"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips Simpan Dan Cairkan Susu Perahan (EBM).

Assalamualaikum.

Entry kali ini khas untu ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Khususnya ibu-ibu yang bekerja dan perlu hartar anak ke rumah penjaga. Hari ni kita kongsi sama-sama tips menyimpan dan mengendalikan susu perahan atau ringkasnya EBM yang saya ambil daripada internet. Banyak sangat artikel ini dah diterbitkan, saya pun tak pasti siapa penulis asal, tapi saya rujuk pada wall facebook dan juga entry oleh Momma Mia.

Gambar ihsan Google.

Penyimpanan dan Pengendalian EBM
Bagi ibu yang berkerjaya, susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah-istilah Penting Susu Ibu yang Diperah
  • EBM: Expressed Breast Milk (susu yang diperah)
  • Fresh EBM: Susu yang baru diperah dan masih segar
  • Chilled EBM: Susu yg dah perah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi.
  • Frozen EBM: Susu yg simpan dalam tempat sejukbeku

Bekas Penyimpanan Yang Sesuai
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label berikut:
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska / pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.


Tempat Penyimpanan

1. Suhu Bilik:

  • Jika bilik tidak berhawa dingin (25 °C hingga 37 °C), disarankan tidak lebih dari 4 jam.
  • Jika bilik berhawa dingin (15 °C hingga 25 °C), boleh sehingga 6-8 jam.

*suhu bilik harus stabil, contoh bilik berhawa dingin, penghawa dingin tidak dimatikan sepanjang botol EBM ada di dalam bilik tersebut.

2. Peti Sejuk / Sejukbeku:


Gambar ihsan mama Muzfirah

  • Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku) sehingga 2 minggu.
  • Peti Sejuk 2 pintu:
    • bahagian sejukbeku (-18 °C hingga -20 °C) sehingga 3 bulan
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) sebelum dibekukan boleh tahan sehingga 3-5 hari. Hari ke-5 terus masukkan ke bahagian beku.
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) selepas dibekukan boleh tahan sehingga 24 jam.
  • Deep freezer (-20 °C) boleh tahan sehingga 6 bulan


3. Bekas Penyejuk

  • Cooler bag/box (0 °C hingga 4 °C), tahan 12 - 24 jam


PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula


TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Pejabat

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais


Rumah

  • Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja di bahagian beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Throw Back: Vitamin Tenaga Kami.

Assalamualaikum.

Rutin harian kami suami isteri memang sangat sibuk. Kami pegawai sepenuh masa di sebuah institusi pengajian tinggi, tugas hakiki kami bukan sekadar waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang, malah lebih daripada itu. Bekerja lebih masa di rumah perkara biasa. En Qusyairi pula memang ada tanggungjawab tambahan 24 jam sentiasa bersedia. Tambahan pula kami sama-sama menjalankan perniagaan online. Bukan satu, tapi dua bisnes sekaligus. Dan sudah tentu tanggungjawab hakiki sebagai ibu dan bapa kepada anak kami, Cik Kautsar yang sangat lincah dan inginkan perhatian. Manja sangat orangnya :D

Jadual kami memang padat. Dari celik mata subuh, sampai ke tengah malam setiap hari ada saja aktiviti. Dan hujung minggu pula jarang sangat ada di rumah. Sama ada bekerja hujung minggu, atau balik kampung, atau sekadar bercuti bertiga, semuanya perlukan banyak tenaga dan memang meletihkan. Dengan jadual yang padat ni, cuma sekali sekala kami dapat bersenam dan bersukan.

Kami pilih untuk tambah tenaga dengan mengambil suplemen Shaklee. Vitamin wajib pilihan kami setiap hari ialah ESP, Vitalea, B-Complex dan Ostematrix dan Vivix. Ini vitamin yang wajib untuk penuhi keperluan tenaga kami seharian. Setiap pagi kami mulakan rutin dengan minum ESP. Saya paling suka bancuh ESP dan Performance Drink dengan susu segar. Saya memang suka susu segar! En Qusyairi pula suka minum ESP dengan Milo tanpa gula.


Dan minum ESP ni biasanya perut jadi kenyang. Jadi kadang-kadang kami sarapan, kadang-kadang tak. Biasanya kami sarapan juga ringan-ringan sebab waktu makan setiap hari adalah waktu istimewa kami, waktu kami berdua berbual dan berbincang apa-apa perkara sekalipun. Jarang sangat kami tak makan bersama. Lepas sarapan kami makan B-Complex dan Vitalea. Sebab kami minum ESP dan susu, Vitalea ni kami makan selang 2 jam selepas minum ESP dan susu supaya zat besi dalamVitalea dapat diserap secara optimum ke dalam badan.

Dah cukup ambil vitamin pagi kami, kami dah boleh bekerja dengan bertenaga hingga ke petang. Memang berbeza sangat berbanding dulu sebelum kami amalkan makan vitamin. Sebelum tidur pula kami makan Ostematrix 4 biji, bangun pagi terus rasa segar dan tak ada sakit-sakit badan.

Mula-mula saya kenal Shaklee ketika hamilkan Kautsar. Badan jadi lesu sangat, sampai sanggup tak makan tengahari sebab nak tidur. En Qusyairi pun letih layan perangai hamil saya, sampai beliau pun jadi lesu. Hari pertama minum ESP dan makan Vitalea dan B-Complex, kami berdua boleh bekerja seperti biasa. Tak ada lesu langsung. Malah saya yang sebelum itu selalu lembik, boleh naik turun tangga bertingkat-tingkat tanpa letih. Ketika itu kami dah rasa Shaklee ini berbeza. Terus-terang masa saya beli Shaklee, saya agak skeptikal sebab kami dah amalkan beberapa jenis vitamin sebelum itu, tapi tak rasa bezanya. Dengan Shaklee, sekali cuba dah rasa berbeza!

Hingga hari ini kami amalkan vitamin tenaga kami. Bezanya setiap malam En Qusyairi akan minum 1 sudu teh Vivix, saya tak. Cuma seminggu beliau minum Vivix, ketara perubahan pada kulit dan wajah beliau. Wajah jadi berseri, lebih cerah dan kemerahan. Setiap pagi pula beliau rasa lebih segar dan proses pencernaan dan perkumuhan lebih lancar. InshaAllah sampai masanya nanti saya pun akan amalkan Vivix juga. Tapi bukan sekarang :)

Sempena promosi Meal Shake sepanjang bulan Mei ini, kami campurkan Meal Shake dengan ESP. Rasa lebih sedap dan mengenyangkan, lebih-lebih lagi bila saya bancuh dengan susu segar. Bau harum semerbak, rasa lemak manis vanilla. Untuk ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, memang cepat sangat rasa lapar sampai susah nak kawal berat badan. Tapi bila bersarapan dengan Meal Shake dan ESP, dapat kurangkan kalori sebab memang tak rasa nak sarapanlah bila dah kenyang lebih lama.



Kandungan Nutrisi Meal Shake Shaklee.

Assalamualaikum.

Sempena Promosi Meal Shake, hari ni saya nak kongsi 6 fakta tentang Meal Shake Shaklee:



1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z, mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6. Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Kenapa Meal Shake Suplemen Terbaik Untuk Anak.

Assalamualaikum.


Sejak saya bergelar ibu, selalu borak dengan kawan-kawan pun sekitar hal anak-anak. Baby Kautsar sihat tak? Malam-malam tidur lena tak? Minum susu banyak tak? Itu soalan-soalan lazim orang akan tanya saya bila nampak batang hidung yang penyek ni. Hihi. Sebab ramai kawan-kawan saya yang lebih dulu mendirikan rumahtangga, Kautsar setakat ini yang paling muda antara anak-anak kami. Sebab tu dapat perhatian lebih.

Gambar ihsan Google
Selalu kalau borak tentang anak-anak, mesti timbul isu yang sama. Anak akak tak mau makan. Anak akak dah masuk 9 bulan, berat masih macam 6 bulan. Sejak anak akak mula makan, selalu kena sembelit. Kulit anak akak sensitif, asyik kena ruam. Anak akak mudah diserang demam dan selesema. Itu masalah kesihatan yang sering jadi isu kepada ibu-ibu. Memang tak nafikan, kerap sangat berlaku masalah begini tapi ibubapa buntu tak tau nak beri rawatan apa. Kerap sangat ke klinik pun tak elok, kan. Takkan asyik nak bagi anak makan ubat klinik je. Itu pun kalau anak nak makan ubat. Kalau tak, berperang juga nak beri ubat kepada anak.
Saya suka nak berkongsi tentang Meal Shake, salah satu suplemen terbaik untuk anak-anak. Seawal usia 6 bulan bayi dah boleh diperkenalkan kepada makanan pelengkap, maka boleh juga diperkenalkan kepada Meal Shake ini. Dengan 100% kandungannya dari bahan semulajadi, terjamin produk ini selamat dan berkesan untuk atasi pelbagai masalah berkaitan kesihatan anak-anak.

Kandungan
Meal Shake mengandungi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh dalam diet harian. Selain itu, Meal Shake juga kaya dengan kalsium dan merupakan sumber protein yang hebat. Jika dibancuh dengan cara yang ditentukan, Meal Shake mampu membekalkan 35% daripada 23 vitamin dan mineral penting dalam keperluan harian. Meal Shake juga merupakan sumber serat dan protein dengan hanya 250 kalori bagi setiap hidangan jika dibancuh dengan susu rendah lemak. Malah jika dibancuh dengan susu penuh krim, jumlah kalori bagi setiap hidangan cuma 330 kalori. Merupakan pilihan protein bukan soya dan rendah glisemik.

Kelebihan Meal Shake Shaklee

  • Sumber protein berasaskan susu yang terbesar: Jika Meal Shake dibancuh dengan segelas susu, ia mampu membekalkan sehinggan 15 gram protein. Jumlah ini nampak kecil, tapi bagi kanak-kanak ia sangat besar. Bekalan protein dari Meal Shake tidak dapat ditandingi oleh suplemen protein jenama lain. Protein dalam Meal Shake juga diperoleh daripada nonfat dry milk.
  • Tanpa bahan tiruan: kandungan Meal Shake terjamin 100% semulajadi.
  • Tiada vitamin sintetik: tak semua vitamin dihasilkan daripada sumber makanan semulajadi. Bagaimanapun, Shaklee telah memastikan semua vitamin dan mineral yang terkandung dalam produk-produk Shaklee termasuklah Meal Shake. Mineral zat besi (iron) dalam Meal Shake contohnya adalah ferrous fumarate iaitu mineral dari sumber makanan semulajadi.


Meal Shake Atasi Masalah Kesihatan Kanak-kanak
Siapa yang sesuai ambil Meal Shake:

  • Anak yang tidak berselera makan: boleh menaikkan selera makan selain rasanya yang sedap
  • Anak yang kurang berat badan: mengandungi protein, vitamin dan mineral yang lengkap selain jumlah kalori yang sesuai untuk anak-anak
  • Anak yang kerap jatuh sakit: 19 nutrisi penting memastikan kesihatan anak bertambah baik selain membantu meningkatkan sistem imun
  • Anak yang berpuasa: membekalkan tenaga dalam bentuk protein yang lebih lambat dihadamkan berbanding karbohidrat, maka tenaga dibebaskan perlahan-lahan untuk satu tempoh
  • Anak yang kerap sembelit: mengandungi serat yang membantu proses penghadaman dan penyahtinjaan.
  • Anak obesiti: memberi rasa kenyang lebih lama dengan kalori sederhana untuk mengelakkan anak-anak kerap makan
  • Anak aktif: sebagai snek atau kudapan bagi anak yang aktif. Mudah dan cepat disediakan selain membekalkan tenaga berterusan.


Jika berminat untuk dapatkan Meal Shake, boleh hubungi saya di 012-7807365. Setiap pembelian akan menerima jadual makan vitamin dan jemputan ke secret group eksklusif untuk pelanggan saya. Di situ saya kongsikan pelbagai tawaran istimewa, hadiah dan tips-tips untuk kehidupan sihat.

Promosi bulan ni: MEAL SHAKE - BELI 3 DAPAT 4 TIN


Throw Back: Anak Sakit HFMD.

Assalamualaikum.

Tak berapa lama dulu Kautsar dijangkiti penyakit tangan kaki mulut, atau yang biasa orang sebut HFMD (hand, foot, mouth disease). Penyakit ni terjangkit kat Kautsar masa kami balik kampung. Sepupu kesayangan Kautsar, Abang Luqman, masa tu baru je baik daripada sakit ni. Tak sengaja terjangkit ke Kautsar pula.

Gambar ihsan Google. Bintil pada tangan kaki Kautsar lagi sikit dan tak semerah ni. Kecil-kecil je.
Alhamdulillah tak teruk langsung. Pagi tu suhu Kautsar tinggi, saya ukur 38.5C. Waktu saya mandikan, saya perasan ada bintik merah macam ruam yang banyak kat punggung Kautsar. Tangan dan kaki ok tak ada bintik. Tapi sejam kemudian saya cek tangan dan tapak kaki ada bintil berisi air. Adalah dalam beberapa bintil. Tapi saya taknak ambil risiko. Terus kami bawa ke Klinik Pakar Kanak-kanak.

Saya ceritakan kepada doktor tentang demam, bintil di punggung, tangan dan kaki. Juga tentang sepupu Kautsar yang baru baik dari jangkitan HFMD. Doktor kata ada kemungkinan Kautsar dijangkiti HFMD, tapi beliau tak sahkan. Sebab masih awal sangat. Demam Kautsar sikit je, bintil-bintil pun sikit. Doktor cuma bagi ubat paru-paru dan ubat batuk sebab Kautsar dah beberapa hari batu selsema. Ubat demam kami ada. Antibiotik untuk HFMD pun doktor tak bagi, lebih-lebih lagi kami ada bagitau Kautsar susah makan ubat.

Balik tu kami monitor Kautsar, Alhamdulillah setakat itu je sakitnya. Tak makin teruk. Kat mulut boleh kata tak ada bintil langsung. Kat tangan dan kaki sikit-sikit je. Sebab doktor tak bagi apa-apa ubat, kami ikhtiarkan dengan suplemen Shaklee. Dah alang-alang ibunya SID, takkan anak sakit kita tak usahakan. Betul tak?

Saya bagi Kautsar 1 scoop Meal Shake dibancuh dalam susu setiap malam sebelum tidur. Tangan dan kaki Kautsar pula kami sentiasa sapukan dengan Herbal Blend. Lepas makan malam kami bagi Nutriferon kepada Kautsar, 1 paket sehari selama 2 hari berturut-turut.

Apa yang saya perasan, Kautsar lebih lena tidur malam. Malah waktu nap siang pun lebih lama. Bintil di tangan, kaki dan punggung cuma bertahan sehari dua. Sapu Herbal Blend kat punggung Kautsar tak ada bintil baru yang naik. Kautsar pun tak rasa tak selesa, boleh main macam biasa. Kalau tak Kautsar asyik pegang dan tepuk-tepuk pampers je. Bintil yang ada tu terus kering dan makin baik. Bila bintil kering, kulit tangan dan kaki Kautsar menggelupas teruk. Dengan Herbal Blend, kulit yang menggelupas tak kering dan keras. Kulit pun jadi lebih lembut.

InshaAllah lepas ni kami akan lebih konsisten berikan Meal Shake untuk Kautsar. Bulan ni ada promosi Beli 3 percuma 1. Memang nak borong. Kalau ada yang sudi nak kongsi boleh hubungi kami ye.

Akibat Bagi Anak Minum Meal Shake.

Assalamualaikum.

Kautsar sememangnya anak yang sangat aktif. Kautsar sangat suka explore. Suka main. Berani berjalan sendiri ke sana sini. Di rumah, Kautsar tak pernah duduk diam. Menonton TV memang bukan minat Kautsar. Kautsar suka jalan, pegang barang-barang, susun-susun, ambil itu, ambil ini, sentuh, angkat, baling. Kautsar mudah terpesona dengan persekitaran.

Kauutsar masa 4-5 bulan.
Sejak Kautsar masih dalam pantang, saya perasan yang anak kami ni jarang tidur siang. Suka berjaga. Malam pun senang terjaga. Biasanya kami tidurkan Kautsar dalam keadaan senyap dan gelap. Kalau ada bunyi sikit senang sangat Kautsar terjaga dari tidur.

Paten yang sama bila Kautsar membesar. Nenek selalu cerita perihal Kautsar sepanjang berada di rumah nenek. Biasanya Kautsar tidur pagi 15 minit. Petang tidur lagi 15 minit. Malam pula Kautsar tidur jam 10 lebih, bangun pagi jam 5:30 atau 6 pagi.

Waktu hujung minggu dengan kami pun sama. Kadang tu Kautsar dah bangun sejak jam 6 pagi, jam 4 petang baru tidur. Itu pun tidur 30 minit je. Senang kata, Kautsar tak dapat tidur yang cukup untuk anak seusia dia iaitu 12-13 jam sehari.

Agak letih sebagai seorang ibu yang bekerja sepenuh masa, berniaga lagi untuk jaga anak yang tak suka tidur sebenarnya.

Sejak Kautsar terjangkit HFMD hampir sebulan lepas kami konsisten bagi Kautsar minum Meal Shake setiap malam. Ops. Bukan bancuh Meal Shake tu macam bancuh susu ok. Cuma campurkan 1 scoop dalam susu Kautsar sebelum Kautsar tidur.

Ya Allah, bersyukur sangat kami sejak itu. Sebab tidur malam Kautsar lebih lena. Jam 9 malam Kautsar dah mengantuk. Minta dodoi sekejap, menyusu, terus lena. Pagi-pagi Kautsar bangun jam 7 pagi. Siang hari pula Kautsar tidur pagi sejam, tidur petang sejam. Kadang-kadang boleh sampai 2 jam Kautsar tidur.

Sejak amalkan Meal Shake untuk Kautsar juga, saya perasan Kautsar naik berat badan secara konsisten. Dulu pernahh juga kami bimbang sebab berat Kautsar makin lama makin sikit naiknya. Minggu lepas kami timbang Kautsar dah hampir 10kg, naik sekilo lebih sejak amalkan Meal Shake. Malah dah banyak kali kami ditegur sebab pipi Kautsar makin bulat.

Mood Kautsar pula? Sangat baik! Ya Allah kami bersyukur sangat. Mungkin sebelum ni Kautsar keletihan sebab tak dapat tidur cukup, jadi moodnya senang berubah-ubah. Sekarang Kautsar sangat baik mood. Main, makan, tidur cukup. Ibu dan abah pun selalu ada dengan Kautsar. Tentulah Kautsar lebih gembira.

Muka budak nangis.

Alhamdulillah. Shaklee dan Meal Shake adalah asbab untuk kesihatan dan kegembiraan anak kami. Segalanya atas izin Allah swt juga. Kami selitkan dalam doa kami setiap kali kami angkat tangan menadah memohon rahmat dari Ilahi, supaya anak kami dikurniakan rezeki kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan. Syukur Allah swt masih perkenankan doa-doa kami.

InshaAllah lepas ni kami akan terus konsisten menjaga kesihatan anak-anak. Lebih penting lagi, kami akan didik anak-anak kami supaya mengamalkan gaya hidup dan mental yang sihat. Semoga apa yang kami sampaikan hari ini memberi manfaat untuk anda yang membaca. Doakan kami terus gembira, bahagia, sihat dan selamat di bawah payung rahmat dari Yang Maha Esa.

Amin.



Meal Shake Bantu Tambah Berat Badan.

Assalamualaikum.

Selalunya kita baca tentang set kurus, set untuk buang lemak, set kelangsingan badan dan sewaktu dengannya. Padahal ramai sangat yang mengalami masalah underweight atau terlalu kurus.

Bila berat kita underweight, sebenarnya akan ada masalah sampingan lain. Antaranya :

  • susah untuk hamil , bagi kaum wanita.
  • mudah diserang penyakit.
  • mudah mengalami esteoporosis/masalah tulang rapuh

Cadangan di bawah sesuai untuk orang yang ingin menambahkan berat badan atau mencapai berat badan yang ideal. Apa yang diperlukan?

Secara basicnya memadai :  MEALSHAKE + B COMPLEX + VITALEA




Jom kita tengok apa ada dengan meal shake, vitamin B dan vitalea.


1. Meal Shake
Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya sedap mcm milk shake kat McDonalds. Protien amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protien boleh mengisi keperluan tubuh sebab protien adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat, nak kurus, nak cantik, semuanya perlukan protien. Antara sebab yang lain ialah, protien membantu penyerapan yang lebih baik ke atas supplement yang kita ambil.

2) Vitalea
 Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

3) Vit B complex
B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Antara tips yang menaikan berat badan :

1. Bersenam
- dalam menaikkan berat badan, workout penting dalam membentuk otot – otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada di rumah atau berjogging diluar. exercise sehari 10 minit paling kurang...takyah exercise berat..angkat botol air mineral yg 500mlm tu..isi air dlm tu.. angkat mcm angkatberat...angkat turun..pastu skipping ke..or ape2 exercise utk bina muscle Jgn mkn junk food dan ikut jadual ni selama sebulan tau.

2. Makan makanan berprotein.
Setelah anda melakukan workout,  anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot – otot yang anda bina itu. Semasa dalam proses menaikan berat badan, kerapkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. dan dengan Shaklee, protin yang sesuai utk menambah berat badan ialah Meal shakes Shaklee.

Perhatian! 
Elakkan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat. Sebenarnya, ramai mereka yang kurus nak menaikkan berat badan mereka secara yang salah. Ada yang banyak makan makanan yang berlemak semata – mata mahu menambah berat badan. Itu cara yang salah, mengambil banyak makanan berlemak bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan langsung.

Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin dalam jadual pemakanan supplement dan jadual pemakanan harian dan workout dan semuanya perlulah istiqamah dan berterusan..tak boleh kejap makan, kejap ikot, pastu malas dah tak ikot lg..mmg la tak jadi kan..Ia bukan saja berjaya menaikan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.


[Sumber]


Kain Tersepit Eskelator!

Assalamualaikum.

Minggu lepas masa puasa ke-2 rehan keluar beli barang kat Giant U-Mall. Budak UTM mesti tau kan, tempat korang tengok wayang. Hihi. Macam biasa rehan wajib keluar bawak batalion; zauji Qusyairi, Kautsar dan Arfa.

Masa nak balik tu rehan bawak banyak plastik. Penuh tangan kiri kanan. Kautsar pegang tangan rehan, sambil rehan pegang plastik. Abahnya pula dukung Arfa. Kami pun turun eskelator beramai-ramai.

Kebetulan rehan pakai skirt kembang. Sebelum tu dah beberapa kali skirt rehan tersangkut kat tayar troli. Masa turun eskelator tu betul-betul dah nak sampai bawah rehan rasa skirt rehan kena tarik. Bila rehan tengok bawah, skirt dah tersepit kat eskelator. Kelam kabut jugak rehan panggil zauji, sebab rehan tak boleh nak campak je beg plastik yang rehan pegang tu. Kautsar pun pimpin tangan rehan.

Alhamdulillah zauji Qusyairi cepat tarik skirt rehat. Ada koyak halus je. Tapi kena minyak banyak sangat. Sedih sangat sebab skirt tu sangat selesa.

Tapi yang paling rehan bersyukur sebab skirt tak bercabut masa tu. Kalau tercabut taktau la rehan nak lari mana, aurat rehan maruah rehan kot.



Dalam gambar ni cuma 1/3 daripada total minyak kat skirt rehan. Macam impossible je nak hilangkan minyak macam ni kan. Tak apalah. Bukan rezeki rehan dapat pakai skirt ni.

Jadi awak-awak yang selalu pakai kain atau skirt labuh hati-hati la masa turun naik eskelator. Tak boleh nak jangka bila kejadian macam ni nak jadi. Sedangkan rehan yang jenis berhati-hati selalu pegang skirt bila jalan pun terkena.

Semoga terpelihara keselamatan dan kehormatan kita semua.

Salam sayang.
Qusyairi, rehan dan anak-anak.

Set Puasa Shaklee: Bertenaga Sepanjang Ramadhan.

Assalamualaikum.

Ramai bertanya pada saya, apa bendanya Set Mighty Triple Gem tu? Untuk cantikkah? Untuk kuruskah? Untuk apakah? Haa, hari ni saya sediakan jawapan apa sebenarnya Set Mighty Triple Gem ni.

APA ITU SET MIGHTY TRIPLE GEM
Set Mighty Triple Gem ni adalah kombinasi khusus suplemen untuk membekalkan tenaga kepada badan secara optimum dan berpanjangan. Set ini terdiri daripada tiga suplemen terhebat Shaklee iaitu Energizing Soy Protein atau ESP (perisa Vanilla), Meal Shake (perisa French Vanilla) dan Performance Drink (perisa Orange). Menjelang bulan Ramadan begini, memang meletup sangat set ni. Ramai yang buat persediaan berpuasa dengan set ini.

SIAPA PERLUKAN SET MIGHTY TRIPLE GEM

  • Orang yang berpuasa
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak (terutamanya yang berpuasa)
  • Orang yang bekerja berat (menggunakan tenaga badan) 
  • Warga tua
  • Kanak-kanak (terutama yang baru mula berpuasa)
  • Remaja/Pelajar
  • Ahli Sukan
  • Orang yang kerap sakit kepala / demam
  • Kanak-kanak yang selalu sakit 
  • Kanak-kanak yang tiada selera makan
  • Orang sakit
  • Orang yang ingin memelihara kesihatan secara menyeluruh 

ESP + Meal Shakes + Performance Drink


KENAPA MIGHTY TRIPLE GEM
Lengkap dengan vitamin, mineral, tenaga dan pengekalan bendalir dalam badan untuk mengekalkan penghidratan. Kesan akibat nyahhidrat(dehydration) dan kekurangan tenaga:

  • Kurang daya tumpuan utk jangka masa yang panjang
  • Kurang peka
  • Lambat bertindak
  • Kandungan gula dalam darah menjadi rendah
  • Menjejaskan produktiviti kerja kita.
  • Letih lesu sepanjang hari


BAGAIMANA MIGHTY TRIPLE GEM BERFUNGSI

1. Performance Drink (Orange)
  • Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah nyahhidrat (dehydration) seperti fungsi minuman isotonik.
  • Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam seharian berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama golongan yang banyak bekerja menggunakan fizikal. Juga sesuai untuk menggantikan bendalir dalam badan anak-anak yang demam sekaligus mencegah nyahhidrat akibat kurang selera makan.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air.
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
2. Energizing Soy Protein (ESP)
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga.
  • Memberikan rasa kenyang. 
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster).
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
3. Meal Shake
  • Merupakan multivitamin (pemakanan lengkap). Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
*Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.
Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
  • Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.
Dapatkan set Shaklee Mighty 3 Gems dari kami sekarang. Untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement B-Complex, Vita-Lea dan Vita-C dalam rutin sahur anda. Hubungi kami untuk mendapatkan set ini dengan harga istimewa khas untuk pelanggan kami sahaja. Kami mengucapkan selamat berpuasa dan semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna :)

Sumber:


Shaklee Effects: Mealshake Bantu Wafa Pulih HFMD.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pagi ni saya diizinkan untuk berkongsi testimoni seorang pengguna Shaklee. Anak puan ni dah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sepanjang sakit puan tersebut bagi anaknya Mealshake dan ESP untuk bantu cepat pulih. Jom baca apa kata beliau:


"Salam. Nak share pasal MEALSHAKES dan ESP.

Kulit Wafa lepas HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease), banyak yang menggelupas dan salin baru. Alhamdulillah sepanjang HMFD saya bagi MEALSHAKES dan ESP sahaja. Doktor ada bagi multivitamin dan ubat gatal untuk diminum juga, tapi saya tak bagi punkat Wafa. Hihi.

Sebab MEALSHAKES dah sedia terkandung multivitamin dan mineral yang diperlukan Wafa. Lagipun kandungan protein dalam MEALSHAKES dan ESP bantu cepatkan proses pemulihan kulit Wafa, Alhamdulillah. Selsema Wafa pun cepat sembuh sekarang. Sesudu sehari MEALSHAKES dan sedikit ESP bantu sihatkan Wafa setiap hari. #sangat in love dengan Shaklee."

Mealshake adalah serbuk protein berperisa French Vanilla yang dilengkapi multivitamin dan multimineral. Puan-puan yang ada anak kecil usia setahun ke atas, boleh cuba berikan Mealshake kepada anak-anak sebagai pelengkap nutrisi makanan harian.

Opps! MEALSHAKE BUKAN SUSU FORMULA!
Tak perlu beri banyak-banyak pun, sehari cuma sesudu kecil saja. Boleh campurkan dalam susu formula, susu ibu atau air suam. Ada juga kanak-kanak yang suka makan begitu saja. Sedap!

Jika berminat nak dapatkan Mealshake boleh hubungi saya. Ready stok untuk COD/pick up sekitar Parit Raja, Batu Pahat pun ada.


AWAS!! Side Effect Makan Shaklee.

Assalamualaikum.

Persoalan biasa bila customer baru pertama kali nak cuba suplemen Shaklee: Rehan, makan Shaklee ada side effect tak?

DAH TENTU ADA!!

Semua orang yang makan suplemen Shaklee akan dapat side effect ni:
❤ Badan rasa ringan bertenaga
❤ Kulit makin mulus, berseri dan sihat
❤ Jarang dijangkiti demam selsema
❤ Mudah lawas dan menguruskan berat badan
❤ Hilang selera terhadap makanan ringan, manis dan yang tak berkhasiat
❤ Prihatin terhadap kesihatan diri dan keluarga

OPSS!!
Side effect ni cuma akan dialami kalau anda makan suplemen Shaklee secara betul seperti yang dicadangkan oleh ahli nutrisi Shaklee sahaja tau. Nak dapatkan panduan makan suplemen yang betul mestilah beli daripada SID yang terlatih macam rehan.

Kalau culas atau tak ikut jadual makan yang dicadangkan, kemungkinan anda takkan merasa semua side effect ni. Malah anda mungkin akan dapat reverse side effect iaitu:
❎ Rasa pening dan sakit kepala
❎ Sembelit
❎ Kulit kekal kusam dan berjerawat / berjeragat
❎ Gagal kawal selera dan berat badan
❎ Sakit sendi, sengal, letih lesu yang berpanjangan



Mungkin ramai dah tau rehan jenis kulit sensitif. Sangat susah nak dapatkan gambar muka rehan tanpa jerawat / jeragat / bintik merah / bengkak / kusam. Tapi cuba tengok gambar kat atas ni. Kulit muka rehan nampak sihat sangat kan?

Gambar ni rehan ambil minggu lepas, masa kami jalan ke Zoo Melaka. Masa ambil gambar ni dah berjemur hampir 3 jam dalam zoo. Baju dah lencun, bau zoo pun dah melekat kat badan. Haha. Spontan rehan ajak zauji Qusyairi bergambar berdua tanpa anak-anak, sebab jarang sangat ada gambar kami berdua.

Baru sehari dua ni rehan tengok gambar ni semula. Terkejut muka rehan nampak cantik tak bermasalah kulit. Patutlah sejak akhir-akhir ni kerap sangat orang tegur kulit muka rehan cantik. Ingatkan diorang saja ambil hati je. Haha.

Inilah side effect rehan amalkan set basic Shaklee. Yang rehan betul-betul konsisten cuma Vitalea, B-Complex dan Vita C je. Dah lebih 3 tahun rehan makan set ni. Kos tak sampai RM50 sebulan tau!

Jadi awak-awak kat luar sana jangan risau jangan takut untuk cuba suplemen Shaklee. Malah awak-awak mesti teruja nak makan Shaklee tau. Sebab gerenti lepas cuba awak-awak akan jatuh hati 😍😍

Hingga jumpa lagi.
Salam sayang.

Quran: Word of Wisdom



Assalamualaikum.

Sesungguhnya banyak dugaan dalam hidup dan perniagaan. Banyak perkara yang mudah dimanipulasi untuk dapatkan wang.

Maka kena selalu beringat.

Tak apalah kalau tak kaya.
Asalkan Allah swt redha dengan rezeki yang Dia kurniakan.

Semakin berusia, rehan lihat wang dan harta dari sisi berbeza.
Lebih lagi lepas bercahayamata.
Sangguh rehan tinggalkan kerja selesa, bergaji tinggi.

Sebab proses pembelajaran dan mendidik hati tu lebih bernilai harganya.

Ramai yang lalui perjalanan mereka kerana terpaksa.
Rehan sukarela.
Dan pengajarannya lebih mencabar iman dan redha kita makhluk yang tak sempurna.

Ya Allah.
Syukur kepadaMu atas kurniaan yang telah Engkau berikan kepadaku selama ini dan akan datang nanti.
Biar kalah di dunia, di akhirat aku menang kembali.
InshaAllah.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bertemu lagi dengan bulan mulia Ramadhan. Rehan ambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang masa rehan hidup di bumi Allah swt ini sekiranya ada menyakiti atau menzalimi sesiapa.

Juga bagi pihak zauji Qusyairi dan anak-anak kami, ribuan maaf dipinta jika menyinggung atau menyusahkan sesiapa.

Sesungguhnya tak ada manusia yang dapat lari dari dosa dan kesilapan. Jadi dengan rendah diri rehan maafkan dan halalkan segalanya. Hati rehan tak pernah ingin menyimpan kesalahan orang lain terhadap kami andai ada. Doakan rehan terus istiqamah.



Selamat mengumpul pahala.
Moga dipermudahkan urusan ibadah dengan suplemen Shaklee.
Dan moga Allah swt terima ibadah kita semua.

Amin.

Promosi Jun 2016: Meal Shake

Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan promosi Shaklee bulan ini.

BELI 3 DAPAT 4 bagi semua suplemen berikut:
😍 Meal Shake
😍 Lecithin
😍 Vitalea for Children

🐮 MEALSHAKE 🐮
Dry milk berperisa french vanilla yg mengandungi multivitamin dan multimineral. Sesuai utk dewasa dan kanak-kanak.

🌱 Lecithin 🌱
Drp sumber soya non-GMO. Mengemulsi lemak. Mengandungi kolina yg membantu fungsi otak.

👶 Vitalea for Children 👶
Tablet multivitamin dan mineral utk kanak-kanak. Berperisa anggur.

Untuk order dan konsultasi WhatsApp rehan sekarang.

Terima kasih.

👫 Noraihan Qusyairi
🆔 921922
🏠 www.noraihanqusyairi.com
📲 +6012 780 7365



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...