"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Promosi April Tinggal 3 Hari Lagi!

Assalamualaikum.

Jangan kata rehan tak ingatkan tau.
Promosi April 2016 tinggal 3 hari je lagi.
Sekarang la masanya nak sambar OmegaGuard dan Vita C banyak-banyak.
Jimat sangat kalau beli sekarang!

Promosi bulan ni, Sustained Release Vita C dan OmegaGuard yang terhangat di pasaran dapat free 1 botol kalau order 6 botol. Kalau beli dengan rehan, rehan bagi offer special. Beli satu pun rehan bagi diskaun. Sebab tu bulan ni berkali-kali rehan repeat order Vita C dan OmegaGuard tau.



Pagi tadi rehan share reminder promosi dengan customer tegar rehan kat WhatsApp.
Tapi sebab ramai yang dah grab promosi bulan ni, masing-masing pakat order suplemen lain pulak.
Alhamdulillah.

Nak order boleh WhatsApp rehan ye, laju laju rehan balas.
InshaAllah.
Semoga nikmat kesihatan ni Allah swt panjangkan untuk kita dan semua orang juga.

Mahalnya Vitamin Shaklee!

Assalamualaikum.

Sebenarnya pagi tadi rehan dah tulis panjang lebar entri ni. Dah publish dah pun. Lepas tu rehan tunggu punya tunggu, publishing memanjang tak loading. Rehan cek balik, habis hilang entri rehan. Hahaharuu.

Tak apa bukan rezeki. Rezeki rehan dengan entri yang lebih ringkas ni. InshaAllah ramai yang laju laju whatsapp rehan lepas baca entri ringkas ni. Amin.

Ni sebenarnya rentetan daripada cerita pasal akak yang beli vitamin c 1000mg. Ada rehan cerita dalam dua entri lepas. Akak tu cerita dia beli vitamin c 1000mg tu dengan harga RM100 plus plus untuk sebotol 120 biji. Tapi cuma dapat 100mg vitamin c je daripada setiap tablet. Kalau kira, kos bagi 500mg vitamin c 1000mg tu ialah RM5. Ayoyo.

Ok rehan tunjuk sikit kira kira kenapa SR Vita C Shaklee ni sangatlah mampu milik. Fokus pada angka ye. Kali ni memang jelas kira kira perbandingan harga SR Vita C Shaklee. Matematik asas yang ringkas je.

Sebotol SR Vita C ada 180 tablet, setiap tablet mengandungi 500mg vitamin c. Harga sebotol SR Vita C ialah RM92.50. Maksudnya harga satu tablet ialah RM0.51 sahaja.

Untuk dapatkan 500mg vitamin c, kita perlu makan 7 biji oren. Baru baru ni rehan ke pasar tengok sebiji oren berkualiti tinggi harga RM0.90 tau. Tapi untuk kira-kira ni kita anggap harga purata oren kualiti sederhana RM0.70 sebiji. Jadi harga 7 biji oren untuk dapatkan 500mg vitamin c ialah RM4.90.

Wow! Nampak tak tu beza ketara antara harga 500mg vitamin c daripada 7 biji oren, dengan suplemen vitamin c 1000mg, berbanding harga SR Vita C Shaklee?

Bezanya 10 kali ganda!!



Yang gambar atas ni rehan bandingkan kos consume 500mg vitamin c selama sebulan. Banyak sangat bezanya tu. Hampir RM800 boleh jimat dalam masa 6 bulan kalau kita bertukar kepada SR Vita C.

Opsss! Ada lagi.

Kalau nak jimat lebih banyak, daftar ahli Shaklee dan boleh beli semua vitamin Shaklee pada diskaun 15-30% tau.

Nak jimat lagi??

Boleh. Boleh. Anda daftar ahli sekarang juga, anda layak beli SR Vita C pada harga promosi. Jimat lebih RM20 kalau beli pada bulan ni.

Ok. Rehan harap entri di membuka mata dan hati audience. Jumpa lagi.

Tips Pilih Suplemen Berkualiti.

Assalamualaikum.

Malam-malam ni Arfa dan Kautsar pun dah tidur, rehan nak tulis post ringkas-ringkas je. Letih hari ni walaupun tak buat apa sangat. Masak pun tak. Melepekkkk je tak tahan cuaca panas sangat sekarang ni. Huu.

Ok ni rehan nak share tips pilih suplemen yang berbaloi dengan wang yang anda laburkan.



Tips 1: Kaji latar belakang syarikat pengeluar. Suplemen tu kita nak makan hari hari, jadi darah daging. Jadi pilihlah syarikat pengeluar yang kredibilitinya tak diragui, yang menggunakan bahan semulajadi yang halal dan selamat.

Tips 2: Kaji penyelidikan berkenaan suplemen tersebut. Kalau ada penyelidikan saintific dan ujian makmal, ok la. Kalau syarikat pengeluar peruntukkan banyak wang untuk tujuan penyelidikan, lagi bagus. Maksudnya syarikat tersebut serius untuk hasilkan produk terbaik. Kalau ada jurnal diterbitkan berkaitan kajian tersebut, contohnya di Lancet, sangat hebat!

Tips 3: Ketahui keperluan vitamin dan mineral harian tubuh manusia. Pilih suplemen yang membekalkan vitamin dan mineral dengan jumlah yang sesuai. Kalau tubuh cuma perlu 800ug vitamin A, jangan beli suplemen yang bekalkan 1000ug vitamin A.

Tips 4: Kenalpasti fungsi dan cara kerja suplemen. Contohnya macam dalam entri rehan sebelum ni. Kalau tubuh tak boleh serap lebih daripada 100mg vitamin c, tak perlu beli vitamin c yang lebih daripada 100mg.

Tips 5: Kenalpasti ciri khas suplemen yang nak dibeli. Sama macam contoh di Tips 4, SR Vita C boleh bebaskan 100mg vitamin c secara berkala selama 5 jam. Jadi berbaloi beli SR Vita C 500mg sebab tak ada vitamin yang dibazirkan.

Ok 5 tips je larat. Mata dah nak pejam sangat sangat ni. Haha. InshaAllah jumpa dalam next entry.

Selamat malam.

Kenapa Sustained Release Vita C Shaklee Lebih Baik Daripada Vita C 1000mg.

Assalamualaikum.

Sebenarnya masa promosi ESP lepas, kawan rehan datang jumpa rehan nak beli ESP. Sambil tu akak tu tanya bila nak promosi Vita C. Dia memang pengguna tegar Shaklee. Regular customer rehan sejak awal-awal rehan mula bisnes Shaklee. Suplemen kegemaran dia ESP dan Vita C untuk kulit. Sebab akak ni kerja kat site, selalu berpanas terik. Kulit sensitif pula tu. Jadi memang jadi kewajipan dia makan suplemen untuk kulit.

Eh panjang pulak mukadimah. Ok ceritanya macam ni. Masa akak tu jumpa rehan, dia tanya promosi Vita C. Nak beli Vita C Shaklee semula katanya. Rehan perasan jugak akak tu dah lama tak order Vita C. Rupanya ada kawan akak tu suggest Vita C 1000mg jenama lain. Jadi akak ni pun cuba lah.

Tapi masalahnya walaupun vita c tu 1000mg, tapi kulit akak tu tetap kering. Tak moist. Jerawat pun keluar. Tak macam masa makan Sustained Release Vita C Shaklee. Akak tu pun tanya rehan:

"Kenapa kita makan vitamin c 1000mg tak rasa apa-apa kesan, rehan? Makan vita c Shaklee rasa kulit best padahal cuma 500mg je."

Meh cikgu sains nak cerita sikit. Vitamin c adalah vitamin larut air. Badan kita tak mampu hasilkan vitamin c sendiri. Jadi kena dapatkan vitamin c daripada pemakanan harian. Lagi satu, badan kita tak mampu simpan vitamin c. Badan kita cuma boleh serap 100mg vitamin c setiap jam.

Apa jadi kalau makan vitamin c 1000mg?
> Sejam pertama sebanyak 1000mg vitamin c dibebaskan ke dalam tubuh.
> Tubuh kita akan serap 100mg vitamin c shj daripada jumlah tersebut.
> Baki 900mg vitamin c akan dikeluarkan melalui air kencing.
Maka kita tergolong di kalangan orang yang kencing kaya vitamin c! :'D

Berbeza dengan Sustained Release Vita C 500mg Shaklee. SR Vita C ada coating khas yang membebaskan 100mg vitamin c setiap jam selama 5 jam. Jadi selama 5 jam berturut turut tubuh kita dapat 100mg vitamin c.

Apa berlaku bila kita makan SR Vita C 500mg:
> Sejam pertama, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Baki 400mg belum dibebaskan.
> Sejam kedua, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Baki 300mg belum dibebaskan.
> Sejam ketiga, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Baki 200mg belum dibebaskan.
> Sejam keempat, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Baki 100mg belum dibebaskan.
> Sejam kelima, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Tiada vitamin c dibazirkan ke air kencing.



Jadi jangan cepat terpedaya dengan jumlah 1000mg. Terbaru rehan nampak 2000mg vitamin c pun dah jual kat pasaran. PROPA JE TUUUU.

Bila berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan, cuba luangkan masa sedikit untuk kaji produk yang kita berminat. Nanti jadi darah daging, jadi mestilah pilih produk suplemen dan kesihatan ni dengan ilmu.

Harap entri kali ni membuka mata ramai.

Shaklee Effects: Cik Nor dan SR Vita C.

Assalamualaikum.


Cik Nor ni customer tegar kami yang jauh di mata di Kelantan, tapi dekat di hati kami. Cewah! Produk Shaklee kegemaran Cik Nor ialah Vita C Sustained Release. Dah beberapa kali Cik Nor repeat beli Vita C ni untuk tingkatkan imun, elakkan kerap dijangkiti demam selesema. Bonus, Vita C juga bantu dapatkan kulitkan yang lebih lembut, sihat dan anjal.

Nak dapatkan Vita C Sustained Release ni, boleh hubungi kami. Konsultasi percuma dijamin untuk semua pelanggan kami. Harga pasaran sebotol Vita C SR ni cuma RM92.50 tapi boleh tahan sehingga 6 bulan. Lebih kurang RM15 sebulan je. Belian drp kami akan ditawarkan harga yang lebih istimewa.

Sempena promosi SR Vita C bulan ni, harga jatuh menjunam-junam tau. Jimat hingga berpuluh ringgit kalau beli daripada rehan. Jadi WhatsApps laju-laju ok. Rehan nak bagi special offer ni.

Rehan
Pengedar Sah Shaklee Batu Pahat
SID 921922
0127807365

Shaklee Effects: Hana dan SR Vita C.

Assalamualaikum.



Saya suka Vitamin C Shaklee kerana ia meningkatkan antibodi dalam badan saya dari terkena jangkitan selsema dan batuk. Kalau dulu pantang cuaca berubah, atau terkena habuk, hidung mula sokseksoksek. Tapi lepas amalkan Vit C Shaklee, setiap hari, saya tidak dijangkiti selsema. Paling best sepanjang Ramadhan baru ni, cuma ambil sebiji lepas sahur..Alhamdulillah, tiada selsema dan dpt terawih dgn jayanya. Ni salah satu iktiar saya pada tubuh badan supaya sihat sokmo :-)


KHASIAT UTAMA VITA C SUSTAINED RELEASE

  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.
  • Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Nak dapatkan Vita C Sustained Release ni, boleh hubungi kami. Konsultasi percuma dijamin untuk semua pelanggan kami. Harga pasaran sebotol Vita C SR ni cuma RM92.50 tapi boleh tahan sehingga 6 bulan. Lebih kurang RM15 sebulan je. Belian drp kami akan ditawarkan harga yang lebih istimewa.

Sempena promosi SR Vita C bulan ni, boleh jimat lagiiiii banyak kalau beli dengan rehan tau. Cepat cepat WhatsApps rehan ye!

0127807365

Perkara Paling Sukar Sebagai Isteri.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kami dah bersama lebih 4 tahun. Terus terang rehan mengaku, kami baru je masuk fasa selesa bersama. Dah 4 tahun barulah rasa agak kenal antara satu sama lain. Agak je. Sebab banyak lagi nak berkenalan antara kami suami isteri.

Walaupun rehan dah setahun lebih berhenti kerja, tapi cuma sebulan dua ni je rehan betul betul macam suri rumah. Hihi. Sebelum ni rehan ambil masa nak biasakan diri. Sejak sebulan dua ni rehan dah ada rutin yang agak selesa. Bangun pagi masak sarapan, masak lunch dan masak dinner. Zauj Qusyairi suka makan masakan fresh. Kalau panas-panaskan lauk tu beliau makan je, cuma lebih suka makan yang fresh. Lagipun kalau rehan masak, banyak ke sikit ke, mesti habis licin. Ajaib kalau rehan masak beliau makan tak habis. Hehe.

Itu perkara yang menarik. Sekarang bab yang tak menarik pulak.

Dalam sebulan ada beberapa kali zauj Qusyairi perlu outstation. Biasanya balik hari. Keluar rumah lepas subuh, paling lewat dalam jam 11-12 tengah malam sampai rumah semula. Pada sesetengah orang mungkin perkara harian biasa suami kerja begitu.

Tapi pada rehan jadual macam tu bukan perkara biasa. Jadual biasa rehan, pagi makan sarapan bersama zauj. Tengahari makan bersama zauj. Petang zauj balik rumah lepas asar. Malam makan bersama zauj lagi. Sehari 3 kali makan bersama zauj.

Bila zauj outstation dan rehan sendirian kat rumah dengan anak-anak, rehan rasa tak best. Rasa tak seronok. Hati rehan tak gembira. Rehan tak suka, tak biasa, tak sanggup berjauhan dengan zauj Qusyairi. Walaupun kami ni bukan jenis berkepit kat rumah, tapi kami sentiasa bersama. Dan rehan tak suka bila berjauhan.

Setiap kali terpaksa berjauhan, rehan tak putus doa supaya Allah swt pelihara keselamatan dan kesejahteraan zauj. Pulangkan beliau ke rumah dalam keadaan sihat dan gembira untuk bersama rehan dan anak-anak. Jauhkan beliau dari malapetaka dan bencana, serta perkara perkara yang memudaratkan. Risaunya, Ya Allah, setiap kali berjauhan. Lagi lagi kalau beliau kerja jauh.



Cinta hati rehan. Ni gambar semalam zauj Qusyairi ambil cuti sehari semata mata nak teman rehan jalan jalan kat pasar rabu. Sayang zauj banyak banyak.

Nah rehan copy paste pesanan daripada UZAR:

Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,
Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,
Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah..
Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..terpisah,
Jika ditakdirkan kalian ke syurga..
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..?
Nauzubillah...
Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah,
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung,
Rindu mampu ditangani,
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah
Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.
Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.
Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu.

"Ya Allah, peliharalah rumahtangga kami. Jauhkan daripada godaan dan hasutan syaitan. Jauhkan kami daripada dosa dan maksiat. Kurniakan keberkatan, redha dan nikmat keampunan Mu dalam rumahtangga kami. Dan jadikan kami hamba yang bersyukur. Amin."

Sumber Omega-3 Untuk Penghidap Diabetis.

Assalamualaikum.



Omega-3 boleh didapati daripada tumbuhan dan haiwan.
Tapi utk penghidap diabetis, sumber omega-3 drp tumbuhan bukan pilihan.
Sebab tubuh penghidap diabetis tak mampu untuk memproses ALA dari sumber tumbuhan.

Sebab tu yg terbaik adalah omega-3 dari sumber ikan laut dalam.
Jauh dari pencemaran.
Kualiti lebih tinggi.

Lebih baik lagi OmegaGuard Shaklee.
Diproses secara penyulingan proprietary 3 peringkat.
Khasiat omega-3 tak rosak.
Tiada bau, tiadarasa hanyir.
Tiada logam berat yg beracun.
Kandungan asid lemak omega-3 pula sehingga 85% dalam setiap kapsul - yang tertinggi di pasaran.

Fikir apa lagi?
WhatsApps rehan sekarang dan claim diskaun terhebat untuk setiap botol OmegaGuard.

0127807365

OmegaGuard: Suplemen Minyak Ikan Terbaik Di Pasaran.

Assalamualaikum.



Ni rehan nak share sikit la pengalaman rehan masa rehan mula-mula belajar makan suplemen. Kisahnya dulu rehan tak kisah pun pasal suplemen. Memang tak makan langsung. Bila rehan kahwin, hati rehan tergerak nak makan suplemen lepas 3 bulan nikah. Sebab masa tu dah 3 bulan nikah tapi rehan tak mengandung lagi.

Salah satu suplemen yang rehan makan ialah fish oil atau minyak ikan. Rehan beli jenama Blackmores kat farmasi. Masa tu ada offer, jadi beli 2 botol besar 180 biji dapat free 1 botol kecil 30 biji. Harganya kalau rehan tak silap dalam RM130. Tak lebih daripada tu.

Rehan makan suplemen rehan tak pernah miss. Tanyalah kawan sekerja rehan. Tengah meeting pun rehan keluarkan pill case rehan dan makan suplemen on time. Tak kisah la depan Ketua Jabatan ke, depan Dekan ke. Waktu makan suplemen rehan akan makan.

Tapi lepas habis berbotol-botol suplemen tu, rehan masih tak rasa kesan apa-apa. Tak ada beza pada tubuh rehan sebelum dan selepas makan suplemen. Sampai la rehan hamil dan rehan bertukar ke suplemen Shaklee untuk jimat duit.

Hari pertama rehan makan OmegaGuard, asyik sedawa rasa ikan je. Tapi tak hanyir. Rehan ni jenis tak makan seafood tau sebab tak tahan hanyir. Tapi bila makan OmegaGuard walaupun sedawa rasa ikan tapi rehan ok je. Mula-mula hamil biasa lah ada loya dan tak berselera makan. Tapi tak loya pun makan OmegaGuard ni.

Kebetulan masa tu selera makan tak berapa ada, bila kerap sedawa perut rehan tak masuk angin. Sebelum tu rehan kerap jugak loya sampai kadang kadang muntah sebab masuk angin. Tapi bila kerap sedawa memang tak muntah dah. Loya tu ada sikit, biasa la hormon orang mengandung.

Lepas bersalin pulak makan OmegaGuard rasa selera makan terkawal. Bila menyusukan anak kan kita cepat lapar. Alhamdulillah rehan tak makan berlebihan sebab OmegaGuard bantu rehan kawan selera makan.

Rehan tertanya juga kenapa berbeza makan OmegaGuard berbanding makan fish oil Blackmores dulu? Bila dah aktif berShaklee banyak rehan belajar pasal kandungan nutrisi dalam suplemen baru lah rehan faham.

Walaupun saiz Blackmores tu dua kali ganda saiz OmegaGuard, tapi kandungan asid lemak omega-3 dalam Blackmores cuma 30% je. Berbanding dengan OmegaGuard, kandungan omega-3 sehingga 85% dalam setiap kapsul. Yang tertinggi di pasaran tau!

Maksudnya yang rehan makan Blackmores sebelum ni tak sampai separuh pun kandungan omega-3 nya berbanding OmegaGuard. Kalau makan 2 biji Blackmores pun tak cukup nak samakan dengan OmegaGuard.

Sebab tu kita kena bijak pilih suplemen. Sekarang rehan dah faham banyak lagi kelebihan OmegaGuard. Nak tau?

OmegaGuard ni diperbuat daripada ikan laut dalam. Jauh dari pencemaran. Malah kandungan asid lemak dalam ikan laut dalam lebih berkualiti tinggi.

Selain tu, OmegaGuard diproses secara penyulingan propietary tiga peringkat. Sebab tu OmegaGuard ni tak hanyir. Bebas daripada logam berat dan berbahaya yang selalunya hadir dalam hidupan laut dalam.

Sekarang rehan memang takkan pilih minyak ikan jenama lain. Confirm rehan pilih OmegaGuard je.

Kalau nak dapatkan OmegaGuard ni senang je. Contact rehan ok. Kalau kat Batu Pahat inshaAllah boleh pick up terus. Bulan ni ada promosi, jimat berbelas belas ringgit kalau beli bulan ni.

Contact rehan sekarang tau!

Sustained Release Vita C Shaklee Untuk Jerawat.

Assalamualaikum.



Adik, akak, abam, acik semua kalau ada masalah jerawat jangan risau-risau ok. Ini bukan kali pertama rehan dapat testimoni macam ni. Kalau google Vita C untuk jerawat, berlambak testimoni lain ada jah.

Vita C Shaklee ni best selling tau. Banyak sangat kebaikan pada tubuh terutamanya pada sistem imun dan kecantikan kulit.

Cantik macam mana tu?

Bila makan Vita C secara konsisten, jangan terkejut kalau
♡ kulit jadi halus licin
♡ kelembapan sekata seluruh wajah
♡ jerawat malu nak keluar
♡ kulit makin cerah

Kesan kat atas ni berlaku seluruh tubuh tau! Bukan kat muka je.

Ok jumpa dalam next entri pulak.

Promosi Mac: SR Vita C, OmegaGuard, Detox Set dan YES Promo Pack.

Assalamualaikum.



Assalamualaikum.

Bergabung meletops promo bulan ni!

OMEGAGUARD
💖 Minyak ikan tulen mengandungi sehingga 85% asid lemak Omega-3
💖 Menguatkan minda, mengurangkan inflamasi, membantu membakar lemak, baik utk sendi
💖 Sesuai utk dewasa dan kanak-kanak 1 tahun ke atas
💖 Beli 6 dapat 7 botol. Atau beli 2 botol diskaun 5%
💖 Sebotol 90 biji tahan 1 hingga 3 bulan

SUSTAINED RELEASE VITA C 500mg
💖 Sebiji SR Vita C bersamaan 7 biji oren
💖 Ciri pelepasan perlahan iaitu 100mg setiap jam selama 5 jam
💖 Utk kecantikan, tingkatkan imun, membantu maintain kolagen dlm badan
💖 Beli 6 dapat 7 botol. Atau beli 2 botol diskaun 5%
💖 Sebotol 180 biji tahan 6 bulan - tak sampai 50 sen pun sehari 😱

Terbaru Shaklee umumkan promosi Detox Set:
💖 Free delivery
💖 Free membership
💖 Set mengandungi - VIVIX, Alfalfa (L), Peppermint-Ginger Plus, Herb-Lax, dan DTX Complex.
💖 Dapat cash back lagi tau!



Nak order atau konsultasi percuma meh cari rehan ye.

📲 012.780.7365

Alhamdulillah: Ulangtahun Ke-4 Noraihan Qusyairi.

Assalamualaikum.

Closing tak closing, zauj Qusyairi kata nak pergi dinner sempena ulangtahun ke 4 kami bernikah. Apa lagi, rehan dan dinner berpisah tiada. Kita makan dulu!



Tahun ni beria sikit sambut anniversary. Siap pakai lawa-lawa, makan pun kat kedai lawa. Biasanya buat taktau je. Hahaha.

Kami makan kat Kelab Kopi. Tak ingat nama jalannya, tapi kat belakang Jalan Sultanah. Kedai lawa, makanan sedap, air sedap, harga berpatutan. Cuma portion kecik sikit. Tapi ok je sebab harga murah. Kami order iced hazelnut coffee, hazelnut chocolate frappe, iced milo, spaghetti bolognaise, grilled beef patty, dan wholemeal butter toast. Jumlahnya RM40. Ok la kan.

Balik tu bawak Kautsar dan Arfa main kat Tasek Y. Meriah betul malam minggu kat situ. Sebab esok Kautsar tak sekolah, jadi bagilah main sampai jam 9.30 malam. Kesian dah lama anak-anak tak dapat main outdoor sebab cuaca panas.

Alhamdulillah dah 4 tahun kami bernikah. Banyak naik turun dalam hubungan kami suami isteri. Biasalah tu kan. Yang penting sama-sama saling perbaiki diri.

Tak banyak rehan nak tulis. Mungkin sebab kali ni special sikit, rehan simpan dalam hati. Sejak jadi surirumah dan berkhidmat 100% untuk suami dan anak-anak, rehan rasa lebih sentimental. Banyak yang tak terucap di lidah, tak terluah di blog. Biarlah rehan simpan perasaan ini 😊

Status fb kami hari ni?





Tak romantik langsung rehan. Haha. Rehan rasa kitorg suami isteri romantik kat fb ada la dalam sebulan dua sebelum kahwin dan 3-4 bulan lepas kahwin je. Lepas tu terbang segala romantik kami. Sebenarnya romantik kami berdua sembunyi-sembunyi. Biarlah jadi rahsia kami. Kat fb buat apa nak tunjuk? Segan je. Hahah.

Tengok kat video yang fb buatkan untuk kami sempena anniversary ni:
Kami berkenalan di fb bulan Mei 2011. Masa ni rehan approve je tapi tak kawan pun dengan zauj Qusyairi. Profile dia pun rehan tak tengok. Kahkahkah.
Mula kawan bertegur sapa kat fb kalau tak silap hujung bulan Julai 2011.
Hujung Ogos 2011 tu pertama kali berjumpa (walaupun ada terserempak kat office hehe).
Merisik - Oktober 2011
Bertunang - Disember 2011
Bernikah - Mac 2012

Pantas! Hahahaha.

Apa pun.
Alhamdulillah untuk 4 tahun pertama bersama.
InshaAllah untuk selamanya hingga ke jannah.

Sayang zauj ketat ketat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...