"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Promosi ESP Terlajak Jimat Tinggal 2 Hari Lagi.

Assalamualaikum.



Rehan nak bagitau ni. Promosi ESP tinggal 2 hari je lagi. Dua hari je tau!!

Mana yang memang ESP die hard fans tu meh borong 6 tong ESP terus. Dapat free membership tau. Plus dapat extra 1 tong ESP percuma. Bukan sikit oii, satu tong tu harga RM159 kekdahnya. Tak cukup lagi?? Bulan depan dapat pulangan wang RM37. Nak ke nak? Kalau nak borong 6 tong okeh. Jangan risau expiry ESP ni Disember 2017. Sempat nak habiskan 6 tong tu sangattt.

Yang baru nak cuba, boleh cuba 1 tong dulu. Pun masih boleh jimat berpuluh ringgit. Gerenti lepas 1 tong mesti repeat order. Sebab ESP ni best sangat. Rasa bertenaga, kulit pun glowing je. Mana yang menyusukan anak tu, rasa susu badan makin pekat likat.

Bulan ni pecah rekod. Customer rehan sorang ni borong 6 tong terus, padahal akak ni baru nak cuba ESP. Sebelum ni akak ni makan Set Basic Kulit iaitu Vita C dan Vita E untuk masalah jerawat dan parut. Alhamdulillah jerawat dah tak keluar langsung katanya. Kali ni akak ni nak try ESP pulak sebab nak gebu gebasss. Haa try jangan tak try. Dapat free membership plus 1 tong free ESP plus pulangan wang RM37 lagi.

Untung ke untung??

☆ BELI 6 DAPAT 7 ESP ☆
♡ Percuma membership bernilai RM80
♡ Percuma 1 tong ESP bernilai RM159
♡ Pulangan wang RM37
♡ Belian pada harga ahli - jimat RM189

Hubungi rehan untuk order ye.
012.780.7365

Tips Tumit Pecah Merekah.

Assalamualaikum.

Kalau siapa yang rajin baca blog rehan ni mesti tau rehan ada masalah kulit sensitif. Kulit rehan cepat kering, senang gatal, keluar merah-merah, pedih. Yang mungkin pembaca tak tau, bukan kulit muka rehan je yang macam tu. Tapi seluruh tubuh rehan kulitnya sensitif.

Baru-baru ni tambah lagi satu masalah. Tumit kaki rehan merekah pulak. Memang kaki kaki rehan selalu kering. Tapi tak pernah pulak sampai merekah. Kali ni mungkin sebab cuaca panas ni, tumit dan kulit tapak kaki rehan merekah teruk sampai ada sekali tu berdarah. Huu, menangis nak berjalan tau.

Kat tumit tu dah merekah la macam dalam gambar bawah ni. Tapi Kalau sentuh pun kaki tak rasa apa. Dah berkematu agaknya. Yang lebih sedih sebab kulit kat bawah ibu jari kaki tu pecah, mengelupas sampai berdarah. Bila jalan kat carpet sakitnya lahai.

Jadi rehan google-google cara nak kurangkan tumit merekah ni. Meh rehan share sikit.


TIPS TUMIT PECAH / MEREKAH

1. Banyakkan minum air - Rehan sekarang minum air 2 - 4 liter sehari. Musim panas ni kadang-kadang terlajak minum 5 liter sebab banyak berpeluh. Air penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Sel tubuh perlukan bendalir untuk menjalankan fungsinya, jadi kena minum air banyak. Jumlah air yang perlu diminum ialah 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan.

2. Pakai selipar rumah - Kalau kat dapur dan bilik air memang biasa pakai selipar kan. Bila tumit pecah, cuba pakai selipar sentiasa sepanjang masa. Tujuannya untuk mengurangkan geseran dan tekanan pada kaki yang menyebabkan kulit semakin kering dan sakit.

3. Bersihkan kaki dengan scrub dan garam Epsom - Kalau ada scrub, gunakan scrub untuk buang sel kulit mati yang dah mengeras keliling kaki. Kalau tak ada boleh juga invest beli batu gosok kaki yang banyak jual kat Watson dan Guardian. Atau pakai kain biasa pun boleh. Rehan cuci dengan garam Epsom sebab garam ni rasa selesa kat kaki rehan. Dulu masa rehan kena rashes sebab peluh pun rehan berendam dengan garam Epsom untuk hilangkan gatal. Memang berkesan.

4. Sapu aloe vera atau krim pelembap - Dulu masa kecil mak rehan selalu sapu aloe vera atau orang panggil pokok lidah buaya. Tapi sekarang ni rehan tak buat la sebab nak mencari pokok lidah buaya tu satu hal jugak. Haha. Jadi rehan sapu krim pelembap je. Krim pilihan rehan dah tentu Herbal Blend Multi-purpore Cream. Alhamdulillah lepas sekali sapu terus rasa selesa, tak pedih dan tak kasar. Lepas 2 hari sapu dah tak rasa kasar langsung, macam tak ada merekah pada bawah ibu jari kaki. Yang kat tumit ambil masa sikit, tapi tak lama pun. InshaAllah seminggu je dah boleh rasa tumit kaki jadi licin.

Buat masa ni rehan teruskan dengan sapu Herbal Blend Cream je sebab tumit dah ok sikit. Kadang-kadang sapu sehari sekali, kadang-kadang lupa sapu. Haha. Kalau ada siapa-siapa yang mengalami masalah tumit kaki pecah atau merekah boleh la cuba tips yang rehan share kat atas ni ye. InshaAllah sikit sebanyak dapat bantu kurangkan masalah korang.

Semoga bermanfaat.

Kautsar Kamaliah: 2 Tahun 8 Bulan.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah anak sulung kami, Kautsar Kamaliah binti Muhammad Qusyairi dah berusia 2 tahun 8 bulan. Rasa macam dah besar anak ibu, tapi bila tengok angka 2 tahun 8 bulan tu macam, Allah, baby lagi anak ibu ni sebenarnya. Tapi sebab Kautsar cepat pandai, jadi rasa macam Kautsar ni dah besar je.

Rehan bersyukur sebab Allah swt izinkan rehan jadi ibu kepada Kautsar. Sebabnya Kautsar ni sangat hebat, sangat amazing, sampai ada masa rehan rasa Kautsar terlalu hebat dibandingkan dengan ibunya ni. Sejak mula-mula hamilkan Kautsar sampai sekarang rehan cuma nampak perkara-perkara hebat je pada tuan puteri seorang ni.

Masa hamil Kautsar senang sangat. Rehan boleh bergerak lincah macam tak hamil. Travel banyak, tak jaga makan minum sangat pun tapi kesihatan sentiasa baik, check up klinik selalu kena puji dengan nurse dan doktor. Saat melahirkan Kautsar antara momen terindah dalam hidup rehan. Tanpa rasa sakit, cuma berbekalkan tanda keluar darah rehan ke hospital. Dari saat rehan rasa sakit yang pertama (itu pun lepas doktor induce masukkan ubat kat bawah) sampai saat melahirkan cuma 5 jam je. Teran cuma 2 kali. Sedangkan ibu lahirkan anak sulung seberat 3.55 kilogram. Jahitan ada sikit tapi tak ada masalah sangat.

Sejak usia 3 bulan Kautsar dan meniarap. Kemudian masa berlalu pantas, sedar-sedar Kautsar dan merangkak, menyusur dan berjalan. Daripada tak ada gigi sampai gigi penuh. Daripada rambut lurus sampai rambut Kautsar jadi kerinting bulat bulat. Alhamdulillah hari ni usia Kautsar menjangkau 2 tahun 8 bulan. Puteri ibu yang solehah, sihat, cantik, menyejukkan hati.

Saat dan ketika ni, Kautsar tengah lena tidur. Alhamdulillah Kautsar tak ada masalah tidur sejak dalam pantang. Masa umur seminggu macam tu ada pernah Kautsar taknak tidur. Rehan susukan pun taknak. Kakak rehan dodoi pun taknak. Last nya abang ipar rehan dodoikan baru nak lena. Manja. Hihi. Sekarang Kautsar tidur dalam jam 8:30 - 9:30 malam, terus sampai pagi. Arfa pun mengikut perangai kakak senang tidur malam. Pagi-pagi Kautsar bangun dalam jam 7. Dulu masa rehan masih bekerja, Kautsar bangun tidur jam 5 - 6 pagi. Dapatlah rehan luangkan masa sekejap dengan Kautsar sebelum rehan pergi kerja.

Kautsar suka sangat pakai baju princess. Hehe. Kami suami isteri tak biasakan menghias anak perempuan kami. Sebab entah la ye, kami taknak anak-anak kami terbiasa cantik kat mata manusia. Tapi opah Kautsar suka belikan Kautsar dress. Kautsar suka sangat pakai dress, katanya macam ibu. Hehe. Sebab rehan selalu pakai jubah bila keluar. Ni gambar raya tahun lepas. Kautsar suka sangat dress ni.

A photo posted by @kucaimq on

Lagi kautsar suka pakai kasut. Tak suka pakai selipar sangat. Jadi sekarang Kautsar ada satu kasut princess (lebih kurang macam dalam gambar raya ni tapi tak ada gambar kartun), ada satu kasut ala converse, satu lagi kasut bubble gummers. Bubble Gummers tu rehan belikan sebab Kautsar asyik cakap nak kasut flower. Arfa ada satu kasut flower, rehan beli kebetulan masa tu ada offer RM10. Kautsar punya saiz takde. Jadi rehan belikan Bubble Gummers.

Kautsar dah boleh berborak. Kadang-kadang faham, ada masa tak berapa faham apa Kautsar cakap. Dah boleh berbalas cakap dengan rehan, which is satu perkara yang sangat menyeronokkan. Ada la kawan berborak kat rumah. Kalau tak rehan cakap dengan dinding je. Haha. Antara contoh perbualan rehan dengan Kautsar:

Ibu: Siapa kena marah tadi?
Kautsar: Kautsar la.
Ibu: Kenapa kena marah?
Kautsar: Nakal la. (Sambil sengih-sengih)

Kautsar: Ibu nak pergi mana?
Ibu: Nak jumpa kawan ibu, hantar Shaklee.
Kautsar: Kawan ibu cantik/besar/kecil eh?

Eh kat hujung ayat tu, johorean sangat tau. Hahaha.

Antara perkara terhebat tentang Kautsar, betapa cepat Kautsar matang. Umurnya baru 2 tahun 8 bulan. Tapi ramai yang tersalah ingatkan Kautsar 4 tahun. Kutsar ni tinggi tau, tambah dengan perangai kakak-kakak dia tu memang orang senang ingat Kautsar dah 4 tahun.

Bila ibu solat, Kautsar ikut solat sebelah ibu. Siap bertelekung lengkap. Baca Al-Fatihah. Kalau Arfa datang diri depan ibu, Kautsar akan pimpin tangan Arfa ke tepi. Tadi kami diizinkan Allah swt solat maghrib kat masjid. Masa solat berjemaah tu Arfa ada sekali main jalan-jalan depan saf kami. Kautsar masa tu duduk belakang, tiba-tiba datang pimpin Arfa ajak duduk belakang sama. Rehan tengah solat rasa nak menangis pun ada. Bila masa anak ibu jadi sehebat sebijak ni, Ya Allah.

Lagi satu Kautsar tersangat sayang kat Arfa. Berebut mainan tu biasalah, pada rehan tak serius pun masalah bergaduh berebut mainan ni. Nanti besar pandai la diorang berkongsi inshaAllah. Asalkan dididik dengan betul. Tapi bila main kat taman atau jalan-jalan, Kautsar suka sangat pimpin tangan Arfa. Arfa pulak, mengekor je mana kakaknya pimpin Arfa ikut je tak banyak soal. Sweet sangat.

A photo posted by @kucaimq on

Ni gambar masa kami ke Kundasang baru-baru ni. Berkepit je dua orang ni. Hihi.

Setiap pagi, Kautsar bangun tidur terus mandi dan bersiap ke sekolah. Oh lupa nak cerita, Kautsar dah masuk sekolah. Kami suami isteri sepakat nak hantar Kautsar ke Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI). Walaupun ada orang sangka keluarga rehan mengutamakan akademik, tapi sebenarnya rehan rasa yang paling penting dalam hidup ni ialah mencari makna. Mencari makna hidup. Jadi rehan soal diri rehan, pada usia Kautsar belum pun 3 tahun, apa makna hidup Kautsar yang paling utama. Rehan temukan jawapannya iaitu untuk menanam rasa kecintaan kepada Allah swt dan agama Islam. Rehan nak beri pendidikan Islam terbaik yang rehan tak dapat dulu. Tak pandai baca ABC, tak pandai kira 123 itu bukan masalah. Malah kalau Kautsar membesar jadi seorang pemalu yang tak berani berucap di khalayak, tak pandai mengutarakan pendapat, pada rehan bukan masalah. Sebab yang penting hati Kautsar pada usia 2 tahun ni kenal Allah swt dan cintakan agamaNya.

Balik semula ke cerita jadual Kautsar, pagi-pagi bangun terus mandi. Rehan mandikan Kautsar dengan air suam sebab Kautsar tak tahan sejuk. Tapi musim cuaca panas sekarang ni mandi air paip pun dah cukup suam. Lepas mandi rehan masakkan sarapan, Kautsar tengok Didi and Friends dulu kat TV Ceria. Kemudian rehan hantar ke PASTI. Patutnya masuk kelas jam 8 tapi biasanya rehan hantar Kautsar jam 8:30 - 9 pagi. Sayang rasanya tertinggal aktiviti pagi, tapi inshaAllah rehan tengah usahakan untuk hantar Kautsar sekolah on time.

Balik sekolah jam 3 petang. Rehan dengan Arfa sama-sama ambil Kautsar. Biasanya rehan akan siapkan bekal makanan dan air, lepas balik sekolah kami akan piknik kat mana-mana. Kautsar dan Arfa boleh la main outdoor. Tapi musim cuaca panas ni rehan terus bawa balik rumah, main dalam rumah je. Petang abahnya balik kerja, anak-anak main dengan abahnya pulak. Paling tidak sejam setengah waktu eksklusif dengan abah. Patutlah anak-anak manja dengan abah. Hehe.

Sementara diorang main, rehan masak dinner. Balik main tu rehan mandikan dua-dua. Lepas tu pakaikan telekung. Sembahyang dengan abah atau ibu atau dua-dua sekali hehe. Lepas solat baru makan dan tidur. Senang kan? Anak-anak rehan Allah swt pilih ruh yang terbaik paling sesuai dengan ruh rehan. Syukur Ya Allah.

Hantar Kautsar ke sekolah antara perkara terbaik yang kami buat awal tahun ni. Kautsar masuk sekolah lewat, sebab kami tak plan nak hantar Kautsar ke sekolah pun. Tapi rehan hari-hari duduk dengan Kautsar, rehan perasan Kautsar nak kawan. Kautsar dah tiba masa untuk bergaul dengan kawan-kawan sebaya. Jadi satu hari tu tiba-tiba zauji suruh siap-siap nak jumpa cikgu PASTI nak tumpangkan Kautsar. Adalah sebulan lebih jugak Kautsar menangis kat sekolah. Menangis bukan sebab taknak sekolah. Tapi sebab Kautsar rindu ibu. Bila menangis je sebut: Kautsar nak jumpa ibu. Cikgu pernah tanya nak berhentikan Kautsar ke sebab sedih sangat menangisnya, tapi rehan kuatkan hati cakap tak perlu. Alhamdulillah lepas tu Kautsar terus ok.

Mungkin betul cakap cikgut tu, ibu jangan risau. Serahkan Kautsar pada Allah swt, inshaAllah Kautsar ok. Sebelum tu memang rehan ada berat hati nak lepaskan Kautsar ke sekolah, sebab rehan pun rindu jugak kat Kautsar. Malah masa hari pertama tu rehan pun menangis tinggalkan Kautsar kat sekolah.

Esok johor cuti. Rehan nak bawak Kautsar jalan pasar rabu. Arfa inshaAllah tinggal dengan abahnya. Saja lebihkan masa dengan Kautsar sebab hari biasa Kautsar ke sekolah. Bila balik ibu tetap kena uruskan Arfa. Jadi hari cuti rehan fokus sayang manja-manja dengan Kautsar.

Ish dah terpanjang sangat post ni. Haha. Ralit menaip tak sedar dah macam tulis jurnal. OK inshaAllah rehan tulis lagi nanti. Sekarang nak teman zauji tidur, kesian selalu kena tidur sendiri sebab rehan berkepit dengan anak-anak. Hehe.

Doakan rumahtangga kami aman damai, bahagia dan diredhai Allah swt. Doakan anak-anak kami membesar jadi anak soleh solehah yang berguna pada agamanya. Amin.

Scrub Muka Dengan NutriWhite Gentle Make Up Remover.

Assalamualaikum.

Kalau baca entry rehan sebelum ni, rehan ada pakai masker kunyit kan. Lepas pakai tu rehan cuci muka pakai pencuci je. Bila lap muka kat tuala, tuala rehan jadi kuning pulak. Hahaha.

Jadi rehan pun fikir ni la masanya rehan nak test drive NutriWhite Gentle Make Up Remover. Rehan dapat free je customer tersayang rehan bagi tau.

Masa mula-mula bukak botol make up remover ni, rehan pelik sebab tak ada bau apa-apa. Dah expired ke? Hahah. Bila letak kat jari, warnanya putih silver jernih je. Tak ada berkilat shiny macam pencuci muka biasa. Rupanya memang macam tu produk semulajadi. Tak ada bau atau warna tambahan.

Rehan sapu sikit je, kat hujung jari je. Lepas tu rehan ratakan ke seluruh muka. Rehan gosok perlahan lahan, tak sampai 5 minit keluar macam daki-daki warna putih kelabu. Geli pulak rehan tengok. Lebih-lebih lagi kat bahagian hidung, lagi banyak daki yang keluar.

Dah sental satu muka, rehan dah puas hati takde daki lagi, rehan pun bilas dengan air. MashaAllah. Terkejut rehan. Masa sental tadi rasa biasa je. Bila bilas rasa licin yang teramat best. Jarang-jarang rehan impressed dengan produk skin care tau. Tapi Gentle Make Up Remover ni memang rehan rasa kagum sangat. Bila dah lap kering, tuala rehan takde kesan kuning kunyit lagi. Sapu tangan kat pipi rasa lembut sangat-sangat.

Ya Allah rehan memang suka sangat.




Nampak tak eksaited sangat tu sampai terus report kat Yang Berhormat Kakak. Siap nak bawak balik kasi kakak cuba sebab kakak rehan ni memang ada masalah kulit.

Pagi tadi lepas solat subuh dengan penuh semangat rehan suruh zauji cuba pulak. Masa beliau sapu-sapu tu muka malas nak layan je. Rehan cakap nak rakam video beliau senyum ye tak ye je.

Zauji kecintaan rehan ni malas jaga muka. Macam rehan jugak la. Hihi. Tapi beliau ni lagi malas. Jadi kami ada rutin beberapa minggu sekali rehan akan bersihkan jerawat, jeragat, blackheads dan whiteheads kat muka beliau. Berkat isteri rajin dan penyayang, masalah blackheads dah selesai Alhamdulillah. Tinggal whiteheads yang masih degil tak hilang-hilang.

Lepas zauji sental-sental muka dengan make up remover ni, rehan suruh basuh muka dengan pencuci. Keluar je bilik air, beliau keringkan muka kat tuala terus senyum sengih-sengih.

Terkejut rehan muka zauji yang biasanya berminyak, kusam, gelap tiba-tiba jadi glowing dan nampak cerah berbeza daripada biasa. Rehan ambil gambar tapi sebab lighting dalam rumah tak berapa terang, tak berapa nampak beza sebelum dan selepas scrub muka dengan NutriWhite.

Nah rehan share clip video zauji baik hati kecintaan rehan menyental muka.


Nak tengok gambar dan video lain jemput la follow instagram rehan @noraihanqusyairi ye.

Tips Kulit Mulus: Masker Kunyit.

Assalamualaikum.

Malam tadi tengah-tengah malam rehan bosan takde kerja jadi rehan pun ingat nak cuba buat masker kunyit. Masker kunyit ni tengah viral kat fb tau. Kalau tak silap yang mula-mula share pasal masker ni Fatin Dewyglow. Tapi sebenarnya petua ni dah lama orang guna. Buktinya? Bila rehan bagitau kakak rehan nak buat masker kunyit ni, dia jawab dengan selamba: Oh masker kunyit ni aku dah buat dah duluuuuu~

Terus rehan tukar topik jam tu jugak. Hahah.



Nah setepek kuning muka rehan sapu tebal tebal dengan kunyit. Sebenarnya muka rehan tengah ok sekarang ni, jadi tak perlu masker pun. Cuma rehan buat jugak masker kunyit ni sebab rehan curious sangat orang kata nanti muka tak kuning pun. Yela, siang tu rehan masak ikan goreng kunyit. Setakat lumur kunyit sikit kat ikan tu pun dah kuning jari jemari rehan. Ni sapu kunyit kat muka berjam tapi tak kuning. Menarik? Jadi the logical scientist in me decide nak cuba sendiri. Sebelum pakai tu sempat pesan kat zauji, kalau muka rehan kuning esok zauji jela hantar Kautsar ke sekolah. Hahah.

Jadi rehan sapu la masker kunyit tu kat muka lebih kurang jam 11 malam. Nasib baik jugak zauji Qusyairi tak tidur lagi. Boleh rehan tunjuk apa rupa rehan masa pakai masker. Kalaulah zauji dah tidur, lepas tu terjaga nampak rehan muka kuning, mau demam panas esok. Kikiki.

Lepas sapu masker kunyit tu rehan teruskan buat kerja macam biasa. Biasa tengah malam macam tu rehan recheck order; mana nak pos rehan packing cantik-cantik, mana nak cod rehan masukkan plastik dan tagkan siap-siap. Sambil tu rehan berwasap dengan kakak rehan, blogwalking baca entry kawan-kawan. Sedar tak sedar dah pukul 12 lebih. Kelam kabut baru teringat nak cuci muka. Hihihi.

Masa cuci muka, habis sinki jadi kuning. Tapak tangan yang sapu muka pun kuning. Tapi ajaibnya kulit muka tak kuning pun. Nampak biasa je. Bila rehan lap kat tuala, tuala rehan jadi kuning. Jadi rehan scrub la muka guna NutriWhite Gentle Make Up Remover. Ni pertama kali rehan try make up remover ni. Dapat free customer rehan bagi. Tenkiusss awak! Review make up remover tu nanti rehan share ye.

Apa perbezaan yang rehan rasa lepas pakai masker kunyit?

Sejujurnya tak rasa beza sangat. Kulit lembut sikit. Lembap sikit. Licin sikit. Takde la kebabom vavava kesannya. Tapi memang dah rehan jangka tak banyak beza sebelum dan selepas pakai masker kunyit ni sebab caranya semulajadi. Apa-apa yang semulajadi memang ambil masa nak nampak kesan. Kena konsisten beberapa minggu atau bulan inshaAllah nampak bezanya.

Resepi Masker Kunyit:
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil yogurt asli
*gunakan sudu dan bekas plastik.

Ikut resepi kat fb tu guna sukatan sudu besar. Rehan buat semalam, pakai tak sampai separuh pun. Tu dah sapu tebal tau sampai menitik nitik. Jadi rehan ubah resepu tu jadi sukatan sudu kecil. Tak baik membazir. Membazir kan amalan syaitonnnn~

Selamat mencubalah ye.
Rehan type entry ni sambil baring menyusukan Arfa. Sakit pinggang oii. Nak makan OsteMatrix dulu 4 biji sebelum tidur.

Review: Little Luqman Homestay Skudai.

Assalamualaikum.

Rehan ni walaupun anak jati Batu Pahat, tapi kerap sangat travel ke JB. Sebabnya ayah rehan dah pindah tinggal di JB sejak mak rehan meninggal. Kalau rehan balik JB, rehan mesti menginap di Little Luqman Homestay Skudai.

Sebelum tu nak bagitau, harga sewa Little Luqman Homestay Skudai ni cuma RM260/day je. Muraaahhhhh sangat, kan?

Rehan suka menginap kat Little Luqman sebab jaraknya tak sampai 5 minit pun daripada rumah ayah dan kakak rehan. Memang dekat sangat. Sebab tu first choice rehan kalau nak bermalam kat JB memang kat sini.



Selain faktor jarak, satu lagi sebab rehan suka tinggal kat Little Luqman ni sebab rumahnya baru dan bersih sangat. Rehan riki-riki rumah ni rupanya siap tahun 2013, sebaya dengan Kautsar. Tak cecah 3 tahun pun lagi. Memang best la. Interior baru. Owner Little Luqman pulak memang ada citarasa. Deco homestay ni tak macam homestay langsung, feeling macam hotel. Hihi.



Little Luqman ni rumah teres intermediate 2 tingkat. Ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Paling penting ada aircond kat master bedroom, bilik tidur kedua tingkat atas dan kat ruang tamu. Water heater pulak ada 2, kat bilik air master bedroom dan bilik air tingkat bawah. Selain daripada tu ada kelengkapan lain termasuk tv 45" siap ada Astro full pack, peti sejuk, cerek, peralatan dapur dan memasak, microwave. Yang terbaru rehan dengan owner Little Luqman dan pasang WiFi laju. Rehan tak test lagi laju mana tapi katanya Unifi. Laju la kan. Haha.

Semua ni cuma RM260/day je oii. Macam tak percaya harganya tu.



Paling best tentang homestay ni ialah lokasinya. Little Luqman ni terletak di Mutiara Rini, Skudai. Mutiara Rini ni memang lokasi terhangat. Dekat dengan macam-macam tempat menarik JB contohnya Johor Premium Outlet, Nusajaya, Hello Kitty Town & Little Big Club, Danga Bay, UTM. Lebih kurang 5 minit daripada homestay ni ada Tesco, Giant, McDonalds, KFC, dobi layan diri, kedai-kedai makan tersedap (rehan tau sebab rehan dulu study UTM hihi), Hutan Bandar. Ada 5-6 playground dekat-dekat situ tau.

RM260/day je tau!

Kejiranan pun sangat aman dan tenteram. Kawasan taman perumahan tu gated and guarded, kalau datang ramai-ramai inshaAllah selamat kalau park kereta luar rumah. Jiran-jiran pun baik dan peramah. Senang kata memang tak risau la kalau tinggal situ berhari-hari.

By the way, owner Little Luqman Homestay Skudai ni pemurah tau. Rehan dapat tau kalau stay beberapa malam boleh dapat diskaun bertingkat tingkat. Sebab tu homestay ni selalu penuh. Rehan survey homestay lain kat area ni mostly rumah lebih lama, tapi harga RM300 lebih ke atas. Haruuuuu~

Jom layan gambar pulak. Gambar ni rehan cilok dari fb Little Luqman Homestay Skudai.









Khasiat ESP.

Assalamualaikum.



Malam ni rehan nak share gambar je. Tulis panjang-panjang tak sempat. Hihi.

Nampak tu.
Banyak tu kelebihan ESP Shaklee.
Cuma dengan 3 sudu besar je.

Nak order cari rehan.
Bulan ni harga super special.

Kulit Cantik Dalam 2 Minggu.



Assalamualaikum.

Nah setepek rehan bagi gambar muka rehan sendiri. Nampak tak? Nampak tak?

Masa hujung pantang bersalin Arfa awal tahun hari tu, rehan balik kampung mertua kat Perak. Dari Johor ke Perak naik kereta lebih kurang 6 jam. Biasanya kulit rehan akan jadi kering sikit sebab lama beraircond.

Kebetulan masa tu zauj Qusyairi ada turut serta dalam program di Kulim, jadi dalam masa seminggu kami bergerak dari Perak ke Kedah, kemudian sambung bercuti ke Perlis melawat matrikulasi zauj Qusyairi dulu.

Dapat bayangkan kalau 6 jam perjalanan kulit rehan jadi kering, kalau 7-10 hari perjalanan macam mana rupa rehan masa tu? Macam hantu kak limah oii. Dah la separuh perjalanan tu baru habis pantang, cuaca panas terik kat utara tu perkara biasa. Lagi la kat Perlis panas bahang terik kering. Rehan pulak jenis tak biasa minum air masak.

Teruk ya ampun kulit muka masa tu. Dah la kering menggelupas, boleh tarik kulit mati tu sampai terkopek. Lepas tu jadi tompok-tompok hitam, kat bahagian bawah mata tu jadi keras sebab kulit kering tu mati. Seluruh muka terbakar sampai gelap kulit rehan macam baru lepas musim sukan masa kat sekolah dulu. Sampai zauj Qusyairi berhenti makan kat kedai rehan taknak turun tau. Malu oii.

Panjang pulak intro. Hehe. Yang rehan nak cerita kat sini, kulit yang kering teramat tu rehan berjaya pulihkan dalam masa 2 minggu je!

Nak tau macam mana?

Rehan ni pemalas pakai skin care jadi memamg tak berapa guna skin care pun sepanjang 2 minggu rehan nak pulihkan balik kulit muka tu. Apa rehan buat, rehan makan suplemen je.

Setiap hari rehan makan suplemen yang rehan wajib makan sejak dulu; B-Complex, Vitalea, Vita C dan ESP. Kalau biasa-biasa makan ni je dah cukup untuk rehan maintain muka cantik. Tapi sebab masa tu kulit rehan teruk sangat, jadi rehan ambil step tambahan.

Step tambahan yang rehan ambil tu tak susah pun. Rehan gandakan dos suplemen yang rehan makan, kemudian tambah Collagen Powder, Vita E dan Vivix. Collagen tu rehan ambil setiap hari selama 2 minggu. Vita E selain rehan makan, rehan sapu minyak Vita E tu kat muka setiap malam selama 1 minggu. Vivix pulak rehan minum selang sehari.

Hasilnya lepas 1 minggu kulit yang kering tu dah takde. Langsung tak kering muka. Malah jadi lembut anjal dan bouncy bouncy lagi. Syok sungguh! 

Tapi lepas 1 minggu tu masih ada kesan tompok hitam dan kulit yang keras sebab kering tu. 

Lepas 2 minggu baru semua masalah selesai. Kulit jadi licin, cerah tak terbakar, tompok dan parut akibat kering tu hilang 100%. Muka rehan jadi licin dan glowing, rasanya paling cantik rehan pernah alami. Hahaha.

Kalau awak-awak ada masalah kulit kering macam rehan ni jemput la cerita kat rehan. Mana tau rehan boleh tolong selesaikan. Jangan segan-segan.

Next entri inshaAllah rehan nak share tips jimat untuk rawatan kulit kering ni. Jumpa lagi!

Salam sayang,
Rehan, Qusyairi dan anak-anak

5 Soalan Dari Ucing Versi 2.


1) Ayam Berkokok ..Hari mau...?  

 Jawapan Anda...... HARI MAU SIANG 

2) Kucing Jadi Harimau,Harimau jadi Kerbau,Kerbau Jadi Lembu,Manusia Jadi...?

Jawapan Anda...... MANUSIA JADI HAIRAN

3) Kucing Jadi Ayam,Harimau jadi Ayam,Kerbau jadi Ayam,Ayam jadi...?

Jawapan Anda...... AYAM JADI BANYAK

4) Seekor kancil mencari Makanan di Hutan lalu ternampak Makanan dan satu ekor Harimau.kancil makan makanan tersebut tanpa takut mengapa .?

 Jawapan Anda...... HARIMAU DAH JADI AYAM

5) Sepasukan Orang Gila main Bola di Pesawat.Oleh kerana terlalu Bising co-pilot pun Marah."Hey..! kalau Nak Main Bola keluar.!".Lalu Orang Gila itu pun keluar .(Maklum lah Orang gila).Soalan nya Siapa kah yang terselamat dalam Pasukan tersebut.?

Jawapan Anda...... PEMAIN SIMPANAN
*Segmen Ini adalah Segmen Blogwalking Ceria Bahagia Betul atau Salah Tidak Menjadi Masalah yang Penting Anda Berani menjawab...Ada Berani..?

Wanita Hiasan Dunia.

Assalamualaikum.

Hari ni taknak cerita bisnes, taknak cerita pasal family. Rehan nak share sesuatu pasal rehan sendiri. Cerita ni dah lama. Sejak rehan budak-budak lagi dulu.

Kisahnya macam ni.

Siapa yang pernah jumpa rehan mesti kata rehan ni pendiam. Ada yang kata sombong. Ada yang kata pemalu. Rehan tak marah. Memang rehan pendiam. Rupa rehan pulak memang selalu nampak seolah-olah mencebik, sedangkan memang rupa rehan macam tu hehe. Tambahan pulak dahi selalu berkerut. Dahi berkerut selalu ni sebab rehan silau. Jadi kombinasi bibir cebik dengan dahir berkerut = nampak tak friendly langsung.

Tapi kalau siapa yang baca post rehan di fb dan blog mungkin rasa rehan ok-ok je. Takde la bunyi macam orang sombong. Kadang-kadang rasa macam meriah je rehan ni. Hihi.

Sebenarnya masa kecil dulu rehan peramah yang teramat peramah orangnya. Semua orang rehan tegur. Rehan suka sangat menyembang dengan jiran-jiran, kawan-kawan mak ayah rehan. Ni masa rehan baru sekolah rendah tau. Dengan cikgu-cikgu pun rehan peramah sangat. Sampaikan kat mana-mana orang mesti kenal rehan.

Masa rehan bertindak selaku mak pengantin masa kakak-kakak rehan kawin pun semua jiran-jiran lama, kawan-kawan lama mak ayah kenal dan cari rehan. Saudara-saudara jauh semua kenal rehan. Sebab tu rehan jadi mak pengantin walaupun rehan ada kakak yang merupakan anak sulung perempuan dalam family kami.

Tapi personaliti meriah teramat tu berubah masa rehan darjah 6.

Rehan ni sekolah kampung je tau. Ada satu je kelas Darjah 6, kalau tak silap 30-40 orang sekelas. Seluruh sekolah adalah dalam 120 jumlah murid. Masa hujung darjah 6 biasalah ada hari penyampaian hadiah. Masing-masing sibuk nak buat persembahan. Kawan-kawan kelas rehan nak buat persembahan tarian. Ada yang menari lagu Elite (masa tu femes betul lagu Tamparan Wanita). Ada yang menari lagi tradisional. Ada yang menyanyi. Geng rehan masa tu dalam 7-10 orang. Diorang buat persembahan Tamparan Wanita tu la.

Semua orang terlibat. Entah kenapa rehan pun tak pasti, rehan tak masuk satu pun persembahan. Terutamanya tarian. Memang rehan taknak join. Rehan rasa segan sangat masa tu. Dah hampir ke hari penyampaian hadiah tu je seorang ustazah ni suruh rehan baca poem tentang Allah swt. Rehan ingat lagi beberapa baris pertama; "Allah The Almighty. The (tak ingat apa). The Merciful."

Lebih kurang beberapa hari lepas hari penyampaian hadiah tu, ustazah yang sama yang suruh rehan baca poem tentang Allah swt tu panggil rehan dengan 2 orang kawan rapat rehan. Kami bertiga ni je dalam geng kami yang tak buat persembahan Tamparan Wanita tu. Hehe. Mulanya pelik kenapa ustazah panggil kami bertiga. Nak jumpa kat bilik Pusat Sumber pulak tu. Bilik Pusat Sumber tu letaknya dalam Perpustakaan, tersorok sikit.

Bila kami bertiga jumpa ustazah kat bilik Pusat Sumber, ustazah tu keluarkan hadiah. Ada tiga hadiah. Seorang dapat satu. Terkejut jugak kenapa kami dapat hadiah. Sedangkan ustazah tu tak mengajar kelas kami, malah tak pernah ajar kami langsung kecuali kelas ganti.

Lepas tu ustazah pun terangkan kenapa. Terus terang rehan tak ingat pun apa yang ustaah tu sebut. Mungkin jugak rehan tak dengar dan tak tumpukan perhatian. Sebabnya mata rehan menangkap tulisan pada kad yang ada pada hadiah yang ustazah bagi. Tulisan tu bunyi begini: "Wanita adalah perhiasan dunia. Perhiasan yang paling cantik adalah wanita solehah."

Rehan simpan kad tu lama, sampai akhirnya hilang tanpa dikesan bila rehan masuk matrikulasi. Rupanya ustazah tu bagi rehan dan kawan rehan penghargaan sebab kami tak terlibat dengan tarian. Nampak macam perkara kecil. Tapi kita taktau apa dalam hati ustazah tu sampai dia tergerak nak hargai kami sebegini.

Sejak tu rehan macam tersentak. Mulalah kurang bercakap, tapi rehan masih aktif kat sekolah. Tapi mungkin rehan tak sedar, ayat pada kad ustazah tu dah tertanam dalam minda rehan.

Masa rehan sekolah menengah, ada sekali tu rehan dengan family keluar makan kat kedai. Masa tu kebetulan rehan tak sihat. Jadi rehan makan cepat-cepat lepas tu rehan rehat dalam kereta je sementara tunggu yang lain sudah makan. Kebetulan masa tu keluar lagu In-Team, Impian Kasih. Rehan dengar jela. Sampai kat part "Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah." Tiba-tiba air mata rehan jatuh. Tersentuh sangat dengar lirik tu.

Tapi rehan cepat lupa. Sepanjang matrikulasi, degree dan master, rehan lupa yang perhiasan terindah adalah wanita solehah. Rehan sibuk nak jadi cantik kat mata manusia, lupa nak jadi cantik kat mata Allah swt. Macam-macam baju, macam-macam mekap rehan pakai.

Tapi hati tak pernah puas. Sentiasa rasa ada yang tak lengkap. Sampai rehan berkahwin dengan zauj Qusyairi rehan masih belum sempurnakan diri jadi perhiasan terindah di mata suami. Tapi perlahan-lahan rehan cuba berubah. Sikit-sikit rehan biasakan pakai baju longgar, labuh. Alhamdulillah sekarang rehan selesa dengan imej macam ni. Tapi tetap belum tutup aurat dengan sempurna.

Entry ni sebenarnya peringatan untuk diri rehan. Bila rasa kekurangan tu maksudnya memang ada kekurangannya. Perkara yang jelas terbentang masakan kita boleh tak nampak. Tunaikan solat. Tutup aurat. Puasa. Semua tu jelas. Terang lagi bersuluh. Jadi kenapa susah nak hadam. Buat ibadat yang bersifat akidah. Sedangkan ibadah yang bersifat akhlak diabaikan.

Bila jadi ibu kita terfikir bagaimana kita mempengaruhi pengalaman dan perkembangan anak-anak. Rehan bertuah sangat Allah swt kurniakan 2 orang anak perempuan. Anak-anak yang banyak mengajar rehan, menyedarkan rehan. Bila ada anak perempuan seorang, rasa biasa je tau. Bila anak perempuan dah lebih seorang ni rehan mula imbas tingkah laku, perangai, tabiat rehan masa kecil, remaja, sampai sekarang. Selalu terbayang apa anak-anak rehan akan jadi hasil didikan rehan.

Selebihnya cuma tinggal tindakan.

Bercinta vs Bernikah: Pengalaman Berkahwin Lepas 7 Bulan Berkenalan.

Assalamualaikum.

Rehan suka mulakan tulis post dengan kalimah Alhamdulillah. Banyak sangat nikmat yang rehan syukurkan, selalu kena sebut Alhamdulillah. Kadang-kadang kita terlalu fokus dengan apa yang kita tak ada sampai kita lupa nikmat yang Allah swt pinjamkan pada kita. Sebab tu kena rajin-rajin bersyukur bila-bila masa.

Kali ni rehan bersyukur dengan nikmat terbesar Allah swt kurniakan kepada rehan sebagai seorang wanita; iaitu nikmat menjadi isteri dan ibu. Alhamdulillah seru datang untuk rehan berkahwin secara tiba-tiba dan perkahwinan pun berlangsung secara pantas dan dipermudahkan. Rehan yakin Allah swt permudahkan niat rehan nak berkahwin sebab rehan niatkan untuk mengelak maksiat dan mencari keberkatan melalui perkahwinan. Buat apa ditangguh-tangguhkan. Sebelum tu rehan tak ada niat nak berkahwin jadi rehan tak pernah bercinta.

First time dating lepas declare couple. Pergi Melaka tengok tempat bersejarah. Rehan memang suka sangat pergi tempat sejarah. Zauj Qusyairi layankan jela. Hahah.
Bila rehan bercinta dengan zauj Qusyairi, rehan tanya diri rehan apa manfaat dan makna percintaan itu kalau sekadar percintaan semata-mata. Jadi rehan cakap kat zauj Qusyairi lepas seminggu kami bercinta, jom kahwin. Sebelum tu ada orang nasihatkan rehan kalau bercinta jangan rush teman lelaki untuk kahwin, orang lelaki takut bila orang perempuan cepat sangat ajak kahwin. Bila rehan ajak zauj Qusyairi kahwin lepas seminggu bercinta, rehan nekad kalau zauj Qusyairi taknak rehan pun taknak bercinta lagi. Rehan tak nampak keperluan ada teman lelaki tanpa niat untuk berkahwin.

Alhamdulillah. Allah swt perkenankan niat rehan. Zauj Qusyairi tak teragak-agak terus bersetuju untuk berkahwin. Ikutkan niat kami masa tu nak kahwin serta-merta. Hahah. Tapi kebetulan keluarga zauj Qusyairi baru buat kenduri kahwin masa tu, jadi kami tangguhkan beberapa bulan. Supaya mak ayah dapat rehat sekejap.

Kami kenal hujung bulan puasa. Kalau tak silap masa tu hujung bulan Ogos 2011. Masa tu baru kenal-kenal kat fb. Padahal kami ni satu pejabat, bilik pun dekat satu aras je. Bila zauj Qusyairi tegur rehan kat fb, rehan tak kenal pun beliau siapa. Siap pakej silap orang pulak tu, rehan ingatkan staff lain. Padahal kami dah kerja sama tempat lebih kurang 8 bulan. Hahah.

Lebih kurang seminggu lebih lepas raya tu pertama kali kami berjumpa. Masa tu pertengahan September 2011. Adalah jumpa beberapa kali, lepas tu terus bercinta. Haha. Masa tu baru sebulan kenal kot. Lepas seminggu bercinta, terus kami putuskan nak kahwin. Pantaskan.

Raya haji 2011 tu family mertua datang ke johor untuk merisik. Ayah rehan bersungguh-sungguh sambut tetamu, siap order satay Hj Rais, beriani gam dan asam pedas johor yang terkenal. Semua ni makanan yang terfamous kat batu pahat. Hihi. Alhamdulillah dah dirisik masa raya haji tu, cadangnya nak bertunang cepat-cepat dan kahwin cepat-cepat.

Satu-satunya gambar tunang yang rehan ada
Rehan bertunang bulan disember 2011. Tunang kecil-kecilan je. Adik beradik pun tak semua yang balik. Selain adik-beradik rehan dan ayah, adalah pakcik makcik 3 orang je yang datang. Sebelah family mertua pun cuma mak ayah, zauj Qusyairi dan adik beradik 7 orang. Itu je. Makan pun betang saprah je makan ramai-ramai. Rehan sembunyi kat dapur. Yang kelakarnya kakak rehan seorang tu cakap dia pulak yang gementar sedangkan masa dia bertunang rilek je. Hahah.

Dan akhirnya kami dinikahkan pada penghujung Mac 2012.

Nikah! Yaayyy!
Ok enuf introduction. Rehan nak back to topic iaitu bercinta vs bernikah. Pada rehan yang bercinta 7 bulan ni, sangatlah terasa berbeza antara bernikah dengan bercinta. Disebabkan rehan bercinta cuma 7 bulan (actually 6 bulan je, sebulan pertama tu tak bercinta pun hahaha), maka masa mula-mula nikah tu agak susah rehan nak sesuaikan diri sebagai isteri. Mood masih fefeeling girlfriend je kan. Sedangkan bila dah bergelar isteri lain sangat peranan dan tanggungjawab berbanding masa bercinta dan bertunang.

Tapi yang paling terasa bezanya ialah dilema sebelum kahwin dengan selepas kahwin. Sebelum kahwin, paling jadi masalah besar nak yakinkan diri betul ke dia sayang aku. Dia sayang betul-betul ke aku ni isi masa lapang je? Dia main-main ke serius nak berkawan dengan aku? Dia ada orang lain ke? Dia masih sayang pada yang lama ke? Haa lebih kurang gitu la dilema sebelum kahwin.

Lepas dah kahwin ni, tak ada masalah langsung bab-bab sayang ke tak sayang. Bergaduh ke masam muka ke berperang bertumbuk tarik rambut sekali pun langsung tak ada ragu-ragu dia sayang aku ke tak. Hahaha. Yang jadi dilema ialah perkara kecil contohnya kenapa dia tak susun semula pinggan atas rak lepas cuci? Kenapa dia sidai baju tak ikut kategori seluar dengan seluar, baju dengan baju? Kenapa dia suka pasang filem hindustan hari-hari? Faham tak? Ini dilema lepas kahwin okeh. Hari-hari tengok hindustan boleh migrain tau. Hahaha.

Sebab tu rehan suka nak nasihatkan adik-adik yang masih bercintan cintun kat luar sana tu, kahwin je cepat-cepat. Kahwin tu kan Allah swt suka. Jangan tangguhkan. Buat perkara baik, Allah swt akan bantu. Yang penting sekali restu ibu bapa. Tak payah bercinta lama-lama, tak payah bertunang lama-lama. Tak payah risau malam-malam tak tidur fikirkan betul ke dia lelaki yang ditakdirkan untuk kita. Tanya diri sendiri memang takkan jumpa jawapannya. Jadi tanyalah Allah swt. Buat solah istikharah banyak-banyak, inshaAllah akan dapat jawapan direct daripada Yang Maha Mengetahui. Solat hajat banyak-banyak mohon jodoh berpanjangan, dikurniakan keberkatan dan redha Allah swt. Solat taubat banyak-banyak supaya hubungan yang terbina atas restu ibubapa dan Allah swt tak terpalit dosa-dosa lama.

InshaAllah manis bernikah itu lebih indah daripada gementarnya bercinta. Seronoknya berganda, boleh berpimpin tangan dan laga pipi tanda dicatakan dosa, malah dikurniakan pahala. Boleh tidur berpeluk, terasa hembus nafas sang suami di pipi, sambil hati rasa lega dan bahagia di bawah naungan doa ibu dan ayah kita. Manis bernikah tu melebihi segala seronok yang kita rasa ketika bercinta. Tak ada bermimpi membayangkan keindahan bergelar suami isteri bila sendiri dah rasai, sebaliknya yang diimpikan setiap hari ialah indahnya bersama di syurga.

Amboi kak rehan korang ni dah bermadah pulak. Ok dah. Rehan harap sampai makna apa yang rehan niatkan dalam post ni. Semoga Allah swt redha.

Ready Stock Shaklee di Batu Pahat.

Assalamualaikum.



Seminggu menanti.
Hari ni akhirnya 2 kotak suplemen Shaklee sampai.
Alhamdulillah.
Yang kat atas ni gambar sekotak je tau. Lagi sekotak rehan tak sempat nak snap, berebut dengan Arfa nak mengemas vitamin sekali. Hihi.

Banyak yg tiba dah berpunya tau.
Rehan baru selesai COD:
Omega, Vita C 3 botol, Herblax, ESP promo, B-Complex, Vitalea, Zinc Complex.

Hari ni turut dah selesai order online:
ESP promo, Performance Drink, Herbal Blend - pos terus ke depan pintu cikgu kita seorang ni.
Mealshake - akak ni wajib beli Mealshake setiap bulan untuk kurangkan asma anaknya.

Esok pulak COD:
Enfuselle Purifying Cleanser, Toner - untuk seorang adik ni. Adik ni pengguna tegar Shaklee. Dah bertahun beli dengan rehan. Sebelum ni adik ni makan ESP dengan Vita C je. Sekarang dah guna set skin care Enfuselle pulak.

Rehan akan restok dalam masa terdekat.
Banyak lagi nak order ni, asal rehan dah finalize apa yang nak diorder mesti ada order baru masuk. Alhamdulillah.

PM/WhatsApp rehan sekarang utk utk order.

📲 012.780.7365
📲 012.780.7365
📲 012.780.7365

Berapa Banyak Protein Diperlukan Setiap Hari?

Assalamualaikum.

Tidak ada kuantiti yang tetap untuk persoalan ini kerana keperluan protein setiap individu adalah berbeza bergantung pada umur, size, aktiviti dan tahap kesihatan semasa. Penyelidikan mengenai protein ini juga masih belum dihentikan.


Institut Perubatan mengesyorkan orang dewasa mendapat sekurang-kurangnya 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran 64 gram bagi orang dewasa.

Di Amerika Syarikat (AS), orang dewasa mendapat purata 15 peratus kalori daripada protein; untuk orang yang memerlukan 2,000 kalori per hari diet, yang kira-kira 75 gram protein.
Bagaimana pula dengan kadar pengambilan protein untuk orang dewasa di Malaysia? Adakah pola pemakanan harian rakyat Malaysia memenuhi keperluan protein setiap hari?

Bagi mereka yang sihat, meningkatkan pengambilan protein 20 hingga 25 peratus daripada kalori boleh mengurangkan risiko penyakit jantung jika lebih protein menggantikan karbohidrat ringkas, seperti roti putih, nasi putih, atau minuman bergula. Diet tinggi protein juga boleh memberi manfaat kepada penurunan berat badan jika bersama dengan diet rendah kalori, walaupun mangambil jangka panjang untuk membuktikan keberkesanannya.

Bagi orang-orang dalam keadaan sihat juga, mengambil 20 hingga 25 peratus kalori daripada protein tidak akan merosakkan buah pinggang. Dalam penyelidikan oleh  National Academy of Sciences melaporkan bahawa diet tinggi protein bahaya untuk individu yang mempunyai penyakit buah pinggang. Selepas kajian yang teliti, mereka menyarankan hanya 10 peratus kepada 35 peratus daripada kalori harian datang daripada protein. Oleh itu merujuk doktor atau pakar diet berdaftar perlu bagi menentukan keperluan protein individu.

Menurut formula yang digunakan oleh Sears, berat badan perlu didarab dengan formula berikut, bergantung kepada tahap aktiviti luar, untuk mendapatkan keperluan protein harian dalam gram:

    Sedentari = berat dalam paun  x  0.5
    Sederhana (30 minit aktiviti bertenaga 3 hari seminggu) = berat dalam paun x 0.7
    Aktif (1 jam setiap hari 5 hari seminggu) = berat dala paun x 0.8
    Sangat Aktif (10 jam aktiviti bertenaga setiap minggu = berat dalam paun x 0.9
    Atlet = berat dalam paun x 1.0

[Sumber]


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE

Jumlah ESP yang kami cadangkan adalah sebanyak 3 sudu besar sehari. Jumlah ini mengandungi 28 gram protein iaitu bersamaan dengan 40% keperluan protein harian.

Stok Vitamin Licin!

Assalamualaikum.



Sedih betul tengok ni je stok vitamin rehan yang tinggal. Banyak order yang pending tau. Lebih kurang RM1000 order yang tertunda sekarang ni.

Kesian customer rehan kena menunggu.

Ceritanya hujung bulan lepas rehan tak order stok macam biasa. Sebab rehan dapat firasat bulan Mac mesti promo best. Jadi rehan tunggu 1 Mac baru rehan nak borong stok banyak-banyak.

Memang betul firasat rehan. Bulan Mac promo ESP. Yabedabeduuuu!!

Memang kebetulan ESP rehan baru beberapa hari habis. Customer pun dah ada yang order ESP beberapa tong. Jadi rehan borong stok lebih kurang RM1200 masa hari pertama promo.

Tapi vitamin Shaklee ni demand tinggi sangat. Lepas rehan order tu berduyun duyun mesej masuk nak order vitamin dari rehan. Stok tak sampai lagi tapi semua dah berbooking. Bukan booking kosong, siap bayar tau.

Ada yang nak cepat vitamin tu, rehan pun order la RM200 daripada upline rehan. Upline rehan pos pakai poslaju, jadi cepat la sampai. Alhamdulillah tadi dah selamat pun rehan cod Set Basic Berpantang kepada Puan Ruzita. Yang bestnya set tu suami Puan Ruzita yang minta konsultasi, order dan bayarkan. Syok dapat husband yang betul betul prihatin kesihatan dan keperluan isteri.

Ok sambung cerita. Rehan masih lagi tunggu stok rehan sampai, lambat pulak courier hantar. Mungkin sebab awal bulan, ramai sangat yang order Shaklee sampai courier pun busy. Hehe. Order rehan terus masuk dan masuk sampai habis licin vitamin rehan yang belum sampai tu. Jadi rehan terpaksa order lagi vitamin bernilai RM600. InshaAllah esok dua-dua set vitamin yang rehan order sampai.

Semua ni berlaku dalam masa 2-3 hari je tau. Rehan dan kekalutan sebab stok habis kat tangan. Banyak order yang pending. Ikutkan hati rehan ni nak je cabut ke branch JB sekejap. Tapi apakan daya zauj Qusyairi risau rehan travel jauh sendiri, bawa anak pulak tu.

Apapun pengguna Shaklee di Batu Pahat jangan risau. InshaAllah esok banyak stok yang sampai. ESP dah tentu ada bertong tong. OmegaGuard ada. OsteMatrix ada. B-Complex ada. Sustained Release Vita C ada tapi semuanya dah berpunya. Ampunnnn~

InshaAllah minggu ni rehan akan restok lagi. Yang nak dapatkan vitamin Shaklee cepat cepat roger rehan ok. Senang rehan orderkan sekaligus boleh terus settle cod secepat mungkin. Yang kat luar Batu Pahat jangan risau, rehan boleh pos ke seluruh Malaysia. Rehan pernah pos vitamin bernilai RM700 ke Belgium tau!

Ok sampai sini dulu. Rehan nak kira berapa banyak lagi nak restok ni. Jangan lupa roger rehan kat WhatsApp sekarang:

012.780.7365

Selamat malam.

Kulit Cantik Dalam 2 Minggu.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni rehan buat eksperimen. Bukan eksperimen susah sangat pun. Rehan cuma nak tengok kesan makan Collagen Powder Shaklee sekotak tanpa ambil suplemen lain.

Jadi rehan hentikan semua suplemen yang rehan makan selama ni. Rehan cuma makan Collagen Powder Shaklee je. Lain-lain makanan rehan makan macam biasa. Minum air green tea at least 2 liter sehari.

Opss sebelum tu, ibu yang menyusukan macam rehan boleh ke makan Collagen Powder Shaklee?

Boleh. Tak ada masalah. Nutritionist Shaklee sendiri sahkan selamat untuk ibu menyusukan. Tapi ibu hamil tak sesuai makan Collagen Powder tau.

Ok. Nak tengok apa kesan makan Collagen Powder selama 2 minggu?



Ok abaikan pencahayaan yang berbeza. Rehan ambil gambar dalam kereta jadi cahaya tak sama. Huhu.

Gambar kiri masa hari kedua rehan makan Collagen Powder Shaklee. Nampak pori rehan besar kan. Lepas tu boleh nampak tona kulit tak sekata, ada bahagian yang kemerahan. Merah tu bukan sebab glowing tau, tapi sebab kering panas.

Gambar kanan lepas habis sekotak rehan makan Collagen Powder Shaklee. Tona lebih sekata. Pori pun lebih kecil. Itu yang nampak dalam gambar. Yang tak nampak dalam gambar perasaan best sangat bila pegang kulit rasa halus mulus je. Kulit pun tak berminyak sangat. Tak kering sangat.

Biasanya kulit rehan lepas cuci muka akan jadi kering. Tak sampai setengah jam lepas tu terus berminyak banyak. Tapi bila konsisten makan Collagen Powder Shaklee, tak ada masalah kulit terlalu kering dan terlalu berminyak. Rehan rasa senang sangat nak handle kulit bila makan Collagen Powder Shaklee.

Siapa yang rehan cadangkan makan Collagen Powder Shaklee ni?

1. Sesiapa yang ada masalah kulit berminyak sangat sesuai makan. Shaklee jamin masalah kulit selesai lepas 4 bulan konsisten makan Collagen Powder ni.

2. Untuk yang malas jaga kulit macam rehan. Malas sapu krim, malas cuci muka. Sesuai sangat makan Collagen Powder. Rehan cuma makan Collagen Powder dan sapu Nutriwhite Daily Defense Essence sesekali bila keluar rumah. Selain tu cuci muka sekali dua je sehari.

3. Sesuai untuk yang nak hilangkan parut. Tengok kat gambar rehan tu. Bekas merah merah dalam gambar kiri dah tak ada. Yang ada bekas bekas merah yang baru dalam gambar kanan. Kulit rehan sensitif. Memang selalu keluar merah merah.

4. Nak kulit cantik cepat? Wajib makan Collagen Powder. Bayangkan ni kesan sekotak. Kalau makan 3 kotak? Lagi marbelessss! Sesuai sangat kalau nak kahwin atau bertunang.

5. Sangat dicadangkan untuk yang kerap travel atau buat kerja luar. Bila kerap terdedah dengan air cond dan panas, kulit akan kering dan rosak.

6. Nak cepat cerah? Rehan dapat feedback seawal 5 hari pertama makan Collagen Powder ni, dah ramai tegur kata kulit rehan makin cerah dan glowing. Rehan sendiri pun tak perasan kalau orang tak tegur.





Nak dapatkan Collagen Powder ni boleh WhatsApp rehan ok.

012.780.7365

Resepi Bancuh ESP.

Assalamualaikum.

Ramai yang tanya, macam mana nak bancuh ESP supaya lebih sedap?

Alhamdulillah. Ramai customer kami yang tak ada masalah minum ESP dengan air kosong. Pada saya, itu antara resepi terbaik untuk bancuh ESP sebab secara tak langsung kita terbiasa minum minuman yang tak manis.

Tapi tak dinafikan, ramai antara kita yang tak sesuai minum ESP dengan air kosong saja. Contohnya ibu-ibu hamil yang alahan, ramai ibu hamil yang tak boleh minum minuman tawar sebab boleh akibatkan muntah-muntah.

Jadi saya nak kongsi beberapa resepi untuk bancuh ESP dengan rasa tersedap!



Bancuhan kegemaran kami di Noraihan Qusyairi ialah ESP+Koko. Tak campur gula dan tak campur susu. Kami kerap travel, jadi susah nak elak makan / minum gula bila di luar. Jadi di rumah kami, gula memang dikawal. Sepanjang kami berkahwin selama 2 tahun setengah, baru 3 kilo gula yang kami beli. Sekilo terakhir kami beli sebab nak masak donut (tapi tak jadi, hahah!)

Pada kami ESP sendiri ada rasa manis soya. Bila dibancuh dengan serbuk koko, seperti kita bancuh milo+susu. Rasa manis sedikit berlemak. Manis yang sedikit tu sudah cukup bagi kami.

Selain itu, kat bawah ni kami kongsi resepi ESP kegemaran yang kami selalu buat di rumah.

ESP+Performance Drink+Collagen Powder: Untuk badan segar bertenaga dan kulit gebu

ESP+Cinch Shake Mix: Menu sarapan untuk kuruskan badan

ESP+Performance Drink+Meal Shake: resepi bersahur atau sebagai sarapan untuk hari yang aktif
Tawaran menarik sepanjang Oktober, anda boleh dapatkan 1 tong ESP secara percuma dengan belian 6 tong ESP. Selain percuma 1 tong tu, dapat percuma keahlian Shaklee juga, dan pulangan wang tunai RM36 pada bulan November nanti. Jadi pelanggan bijak kami, mesti pilih untuk mendaftar percuma bulan ini. Ajaklah kakak abang, kawan-kawan, jiran untuk kongsi beli sekali.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Cabaran Si Kidal.

Assalamualaikum.

Rehan saja nak share, cabaran jadi orang kidal. Siapa kat sini kidal? Seppp sikit!

Fakta yang ramai orang tak tau dan tak sangka, boleh kata semua peralatan yang ada kat muka bumi ni dicipta untuk orang tangan kanan. Contohnya gunting, pen, pisau, tukul besi, tombol pintu, pemotong kuku, jam. Eh. Semua benda lah senang kata.

Jadi populasi kecil orang bertangan kiri a.k.a kidal ni terpaksa sesuaikan diri dalam dunia yang serba serbi kanan. Sebagai seorang kidal, rehan terasa cabaran tu sejak kecil lagi.

Bila cakap pasal sesuaikan diri dengan peralatan untuk orang tangan kanan ni, ada 2 jenis orang kidal:
Pertama - si kidal yang terpaksa gunakan tangan kanan untuk gunakan peralatan tangan kanan
Kedua - si kidal yang tetap gunakan tangan kiri walaupun pada peralatan tangan kanan.

Rehan pulak? Rehan kadang kadang masuk kategori pertama. Biasanya rehan masuk kategori kedua. Hihi.



Pengalaman rehan sebagai si kidal, memang menyakitkan poket. Hahaha. Ni masalah utama rehan sejak sekian lama. Perkara paling asas tapi paling menyusahkan iaitu menulis. Orang kidal ni pegang pen lain caranya berbanding orang tangan kanan. Dan ball point pen dicipta untuk orang tangan kanan. Sejak rehan sekolah lagi, pen rehan cuma mampu tahan 3-4 hari je sebelum mata bolanya rosak. Mata bola tu rosak sbb cara rehan menulis tak sesuai dengan fungsi pen tu. Cakap la apa jenama sekali pun, semua rehan pakai akan rosak paling lama lepas 4 hari.

Habis tu takkan taknak guna pen untuk menulis? Kena guna jugak. Jadi rehan lama-lama cuba juga sesuaikan diri, ubah cara menulis supaya pen tak cepat rosak. Ada kesan sampingannya. Kesannya rehan sampai hari ni rasa tak selesa bila menulis. Sedih oii.



Lagi satu yang selalu jadi masalah ialah menggunting. Gunting dicipta untuk orang tangan kanan. Tapi rehan tak boleh gunakan tangan kanan, kekok. Nak taknak terpaksa biasakan guna gunting tangan kiri. Tapi memang sakit. Terpaksa menekan lebih, kena sengetkan angle tangan. Percayalah, menggunting tu perkara yang menyakitkan bagi rehan.

Sama jugak memotong guna pisau. Rehan kalau memasak, cara rehan pegang pisau tu buatkan kakak-kakak rehan takut. Nak buat macam mana, kita orang kidal kena biasakan guna peralatan tangan kanan. Kalau tak, tak masak la kita. Hehe.

Jangan perlekehkan orang kidal ni tau. Sebab orang kidal ni kuat mental dan emosi. Hari-hari adalah cabaran bagi kami.

Untuk semua si kidal, bertabahlah. Hihi.

Suplemen Ibu Hamil.

Assalamualaikum.

Apa khabar ibu-ibu hamil di luar sana? Dan apa khabar juga bayi dalam kandungan? Mesti seronok bila disahkan hamil. Perasaan tentu bercampur-baur antara gembira, teruja, gementar dan kadang-kadang ada yang risau dan keliru. Apa yang dirisaukan tu?

Fitrah mana-mana wanita, memang cepat risau. Saya pernah tulis dalam satu entri dulu, fitrah wanita bila berkahwin tentu mahu sentiasa membahagiakan suami. Itu kalau berkahwin. Kalau hamil macam mana? Fitrah wanita bila disahkan hamil, terus nak berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Jadi ramai bakal-bakal ibu yang keliru, apa nutrisi yang perlu bagi ibu hamil? Berapa dos yang diperlukan sehari?

Jangan risau-risau. Di sini saya kongsikan keperluan nutrisi harian bagi ibu-ibu hamil.

Sumber dari BabyCentre.
Selain nutrien di atas, ibu-ibu hamil juga memerlukan protein sebanyak lebih kurang 60 gram sehari (iaitu 10 gram lebih banyak berbanding wanita yang tidak hamil). Nak tahu tentang protein boleh baca di sini: Protein.

Sekian perkongsian hari ini. Semoga mendatangkan manfaat bagi anda yang membaca.



*******************************************************
SET HAMIL SHAKLEE


Set vitamin Shaklee yang dicadangkan bagi ibu hamil adalah ESP, Vitalea, B-Complex, Vita C dan Ostemtarix (bagi trimester 1) dengan tambahan OmegaGuard bagi trimester 2 dan 3.

ESP diperbuat daripada soya non-GMO adalah sumber protein organik terbaik yang membekalkan tenaga untuk ibu hamil, mengurangkan kesan alahan dan mengelakkan gastrik. Selain itu ibu juga akan dapat kesan kulit yang sihat dan cantik, termasuklah bayi yang bakal lahir nanti.

Gabungan Vitalea dan B-Complex mengandungi 400mcg asid folik iaitu jumlah minimum yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari. Selain itu, multivitamin Vitalea juga membekalkan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsi harian dengan baik. B-Complex pula mengandungi komponen lengkap vitamin B bagi menyokong fungsi tubuh yang sihat, selain membantu mengawal stress dan meningkatkan selera makan.

Ostematrix adalah tablet kalsium magensium dan mineral lain yang berfungsi menguatkan tulang ibu, membantu pembentukan tulang bayi, mengurangkan sengal dan sakit-sakit badan, mengelakkan kejang otot, kebas tangan dan gusi berdarah. Selain itu, Ostematrix membantu ibu untuk lebih lawas dalam penghadaman sekaligus mengurangkan risiko sembelit dan buasir ketika hamil dan selepas bersalin.

OmegaGuard mengandungi asid lemak Omega-3 dengan kepekatan 85% iaitu kepekatan tertinggi berbanding produk lain di pasaran. Omega-3 membantu perkembangan otak ibu dan bayi, meningkatkan daya ingatan dan fokus ibu, mengawal selera makan serta memastikan kolestrol dalam tubuh ibu dibakar unutk mengelakkan tekanan darah tinggi. Turut mengandungi EPA dan DHA untuk bayi yang aktif dan cerdas.

Hubungi kami untuk konsultasi percuma :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...