"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

5 Things I Hate The Most.

RULES!
Buat satu entry bertajuk "5 Things I Hate Most" dan senaraikan lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entri tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

Nak ikutkan banyak je benda yang kita tak suka kan. Tapi kalau nak dilayan rasa tak suka tu, haishhh. Parah la diri sendiri. Maka rehan fikir-fikir ini dia senarai 5 teratas perkara yang paling rehan tak suka.

(Dah macam dialog Hagemaru pulak)

1. Cuci pinggan tak bersih - sungguh la rehan tak suka bila pinggan cuci tak bersih. Motto rehan, biar masak tak sedap asalkan pinggan cuci bersih. Haha.

2. Cakap tak serupa bikin - Pada rehan, setiap perkataan kita adalah janji. Sebab tu rehan tak suka orang yang main cakap je tapi tak tunaikan. Pada rehan harga diri kita paling murah bila kata-kata sendiri pun tak mampu kita tunaikan. Jadi jangan janji apa-apa, buat je sehabis baik.

3. Aniaya binatang - oh cukup-cukup benci. Binatang tak buat dosa, malah binatang sentiasa berzikir kepada Allah swt. Pastu orang-orang yang hatinya tak penyayang ni suka hati je aniaya makhluk Allah swt sebaik haiwan.

4. Letak barang bersepah - seteresss oi. Rehan ni dah tetapkan barang mana letaknya kat mana. Jadi kalau orang ubah-ubah barang rehan memang sakit jiwa la. Sebab susah nak cari bila nak pakai nanti. Lagi pun rehan simpan barang ikut susunan (OCD detected). Kalau berubah susunan tu rehan seteresss sangat. Haha.

5. Hutang tak bayar - yang ni taktau nak komen apa. Masa nak pinjam bukan main manis mulut. Bila masa nak bayar buat dek je. Hoi. Tak malu eh??

Tudia 5 perkara rehan paling tak suka. Tak mengikut susunan ok. Ikutkan peraturan rehan kena tag 5 orang blogger lain. Tapi sebab rehan ni pemalu maka rehan tak tag sesiapa. Hihi.

Thanks kat Mira Azahar sebab tag kak rehan. Yomciked!
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...