"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips Bayi Cepat Jalan: Arfa 10 Bulan.

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali rehan nak bagitau entri ni patutnya rehan publish 3 bulan lepas. Tapi biasalah, tangguh punya tangguh sekarang baru nak publish. Tips ni berdasarkan pengalaman rehan sendiri. Tak semestinya beri kesan yang sama pada bayi yang berbeza. Rehan harap tips rehan ni memberi manfaat kepada ibubapa kat luar sana.

Sebenarnya mak-mak memang selalu tak sabar nak tengok anak berjalan. Satunya seronok sebab anak kita dah capai satu kejayaan baru. Daripada terbaring je, meniarap, merangkak akhirnya berjalan. Memang best kan bila tengok anak-anak pandai buat sesuatu. Hihi.

Personally sebagai ibu, rehan memang tak sabar tengok anak-anak berjalan. Sebab rehan ni tangan tak kuat. Takde otot. Tak larat dukung anak lama-lama. Haha. Sebab tu Arfa ni rehan gendong je sejak bayi. Bila dah nak masuk umur setahun ni masih nak masuk carrier. Setakat dari parking nak pergi kedai sekejap pun rehan masukkan Arfa dalam carrier. Senang kerja. Hehe.

Kautsar dulu tak masuk carrier sangat. Sebab anak sulung kot, mak ayahnya sanggup je nak dukung gilir-gilir. Bila Arfa lahir memang dari awal rehan dah rancang nak gendong je Arfa.

Eh panjang pulak cerita pasal carrier. Huhu.

Ok berdasarkan pengalaman rehan, anak sulung rehan Kautsar mula berjalan masa umur 1 tahun 1 bulan. Masa tu Kautsar dah mula bertatih-tatih sejak umur 11 bulan tapi sekejap je. Lepas tu Kautsar penat terus taknak tatih lagi. Haha. Kebetulan masa tu kakak rehan bagi rehan walker turun temurun 3 keturunan (daripada kakak Mily, abang Luqman sampai ke Kautsar guna walker tu). Jadi rehan agak kerap juga masukkan Kautsar dalam walker.

Bila Arfa lahir, rehan dah berhenti bekerja. Jadi Arfa memang 100% rehan yang jaga. Orang lain tak terlibat langsung dalam proses membesarkan Arfa haha. Sepanjang Arfa membesar, memang rehan jarang kawal sangat pergerakan Arfa. Kebetulan Arfa ni lahir-lahir tak suka berbedung, sukanya tidur meniarap. Jadi rehan biarkan je Arfa tidur sesuka hati dia lah nak golek-golek ke apa-apa gaya sekalipun. Rehan perasan bila dibiarkan perkembangan Arfa jadi lebih pantas.

Masa umur Arfa 2 bulan setengah, Arfa dah boleh tiarap sendiri. Masa umur 4-5 bulan dah boleh menyusur. Bila umur Arfa 5 bulan, Arfa dah boleh berpaut pada sofa, tarik badannya naik dan kemudian berdiri tepi sofa. Memang amazing! Masa first time rehan tengok Arfa berdiri tepi sofa tu rehan sampai ternganga sebab tak percaya. Hahah.

Dan masa umur Arfa 10 bulan Arfa dah berjalan sendiri. Alhamdulillah.

Jadi apadia tips yang membantu Arfa berjalan pada usia 10 bulan??

Nah ini dia tips, perkara-perkara yang menurut pemerhatian rehan telah membantu Arfa untuk berjalan pada usia 10 bulan.

1. Jangan dikongkong bambam itu! - Haha, tajuk gempak. Maksud rehan jangan dikongkong tu rehan biarkan je Arfa nak tidur tiarap ke, terlentang ke, tergolek ke sejak Arfa lahir lagi. Arfa taknak bedung pun rehan biarkan. Tapi jangan la biar dah di tengok. Kena selia / supervise / pantau anak-anak masa tidur ke main ke. Macam rehan, memang tak pernah lekang Arfa dari depan mata rehan. Walaupun rehan tengah blogging, walaupun rehan tengah reply order customer atau rehan tengah main Candy Crush, tapi sikit pun Arfa bunyi atau gerak mesti rehan sedar. Cuma rehan perhatikan jela, kalau Arfa menangis nak susu atau tak selesa baru rehan angkat.

2. Rajin-rajinkan bertatih dengan anak - rehan memang kerap tatih tatihkan Arfa. Sampai sakit pinggang rehan. Huhu. Kalau rehan penat ada yang tukang sambung, Kautsar la. Sanggup Kautsar bertabah pimpin Arfa tatih ke depan belakang depan belakang. Sampai Arfa sendiri menangis letih. Haha.

3. Elakkan walker - yang ni rehan nampak beza antara Kautsar dengan Arfa. Kautsar masuk walker sejak umur 6-7 bulan. Sudahnya Kautsar pandai jalan masa umur 1 tahun 1 bulan. Arfa tak masuk walker langsung, memang gigih la rehan jaga Arfa tak ada bantuan apa pun. Bedung, buai, walker, puting, playgym semua tak guna. Tapi rehan perasan bila rehan biarkan Arfa membesar dengan persekitaran biasa tanpa banyak mainan, development Arfa sangat cepat. Sebenarnya rehan bukan la anti-walker. Cuma rehan perasan masa Kautsar dulu bila kerap masuk walker tu Kautsar jadi malas berjalan. Asyik duduk je.

4. Biar anak berkaki ayam - Arfa berhenti pakai stokin kaki masa umur 3 bulan. Bila umur 4-5 bulan Arfa suka menolak-nolak badan masa tiarap, jadi bila takde stokin memang lagi senang nak menolak. Bila umur 5 bulan Arfa dah mula memapah kat sofa, tanpa stokin kaki Arfa lagi senang grip dan balance. Ni semua latihan sebelum Arfa berjalan.

5. Selalu bawa jalan ke taman - yang ni memang aktiviti wajib setiap petang dah hujung minggu. Setiap petang kami bawa Arfa tatih kat depan rumah. Hujung minggu kami bawa Arfa tatih kat taman. Tujuan bawa keluar tu supaya anak teruja nak berjalan. Banyak benda anak boleh lihat kat luar rumah, jadi dia excited nak ke sana sini. Down side nye penat la ibu dan abah nak melayan, tak berhenti oii. Hahaha.


Rasanya ni je dulu tips rehan nak share. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi mata dah mengantuk. Huhu. Rehan nak beradu dulu. Jumpa dalam entri seterusnya.

Semoga bermanfaat.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...