"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Petua Pilih Set Breastfeeding Shaklee.

Showing posts sorted by relevance for query alfalfaSort by date Show all posts

Berpantang Cara Moden.

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas kami sekeluarga balik kampung melawat anak saudara terbaru dalam keluarga kami. Alhamdulillah, dalam masa 2 tahun cucu mak ayah ada 3 orang dah sekarang. InshaAllah tahun depan lebih meriah lagi, awal tahun adik ipar akan bersalin, tengah tahun kakak ipar pula. Murah rezeki mak ayah dapat ramai cucu.

Makngah Rehan, Kakyong Kautsar, Makyang Wani, Baby Iman shomel

Tahniah untuk adik Diqi dan isterinya Wani atas kelahiran bayi sulung mereka, Muhammad Iman Shauqi. Comel sangat orangnya, secomel nama. Kami sebagai mak ngah dan pak ngah macam ingat-ingat lupa je macam mana gaya dukung baby newborn. Hihi.

Terkenang waktu Kautsar baru dilahirkan :)

Bila cerita tentang bersalin ni, yang tak boleh elak nak cerita pasal berpantang. Masih ramai ibu yang memilih berpantang secara tradisional. Tapi sekarang ni trendnya ramai yang pilih berpantang cara moden juga. Waktu saya lahirkan Kautsar, saya pilih untuk berpantang cara moden. Cuma dengan vitamin Shaklee, berurut beberapa kali, berstokin, jaga makan. Itu je. Alhamdulillah tak ada masalah sampai hari ini.

Ada beberapa sebab kenapa saya tak pilih berpantang cara tradisional. Antaranya saya berdarah O, En Qusyairi pula darah A. Jadi anak-anak kami dijangka akan menghidap sakit kuning lepas dilahirkan. Jadi awal-awal lagi saya pilih untuk elakkan jamu dan makanan yang panas semasa pantang.

Selain tu, saya sendiri rendah toleransi terhadap makanan panas. Pernah beberapa kali saya cuba rawatan jamu masa saya jerawat teruk masa muda-muda dulu, badan saya memang tak boleh terima. Terasa panas, berpeluh, rimas. Kalau teruk akan naik ruam-ruam merah di badan. Jadi memang jamu bukan pilihan saya untuk berpantang.

Sebab lain ialah saya berpantang dengan dijaga oleh kakak saya (yang masa itu turut jaga anaknya berusia 9 bulan, sambil sepenuh masa sedang menyambung pengajian kedoktoran). Jadi saya perlu berpantang dengan ringkas, kebanyakan masa saya sendiri yang menguruskan bayi dan diri sendiri. Saya perlukan set berpantang yang dijamin selamat, berkesan dan mudah digunakan.

Apa yang saya amalkan masa berpantang ialah Set Berpantang Shaklee.

Credit gambar kepada blog ini.
Set ni sangat ringkas. Bangun pagi saya terus makan Zinc Complex sebiji, tujuannya untuk cepatkan luka bersalin sembuh. Kemudian minum 1 cawan ESP untuk bekalan tenaga, cepatkan luka sembuh dan cantikkan kulit yang kusam sepanjang hamil. Kemudian saya sarapan ringan; roti bakar atau bijirin dengan air koko. Lepas sarapan saya makan Vitalea, B-Complex dan Vita C sebiji setiap satu. Awal-awal berpantang saya makan 2 biji Vitalea setiap hari sebab saya cepat sangat letih dan muka pucat. B-complex bantu saya lebih tenang menguruskan anak, tak cepat stress dan lebih bertenaga. Vita-C pula meningkatkan daya tahan penyakit, sepanjang pantang Alhamdulillah saya tak demam atau selsema.

Lebih kurang jam 11 pagi, saya makan ringan lagi. Biasanya roti atau bijirin. Selain air koko, saya minum  horlick dan susu selain air masak banyak-banyak.

Tengahari saya makan nasi dengan lauk-lauk pantang yang sedap-sedap kakak saya masakkan. Saya banyak makan nasi, lauk tak sangat. Kurang berselera sejak awal hamil terbawa-bawa ketika pantang. Lepas makan tengahari saya makan OmegaGuard dan Lecithin. OmegaGuard dan Lecithin ni tak termasuk dalam set pantang, tapi saya amalkan sebab nak turunkan berat badan berlebihan lepas bersalin.

Minum petang saya makan roti dan bijirin lagi. Lagi saya akan minum ESP 1 cawan untuk bekalan tenaga hingga ke malam pula. Masa tu memang saya suka sangat makan roti bakar dan bijirin, sampai Kautsar umur hampir setahun saya suka sangat makan dua makanan ni.

Malam pula lepas makan malam saya ambil 4 biji Ostematrix. Tujuan ambil Ostematrix ni supaya badan saya segar bila bangun pagi, selain tu mudah melawaskan makanan dan elakkan sembelit. Yang paling saya suka amalkan Ostematrix sepanjang menyusukan Kautsar, susu saya jadi banyak. Alhamdulillah.

Tambahan suplemen yang saya makan ketika pantang ialah Alfalfa Complex. Tujuan ambil Alfalfa ni untuk detox seluruh sistem tubuh saya, meriahkan lagi susu badan, cepat turunkan berat dan membaiki kewanitaan yang terganggu akibat proses kelahiran.

Sepanjang tempoh berpantang selera makan saya kurang, tapi kerap sangat lapar dan haus sebab menyusukan anak. Jadi pengambilan vitamin sangat penting dan membantu saya menguruskan hal harian seperti biasa. Sejak umur Kautsar 2 minggu, semua hal Kautsar saya uruskan sendiri. Mandikan, tukarkan pampers, bawa ke klinik. Sekali sekala kakak saya akan bantu dodoikan Kautsar ketika tidur malam. Malah waktu itu saya terus aktif berniaga dan sangat sibuk menyiapkan persiapan menyambut raya.

InshaAllah jika diberi rezeki oleh Allah swt untuk berpantang kali kedua, saya akan teruskan dengan Set Berpantang Shaklee ni.

Buat ibu-ibu yang bakal bersalin, jika berminat dengan Set Berpantang Shaklee jangan segan hubungi saya untuk konsultasi percuma.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Susu Ibu: Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan.

Assalamualaikum.

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang baru melahirkar) anak pertama mungkin.mengalami sedikit masalah untuk dua minggu pertama dalam penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa masalah yang sering dialami:

Bengkak buah dada

Sebab - Jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, buah dada akan jadi padat dengan susu. Buah dada anda akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Penyelesaian:

  • Sebelum menyusu, perah buah dada dengan perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap puting dan areola. Anda juga akan merasa kurang sakit.
  • Jika buah dada anda masih keras selepas menyusu, perahkan baki susunya. Tuamkan buah dada untuk melegakan kesakitan.
  • Pakai coli yang mengampu buah dada dengan baik.
  • Tentukan kedudukan anda betul dan bayi menetek dengan berkesan. Jangan hadkan penyusuan. Menyusulah dengan lebih kerap.

Puting yang luka atau merekah

Sebab - Jika bayi hanya menghisap puting dan tidak areolanya, ini akan menyebabkan puting luka atau merekah.

Penyelesaian -

  • Pilih kedudukan yang sesuai  dan selesa. Dekatkan bayi ke  buah dada dan bukan sebalik-nya.
  • Pastikan bayi menghisap puting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luas dan dagunya menyentuh buah  dada anda.
  • Amat penting anda terus menyusukan anak dalam kedudukan yang betul.
  • Beri bayi hisap buah dada yang  tidak sakit dahulu. Bila susunya  mangalir dangan elok, beralih- lah ka buah dada yang sakit itu.
  • Selepas menyusu, masukkan  hujung jari anda ke penjuru mulut bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan dari buah dada anda.
  • Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elak  daripada menggunakan sabun,  krim atau losyan pada puting.
  • Dedahkan puting anda ke udara sekerap mungkin. Elak daripada memakai coli  sehingga kesakitannya reda.
  • Jika putingnya terlalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu anda agar pengeluaran susu tidak terjejas dan bayi terus disusui.

Kekurangan Susu Ibu

Sebab -

  • Pengaliran susu anda  akan menyusut kerana kurang  rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut :
  • Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak.
  • Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
  • Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.

Susu anda juga akan menyusut :

  • Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu.
  • Jika anda menghadapi tekanan emosi.

Penyelesaiannya  -

  • Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
  • Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam.
  • Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur- sayuran).
  • Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda.
  • Cuba tenangkan diri anda.

(Dari Laman Web Hospital Mersing)

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU PENYUSUAN SUSU IBU

Set breastfeeding Shaklee dipakej khas bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan bayi sambil dapat nutrient penting yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Set ini bukan sahaja untuk menambah susu, tapi juga membekal tenaga kepada ibu-ibu secara selamat dan semulajadi. Set ini mengandungi:

  • Vitalea: multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.
  • Vita-C: penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.
  • B Complex: mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.
  • Alfalfa: digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, kegunaan alfalfa sangatlah banyak.
  • ESP: membekalkan 40% keperluan protein harian ibu, memberi tenaga segera dan berpanjangan, memekatkan susu selain mengandungi asid amino perlu termasuk 9 komponen yang tak dapat dihasilkan oleh badan
  • OsteMatrix: tablet kalsium dan magnesium untuk mengelakkan ibu kekurangan kalsium yang menyebabkan kejang otot, gusi berdarah dan tulang rapuh. Kalsium yang cukup juga boleh membanpu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak.

Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:

  • Minum 3Liter air sehari
  • Pam susu 3 jam sekali
  • Doa, tawakal

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Masalah Keputihan Wanita.

Assalamualaikum.

Masalah keluaran lendir daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami wanita. Bagaimanapun, proses normal itu masih dianggap memalukan. Jangan anggap remeh, sebaliknya ia petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils dan gonorrhea.

Lebih parah lagi jika tidak dikawal dan dirawat sebaiknya tidak mustahil boleh menyebabkan kanser pada bahagian peranakan seperti kanser servik dan sebagainya.

Statistik menganggarkan 75 peratus wanita sudah berkahwin mengalami masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual. Penggunaan produk intim bertoksik seperti sabun, syampu dan gel mandian turut menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada di dalam faraj wanita.

Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap wanita.

Ia juga boleh berlaku dalam kalangan remaja tetapi agak jarang melainkan mereka mengambil ubat tertentu atau perubahan hormon.

Gambar ihsan Google

PROSES SEMULAJADI

Lendir pada faraj mempunyai tujuan tertentu termasuk melindungi sel daripada kerosakan dan kekeringan. Pengeluarannya tidak semestinya menandakan masalah atau penyakit merbahaya seperti dibayangkan wanita. Dikeluarkan oleh sel dan kilang khas pengeluar lendir, keputihan dipengaruhi paras hormon iaitu estrogen dan progestron dalam darah wanita.

Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon dan menyebabkan jangkitan kulat kerana tempoh ini hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj. Dianggarkan hampir 80 peratus wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.

Keadaan fisiologi atau biasa itu juga boleh berlaku ketika wanita melakukan persetubuhan dan ketika naik nafsu syahwat. Dalam keadaan itu, lendir terhasil daripada kilang lendir terletak pada bibir faraj.

Ia boleh berlaku akibat gangguan jiwa seperti marah atau sedih dan keletihan yang amat sangat. Tidak kurangnya, wanita bekerja yang lebih tenaga juga tidak terkecuali berhadapan keputihan.

Gambar ihsan Google

IMPLIKASI KEPUTIHAN

Pada kebiasaannya, lendir dikeluarkan daripada faraj tidak berbau, jernih dan tidak gatal. Jika keadaan sebaliknya berlaku, keputihan juga boleh menandakan penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Dalam keadaan itu, lazimnya lendir terhasil berwarna putih pekat seperti bernanah, busuk dan sering gatal pada sekeliling faraj.

Penghasilan lendir seperti keju, kekuningan dan coklat bercampur darah juga tanda perlu diawasi kerana ada kemungkinan jangkitan kuman berlaku seperti jangkitan kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi dan gardneralla dan bacterial vaginosis.

Setiap satu jangkitan masing-masing mempunyai tanda berbeza dan bau tertentu, antara rasa gatal pada kawasan sulit, keputihan berbau, tidak selesa bersama suami dan perlu mengenakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendir dan radang pada kemaluan. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keputihan cuma lendir biasa dan bukan disebabkan jangkitan.

Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat bertujuan melindungi faraj daripada kemasukan atau serangan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat hingga mengakibatkan pengeluaran cecair putih kekuningan dan berbau masam. Bau tidak menyenangkan juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh pada bahagian kemaluan.

Biarpun masalah lendir itu tidak memberi kesan pada kesuburan wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau hingga mengurangkan keinginan hubungan intim.

Sehubungan itu, radang pada kawasan sulit juga membuatkan pasangan terasa sakit dan tidak selesa ketika bersama. Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin menular, tapi masalah itu boleh mengakibatkan kesan jangkitan pada suami termasuk kesakitan ketika hendak membuang air kecil dan sebagainya. Oleh itu, bagi mengatasi masalah itu wanita boleh mengambil langkah pencegahan seperti mengamalkan makan sayur-sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.

Untuk masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pilih kualiti diperbuat daripada kain kapas dan sedikit longgar.

INFORMASI TAMBAHAN

  • Keputihan atau lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita.
  • Biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.
  • Jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
  • Pangkal uterus juga mengeluarkan lendir dengan tujuan mencantumkan benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum) dalam proses persenyawaan.
  • Lendir dikeluarkan menghasilkan tenaga dan makanan kepada sperma bagi tempoh persenyawaan berlaku.
  • Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, perlu jalani ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
  • Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon dan perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
  • Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang.

[Sumber]

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?

Di Shaklee, produk yang amat sinonim dengan masalah keputihan adalah Alfalfa Complex. Ia adalah antara suplemen yang bersifat anti kulat. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya  bagi mereka yang mempunyai masalah dalam hubungan intim suami isteri.

Selain itu, garlic juga membantu dalam mengatasi masalah keputihan. Ia adalah antibiotik semulajadi serta antikulat juga.

BELI PRODUK SHAKLEE:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

JADI AHLI SHAKLEE:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

KELEBIHAN DAFTAR AHLI:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Memilih Set Penyusuan Shaklee.

Assalamualaikum.

Gambar ihsan Google.
Ramai ibu-ibu yang bertanya tentang set breastfeeding ni. Mula-mula sekali saya nak ucapkan tahniah kepada ibu-ibu ini kerana memilih untuk menyusukan sendiri anak anda. Susu ibu adalah yang terbaik jika ibu mengambil makanan seimbang dan membekalkan susu yang berkualiti.

Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat dan sangat kurus. Ada juga bayi-bayi yang disusukan secara eksklusif tetapi selalu kena jangkitan penyakit, demam dan selesema. Sebenarnya apa yang ibu makan akan mengalir dalam air susu terus kepada bayi yang disusukan. Masalah anak selalu sakit dan kurus ni mungkin disebabkan pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.

Ada juga ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum. Mungkin waktu awal-awal bersalin, susu tak banyak. Ibu yang bekerja pula, lepas habis pantang dan mula bekerja semula mungkin mengalami simptom susu berkurang akibat stress atau kekangan masa untuk mengepam.

Tak lupa juga ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang berkualiti, cair atau anak cepat lapar.

Semua masalah ini (dan mungkin banyak lagi masalah berkaitan kuantiti dan kualiti susu ibu) boleh diikhtiarkan cara untuk mengatasinya. Untuk membantu ibu-ibu memilih set penyusuan yang sesuai saya kongsikan di sini beberapa gabungan vitamin mengikut keperluan ibu-ibu semua.

Semoga ibu-ibu tetap kuat semangat dan tak patah hati dalam perjalanan penyusuan anak-anak anda. InshaAllah bantuan Allah swt sentiasa ada bersama anda :)

1. SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM)
  • 180 biji Vita-C: Makan 1biji/hari (tahan 6 bulan)
  • 120 biji B-Complex: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 120 biji Vita-Lea: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 330 biji Alfafa: Makan 2-10biji/hari (tahan 1 - 5 bulan)
  • 850 gram ESP: Ambil 3sudu/hari (tahan 1.5 - 2 bulan)
  • 120 biji OsteMatrix: Makan  4biji/hari (tahan 1 bulan)

2. BREASTFEEDING PLATINUM = SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM) + Performance Drink

  • 539 gram Performance Drink: Ambil 3sudu/hari (tahan 1.5 - 2 bulan)

*Set Breastfeeding Optimum dan Breastfeeding Platinum ini digalakkan kepada :
  • ibu yang ada masalah penyusuan
  • ibu yang nak mula menyimpan stok
  • ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
  • ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. 
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh ibu dapat berfungsi dengan baik sambil membekalkan susu yang mencukupi dan berkhasiat kepada bayi.

3. SET B (BREASTFEEDING BASIC)
Set B Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ?  -Vitalea / Multivitamin dengan iron formula -Vitamin B kompleks -Vitamin C - Alfalfa.

Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus kepada imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

Set Breastfeeding Basic mengandungi:

4. SET B (BREASTFEEDING BASIC) + OsteMatrix
Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

Siapa yang perlu set ini?
Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set Breastfeeding Basic + OsteMatrix mengandungi:

5. SET B (BREASTFEEDING BASIC) + ESP
Set B + Energizing Soy Protein (ESP) sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set Breastfeeding Basic + ESP mengandungi:

6. SET EU-FOUR-PACK
Set ini diberi nama sebagai "Eu-Four Pack" kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh. Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk-sejuk badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Set Eu-Four-Pack mengandungi:

Jangan malu jangan segan hubungi saya untuk konsultasi percuma. Ya. Percuma. Dan tiada paksa-memaksa :)

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...