced atau wired. Rehan suka yang biasa je. Sebab tu boleh dapat RM10 hehe. Kalau nursing bra yang padded, laced atau wired, harga biasanya dalam RM30 dah boleh dapat. Waktu sales boleh dapat RM20. Selain bra, mommies perlukan baju nursing yang sesuai untuk mommies pakai kasual atau ke tempat kerja. Feature baju nursing yang mommies boleh pilih sama ada jenis selak ke atas, selak ke tepi, zip 1 di tengah atau 2 zip di dada. Mommies boleh tengok facebook An-Naafiqa - Muslimah Nursing Apparel, pakaian yang dijual semuanya nursing dan wudhu friendly. Ada pelbagai pilihan t-shirt, blouse, dress dan baju kurung.



Barang Lain
Pada rehan tak perlu beli sterilizer, drying racks, playgym, dan terutama sekali walker. Personally rehan ada barang-barang ni sebab ada dalam pakej masa beli breastpump, ada yang orang bagi. Tapi tak guna pun. Lagi leceh pulak contohnya sterilizer tu. Lagi cepat kalau sterilize sendiri guna air panas (bukan rebus ye). Mommies yang bekerja badan dah penat. Balik kerja nak layan anak seronok-seronok, jadi buatlah pilihan yang memudahkan mommies.

Setakat ni dulu. Jumpa lagi dalam next entri :)

Cara Kira Kitaran Haid dan Waktu Subur.

Assalamualaikum.

Rehan memang berminat dengan tajuk kitaran haid dan waktu subur ni. Sebelum berkahwin, memang rehan tak pernah ambil berat tentang kitaran haid apatah lagi waktu subur. Sebabnya rehan tak pernah alami masalah berkaitan haid. Kitaran haid rehan teratur, tiada senggugut atau masalah lain yang berkaitan. Malah jumlah hari haid pun konsisten.

Lepas seseorang wanita berkahwin, penting baginya untuk faham kitaran haid dan pengiraan waktu subur.

KENAPA PERLU FAHAM KITARAN HAID DAN WAKTU SUBUR?

  • Untuk mendapatkan zuriat
  • Untuk mengelakkan mendapat zuriat (kaedah merancang keluarga secara semulajadi)

Kedua-duanya sangat penting. Sebab itu mengira kitaran haid dan waktu subur adalah ilmu wajib bagi suami dan isteri.


MEMAHAMI KITARAN HAID WANITA

Secara purata kitaran haid wanita berlaku pada setiap 28-30 hari. Walaupun begitu, harus kita faham setiap wanita adalah berbeza. Oleh sebab itu, ada wanita yang mengalami kitaran haid kurang daripada 28 hari atau lebih daripada 30 hari.

Kitaran haid wanita terbahagi kepada 4 fasa. Berikut saya akan terangkan fasa-fasa tersebut.

Fasa 1: Hari 1 - 4
Fasa ini dipanggil menstruation atau hari pengeluaran haid. Ketika inilah darah haid keluar. Penting untuk wanita tandakan hari pertama haid keluar setiap bulan. Tujuannya untuk ikhtiar mendapatkan atau mengelakkan mendapat zuriat, selain untuk mengira jumlah kitaran haid.

Fasa 2: Hari 5 - 13
Fasa ini dipanggil fasa follicular. Sepanjang tempoh ini, hormon estrogen akan meningkat. Darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal sebagai persediaan untuk mengandung. Telur (ovum) yang berada di dalam ovari pula mula semakin matang.

Fasa 3: Hari 14
Ini adalah fasa berlakunya ovulasi iaitu peneluran. Peningkatan hormon Lutenizing Hormone (LH) secara mendadak dalam tubuh wanita menyebabkan telur keluar dari bekasnya untuk disenyawakan. Sekiranya terlur disenyawakan, telur akan melalui saluran tiub fallopio menuju ke rahim tempat ia menempel dan fetus terbentuk.

Fasa 4: Hari 15 - 28
Fasa ini dikenali sebagai fasa luteal atau secretory. Hormon progesteron dirembeskan daripada sarangnya (corpus luteum) selepas telur dikeluarkan daripada bekasnya. Rembesan progesteron menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, rembesan progesteron semakin sikit dan akhirnya dinding rahim akan runtuh. Setelah proses ini selesai, kitaran haid akan bermula semula pada hari 1.


MENGIRA WAKTU SUBUR
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. Ingat ya, 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya.

Sekiranya kitaran haid anda 28 hari, maka waktu subur anda adalah: 28 - 14 = Hari ke 14
Sekiranya kitaran haid anda 30 hari, maka waktu subur anda adalah: 30 - 14 = Hari ke 16
Sekiranya kitaran haid anda 34 hari, maka waktu subur anda adalah: 24 - 14 = Hari ke 20

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah selsius. Anda boleh mula merekod suhu tubuh badan setiap hari dan perhatikan bacaannya. Cara yang tepat untuk merekod suhu badan ialah dengan menggunakan termometer klinikal yang beri bacaan tepat. Ukur suhu sebaik saja bangun dari tidur. Pastikan anda bangun tidur dan merekod suhu pada waktu yang konsisten. Suhu tubuh unu dipanggil Basal Temperature.


Selain mengukur suhu badan, terdapat juga lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Anda juga boleh menguji waktu subur dengan menggunakan kit kesuburan atau dipanggil ovulation kit yang terdapat dijual di farmasi.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam hari pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang 28 hari. Cadangan ini adalah bagi anggaran waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar. Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak berapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan sperma mampu bertahan sehingga 7 hari di dalam rahim), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

[Sumber]

Sesi Mengenali Ahli Blogger.

Klik banner kalau nak join.

Assalamualaikum.

Rehan telah ditag oleh blogger Dayah untuk join segmen ni. Segmen ni blogger nurnbla yang anjurkan. Rajin-rajin klik kat banner kalau nak join ye :)

First time join segmen, nervous pulak. Haha. Meh la rehan share sikit pasal rehan.

Jika anda tak keberatan , ikut syarat syarat di bawah ini. Simple jer syaratnya.


  1. Buat satu entri " Sesi Mengenali Ahli Blogger " dan impian anda terhadap blog anda.
  2. Buat biodata anda sikit dalam entri tersebut.
  3. Ajak ahli blogger lain untuk join.
  4. Dalam entri mesti diisi nombor telefon * ikut pada diri nak letak atau tidak*, laman sosial yang korang ada ( Instagram , Twitter dan Facebook )

( Nombor telefon email pada aku pun boleh , mana tahu group whatsApp nanti ditubuhkan )

Biodata:
Rehan dilahirkan sebagai Noraihan Salleh Hudin pada tahun 1986. Maka tahun ni inshaAllah rehan masuk umur 30 tahun, Alhamdulillah. Berasal daripada Batu Pahat, rehan merupakan graduan UTM, Skudai dan merupakan pemegang Sarjana Sains (Fizik). Rehan pernah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir 5 tahun sebelum rehan decide untuk berhenti kerja dan tinggalkan zon selesa rehan untuk jadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah Allah jodohkan rehan dengan zauj terbaik yang dapat rehan bayangkan, Qusyairi. Kami dikurniakan dua orang puteri solehah iaitu Kautsar dan Arfa. Buat masa ni rehan duduk rumah sambil berbisnes online. Again, Alhamdulillah :D


Impian:
Impian rehan tak banyak. Rehan nak hidup bahagia dunia akhirat, nak kenal Allah swt dengan lebih rapat. Nak didik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan berusaha menjadi yang terbaik untuk mereka. Rehan nak jadi isteri yang sama-sama berpimpin tangan dengan zauj Qusyairi di syurga nanti. Dari segi duniawi, rehan terima segala yang Allah swt tentukan untuk rehan dengan lapang dada. Sebenarnya rehan ni agak philosophical. Sebab tu rehan terbiasa pilih untuk tinggalkan keselesaan, kerja dan gaji supaya rehan sentiasa merendah hati. Dan buat masa sekarang bisnes pun rehan perlahankan sikit supaya rehan tak khayal dari impian rehan ni.

No telefon: 0127807365 - feel free to whatsapp/telegram if anything.

Social media:
Facebook: Noraihan Salleh Hudin
Instagram: @noraihanqusyairi


Sekian serba sikit pasal rehan. Selamat berkenalan semua :)

Minggu Banyak Rezeki.

Assalamualaikum.

Minggu ni banyak permintaan rehan yang Allah swt makbulkan. Ada yg baru je rehan doakan, terus dapat.

Syukur Alhamdulillah.

Salah satunya rehan dah terlalu lama mengidam nak beg tangan baru. Sejak sebelum berhenti kerja rehan nak tukar handbag. Tapi rehan asyik tangguhkan sebab belum ada keperluan. Kali terakhir beli handbag masa Kautsar baru je lahir. Masa tu beli handbag polo besar sebab nak masukkan pampers dan mainan Kautsar sekali. Sejak berhenti kerja, handbag tu secara rasmi dah jadi beg pampers Kautsar dan Arfa.

Semalam rehan akhirnya beli handbag. Harga asal beg tu RM209. Tapi tapi tapi. Rehan dapat beli pada harga RM4.50 je. Ye betul. Rehan tak salah type. Memang rehan bayar RM4.50 je untuk beg tu. Kisahnya rehan buat collaboration dengan Zalora dan Zalora bagi rehan voucher RM100. Beg RM209 tu ada 50% off, jadi tinggal RM104.50 je. Tolak voucher, baki kena bayar cuma RM4.50 jela. Alhamdulillah sangat. Berbaloi rehan bersabar selama ni. Rupanya Allah swt nak bagi rehan deal paling berbaloi. Kebetulan bulan depan ada trip dan rehan memang perlu sangat handbag baru.



Semalam jugak rehan dapat blouse free. Hari ni baru order, inshaAllah minggu depan sampai. Kisahnya Eni, kakak rehan saja saja join contest di facebook Marredz Couture. Ditakdirkan menang tempat pertama. Hadiahnya sepasang blouse dan sehelai shawl percuma. Kakak rehan ni tinggal kat eropah jadi dia pass hadiah tu kat rehan dan Eli, kakak rehan lagi seorang. Mulanya rehan ingat nak ambil shawl sebab rehan dah banyak blouse. Tapi eli bagi rehan ambil blouse sebab eli tau rehan tak pakai tudung chiffon. Alhamdulillah sekali lagi.

Selain handbag dan blouse, hari ni rehan dapat satu Nutriwhite Gentle Make Up Remover. Pun percuma juga. Tapi sebab yang bagi tu customer tegar rehan, rehan trade in dengan sebotol GLA Complex yang dia order. Tak boleh la tengok orang buat sedekah, kita pun nak rebut juga pahala. Semoga Allah swt redha dengan transaksi kami tadi walaupun cuma berlaku kat tepi pagar sambil jerit-jerit berbudi bahasa. Hihi. Sayang kak yana, antara customer pertama rehan sejak rehan mula bisnes Shaklee tahun 2012 dulu.



Dan seminggu lepas keluarga rehan meriah dengan rezeki makanan percuma. Mula-mula rehan pergi rumah kawan, dapat bubur kacang hijau yang sedap sangat. Kemudian satu hari tu rehan teringin nak makan keropok ikan. Kebetulan masa pergi bank ada makcik jual keropok ikan sebelah bank. Rehan beli sebungkus. Harganya agak mahal tapi rehan fikir tak apalah sedekah pada makcik tu sebab nampak makcik tu orang susah. Esoknya kawan rehan tiba tiba mesej kata nak datang rumah. Rupanya mak kawan rehan belikan keropok lekor losong untuk rehan. Ya Allah terharu sangat, sebab memang dah lama nak keropok losong. Last time pergi mersing kedai losong tu tutup.

Ya Allah rehan syukur sangat. Malam tadi masa borak dengan kakak kakak rehan, perkara ni yang kami borakkan. Betapa ramai yang lupa rezeki bukan wang semata-mata. Ramai yang mengeluh tak cukup wang, tapi lupa yang perut tak pernah merasa lapar. Ramai yang mengeluh letih bekerja, tapi lupa wang sentiasa ada.

Banyak perkara yang boleh dikeluhkan kalau kita pilih untuk mengeluh. Tapi Allah swt nak tengok mana satu hamba-Nya yang sabar.

Alhamdulillah.

Tips Menggayakan Baju Moden Murah.

Assalamualaikum.

Hari ni rehan nak cerita sikit la pasal tips menggayakan baju moden budget rendah. Sekarang ni berjimat cermat dah semakin jadi amalan di Malaysia. Tapi cuma sebab wardrobe anda kos rendah, tak bermakna pakaian anda perlu nampak "murah" nya. Sekarang ni banyak baju moden yang kos rendah tau. Bila pakai tetap nampak bergaya setanding jenama mahal!

Kalau anda nak bergaya dan mengikuti trend terkini tidak semestinya anda mesti berbelanja mahal. Kadang-kadang, cuma dengan menggayakan koleksi pakaian yang murah juga boleh mengubah penampilan anda secara keseluruhannya. Sebab tu la, sekarang anda boleh jumpa macam-macam koleksi baju moden murah keluaran jenama-jenama tempatan yang tak pernah tak cantik. Tapi untuk pastikan penampilan anda tidak nampak "murah" bila menggayakan koleksi pakaian tersebut, ni rehan nak share beberapa panduan menggayakan baju moden murah untuk anda kelihatan hebat;


Tips pertama: jadi ‘cerewet’ bila memilih design koleksi pakaian tersebut. Banyak koleksi pakaian murah yang boleh anda temui dalam pilihan rekaan yang eksklusif. Seelok-eloknya, beli pakaian yang direka dengan rekaan yang ringkas dan warna pakaian juga memainkan peranan.


Kedua: macam mana anda memadankan pakaian pun merupakan faktor yang penting. Pastikan anda memadankan baju tersebut dengan koleksi seluar atau skirt yang bersesuaian. Kalau anda bertudung, pastikan anda pakai tudung yang berpadanan warna dengan baju pilihan anda tersebut.


Ketiga: bijak untuk bereksperimen dan memakai aksesori tambahan. Anda boleh bergaya dengan aksesori seperti rantai, tali pinggang atau cardigan untuk menyerlahkan lagi penampilan anda.



Dan tips yang terakhir adalah bergaya dengan yakin. Keyakinan diri adalah faktor utama untuk menyerlakan penampilan seseorang individu regardless harga pada tag pakaian yang dipakai!

Tips terakhir ni rehan memang setuju sangat-sangat. Tak ada siapa pun tau berapa harga pakaian yang kita pakai. Kita je yang tau. Jadi tak perlu la rasa rendah diri bila pakai pakaian murah. Yang penting bukan tanda harga, tapi pembawakan diri masa menggayakan pakaian. Ewah. Ni nasihat untuk diri sendiri jugak ni hihih.

Harapnya entri ni dapat bantu anda yang merancang nak tambah koleksi di wardrobe anda tapi terikat dengan budget. No worries. Lepas ni maintain bergaya ok!

Tips Bayi Cepat Jalan: Arfa 10 Bulan.

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali rehan nak bagitau entri ni patutnya rehan publish 3 bulan lepas. Tapi biasalah, tangguh punya tangguh sekarang baru nak publish. Tips ni berdasarkan pengalaman rehan sendiri. Tak semestinya beri kesan yang sama pada bayi yang berbeza. Rehan harap tips rehan ni memberi manfaat kepada ibubapa kat luar sana.

Sebenarnya mak-mak memang selalu tak sabar nak tengok anak berjalan. Satunya seronok sebab anak kita dah capai satu kejayaan baru. Daripada terbaring je, meniarap, merangkak akhirnya berjalan. Memang best kan bila tengok anak-anak pandai buat sesuatu. Hihi.

Personally sebagai ibu, rehan memang tak sabar tengok anak-anak berjalan. Sebab rehan ni tangan tak kuat. Takde otot. Tak larat dukung anak lama-lama. Haha. Sebab tu Arfa ni rehan gendong je sejak bayi. Bila dah nak masuk umur setahun ni masih nak masuk carrier. Setakat dari parking nak pergi kedai sekejap pun rehan masukkan Arfa dalam carrier. Senang kerja. Hehe.

Kautsar dulu tak masuk carrier sangat. Sebab anak sulung kot, mak ayahnya sanggup je nak dukung gilir-gilir. Bila Arfa lahir memang dari awal rehan dah rancang nak gendong je Arfa.

Eh panjang pulak cerita pasal carrier. Huhu.

Ok berdasarkan pengalaman rehan, anak sulung rehan Kautsar mula berjalan masa umur 1 tahun 1 bulan. Masa tu Kautsar dah mula bertatih-tatih sejak umur 11 bulan tapi sekejap je. Lepas tu Kautsar penat terus taknak tatih lagi. Haha. Kebetulan masa tu kakak rehan bagi rehan walker turun temurun 3 keturunan (daripada kakak Mily, abang Luqman sampai ke Kautsar guna walker tu). Jadi rehan agak kerap juga masukkan Kautsar dalam walker.

Bila Arfa lahir, rehan dah berhenti bekerja. Jadi Arfa memang 100% rehan yang jaga. Orang lain tak terlibat langsung dalam proses membesarkan Arfa haha. Sepanjang Arfa membesar, memang rehan jarang kawal sangat pergerakan Arfa. Kebetulan Arfa ni lahir-lahir tak suka berbedung, sukanya tidur meniarap. Jadi rehan biarkan je Arfa tidur sesuka hati dia lah nak golek-golek ke apa-apa gaya sekalipun. Rehan perasan bila dibiarkan perkembangan Arfa jadi lebih pantas.

Masa umur Arfa 2 bulan setengah, Arfa dah boleh tiarap sendiri. Masa umur 4-5 bulan dah boleh menyusur. Bila umur Arfa 5 bulan, Arfa dah boleh berpaut pada sofa, tarik badannya naik dan kemudian berdiri tepi sofa. Memang amazing! Masa first time rehan tengok Arfa berdiri tepi sofa tu rehan sampai ternganga sebab tak percaya. Hahah.

Dan masa umur Arfa 10 bulan Arfa dah berjalan sendiri. Alhamdulillah.

Jadi apadia tips yang membantu Arfa berjalan pada usia 10 bulan??

Nah ini dia tips, perkara-perkara yang menurut pemerhatian rehan telah membantu Arfa untuk berjalan pada usia 10 bulan.

1. Jangan dikongkong bambam itu! - Haha, tajuk gempak. Maksud rehan jangan dikongkong tu rehan biarkan je Arfa nak tidur tiarap ke, terlentang ke, tergolek ke sejak Arfa lahir lagi. Arfa taknak bedung pun rehan biarkan. Tapi jangan la biar dah di tengok. Kena selia / supervise / pantau anak-anak masa tidur ke main ke. Macam rehan, memang tak pernah lekang Arfa dari depan mata rehan. Walaupun rehan tengah blogging, walaupun rehan tengah reply order customer atau rehan tengah main Candy Crush, tapi sikit pun Arfa bunyi atau gerak mesti rehan sedar. Cuma rehan perhatikan jela, kalau Arfa menangis nak susu atau tak selesa baru rehan angkat.

2. Rajin-rajinkan bertatih dengan anak - rehan memang kerap tatih tatihkan Arfa. Sampai sakit pinggang rehan. Huhu. Kalau rehan penat ada yang tukang sambung, Kautsar la. Sanggup Kautsar bertabah pimpin Arfa tatih ke depan belakang depan belakang. Sampai Arfa sendiri menangis letih. Haha.

3. Elakkan walker - yang ni rehan nampak beza antara Kautsar dengan Arfa. Kautsar masuk walker sejak umur 6-7 bulan. Sudahnya Kautsar pandai jalan masa umur 1 tahun 1 bulan. Arfa tak masuk walker langsung, memang gigih la rehan jaga Arfa tak ada bantuan apa pun. Bedung, buai, walker, puting, playgym semua tak guna. Tapi rehan perasan bila rehan biarkan Arfa membesar dengan persekitaran biasa tanpa banyak mainan, development Arfa sangat cepat. Sebenarnya rehan bukan la anti-walker. Cuma rehan perasan masa Kautsar dulu bila kerap masuk walker tu Kautsar jadi malas berjalan. Asyik duduk je.

4. Biar anak berkaki ayam - Arfa berhenti pakai stokin kaki masa umur 3 bulan. Bila umur 4-5 bulan Arfa suka menolak-nolak badan masa tiarap, jadi bila takde stokin memang lagi senang nak menolak. Bila umur 5 bulan Arfa dah mula memapah kat sofa, tanpa stokin kaki Arfa lagi senang grip dan balance. Ni semua latihan sebelum Arfa berjalan.

5. Selalu bawa jalan ke taman - yang ni memang aktiviti wajib setiap petang dah hujung minggu. Setiap petang kami bawa Arfa tatih kat depan rumah. Hujung minggu kami bawa Arfa tatih kat taman. Tujuan bawa keluar tu supaya anak teruja nak berjalan. Banyak benda anak boleh lihat kat luar rumah, jadi dia excited nak ke sana sini. Down side nye penat la ibu dan abah nak melayan, tak berhenti oii. Hahaha.


Rasanya ni je dulu tips rehan nak share. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi mata dah mengantuk. Huhu. Rehan nak beradu dulu. Jumpa dalam entri seterusnya.

Semoga bermanfaat.

Throwback: 4 Tahun Lepas.

Assalamualaikum.

Bila scroll facebook, terjumpa pulak status 4 tahun lepas ni:



Masa tulis status ni, rehan lagi sebulan setengah bakal jadi permaisuri zauj Qusyairi. Dugaan banyak, lebih-lebih lagi rehan baru berkenalan dengan beliau dalam 5-6 bulan masa tu. Jadi saat rehan tulis status ni banyak yang rehan baru belajar menerima keadaan dan siapa beliau sebagai bakal suami.

Lepas 4 tahun rehan dah banyak lupa perkara-perkara lama. Rehan ni cepat lupa tau. Haha. I live for today. Tu motto rehan. Tapi bila scroll memories kat facebook, jumpa pulak status macam ni yang rehan tulis lama dulu. Senyum sendiri jadinya. Hihi.

Sebenarnya banyak perkara yang menduga kami sebelum kami ijab kabul. Nak kata perkara remeh, tak jugak. Hampir-hampir rehan batalkan perkahwinan kami 2 minggu sebelum nikah tau. Huhu.

Tak ramai yang tahu pasal rehan nyaris cancel nikah ni. Kakak dan seorang kawan baik rehan je yang tau. Dan yang tau rehan berjaga malam, menangis di telefon, menangis minta taknak bernikah cuma bakal zauj rehan seorang je, Qusyairi. Dan sehingga hari ni cuma rehan seorang yang tau betapa zauj Qusyairi pun menangis malam tu, tak boleh tidur lalu beliau solat sunat malam sehingga tertidur di sejadah mengenangkan permintaan rehan mau batalkan pernikahan.

Alhamdulillah tak jadi batal sebab rehan selalu dapat idea spontan (contohnya batalkan nikah tu la), tapi bila bertindak rehan mesti fikir untuk orang lain dulu. Dalam kes ni, rehan fikir ayah dah edarkan kad jemputan, ayah dah jumpa keluarga bakal mertua, ayah dah izinkan rehan kahwin sebab itu yang rehan nak. Jadi kenapa rehan nak buat perkara yang menyakitkan hati ayah? Dan rehan sentiasa ingat macam mana rehan kekal tak pernah bercinta sejak sekolah, sebab satu mantera yang rehan selalu ulang sebut: tak kisahlah apa perasaan aku, yang penting dahulukan perasaan mak ayah dulu.

Lalu rehan tawakkal dan niat biarlah masa tu rehan rasa duka dan kecewa atas perkara yang bukan perbuatan rehan, tapi tetaplah rehan teruskan perkahwinan supaya Allah swt sayang rehan kerana menggembirakan orang lain terutamanya ayah dan bakal mertua. Hasilnya Allah swt balas dengan begitu banyak nikmat dan kebahagiaan lebih dari yang rehan korbankan. Alhamdulillah.

Lebih kurang sebulan sebelum nikah, suatu pagi rehan bangun jam 5 pagi. Rehan nampak ayah tengah duduk termenung kat ruang tamu. Rehan tanya ayah ok tak. Biasanya ayah rehan bangun awal, dalam jam 4 pagi kemudian terus mandi, solat sunat dan solat subuh. Jam 6.30 atau 7 baru selesai. Pagi tu ayah termenung je.

Tiba-tiba ayah tanya rehan, hari ni hari apa. Berapa hari bulan. Tahun apa. Rehan takut sangat masa tu, kat rumah cuma ada rehan, ayah dan mamat yang baru darjah dua. Kalau ayah sakit atau apa-apa jadi pada ayah, rehan taktau nak hadapi macam mana.

Rehan tanya ayah, untuk uji setakat mana memori ayah masa tu. Rehan tanya, mak dah meninggal ayah ingat tak. Ayah ingat. Rumah kita ada kucing, ayah ingat? Ayah tanya kucing mana, tak ingatlah tu. Rehan nak kahwin, ayah ingat? Ayah tanya, bila kau nak kahwin. Rehan jawab, lagi sebulan. Ayah tanya, habis kau ada duit tak nak kahwin? Rehan jawab ada. Urusan kahwin semua dah selesai, dah tempah makanan, dah jemput saudara, dah tempah jurunikah? Rehan jawab je dah, padahal banyak sangat tak siap lagi.

Lepas tu ayah termenung lagi. Diam je. Kemudian ayah tiba-tiba tanya lagi, kau nak kahwin yan? Rehan jawab, ye yah. Ayah tanya bila? Rehan kata, lagi sebulan yah. Ayah tanya lagi semua persiapan dah siap ke dan berulang-ulang perkara ni berlaku. Sampai akhirnya rehan telefon bos bagitau rehan tak masuk kerja, ayah sakit. Alhamdulillah sampai tengahari tu ayah dah balik macam biasa. Mungkin ayah stress agaknya.

Hari ni kali pertama rehan kongsi cerita sebelum kami bernikah. Sekarang setiap kali ada salah faham antara kami, rehan ingat semula masa sebelum kahwin dan dugaannya. Kalau kami mampu harung dugaan hebat sebelum ni, kenapa sekarang kami nak mengalah?



Kami takkan pernah mengalah :)

Arfa Adhaliya: 1 Tahun.

Assalamualaikum.



Happy Belated Belated Belated Birthday Arfa Adhaliya !!

Alhamdulillah si kecil debot debot bambam montel montel kami dah pun berusia 1 tahun plus plus plus. Ibu pun tak ingat exactly setahun berapa hari.

Comelkan Arfa pakai topi pink? Barulah ibu nampak Arfa macam girl. Biasanya ibu lupa Arfa ni girl. Ibu layan macam boy je sebab Arfa pun lasak macam boy. Hahah.

Masa birthday Arfa hari tu kebetulan abang kakak rehan ramai ada kat rumah rehan. Jadi kami buat la celebration sikit, saja nak seronok seronok kan budak budak kecil Luqman, Kautsar dan Arfa. Bukan main suka diorg dapat belon, tutup lampu nyanyi ramai ramai. Hehe.

Total spending untuk mini celebration ni tak sampai rm40 pun. Kek tu beli yang kecik sekali sebab tak ramai yang makan kek. Rasanya dalam RM25 kot. Entah rehan tak sure berapa harga betul sebab abahnya yang bayar. Beli belon panjang, belon bulat, trompet kertas, pam belom, topi dan flag happy birthday gantung kat dinding tu totalnya RM15 lebih kurang. Bagus tak membazir. Hahaha.

Dalam gambar tu Arfa tengah protes taknak potong kek. Dia nak karate je kek tu, pastu kaup pakai tangan dan sumbat masuk mulut. Ibu tau sangat. Tapi ibu tak benarkan maka terpaksalah potong kek sopan-sopan pakai pisau kek. Hihih. Kakak Kautsar macam biasa menyibuk macam dia punya parti. Haha.

Yang dalam gambar kecil tu abang ngah rehan. Pakngah Kautsar dan Arfa. Abang ngah rehan ni jarang sampai rumah rehan sebab susah cuti. Kalau cuti dia balik rumah JB sebab ayah kat JB.

Yang kecik lelaki tu hero malaya, Abang Luqman. Dialah yang paling tua antara budak-budak kecil (tak termasuk kakak Mily) tapi Luqman la yang paling baby sekali. Manja kalahkan Arfa. Masa Luqman nak lahir dulu ramai-ramai bercamping kat hospital sebab Luqman taknak keluar. Kikiki.

Alhamdulillah pada umur nak jejak 3 siri ni Allah swt kurniakan rehan dengan nikmat masih dapat bersama orang yang rehan sayang. Terutamanya zauj Qusyairi, cinta hati sayang bucuk bucuk rehan. Hari-hari zauj pergi kerja pun rindu. Hahah. Dan terutama juga Kautsar Kamaliah dan Arfa Adhaliya, puteri syurga ibu dan abah. Anak solehah, penghibur Rasulullah saw dan penyejuk hati ibu abah.

Banyak sangat yang ibu nak ucapkan untuk anak-anak ibu. Nak tulis kat sini nanti panjang sangat pulak. Jadi ibu simpan dalam doa jela ye. Yang paling utama, ibu sayang semuanya.

Anak Selesema.

Assalamualaikum.

Sebulan ni Arfa dan Kautsar selesema dan batuk teruk. On off sebulan, pada rehan teruk la tu walaupun aktiviti diorang tak terjejas. Masa awal-awal je Arfa dan Kautsar demam sikit, dalam 2 hari. Tapi rehan tak bawa ke klinik pun, rehan lap dengan tuala basah je.

Alhamdulillah Arfa dah masuk setahun umurnya. Dah besar anak ibu. Hehe. Pandai kalau disuruh ambil barang, dah boleh ambil dan bagi kat kita. Suruh bagi barang ke orang lain pun pandai. Macam-macam la pandainya. Hehe.

Kebetulan Arfa masuk umur 1 tahun masa musim selesema batuk. Jadi rehan terus mula bagi Arfa makan Vita Chewable C. Pertama kali Arfa makan dia tak suka sangat. Diluaknya balik. Haha. Tapi itu je la sekali. Lepas tu berkali-kali makan nak minta lagi dan lagi. Tempat rehan simpan vitamin Shaklee rehan pun Arfa dah target. Kalau nampak rehan berdiri dekat-dekat tempat rehan simpan vitamin Shaklee, laju je Arfa datang nak minta Chewable Vita C.

Yang bagusnya bila Arfa suka makan Chewable Vita C ni, Kautsar pun ikut makan sekali. Kautsar lagi bahaya, sebab Kautsar pernah buka botol Chewable Vita C dan masukkan semuanya dalam mulut. Lepas tu dikeluarkan balik semuanya. Hahah. Perkara ni jadi masa umur Kautsar setahun 5-6 bulan, sebelum Arfa lahir.

Alhamdulillah sejak Arfa dan Kautsar makan Chewable Vita C ni hari-hari, nampak hingus masing-masing dah kering. Takde la meleleh je. Sebelum ni wajib ada kain untuk lap hingus diorang. Sekarang tak payah kain. Sesekali hingus meleleh rehan lap pakai tisu je.

Macam ni la bila ibu seorang bawa anak dua orang. Sorang kena gendong, sorang kena tolak. Kalau dilepaskan jalan sendiri tak bergerak la ibu. Pusing-pusing kat situ je. Hihi.

Masuk hari ni dah seminggu Arfa makan Chewable Vita C. Batuk dah baik. Tinggal hingus je sikit. Demam alhamdulillah tak berulang. Anak-anak rehan jenis demam bila tukar bulan. Kautsar dulu boleh kata tiap-tiap bulan demam tukar bulan. Tapi sekarang dah tak lagi. Arfa pulak pernah demam sekali dua dulu, demam biasa je. Kali ni demam sebab masuk umur 1 tahun. Hihi.

Sebenarnya bila kita jadi ibu kita cuma nak yang terbaik untuk anak. Didik anak makan suplemen pada rehan antara perkara terbaik yang rehan boleh lakukan untuk anak-anak. Sebab anak-anak tak reti makan makanan seimbang. Mereka cuma nak makan apa yang sedap ditekak mereka je. Jadi ibubapa yang perlu pastikan anak-anak dapat zat secukupnya.

Makanan yang kita makan setiap hari tak tentu lagi ada zat mencukupi. Banyak kes zat dalam makanan rosak masa makanan diproses dan dimasak. Malam tadi rehan baru dapat maklumat daripada seorang pelajar PhD. Katanya stress makanan (kurang nutrisi tertentu sebab memilih makanan) sepanjang tumbesaran boleh akibatkan anggota tubuh tak berkembang sepenuhnya. Contohnya kaki panjang sebelah. Jari pendek. Rehan terus teringat masa kecik rehan mula makan ikan masa umur 16 tahun. Lobak merah rehan mula makan masa umur 15 tahun. Huuu~

Jadi mak-mak ayah-ayah tolong jaga nutrisi anak-anak. Kalau anak taknak makan, sekurang-kurangnya bagilah mereka suplemen yang boleh beri zat kepada mereka. Kita usahakan la sebaik yang mampu, selebihnya Allah swt akan bantu.

Semoga kita berjaya jadi ibubapa terbaik untuk anak-anak :)

Kempen Bersihkan Usus.

Assalamualaikum.

Sibuk betul bulan ni sebab ada cuti panjang kan. Masing-masing beraya jugak walaupun bukan Aidilfitri. Hihi. Rehan pun sama. Lagi sibuk daripada hari raya sebab cuti panjang CNY minggu lepas semua adik beradik rehan berkumpul kat rumah rehan. Kecuali kakak rehan yang study oversea tu la. Lambat lagi nak tunggu dia balik. 

Total semua sekali ada 15 orang paling ramai ada kat rumah rehan hari tu. Tak termasuk 4 ekor kucing angkat rehan. Hehe. Biasa la bila dah ramai-ramai tu macam-macam plan makan-makan. Dengan adik beradik rehan senang je, diorang tak kisah rehan tak masak. Makan beli je kat kedai lagi senang. Sebab nak jumpa pun payah. Dah dapat jumpa tapi terperap memasak kat dapur buat apa. Yang penting kami adik beradik duduk dan catch up seberapa banyak yang termampu. Kalau boleh nak stay up satu malam taknak tidur, banyak nak diborakkan.

Eh panjang pulak introduction. Sebenarnya nak cerita ni. Bila dah kumpul ramai-ramai tu banyak la makannya. Tak sempat lapar dah makan lagi. Roti canai, nasi ayam, western, kudapan. You name it, you got it. 

Masalahnya badan rehan ni lemah bab penghadaman. Bila ramai-ramai tu memang seronok makan. Lepas semua dah balik baru terasa perut sebu. Buncit ke depan. Keras. Nak membuang pun payah. Jadi rehan ikhtiar dengan pil cuci usus kegemaran rehan; Herblax.

Sebenarnya masalah penghadaman rehan ni dah lama, sejak kecil lagi dah ada. Bila dah besar ni baru rajin nak cari cara kurangkan masalah ni. Masa kecil dulu tak ada kesedaran, seminggu sekali baru membuang pun hati rilek je. Dah tua-tua ni kalau tak membuang sehari rasa cuak-cuak buah pulak. Haha.

Bila dah 2 hari tak membuang apa lagi, rehan makan Herblax 4 biji terus. Esok bangun pagi-pagi rasa usus bergerak-gerak. Terus standby kat tandas. Memang senang membuang. Tak sakit langsung. Najis jadi lembut dan tak sembelit. Biasa bila kita makan makanan yang banyak tepung, akan jadi sembelit. Kali ni tak sembelit langsung.

Dah settle masalah satu tu, hujung minggu lepas zauj Qusyairi ajak masak-masak makan-makan. Macam-macam kami masak beberapa hari berturut-turut. Ada steamboat, nasi ayam, puyuh celup tepung, cendawan goreng tepung, spaghetti, lempeng. Lagi sekali: you name it you got it. Hihi.

Dan lagi sekali jugalah masalah penghadaman rehan jadi. Huuuuuu~

Kali ni rehan makan Herblax juga. Cuma rehan makan 2 biji je. Esoknya tak jadi apa-apa. Masa tu perut dah sebu sangat, memang rasa tak selesa. Perut rasa keras, tegang, buncit ke depan. Tak boleh jadi ni. Malam tu rehan makan lagi 3 biji Herblax.

Alhamdulillah esok pagi lepas sarapan terus rasa nak membuang. Lancar je membuang. Langsung tak rasa sakit. Cuma rasa usus bergerak-gerak je sekejap dalam 5 minit. Bila dah rasa usus bergerak-gerak tu kena terus standby kat tandas, sebab dah nak membuang la tu. 

Lega betul bila dah membuang. Bayangkan hari-hari makan macam-macam, tapi semuanya terperap dalam usus kita. Tak selesa, sakit. Paling bahaya: TOKSIN penuh dalam usus. Lama-lama toksin tu akan serang badan kita semula kalau kita tak cepat-cepat keluarkan.

Walaupun lega, rehan tak puas hati dengan hasil pelaburan hari tu. Jadi malam tu rehan makan lagi 3 biji Herblax. Alhamdulillah esoknya membuang lagi. Kali ni memang puas hati. Perut rasa ringan sangat. Terus kempis perut. Hahah.


Penting tau bersihkan usus kita. Bila najis tak dikeluarkan segera, ia akan bertukar jadi toksin. Toksin ni racun yang merbahaya kepada tubuh. Kalau hari-hari membuang pun belum tentu usus kita bersih. Biasanya ada najis tertinggal dalam usus tapi kita tak sedar. Najis yang tertinggal ni akan berkerak dan menutup dinding usus. Ok masa ni rehan nak recap sikit matapelajaran biologi sekolah menengah dulu.

Kat dinding usus ada struktur kecil nama vilus. Vilus ni yang menyerap nutrisi daripada makanan yang kita makan. Bila najis berkerak dan menutup dinding usus, vilus tak dapat serap nutrisi lagi sebab dah tertutup oleh najis. Sebab tu kita tengok ada orang yang makan banyak tapi kurus melidi, tapi perhatikan perutnya buncit. Itulah akibat usus berkerak.

Sebab tu bila kita makan Herblax, najis yang keluar tak sama macam najis biasa. Bila makan herblax, kita dapat bezakan najisnya lebih gelap, warna coklat gelap atau kehitaman. Kalau makan herblax digabungkan dengan lecithin, lagi jelas nampak najis berminyak-minyak dan warna gelap berkilat. Sebab lecithin dah bantu emulsikan lemak daripada makanan, herblax pulak bantu keluarkan najis tu daripada usus.

Lepas ni jom la sama-sama bersihkan tubuh kita luar dalam ye. Cuci muka hari-hari siap scrub bagai nak bersihkan kulit mati. Takkan nak buat najis berkerak-kerak dalam usus tu. Hihi.

Semoga entri ni bermanfaat.

Promosi Februari 2016: NutriFeron, Zinc Complex, Vitalea for Children dan YES

Assalamualaikum.

Sukacita kami maklumkan promo bulan ini seperti berikut:
❤ NutriFeron - Beli 6 Dapat 7
❤ Zinc Complex - Beli 3 Dapat 4
❤ Vitalea for Children - Beli 3 Dapat 4

NutriFeron ialah suplemen utk meningkatkan interferon tubuh secara semulajadi. Ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

Nutriferon sesuai utk sesiapa yg selalu demam, selsema, batuk. Sama ada dewasa atau kanak-kanak.

Promosi ni tamat 28 Februari 2016.

Terima kasih!

👫 Noraihan Qusyairi
➡ Pengedar Sah Shaklee Batu Pahat
🆔 921922
📲 012.780.7365

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...