"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kautsar Kamaliah: 2 Tahun 8 Bulan.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah anak sulung kami, Kautsar Kamaliah binti Muhammad Qusyairi dah berusia 2 tahun 8 bulan. Rasa macam dah besar anak ibu, tapi bila tengok angka 2 tahun 8 bulan tu macam, Allah, baby lagi anak ibu ni sebenarnya. Tapi sebab Kautsar cepat pandai, jadi rasa macam Kautsar ni dah besar je.

Rehan bersyukur sebab Allah swt izinkan rehan jadi ibu kepada Kautsar. Sebabnya Kautsar ni sangat hebat, sangat amazing, sampai ada masa rehan rasa Kautsar terlalu hebat dibandingkan dengan ibunya ni. Sejak mula-mula hamilkan Kautsar sampai sekarang rehan cuma nampak perkara-perkara hebat je pada tuan puteri seorang ni.

Masa hamil Kautsar senang sangat. Rehan boleh bergerak lincah macam tak hamil. Travel banyak, tak jaga makan minum sangat pun tapi kesihatan sentiasa baik, check up klinik selalu kena puji dengan nurse dan doktor. Saat melahirkan Kautsar antara momen terindah dalam hidup rehan. Tanpa rasa sakit, cuma berbekalkan tanda keluar darah rehan ke hospital. Dari saat rehan rasa sakit yang pertama (itu pun lepas doktor induce masukkan ubat kat bawah) sampai saat melahirkan cuma 5 jam je. Teran cuma 2 kali. Sedangkan ibu lahirkan anak sulung seberat 3.55 kilogram. Jahitan ada sikit tapi tak ada masalah sangat.

Sejak usia 3 bulan Kautsar dan meniarap. Kemudian masa berlalu pantas, sedar-sedar Kautsar dan merangkak, menyusur dan berjalan. Daripada tak ada gigi sampai gigi penuh. Daripada rambut lurus sampai rambut Kautsar jadi kerinting bulat bulat. Alhamdulillah hari ni usia Kautsar menjangkau 2 tahun 8 bulan. Puteri ibu yang solehah, sihat, cantik, menyejukkan hati.

Saat dan ketika ni, Kautsar tengah lena tidur. Alhamdulillah Kautsar tak ada masalah tidur sejak dalam pantang. Masa umur seminggu macam tu ada pernah Kautsar taknak tidur. Rehan susukan pun taknak. Kakak rehan dodoi pun taknak. Last nya abang ipar rehan dodoikan baru nak lena. Manja. Hihi. Sekarang Kautsar tidur dalam jam 8:30 - 9:30 malam, terus sampai pagi. Arfa pun mengikut perangai kakak senang tidur malam. Pagi-pagi Kautsar bangun dalam jam 7. Dulu masa rehan masih bekerja, Kautsar bangun tidur jam 5 - 6 pagi. Dapatlah rehan luangkan masa sekejap dengan Kautsar sebelum rehan pergi kerja.

Kautsar suka sangat pakai baju princess. Hehe. Kami suami isteri tak biasakan menghias anak perempuan kami. Sebab entah la ye, kami taknak anak-anak kami terbiasa cantik kat mata manusia. Tapi opah Kautsar suka belikan Kautsar dress. Kautsar suka sangat pakai dress, katanya macam ibu. Hehe. Sebab rehan selalu pakai jubah bila keluar. Ni gambar raya tahun lepas. Kautsar suka sangat dress ni.

A photo posted by @kucaimq on

Lagi kautsar suka pakai kasut. Tak suka pakai selipar sangat. Jadi sekarang Kautsar ada satu kasut princess (lebih kurang macam dalam gambar raya ni tapi tak ada gambar kartun), ada satu kasut ala converse, satu lagi kasut bubble gummers. Bubble Gummers tu rehan belikan sebab Kautsar asyik cakap nak kasut flower. Arfa ada satu kasut flower, rehan beli kebetulan masa tu ada offer RM10. Kautsar punya saiz takde. Jadi rehan belikan Bubble Gummers.

Kautsar dah boleh berborak. Kadang-kadang faham, ada masa tak berapa faham apa Kautsar cakap. Dah boleh berbalas cakap dengan rehan, which is satu perkara yang sangat menyeronokkan. Ada la kawan berborak kat rumah. Kalau tak rehan cakap dengan dinding je. Haha. Antara contoh perbualan rehan dengan Kautsar:

Ibu: Siapa kena marah tadi?
Kautsar: Kautsar la.
Ibu: Kenapa kena marah?
Kautsar: Nakal la. (Sambil sengih-sengih)

Kautsar: Ibu nak pergi mana?
Ibu: Nak jumpa kawan ibu, hantar Shaklee.
Kautsar: Kawan ibu cantik/besar/kecil eh?

Eh kat hujung ayat tu, johorean sangat tau. Hahaha.

Antara perkara terhebat tentang Kautsar, betapa cepat Kautsar matang. Umurnya baru 2 tahun 8 bulan. Tapi ramai yang tersalah ingatkan Kautsar 4 tahun. Kutsar ni tinggi tau, tambah dengan perangai kakak-kakak dia tu memang orang senang ingat Kautsar dah 4 tahun.

Bila ibu solat, Kautsar ikut solat sebelah ibu. Siap bertelekung lengkap. Baca Al-Fatihah. Kalau Arfa datang diri depan ibu, Kautsar akan pimpin tangan Arfa ke tepi. Tadi kami diizinkan Allah swt solat maghrib kat masjid. Masa solat berjemaah tu Arfa ada sekali main jalan-jalan depan saf kami. Kautsar masa tu duduk belakang, tiba-tiba datang pimpin Arfa ajak duduk belakang sama. Rehan tengah solat rasa nak menangis pun ada. Bila masa anak ibu jadi sehebat sebijak ni, Ya Allah.

Lagi satu Kautsar tersangat sayang kat Arfa. Berebut mainan tu biasalah, pada rehan tak serius pun masalah bergaduh berebut mainan ni. Nanti besar pandai la diorang berkongsi inshaAllah. Asalkan dididik dengan betul. Tapi bila main kat taman atau jalan-jalan, Kautsar suka sangat pimpin tangan Arfa. Arfa pulak, mengekor je mana kakaknya pimpin Arfa ikut je tak banyak soal. Sweet sangat.

A photo posted by @kucaimq on

Ni gambar masa kami ke Kundasang baru-baru ni. Berkepit je dua orang ni. Hihi.

Setiap pagi, Kautsar bangun tidur terus mandi dan bersiap ke sekolah. Oh lupa nak cerita, Kautsar dah masuk sekolah. Kami suami isteri sepakat nak hantar Kautsar ke Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI). Walaupun ada orang sangka keluarga rehan mengutamakan akademik, tapi sebenarnya rehan rasa yang paling penting dalam hidup ni ialah mencari makna. Mencari makna hidup. Jadi rehan soal diri rehan, pada usia Kautsar belum pun 3 tahun, apa makna hidup Kautsar yang paling utama. Rehan temukan jawapannya iaitu untuk menanam rasa kecintaan kepada Allah swt dan agama Islam. Rehan nak beri pendidikan Islam terbaik yang rehan tak dapat dulu. Tak pandai baca ABC, tak pandai kira 123 itu bukan masalah. Malah kalau Kautsar membesar jadi seorang pemalu yang tak berani berucap di khalayak, tak pandai mengutarakan pendapat, pada rehan bukan masalah. Sebab yang penting hati Kautsar pada usia 2 tahun ni kenal Allah swt dan cintakan agamaNya.

Balik semula ke cerita jadual Kautsar, pagi-pagi bangun terus mandi. Rehan mandikan Kautsar dengan air suam sebab Kautsar tak tahan sejuk. Tapi musim cuaca panas sekarang ni mandi air paip pun dah cukup suam. Lepas mandi rehan masakkan sarapan, Kautsar tengok Didi and Friends dulu kat TV Ceria. Kemudian rehan hantar ke PASTI. Patutnya masuk kelas jam 8 tapi biasanya rehan hantar Kautsar jam 8:30 - 9 pagi. Sayang rasanya tertinggal aktiviti pagi, tapi inshaAllah rehan tengah usahakan untuk hantar Kautsar sekolah on time.

Balik sekolah jam 3 petang. Rehan dengan Arfa sama-sama ambil Kautsar. Biasanya rehan akan siapkan bekal makanan dan air, lepas balik sekolah kami akan piknik kat mana-mana. Kautsar dan Arfa boleh la main outdoor. Tapi musim cuaca panas ni rehan terus bawa balik rumah, main dalam rumah je. Petang abahnya balik kerja, anak-anak main dengan abahnya pulak. Paling tidak sejam setengah waktu eksklusif dengan abah. Patutlah anak-anak manja dengan abah. Hehe.

Sementara diorang main, rehan masak dinner. Balik main tu rehan mandikan dua-dua. Lepas tu pakaikan telekung. Sembahyang dengan abah atau ibu atau dua-dua sekali hehe. Lepas solat baru makan dan tidur. Senang kan? Anak-anak rehan Allah swt pilih ruh yang terbaik paling sesuai dengan ruh rehan. Syukur Ya Allah.

Hantar Kautsar ke sekolah antara perkara terbaik yang kami buat awal tahun ni. Kautsar masuk sekolah lewat, sebab kami tak plan nak hantar Kautsar ke sekolah pun. Tapi rehan hari-hari duduk dengan Kautsar, rehan perasan Kautsar nak kawan. Kautsar dah tiba masa untuk bergaul dengan kawan-kawan sebaya. Jadi satu hari tu tiba-tiba zauji suruh siap-siap nak jumpa cikgu PASTI nak tumpangkan Kautsar. Adalah sebulan lebih jugak Kautsar menangis kat sekolah. Menangis bukan sebab taknak sekolah. Tapi sebab Kautsar rindu ibu. Bila menangis je sebut: Kautsar nak jumpa ibu. Cikgu pernah tanya nak berhentikan Kautsar ke sebab sedih sangat menangisnya, tapi rehan kuatkan hati cakap tak perlu. Alhamdulillah lepas tu Kautsar terus ok.

Mungkin betul cakap cikgut tu, ibu jangan risau. Serahkan Kautsar pada Allah swt, inshaAllah Kautsar ok. Sebelum tu memang rehan ada berat hati nak lepaskan Kautsar ke sekolah, sebab rehan pun rindu jugak kat Kautsar. Malah masa hari pertama tu rehan pun menangis tinggalkan Kautsar kat sekolah.

Esok johor cuti. Rehan nak bawak Kautsar jalan pasar rabu. Arfa inshaAllah tinggal dengan abahnya. Saja lebihkan masa dengan Kautsar sebab hari biasa Kautsar ke sekolah. Bila balik ibu tetap kena uruskan Arfa. Jadi hari cuti rehan fokus sayang manja-manja dengan Kautsar.

Ish dah terpanjang sangat post ni. Haha. Ralit menaip tak sedar dah macam tulis jurnal. OK inshaAllah rehan tulis lagi nanti. Sekarang nak teman zauji tidur, kesian selalu kena tidur sendiri sebab rehan berkepit dengan anak-anak. Hehe.

Doakan rumahtangga kami aman damai, bahagia dan diredhai Allah swt. Doakan anak-anak kami membesar jadi anak soleh solehah yang berguna pada agamanya. Amin.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...