"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Wanita Hiasan Dunia.

Assalamualaikum.

Hari ni taknak cerita bisnes, taknak cerita pasal family. Rehan nak share sesuatu pasal rehan sendiri. Cerita ni dah lama. Sejak rehan budak-budak lagi dulu.

Kisahnya macam ni.

Siapa yang pernah jumpa rehan mesti kata rehan ni pendiam. Ada yang kata sombong. Ada yang kata pemalu. Rehan tak marah. Memang rehan pendiam. Rupa rehan pulak memang selalu nampak seolah-olah mencebik, sedangkan memang rupa rehan macam tu hehe. Tambahan pulak dahi selalu berkerut. Dahi berkerut selalu ni sebab rehan silau. Jadi kombinasi bibir cebik dengan dahir berkerut = nampak tak friendly langsung.

Tapi kalau siapa yang baca post rehan di fb dan blog mungkin rasa rehan ok-ok je. Takde la bunyi macam orang sombong. Kadang-kadang rasa macam meriah je rehan ni. Hihi.

Sebenarnya masa kecil dulu rehan peramah yang teramat peramah orangnya. Semua orang rehan tegur. Rehan suka sangat menyembang dengan jiran-jiran, kawan-kawan mak ayah rehan. Ni masa rehan baru sekolah rendah tau. Dengan cikgu-cikgu pun rehan peramah sangat. Sampaikan kat mana-mana orang mesti kenal rehan.

Masa rehan bertindak selaku mak pengantin masa kakak-kakak rehan kawin pun semua jiran-jiran lama, kawan-kawan lama mak ayah kenal dan cari rehan. Saudara-saudara jauh semua kenal rehan. Sebab tu rehan jadi mak pengantin walaupun rehan ada kakak yang merupakan anak sulung perempuan dalam family kami.

Tapi personaliti meriah teramat tu berubah masa rehan darjah 6.

Rehan ni sekolah kampung je tau. Ada satu je kelas Darjah 6, kalau tak silap 30-40 orang sekelas. Seluruh sekolah adalah dalam 120 jumlah murid. Masa hujung darjah 6 biasalah ada hari penyampaian hadiah. Masing-masing sibuk nak buat persembahan. Kawan-kawan kelas rehan nak buat persembahan tarian. Ada yang menari lagu Elite (masa tu femes betul lagu Tamparan Wanita). Ada yang menari lagi tradisional. Ada yang menyanyi. Geng rehan masa tu dalam 7-10 orang. Diorang buat persembahan Tamparan Wanita tu la.

Semua orang terlibat. Entah kenapa rehan pun tak pasti, rehan tak masuk satu pun persembahan. Terutamanya tarian. Memang rehan taknak join. Rehan rasa segan sangat masa tu. Dah hampir ke hari penyampaian hadiah tu je seorang ustazah ni suruh rehan baca poem tentang Allah swt. Rehan ingat lagi beberapa baris pertama; "Allah The Almighty. The (tak ingat apa). The Merciful."

Lebih kurang beberapa hari lepas hari penyampaian hadiah tu, ustazah yang sama yang suruh rehan baca poem tentang Allah swt tu panggil rehan dengan 2 orang kawan rapat rehan. Kami bertiga ni je dalam geng kami yang tak buat persembahan Tamparan Wanita tu. Hehe. Mulanya pelik kenapa ustazah panggil kami bertiga. Nak jumpa kat bilik Pusat Sumber pulak tu. Bilik Pusat Sumber tu letaknya dalam Perpustakaan, tersorok sikit.

Bila kami bertiga jumpa ustazah kat bilik Pusat Sumber, ustazah tu keluarkan hadiah. Ada tiga hadiah. Seorang dapat satu. Terkejut jugak kenapa kami dapat hadiah. Sedangkan ustazah tu tak mengajar kelas kami, malah tak pernah ajar kami langsung kecuali kelas ganti.

Lepas tu ustazah pun terangkan kenapa. Terus terang rehan tak ingat pun apa yang ustaah tu sebut. Mungkin jugak rehan tak dengar dan tak tumpukan perhatian. Sebabnya mata rehan menangkap tulisan pada kad yang ada pada hadiah yang ustazah bagi. Tulisan tu bunyi begini: "Wanita adalah perhiasan dunia. Perhiasan yang paling cantik adalah wanita solehah."

Rehan simpan kad tu lama, sampai akhirnya hilang tanpa dikesan bila rehan masuk matrikulasi. Rupanya ustazah tu bagi rehan dan kawan rehan penghargaan sebab kami tak terlibat dengan tarian. Nampak macam perkara kecil. Tapi kita taktau apa dalam hati ustazah tu sampai dia tergerak nak hargai kami sebegini.

Sejak tu rehan macam tersentak. Mulalah kurang bercakap, tapi rehan masih aktif kat sekolah. Tapi mungkin rehan tak sedar, ayat pada kad ustazah tu dah tertanam dalam minda rehan.

Masa rehan sekolah menengah, ada sekali tu rehan dengan family keluar makan kat kedai. Masa tu kebetulan rehan tak sihat. Jadi rehan makan cepat-cepat lepas tu rehan rehat dalam kereta je sementara tunggu yang lain sudah makan. Kebetulan masa tu keluar lagu In-Team, Impian Kasih. Rehan dengar jela. Sampai kat part "Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah." Tiba-tiba air mata rehan jatuh. Tersentuh sangat dengar lirik tu.

Tapi rehan cepat lupa. Sepanjang matrikulasi, degree dan master, rehan lupa yang perhiasan terindah adalah wanita solehah. Rehan sibuk nak jadi cantik kat mata manusia, lupa nak jadi cantik kat mata Allah swt. Macam-macam baju, macam-macam mekap rehan pakai.

Tapi hati tak pernah puas. Sentiasa rasa ada yang tak lengkap. Sampai rehan berkahwin dengan zauj Qusyairi rehan masih belum sempurnakan diri jadi perhiasan terindah di mata suami. Tapi perlahan-lahan rehan cuba berubah. Sikit-sikit rehan biasakan pakai baju longgar, labuh. Alhamdulillah sekarang rehan selesa dengan imej macam ni. Tapi tetap belum tutup aurat dengan sempurna.

Entry ni sebenarnya peringatan untuk diri rehan. Bila rasa kekurangan tu maksudnya memang ada kekurangannya. Perkara yang jelas terbentang masakan kita boleh tak nampak. Tunaikan solat. Tutup aurat. Puasa. Semua tu jelas. Terang lagi bersuluh. Jadi kenapa susah nak hadam. Buat ibadat yang bersifat akidah. Sedangkan ibadah yang bersifat akhlak diabaikan.

Bila jadi ibu kita terfikir bagaimana kita mempengaruhi pengalaman dan perkembangan anak-anak. Rehan bertuah sangat Allah swt kurniakan 2 orang anak perempuan. Anak-anak yang banyak mengajar rehan, menyedarkan rehan. Bila ada anak perempuan seorang, rasa biasa je tau. Bila anak perempuan dah lebih seorang ni rehan mula imbas tingkah laku, perangai, tabiat rehan masa kecil, remaja, sampai sekarang. Selalu terbayang apa anak-anak rehan akan jadi hasil didikan rehan.

Selebihnya cuma tinggal tindakan.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...