"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kenapa Sustained Release Vita C Shaklee Lebih Baik Daripada Vita C 1000mg.

Assalamualaikum.

Sebenarnya masa promosi ESP lepas, kawan rehan datang jumpa rehan nak beli ESP. Sambil tu akak tu tanya bila nak promosi Vita C. Dia memang pengguna tegar Shaklee. Regular customer rehan sejak awal-awal rehan mula bisnes Shaklee. Suplemen kegemaran dia ESP dan Vita C untuk kulit. Sebab akak ni kerja kat site, selalu berpanas terik. Kulit sensitif pula tu. Jadi memang jadi kewajipan dia makan suplemen untuk kulit.

Eh panjang pulak mukadimah. Ok ceritanya macam ni. Masa akak tu jumpa rehan, dia tanya promosi Vita C. Nak beli Vita C Shaklee semula katanya. Rehan perasan jugak akak tu dah lama tak order Vita C. Rupanya ada kawan akak tu suggest Vita C 1000mg jenama lain. Jadi akak ni pun cuba lah.

Tapi masalahnya walaupun vita c tu 1000mg, tapi kulit akak tu tetap kering. Tak moist. Jerawat pun keluar. Tak macam masa makan Sustained Release Vita C Shaklee. Akak tu pun tanya rehan:

"Kenapa kita makan vitamin c 1000mg tak rasa apa-apa kesan, rehan? Makan vita c Shaklee rasa kulit best padahal cuma 500mg je."

Meh cikgu sains nak cerita sikit. Vitamin c adalah vitamin larut air. Badan kita tak mampu hasilkan vitamin c sendiri. Jadi kena dapatkan vitamin c daripada pemakanan harian. Lagi satu, badan kita tak mampu simpan vitamin c. Badan kita cuma boleh serap 100mg vitamin c setiap jam.

Apa jadi kalau makan vitamin c 1000mg?
> Sejam pertama sebanyak 1000mg vitamin c dibebaskan ke dalam tubuh.
> Tubuh kita akan serap 100mg vitamin c shj daripada jumlah tersebut.
> Baki 900mg vitamin c akan dikeluarkan melalui air kencing.
Maka kita tergolong di kalangan orang yang kencing kaya vitamin c! :'D

Berbeza dengan Sustained Release Vita C 500mg Shaklee. SR Vita C ada coating khas yang membebaskan 100mg vitamin c setiap jam selama 5 jam. Jadi selama 5 jam berturut turut tubuh kita dapat 100mg vitamin c.

Apa berlaku bila kita makan SR Vita C 500mg:
> Sejam pertama, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Baki 400mg belum dibebaskan.
> Sejam kedua, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Baki 300mg belum dibebaskan.
> Sejam ketiga, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Baki 200mg belum dibebaskan.
> Sejam keempat, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Baki 100mg belum dibebaskan.
> Sejam kelima, 100mg vitamin C dibebaskan ke dalam tubuh. Tubuh serap 100mg tersebut. Tiada vitamin c dibazirkan ke air kencing.



Jadi jangan cepat terpedaya dengan jumlah 1000mg. Terbaru rehan nampak 2000mg vitamin c pun dah jual kat pasaran. PROPA JE TUUUU.

Bila berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan, cuba luangkan masa sedikit untuk kaji produk yang kita berminat. Nanti jadi darah daging, jadi mestilah pilih produk suplemen dan kesihatan ni dengan ilmu.

Harap entri kali ni membuka mata ramai.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...