"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips Beli Barang Bayi Bagi Ibu Bekerja.

Assalamualaikum.


Bayi dah nak lahir, barang bayi tak beli lagi. Sibuk dengan kerja sampai tak sempat survey apa yang perlu dibeli. Macam mana ni??

Jangan risau ye mak-mak. Rehan dulu dapat tau ye dah mengandung terus konsisten setiap hari mengkaji barang apa yang perlu untuk dibeli. Hihi. Jadi rehan nak kongsi sikit hasil kajian rehan tu. Zaman ekonomi tak menentu ni mommies kena la merancang perbelanjaan. Beli barang yang perlu je. Jangan membazir. Membazir kan amalan syaitonnnnnn~

Berikut barang-barang yang rehan fikir mommies wajib beli:

Breastpump
Bawah RM500 dah boleh dapat breastpump double pumping yang ringan dan kecil. Mommies kena rajin survey online, dah banyak pilihan sekarang ni. Kalau mommies boleh tolerate single pumping, bunyi motor tak berapa senyap atau saiz yang lebih besar inshaAllah ada breastpump yang lebih murah. RM200 pun boleh dapat breastpump yang cukup bagus. Baca tips pilih breastpump kat sini. Penting beli breastpump sebab semua ibu nak susukan anak dengan susu ibu, betul kan? Jadi mulakan dengan niat. Dah ada breastpump lagi termotivasi nak pam susu dan tamatkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun setengah. Sekali dengan breastpump, mommies kena sediakan cooling bag, reuseable ice pack, storage bottle, juga ye.


Stroller
Pun barang yang penting bagi ibu yang bekerja. Sebab petang-petang atau hujung minggu mesti ibu nak bawa anak jalan-jalan ambil angin kan. Mesti ibu nak luangkan masa dengan anak. Atau mungkin ibu ada kerja luar terpaksa bawa anak sekali. Kursus di hotel 2-3 hari ke. Atau ibu perlu bawa anak ke klinik ketika suami bekerja. Bila perlu bawa barang banyak, anak pula minta dukung, paling mudah masukkan anak dalam stroller dan masukkan barang sekali. Jadi mommies carilah stroller yang sesuai untuk newborn hingga 4 tahun (tak perlu beli 2-3 stroller). Lebih baik mommies cari stroller yang ringan, single hand handling, saiz kecil muat masuk kereta comel mommies. Harga stroller yang beratnya 4.5 kg agak mahal, antara RM900 hingga mencecah ribu. Kalau mommies tak kisah guna stroller yang saiz besar, lebih berat  dalam RM300 inshaAllah dah boleh dapat. Boleh baca kat sini tips pilih stroller ye.

Warmer
Pun wajib terutamanya kalau mommies hantar anak ke pengasuh yang tak biasa kendalikan susu perahan. Biasanya pengasuh suka bagi bayi minum susu tepung je sebab senang pengasuh nak bancuhkan. Padahal pengasuh ni tak faham yang susu perahan lagi senang nak handle. Jadi kita mudahkan kerja pengasuh, beri mereka satu warmer untuk panaskan susu anak. Lama-lama pengasuh akan faham mudah je handle susu perahan dan lebih berlapang dada untuk terima bayi susu ibu.

Penggendong / Baby Carrier
Yang ni pun rehan rasa wajib. Sekurang-kurangnya wajib ada satu stretchy wrap untuk bayi newbork hingga 4 bulan, dan satu soft-structured carrier untuk bayi 4 bulan ke atas. Bukan ibu bekerja je, ibu yang surirumah pun perlu ada carrier tau. Sebab sekarang zaman semua orang sibuk, banyak kerja. Dan anak-anak pula perlukan kasih sayang dan perhatian yang tinggi. Jadi tak patut mommies tinggalkan anak main sendirian sebab mommies ada banyak kerja nak di siapkan. Mommies boleh berikan perhatian dan comfort yang bayi perlu dengan menggendong bayi sambil mommies siapkan kerja. Bayi yang kerap digendong ni moodnya lebih baik, tak kerap menangis, dapat cukup tidur dan perkembangannya lebih cepat. Arfa dulu rehan kerap sangat gendong, segala perkembangan Arfa cepat beberapa bulan berbanding Kautsar. Baca tentang babywearing kat sini.

Celebrate habis pantang kat Zoo Taiping. Ke belum habis pantang tah. Hihi.
10 bulan kemudian.
Car Seat
Car seat sangat wajib okeh. Sebab mommies nak berulang ali hantar anak ke pengasuh setiap hari kan. Bahaya kalau tak masukkan anak dalam carseat. Mommies boleh pilih car seat yang sesuai sejak bayi masih newborn sehingga umur 6 tahun. Baru ni rehan ada ternampak carseat dan baby carrier (bukan gendong bayi tapi seat untuk bayi newborn) harganya cuma RM600 sepasang. Ok sangat tu. Sebab kalau beli carrier saja kat pasaraya harganya dalam RM170 paling murah. Rehan beli car seat Sparco harga RM600. Ada yang lagi murah jenama lain. Kalau nak beli pastikan car seat tu sesuai untuk bayi newborn (Type 0). Rehan ni terbeli yang Type 1 untuk 1 tahun ke atas. Tapiboleh la diejas-ejas. Hehe. Anak-anak rehan pun lahir besar-besar, jadi senang nak ejas.

Maafkan kakak Kautsar tak masuk car seat. Ibu terlajak lupa nak ajar masuk car seat, sudahnya taknak masuk langsung. Adik Arfa sangat baik masuk car seat tau.

Pakaian Menyusu
Asyik cerita tentang barang bayi kan, barang ibu pun perlu juga. Paling penting pakaian yang nursing friendly. Sebab bayi tak kira masa dan tempat, bila bayi nak susu dia nak susu. Tak boleh tunggu. Jadi mommies kena la bersedia sepanjang masa untuk menyusukan anak. Antara yang penting sekali ialah nursing bra. Rehan beli nursing bra Kelly kat Fabulous Mom cuma RM10 je masa sales. Rehan tak suka padded bra, laced atau wired. Rehan suka yang biasa je. Sebab tu boleh dapat RM10 hehe. Kalau nursing bra yang padded, laced atau wired, harga biasanya dalam RM30 dah boleh dapat. Waktu sales boleh dapat RM20. Selain bra, mommies perlukan baju nursing yang sesuai untuk mommies pakai kasual atau ke tempat kerja. Feature baju nursing yang mommies boleh pilih sama ada jenis selak ke atas, selak ke tepi, zip 1 di tengah atau 2 zip di dada. Mommies boleh tengok facebook An-Naafiqa - Muslimah Nursing Apparel, pakaian yang dijual semuanya nursing dan wudhu friendly. Ada pelbagai pilihan t-shirt, blouse, dress dan baju kurung.



Barang Lain
Pada rehan tak perlu beli sterilizer, drying racks, playgym, dan terutama sekali walker. Personally rehan ada barang-barang ni sebab ada dalam pakej masa beli breastpump, ada yang orang bagi. Tapi tak guna pun. Lagi leceh pulak contohnya sterilizer tu. Lagi cepat kalau sterilize sendiri guna air panas (bukan rebus ye). Mommies yang bekerja badan dah penat. Balik kerja nak layan anak seronok-seronok, jadi buatlah pilihan yang memudahkan mommies.

Setakat ni dulu. Jumpa lagi dalam next entri :)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...