"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Minggu Banyak Rezeki.

Assalamualaikum.

Minggu ni banyak permintaan rehan yang Allah swt makbulkan. Ada yg baru je rehan doakan, terus dapat.

Syukur Alhamdulillah.

Salah satunya rehan dah terlalu lama mengidam nak beg tangan baru. Sejak sebelum berhenti kerja rehan nak tukar handbag. Tapi rehan asyik tangguhkan sebab belum ada keperluan. Kali terakhir beli handbag masa Kautsar baru je lahir. Masa tu beli handbag polo besar sebab nak masukkan pampers dan mainan Kautsar sekali. Sejak berhenti kerja, handbag tu secara rasmi dah jadi beg pampers Kautsar dan Arfa.

Semalam rehan akhirnya beli handbag. Harga asal beg tu RM209. Tapi tapi tapi. Rehan dapat beli pada harga RM4.50 je. Ye betul. Rehan tak salah type. Memang rehan bayar RM4.50 je untuk beg tu. Kisahnya rehan buat collaboration dengan Zalora dan Zalora bagi rehan voucher RM100. Beg RM209 tu ada 50% off, jadi tinggal RM104.50 je. Tolak voucher, baki kena bayar cuma RM4.50 jela. Alhamdulillah sangat. Berbaloi rehan bersabar selama ni. Rupanya Allah swt nak bagi rehan deal paling berbaloi. Kebetulan bulan depan ada trip dan rehan memang perlu sangat handbag baru.



Semalam jugak rehan dapat blouse free. Hari ni baru order, inshaAllah minggu depan sampai. Kisahnya Eni, kakak rehan saja saja join contest di facebook Marredz Couture. Ditakdirkan menang tempat pertama. Hadiahnya sepasang blouse dan sehelai shawl percuma. Kakak rehan ni tinggal kat eropah jadi dia pass hadiah tu kat rehan dan Eli, kakak rehan lagi seorang. Mulanya rehan ingat nak ambil shawl sebab rehan dah banyak blouse. Tapi eli bagi rehan ambil blouse sebab eli tau rehan tak pakai tudung chiffon. Alhamdulillah sekali lagi.

Selain handbag dan blouse, hari ni rehan dapat satu Nutriwhite Gentle Make Up Remover. Pun percuma juga. Tapi sebab yang bagi tu customer tegar rehan, rehan trade in dengan sebotol GLA Complex yang dia order. Tak boleh la tengok orang buat sedekah, kita pun nak rebut juga pahala. Semoga Allah swt redha dengan transaksi kami tadi walaupun cuma berlaku kat tepi pagar sambil jerit-jerit berbudi bahasa. Hihi. Sayang kak yana, antara customer pertama rehan sejak rehan mula bisnes Shaklee tahun 2012 dulu.



Dan seminggu lepas keluarga rehan meriah dengan rezeki makanan percuma. Mula-mula rehan pergi rumah kawan, dapat bubur kacang hijau yang sedap sangat. Kemudian satu hari tu rehan teringin nak makan keropok ikan. Kebetulan masa pergi bank ada makcik jual keropok ikan sebelah bank. Rehan beli sebungkus. Harganya agak mahal tapi rehan fikir tak apalah sedekah pada makcik tu sebab nampak makcik tu orang susah. Esoknya kawan rehan tiba tiba mesej kata nak datang rumah. Rupanya mak kawan rehan belikan keropok lekor losong untuk rehan. Ya Allah terharu sangat, sebab memang dah lama nak keropok losong. Last time pergi mersing kedai losong tu tutup.

Ya Allah rehan syukur sangat. Malam tadi masa borak dengan kakak kakak rehan, perkara ni yang kami borakkan. Betapa ramai yang lupa rezeki bukan wang semata-mata. Ramai yang mengeluh tak cukup wang, tapi lupa yang perut tak pernah merasa lapar. Ramai yang mengeluh letih bekerja, tapi lupa wang sentiasa ada.

Banyak perkara yang boleh dikeluhkan kalau kita pilih untuk mengeluh. Tapi Allah swt nak tengok mana satu hamba-Nya yang sabar.

Alhamdulillah.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...