"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Mahalnya Vitamin Shaklee!

Assalamualaikum.

Sebenarnya pagi tadi rehan dah tulis panjang lebar entri ni. Dah publish dah pun. Lepas tu rehan tunggu punya tunggu, publishing memanjang tak loading. Rehan cek balik, habis hilang entri rehan. Hahaharuu.

Tak apa bukan rezeki. Rezeki rehan dengan entri yang lebih ringkas ni. InshaAllah ramai yang laju laju whatsapp rehan lepas baca entri ringkas ni. Amin.

Ni sebenarnya rentetan daripada cerita pasal akak yang beli vitamin c 1000mg. Ada rehan cerita dalam dua entri lepas. Akak tu cerita dia beli vitamin c 1000mg tu dengan harga RM100 plus plus untuk sebotol 120 biji. Tapi cuma dapat 100mg vitamin c je daripada setiap tablet. Kalau kira, kos bagi 500mg vitamin c 1000mg tu ialah RM5. Ayoyo.

Ok rehan tunjuk sikit kira kira kenapa SR Vita C Shaklee ni sangatlah mampu milik. Fokus pada angka ye. Kali ni memang jelas kira kira perbandingan harga SR Vita C Shaklee. Matematik asas yang ringkas je.

Sebotol SR Vita C ada 180 tablet, setiap tablet mengandungi 500mg vitamin c. Harga sebotol SR Vita C ialah RM92.50. Maksudnya harga satu tablet ialah RM0.51 sahaja.

Untuk dapatkan 500mg vitamin c, kita perlu makan 7 biji oren. Baru baru ni rehan ke pasar tengok sebiji oren berkualiti tinggi harga RM0.90 tau. Tapi untuk kira-kira ni kita anggap harga purata oren kualiti sederhana RM0.70 sebiji. Jadi harga 7 biji oren untuk dapatkan 500mg vitamin c ialah RM4.90.

Wow! Nampak tak tu beza ketara antara harga 500mg vitamin c daripada 7 biji oren, dengan suplemen vitamin c 1000mg, berbanding harga SR Vita C Shaklee?

Bezanya 10 kali ganda!!



Yang gambar atas ni rehan bandingkan kos consume 500mg vitamin c selama sebulan. Banyak sangat bezanya tu. Hampir RM800 boleh jimat dalam masa 6 bulan kalau kita bertukar kepada SR Vita C.

Opsss! Ada lagi.

Kalau nak jimat lebih banyak, daftar ahli Shaklee dan boleh beli semua vitamin Shaklee pada diskaun 15-30% tau.

Nak jimat lagi??

Boleh. Boleh. Anda daftar ahli sekarang juga, anda layak beli SR Vita C pada harga promosi. Jimat lebih RM20 kalau beli pada bulan ni.

Ok. Rehan harap entri di membuka mata dan hati audience. Jumpa lagi.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...